Raya Haji di Batu Kurau

Assalamualaikum, hai semua. Minggu lepas Kak Sue dan keluarga sambut Raya Haji di Batu Kurau. Tahun nie balik rumah Tok Pah aja, tak singgah rumah Mbah pun sebab minggu depan nie nak balik rumah Mbah pula. Selalu mesti balik dua-dua rumah, tahun nie kata Abang Man Raya Haji di Batu Kurau aja lah sebab nak cepat balik hari khamis tu kami nak niaga di Stadium Shah Alam sabtu lepas..

Raya Haji di Batu Kurau
Raya Haji di Batu Kurau

Raya Haji di Batu Kurau

Raya Haji di Batu Kurau biasa aja tak ada meriah macam raya kat tempat lain. Tambah pula kali nie Tok Pah tak berapa sihat, rasa tak seronok sangat hati nie haa. Tok Pah memang jarang sakit, kadang kalau sakit pun kita tak tahu sebab mungkin tak susahkan hati anak-anak kut. Diam ja dok tahan sakit. Demam pun on off.. moga cepat sembuh ya Mak..

Raya Haji di Batu Kurau
Raya Haji di Batu Kurau - Tok Pah & The girls
Berbalik pada cerita Raya Haji di Batu Kurau, macam biasa Tok Pah masih lagi sediakan Ketupat Palas dan Rendang Ayam untuk menu utama. Ateh adik Kak Sue pula masak Laksa Batu Kurau. Cukup dah dua menu tu untuk kami sekeluarga. Kuih muih kali nie tak ada pun, cuma Acik masak Puding Kentang. Kak Sue.. tolong-tolong ja apa yang depa masak tu.. hehehe..

Raya Haji di Batu Kurau
Raya Haji di Batu Kurau - Sayang selalu..
Sebelah petang baru lah kami beraya ke rumah Tok Su Jah macam biasa. Antara rumah sedara Tok Pah harus kami singgah tiap kali Hari Raya. Rumah kedua rumah Mak Lang, adik Abah Kak Sue pula. Masa macam nie lah kita nak ziarah dan bertanya khabar sedara mara kan..

Raya Haji di Batu Kurau
Raya Haji di Batu Kurau - Sayang selalu
Tahun nie Raya Haji di Batu Kurau pun Tok Pah tak dapat dah daging korban macam tahun-tahun dulu. Tak tau lah pula kenapa, tapi Alhamdullilah ada rezeki juga Abang Lan, abang Kak Sue bawa balik dari Kampung Perak. Dapat lah merasa juga kan, siap Kak Sue pun ada Abang Lan bekalkan sikit masa nak balik tu.

Raya Haji di Batu Kurau
Raya Haji di Batu Kurau - Sayang selalu
Apapun, semoga semua jemaah Haji  yang mengerjakan Haji tahun nie mendapat Haji yang mabrur dan selamat pulang ke Malaysia. Semoga ada rezeki kita semua juga untuk jadi tetamu Allah satu hari nanti kan, teringin Kak Sue nak ke sana dengan keluarga Kak Sue. Harap dapat lah ke sana sebelum Kak Sue menutup mata.. aamiin ya rabb.. Jumpa lagi nanti.. papai!

Keep Reading»

Cannis Aplikasi Terbaru Dengan Fungsi 7 dalam 1

Assalamualaikum, hai semua. Sekarang nie ada macam-macam aplikasi yang boleh kita pilih dan install kat handphone kita kan. Nie yang Kak Sue nak kongsi dengan korang salah satunya Cannis Aplikasi Terbaru Dengan Fungsi 7 Dalam 1. Mesti korang tertanya dan nak tau apa yang ada dalam Cannis aplikasi terbaru dengan fungsi 7 dalam 1 nie kan. Okay jom sambung baca lagi kat bawah nie tau..

Cannis Aplikasi Terbaru Dengan Fungsi 7 Dalam 1
Cannis Aplikasi Terbaru Dengan Fungsi 7 Dalam 1

Cannis Aplikasi Terbaru Dengan Fungsi 7 Dalam 1

Jom Kak Sue sambung lagi tentang Cannis apliakasi terbaru dengan fungsi 7 dalam 1 nie dengan korang jom. Dengan e-dagang, membeli belah, penyiaran secara langsung dan blockchain, aplikasi Cannis nie meliputu asas harian sepertu makanan, minuman, hiburan, pakaian dan merangsang model perniagaan dan memacu gelombang baru aplikasi

Untuk info korang juga, pengerusi Cannis Group nie ialah Puteri Mahkota Duli Yang Maha Mulia kekanda Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idtis Al-Haj, yang telah membantu beratus-ratus syarikat terkenal dengan pengalaman latihan korporat yang sangat berpegalaman. Naib pengerusi, Tan Sri Dato Sri Ong Tee Keat dan Ketua Pegawai Eksejutif ialaha Datuk Dr. Azman Chin.

Kata Ong Tee Keat Naib Pengerusi, pertumbuhan pesat pengguna media sosial China, kadar penembusan telah meningkat dengan ketara dan kebangkitan blockchain trlah membatalkan industri semasa dan operasi sosial. Blockchain, kebijaksanaan dan internet adalah antara tiga teknologu teratas yang China perlu perkukuhkan.

Cannis Aplikasi Terbaru Dengan Fungsi 7 Dalam 1
Cannis Aplikasi Terbaru Dengan Fungsi 7 Dalam 1
Katanya lagi, "Siaran langsung telah  memulakan rangkaian sosialnya pada 2016. Skala siaran langsung dalam talian China hampir 58 bilion yuan. Analisa domestik China menjangka industri siaran langsung akan melebihi 100 bilion yuan pada 2018. Hari nie siaran langsung menjadi fenomena sosial dan produk komersial juga..

"Cannis adalah platform merintis perancangan program, teknologi produk, promosi operasi dan visualusasi data. Ia mempunyai hampir 100 jurutera profesional dan pasukannya mempunyai keupyaan penyeludikan dan pembangunan yang kuat"

Sejak Mac tahun nie, Cannis telah memperolehi syarikat-syarikat teknologi berturut-turut termasuk Internet, permainan dalam talian, peranti mudah aih dan perkongsian data yang besar dan pada masa yang sama, ia telah menjadi rakan kongsi Google dan meningkatkan kebolehan bacaan aplikasi Cannis dan keselamatan sistem

Cannis Aplikasi Terbaru Dengan Fungsi 7 Dalam 1
Cannis Aplikasi Terbaru Dengan Fungsi 7 Dalam 1
"Cannis aplikasi nie mengabungkan tujuh fungsi paling popular peranti mudah alih, termasuk siaran langsung dalam talian, e-dagang langsung, permainan dalam talian, video pendek, social media, belanja diskaun dan pembayaran digital. Ia kaan mengumpul lebih daripada sepuluh ribu pengguna dalam masa 24 jam"

Best kan korang, yang mana kaki shopping dan kaki games. Boleh shopping macam-macam dan boleh download game sebab data yang besar. Aplikasi nie korang boleg doenload di Google Play atau Play Store. Cuma sekarang nie belum ada di Apple Palystore. Untuk lebih detail boleh singgah kat bawah nie tau..

"You think it, we build it"

Wesite

Facebook


Instagram






Keep Reading»

Happy Birthday Kakak

Assalamualaikum, hai semua. Hari nie hari jadi Kakak satu-satunya anak dara Kak Sue. Happy Birthday Kakak. Tahun nie Kakak awal-awal dah pesan Ibu dengan Abah tak payah la susah-susah nak buat suprised atau beli apa-apa. Dah nama pun ibu, abah kami tetap juga ada belikan hadiah. Cuma tak ada buat makan-makan kat luar macam tahun lepas, masak kat rumah ja lah biithday Kakak kali nie..

Happy Birthday Kakak
Happy Birthday Kakak

Sambutan Birthday Kakak

Tahun nie memang tak ada plan sambutan birthday Kakak, cuma buat makan sekeluarga kat rumah ja. Kebetulan Abang Man ada kerja dan mungkin nanti rancang nak buat makan-makan kat kampung Kak Sue. Kebetulan nak balik kampung sempenan Raya Haji kan. Boleh lah buat sekali dengan Ateh dan Pak Su. 

Untuk birthday Kakak kali nie Kakak minta Kak Sue buatkan Laksa Batu Kurau dan Brownies Kedut. Gigih la kami berdua masak, birthday girl pun kena masak. Kesian lah anak ibu. Lagi pun sambil nak belajar masak kan, buat Brownies pun Kakak ada tolong juga. Cuma tadi salah step sikit tak kedut sangat.. hehehe.. Gambar pun tak ambik sebab dok kelam kabut hal lain lagi hari nie..

Apapun, Ibu, Abah dan adik-adik doakan semoga Kakak menjadi anak yang solehah,  Kakak yang baik untuk adik-adik, baik akhlaknya, sihat selalu, rezeki yang murah, sentiasa dalam lindungan dan rahmat Allah, cemerlang dunia dan akhirat.. aamiin ya rabb.. Ibu love you so much.. 


Keep Reading»

Rezeki di Stadium Shah Alam Lagi

Assalamualaikum, hai semua. Tahun nie Alhamdullilah kami masih diberi peluang dan Rezeki di Stadium Shah Alam Lagi. Tahun nie bahagian pentadbiran stadium diambil alih oleh Perbadanan Darul Ehsan bawah jabatan Menteri Besar. Sebelum nie semua game dibuat di Stadium Cheras, Kuala Lumpur. Ada beberapa kali Abang Man berniaga kat sana, cuma tahun nie Alhamdullilah kami berjaya dapatkan kiosk dan peluang berniaga di kiosk Stadium Shah Alam lagi..

Rezeki di Stadium Shah Alam Lagi
Stadium Shah Alam

Rezeki di Stadium Shah Alam Lagi

Sebelum nie untuk dua game kempen Piala Malaysia pun Abang Man dapat peluang berniaga di Stadium Shah Alam. Untuk game seterusnya Piala Sultan Selangor, Alhamdullilah pun terpilih juga. Masih di beri rezeki di Stadium Shah Alam dan terpilih lagi. Harap tahun nie semua berjalan lancar semua game dan pengurusan stadium..

Selalunya game besar macam nie, ada tambahan harga tapak dan ada undang-undang untuk peniaga kiosk. Nasib cuma ada penambahan harga tapak aja, undang-undang masih kekal macam game yang lain. Pengurusan baru pun nampak ramai orang baru, kecuali beberapa orang masih dikekalkan orang lama.

Harap dengan pengurusan baru lebih memahami masalah dan kehendak peniaga-peniaga kiosk. Rasanya kalau nak bagi zero budak-budak rambo dalam stadium agak mustahil. Sekurangnya harap ada pantaun dan ambil peduli pihak stadium kali nie. Korang kalau ada yang pergi tengok bola nanti jemput lah singgah kiosk kami ya. Jumpa kat sana nanti, papai!


Keep Reading»

Penghantaran Bunga Istimewa Dengan Flower Chimp

Assalamualaikum, hai semua. Kali nie Kak Sue nak kongsi perkhidmatan penghantaran bunga istimewa dengan Flower Chimp. Haa.. sekarang nie senang dah dengan adanya perkhidmatan macam nie untuk merakam kenangan terindah bersama orang tersayang. Penghantaran bunga untuk sebarang majlis dengan Flower Chimp nie dengan hanya dihujung jari ja tau, tak payah dah kita nak kena keluar dari rumah dah. Senang kan..

Penghantaran Bungan Dengan Flower Chimp
Penghantaran Bunga Istimewa Dengan Flower Chimp

Penghantaran Bunga Istimewa Untuk Sebarang Majlis Dengan Flower Chimp

Penghantaran bunga dengan Flower Chimp nie ada pilihan jambangan sempena hari lahir hingga ke kiriman bunga sebagai tanda ucapan tahniah, titipan istimewa sempena Hari Kekasih dan Hari Ibu dari harga serendah RM89 aja tau. Melangkah setapak ke hadapan berbanding dengan pesaing mereka, Flower Chimp menyediakan perkhidmatan penghantaran ke seluruh negara lebih daripada 80 daerah di dalam Malaysia, termasuk Sabah dan Sarawak.

Dengan rangkaian meluas itu, tak hairanlah perkhidmatan penghantaran bunga dalam talian nie menjadi pilihan utama pelanggan yang juga menikmati penjimatan dengan penghantaran secara percuma ke atas semua tempahan tanpa had perbelanjaan minima. Korang juga boleh menjadualkan pada hari yang sama bagi semua tempahan yang dibuat sebelum pukul 1 tengah hari untuk mengejutkan insan tersayang.. haa.. menarik tak? Last minit order pun boleh..

Penghantaran Bungan Dengan Flower Chimp
Penghantaran Bunga Istimewa Dengan Flower Chimp
Penghantaran Bunga Dengan Flower Chimp
Penghantaran Bunga Istimewa Dengan Flower Chimp


"Walaupun kami masih baru dalam perniagaan penghantaran bunga ini, Flower Chimp telah berkembang hingga menjadi jenama terkemuka dalam industri ini. Dalam tempoh kurang daripada dua tahun, kamk telah menjadi pilihan nombor 1 dalam perkhimatan penghantaran bunga secara dalam talian di Malaysia, Indonesia dan Filipina dengan rekod pertumbuhan lima (5) kali ganda berbanding tahun lepas," kata Maximilian Lotz, Pengasas Flower Chimp

Berikutan prestasi memberangsangkan mereka dalam perkhidmatan penghantaran bunga secara dalam talian, Flower Chimp berjaya menambat pelaburan berjumlah RM6 juta daripada sekumpulan pelabur termasuklah Asia Venture Group (AVG), sebuah syarikat persendirian yang telag menilai potensi besar Flower Chimp menerusi model perniagaan dan strategi pemasaran mereka yang unik.

Penghantaran Bunga Dengan Flower Chimp
Penghantaran Bunga Istimewa Dengan Flower Chimp
Penghantaran Bunga Dengan Flower Chimp
Penghantaran Bunga Istimewa Dengan Flower Chimp


Syarikat yang sama turut membuat pelaburan dengan syarikat lain seperi iMoney, Happy Fresh dan iPrice. "Kami mensasarkan untuk mengembangkan rangkaian kami du Singapura menjelang pertengahan bulan Ogos 2018 dan di negara Asia Tenggara yang lain termasuklah Vietnam, Thailand dan Hong Kong pada tahun 2019" tambah Lotz

Lotz dan rakan kongsi/Ketua Pegawai Operasi, Niklas Frassa yang mendalami sendiri perniagaan bunga-bungaan berhasrat untuk mengunakan pelaburan yang diterima mengukuhkan operasi mereka di Indonesia dan Filipina, di samping meningkatkan insfastruktur teknikal untuk memanfaatkan pelanggan kami dengan ciri-ciri pintar termasuklah sistem penjejakan seacara langsung bagi setiap pesanan

Penghantaran Bunga Dengan Flower Chimp
Penghantaran Bunga Istimewa Dengan Flower Chimp
Penghantaran Bunga Dengan Flower Chimp
Penghantaran Bunga Istimewa Dengan Flower Chimp


"Dalam masa yang sama, kami menjalankan kajian ke atas pasaran semasa secara berterusan dalam mencari idea untuk produk dan promosi baru untuk pelanggan kami yang kembali untuk mencari sesuatu yang bersesuain dengan keperluan mereka", kata Frassa. 

Menurut beliau lagi, "Dengan kuasa pemasaran dalam talian dan media sosial, kami mahu mengukuhkan penjenamaan kami dan menjadi pilihan pertama dalam kalangan pelanggan yang semakin lama semakin bijak mengendalikan perkara berkaitan teknologi. Kami yakin, dalam tempoh dua belas (12) bulan akan datang, dari Suku Keempat (Q4) 2018 hingga ke Suku Keempat (Q4) 2019, Flower Chimp akan berkembang sehingga tiga (3) kali ganda menerusi sumbangan daripada empat pasaran utama iaitu Malaysia, Singapura, Indonesia dan Filipina.

Penghantaran Bunga Dengan Flower Chimp
Penghantaran Bunga Istimewa Dengan Flower Chimp
Penghantaran Bunga Dengan Flower Chimp
Penghantara Bunga Istimewa Dengan Flower Chimp



Jom kenal Lelaki Di Sebalik Flower Chimp

Flower Chimp ditubuhkan oleh dua usahawan dari Jerman, Maximilian Lotz dan Niklas Frassa yang dah lama bertapak di Asia Tenggara. Selepas menghabiskan masa di Belanda yang terkenal sebagai pusat perkembangan bunga-bungaan dunia, mereka ambil keputusan untuk ceburi bidang perniagaan berkaitan bunga dan meletakkan penanda aras baru dalam perkhidmatan penghantaran bunga secara dalam talian.

Penghantaran Bunga Dengan Flower Chimp

Dengan mengutamkan kepuasan pelanggan, Flower Chimp telah menyediakan bunga berkualiti tinggi pada harga berpatutan dengan perkhidmatan penghantaran percuma ke seluruh negara. Dengan peningkatan perniagaan tersebut, mereka terus meningkatkan perkhidnatan dab menjalankan penyelidikan dan pembangunan untuk menawarkan lebih banyak pilihan bunga-bungaan kepada pasaran yang semakin berkembang..

Untuk lebih detail korang boleh singgah kat bawah nie ya..

Flower Chimp

Website

Facebook

Instagram






Keep Reading»

Hadiah Istimewa Dari Seorang Kawan -3

Assalamualaikum, hai semua. Kak Sue terima lagi Hadiah Istimewa Dari Seorang Kawan. Kawan yang seorang nie Kak Sue anggap lebih kepada adik dan keluarga sendiri. Kawan yang Kak Sue kenal bila Kak Sue berniaga beberapa tahun dulu. Kadang kalau kami tak jumpa, cukup lah bertanya khabar. Bukan setakat ilmu niaga ja kami berkongsi tapi ilmu akhirat yang selalu beliau kongsikan juga. Terima kasih Jemahku Fara dengan Hadiah Istimewa nie ya.. suka sangat..

Hadiah Istimewa Dari Seorang Kawan
Hadiah Istimewa Dari Seorang Kawan

Hadiah Istimewa Dari Seorang Kawan

Selalunya kalau kawan Kak Sue nie pergi bercuti kemana-mana, beliau tak pernah lupa buah tangan atau hadiah istimewa untuk Kak Sue. Kadang kita tak harapkan pun hadiah istimewa dari seorang kawan, cukup lah doa dan ingatan untuk kita kan. Macam tu juga lah bila Kak Sue rungsing atau nak marah pada sesuatu perkara beliau akan beri kata nasihat yang positif. Lega dan reda sikit hati nie..

Kawan Kak Sue nie juga dah beberapa kali buat umrah bersama keluarga beliau. Seronok dan teringin nak macam beliau juga. Kata Fara, niat aja dalam hati Kak Sue nak ke sana, nak jadi tetamu Allah. InsyaAllah.. Allah akan mudahkan dan rezeki tu akan ada nanti. Semoga ada rezeki juga untuk Kak Sue sekeluarga satu hari nanti.. sebelum Kak Sue menutup mata.. aamiin..!

Terima kasih sekali lagi ya Jemahku sayang, semoga Allah kurniakan segala yang baik-baik untuk awak sekeluarga. Semoga ukhuwah kita sekeluarga nie berpanjangan selamanya. Jangan lupa Kak Sue dalam setiap doa awak ya. Sayang selalu.. dunia dan akhirat..



Keep Reading»

Carrie Junior Kids Shampoo Odour Buster Terbaru

Assalamualaikum, hai semua! Kita sebagai ibu bapa nie memang akan pentingkan kesihatan dan kebersihan anak-anak. Mula dari hujung rambut sampai lah ke hujung kaki kan. Rasa puashati bila tengok anak-anak kita sihat, bersih dan terjaga. Sebab tu kali nie Kak Sue nak kongsikan dengan korang Carrie Junior Kids Shampoo Odour Buster Terbaru. Rasa ramai antara kita ibu bapa tau produk Carrie Junior nie kan, antara produk pilihan Kak Sue sekeluarga juga..

Carrie Junior Kids Shampoo Odour Buster Terbaru
Carrie Junior Kids Shampoo Odour Buster Terbaru

Carrie Junior Kids Shampoo Odour Buster Terbaru

Biasanya anak-anak bila dah bermain atau beriadah kat luar rumah, dah tentu-tentu akan berpeluh termasuk lah rambut kan. Bila macam tu mula datang bau yang tak berapa nak best kan. Biasanya bila nak mandi Kak Sue akan pastikan anak-anak akan shampoo rambut. Sekarang nie ada pula Carrie Junior Kids Shampoo Oudor Buster Terbaru lagi best, rambut kekal wangi sepanjang hari..

Lagi satu kita sebagai ibu bapa, penting tau untuk ambil tahu yang shampoo dewasa memang tak digalakkan untuk kanak-kanak sebab boleh buat masalah kulit kepala dan rambut terutama kanak-kanak berumur 6-12 tahun. Kanak-kanak nie rambut mereka masih halus dan sensitif, jadi cara terbaiknya gunakan syampu yang dirumus khas untuk kanak-kanak supaya kulit kepala dan rambut anak kita kekal sihat

Carrie Junior Kids Shampoo Odour Buster Terbaru
Carrie Junior Kids Shampoo Odour Buster Terbaru
Memahami keperluan kanak-kanak pada produk yang lembut dan selesa pada kulit, CARRIE JUNIOR memperkenalkan Carrie Junior Kids Shampoo Oudor Buster Terbaru yang selamat digunakan setiap hari dan memberikan haruman pada rambut sepanjang hari. Ia merupakan syampu baharu yang dirumus khas bagi menghilangkan bau yang tak menyenangkan  secara berkesan tanpa mendatangkan kesan buruk pada rambut dan kulit kepala. Dengan aroma buah-buahan yang berkekalan selama 24 jam, anak-anak pasti akan kekal segar dan berbau wangi walaupun lepas seharian mereka bermain dan berseronok diluar. Syampu nie juga diperkayakan dengan minyak Zaitun, dapat menyuburkan dan melembutkan rambut agar senang nak urus dan disikat

Carrie Junior Kids Shampoo Odour Buster nie dalam aroma Perky Peach Fruity Burst yang wangi dan mempunyai PH yang seimbang, lembut dan tidak menghakis kulit untuk kegunaan seharian. Syampu nie boleh didapati dengan dua size iaitu

* Pek 280g - RM10.10 (SM) / RM10.60 (SS)
* Pek 700g - RM20.70 (SM) / RM21 70 (SS)

Carrie Junior Kids Shampoo Odour Buster Terbaru
Carrie Junior Kids Shampoo Odour Buster Terbaru
Macam produl Carrie Junior yang lain, Carrie Junior Kids Shampoo Odour Buster juga ada mainan "Sukan Ria" juga tau. Boleh lah anak-anak buat koleksi comel nanti kan. Korang yang nak cuba untuk anak-anak korang boleh dapatkan produk Carrie Junior nie di kedai runcit, pasaraya, pasaraya besar dan farmasi utama diseleuruh negara. Kini ibu bapa boleh memeluk anak-anak selepas bermain walaupun berpeluh tapi masih kekal segar dan berbau aroma buah-buahan sepanjang hari


Keep Reading»

Aloe Vera Menjaga Kulit Secara Natural

Assalamualaikum, hai semua. Aloe Vera Menjaga Kulit Secara Natural. Rasanya semua orang tau kebaikan Aloe Vera nie kan. Macam umur Kak Sue nie nak kena lebih penjagaan diri dan kulit, sebab kulit cepat kering. Sebab tu sekarang nie Kak Sue cuba mantain gunakan setiap hari. Rasa kulit sejuk, segar dan lembapkan kulit Kak Sue.. best sangat..

Aloe Vera Menjaga Kulit Secara Natural
Aloe Vera Menjaga Kulit Secara Natural

Aloe Vera Menjaga Kulit Secara Natural

Memula Kakak anak dara Kak Sue yang cuba dan mantain pakai Aloe Vera Gel yang Kak Sue review produk nie tahun lepas. Bila Kak Sue pun cuba dan ada perubahan pada kulit muka, Kak Sue teruskan lah guna Aloe Vera Gel nie. Lagipun Aloe Vera nie menjaga kulit secara natural, tanpa bahan-bahan yang bayahakan kulit muka kita kan. Cumanya lepas habis Aloe Vera Gel tu, Kak Sue nampak kat Shoppe pun ada jual. Jadi Kak Sue beli kat situ, senang. Yang best kat Shopee nie murah dan barang cepat sampai.. yeay!

Aloe Vera Menjaga Kulit Secara Natural
Aloe Vera Menjaga Kulit Secara Natural
Rasa seronok dan selesa tau bila kita sapu pada kulit muka.. rasa sejuk, segar dan kulit dah tak kering sangat. Nak pula kalau nak keluar kemana-mana memang Kak Sue akan sapu nipis, sebelum pakai bedak atau make up. Macam lah make up sangat ya Kak Sue nie.. hahaha! Tapi kan betul tau korang Aloe Vera nie akan melembapkan kulit kita bila kita ada aktiviti luar..

Aloe Vera Menjaga Kulit Secara Natural
Aloe Vera Menjaga Kulit Secara Natural
Lagi satu, kalau kita mantain pakai setiap hari pori-pori muka pun boleh mengecil tau. Nie apa yang dah Kak Sue cuba lah, tak pasti pula pada kulit orang lain kan. Ya lah, setiap orang kan jenis kulit dan tindak balas yang berbeza. Untuk Kak Sue memang okay lah setakat nie. Untuk hilangkan parut pun boleh tau, nie pengalaman Kakak sendiri. Cuma kena rajin lah sapu kat parut tu ya..

Aloe Vera Menjaga Kulit Secara Natural
Aloe Vera Menjaga Kulit Secara Natural
Macam baru-baru nie sakan Kak Sue pi shopping kat Shopee borong Aloe Vera Gel, Aloe Vera Cleanser dan Aloe Vera Mist. Dengan harga tak sampai pun RM100 Kak Sue dapat semua barang nie kat Shopee. Aloe Vera Gel tiga bekas lagi tau.. jimat kan. Korang kalau nak cuba juga guna Aloe Vera nie boleh lah cari nanti ya. Best tau pakai Aloe Vera Gel nie.. cubalah okay. Jumpa lagi nanti.. papai!

Keep Reading»

Resepi Spagetti Carbonara

Assalamualaikum, hai semua. Kali nie Kak Sue nak kongsi Resepi Spagetti Carbonara airtangan anak dara Kak Sue yang seorang tu, Kakak. Sekarang nie Kakak memang rajin nak masak dan cuba resepi baru. Lega lah sikit Kak Sue, ada bantu baik dari kerja rumah atau kerja dapur. Cubaan Kakak pertama kali masak Spagetti Carbonara nie memang menjadi, sedap! Semua terasa tau.. syabas Kakak. Bukan nak puji anak sendiri, tapi kalau betul sedap apa salahnya bagi pujian kan.. hehehe.. Mesti Kakak malu baca entri nie kan.. kan..

Resepi Spagetti Carbonara
Spagetti Carbonara

Resepi Spagetti Carbonara

Rumah Kak Sue nie selain dari masakan lauk kampung, lauk simple.. jenis pasta-asta nie pun antara kesukaan anak-anak Kak Sue juga. Kadang kalau dah masak pasta nie kami dah tak makan nasi dah. Tu yang baru-baru Kakak kata nak cuba masak resepi dari Acik adik kak Sue Spagetti Carbonara. Senang ja korang, sos memang beli yang siap dah tu..

Lagi satu kan korang cili, sosej dan cheese ikut sukatan korang tau. Kalau tak nak letak pun tak pa, nak letak lebih pun tak apa. Macam kami sekeluarga nie suka makan pedas jadi kami letak cili padi dalam sos tu. Kira Spagetti Carbonara style Melayu la nie.. hehehe.. Jom kita tengok resepinya jom..

Spagetti Carbonara

Bahan-bahan :
1/2 biji bawang besar - dipotong dadu
3 biji bawang putih - dipotong dadu
8 biji cili padi - dihiris
5 batang sosej - dihiris
3 keping Cheesea
1 tin  kecil sos cendawan
1 paket spagetti
Sayur Brokoli
Sedikit minyak untuk menumis
Garam secukup rasa

Cara-cara :
Didihkan air, masukkan garam dan minyak
Rebus spagetti sehingga lembut, tos dan ketepikan
Kemudian panaskan kuali, tumis bahan yang dipotong dadu dan cili yang dihiris tadi sampai naik bau
Masukkan sosej biarkan masak sedikit
Masukkan sos cendawan tadi dan masukkan sedikit air masak sehingga mendidih
Masukkan kiub ayam Knorr, serbuk lada hitam dan sedikit garam
Kacau sekejap sehingga sebati
Akhir sekali masukkan cheese, kacau sehingga cheese larut
Tutup api, sedia untuk dihidangkan


Keep Reading»

Terbeli Aidijuma Lagi

Assalamualaikum, hai semua! Baru-baru nie Kak Sue Terbeli Aidijuma Lagi, masa tu Kak Sue pergi event syampu Shayla. Punya lah lama dah tak beli tau, sekali terbeli Adijuma lagi lah pulak. Nampak lawa pula design kali nie. Siap ada macam pearl tu kan.. suka pula tengok..

Terbeli Aidijuma Lagi
Terbeli Aidijuma Lagi

Terbeli Aidijuma Lagi

Kak Sue rasa ramai kut peminat tudung yang satu nie. Dulu Kak Sue salah sorang peminat tegar dan pengumpul tudung nie juga, tapi akhirnya mengalah juga lah tak mampu nak ikut setiap keluaran mau pokai oi.. ehehe. Baru-baru nie entah macam mana terbeli tudung Adijuma lagi. Tambah lah koleksi Kak Sue lagi kat rumah nie, tapi satu Kak Sue dah hadiahkan pada Alang hari tu..

Terbeli Aidijuma Lagi
Shawl Aidijuma
Sebelum nie tak ada shawl dari Aidijuma nie, semua tudung bawal. Tiap minggu akan keluar corak baru, sanggup lah bersesak dan beratur berejam semata-mata nak dapatkan yang terbaru. Gila kan? Pula tu sekali keluar tiga, empat corak. Kalau rasa cantik kat mata Kak Sue, siap beli dua lagi. Satu untuk Kak Sue, satu untuk Kakak anak dara Kak Sue tu. Siap jual lagi tau, jadi lah dapat duit minyak dan duit tol ke Shah Alam nun haa.. Sekarang nie insaf dah, tak ada lah mengila nak beli tiap minggu.. hehehe..

Terbeli Aidijuma Lagi
Shawl Aidijuma
Ada tudung AJ yang Kak Sue belum pakai pun lagi tau. Ingat nanti kalau dah tak nak pakai nak jual pre love. Kalau Kak Sue nak jual nanti Kak Sue bagi tau korang ya. Kut lah ada peminat tegar AJ yang nak buat koleksi. Masa Kak Sue tengah mengila dulu, corak lama harga sampai beratus sehelai tau korang. Tapi tak ada lah Kak Sue gila nak beli harga camtu dan tak da lah niat nak jual sampai harga macam tu. Tunggu nanti kalau jadi Kak Sue nak jual, Kak Sue bagi tau ya.. till then, papai!

Keep Reading»

Resepi Pulut Kacau Tok Pah

Assalamualaikum, hai semua. Kak Sue nak kongsi Resepi Pulut Kacau Tok Pah pula kali nie. Selalu bila terasa nak makan, balik kampung Kak Sue di Batu Kurau baru lah dapat makan. Baru-baru Kak Sue saja cuba lah masak sebab teringin nak makan. Senang je tau cara nak buat, bahan pun tak banyak. Di kampung Kak Sue panggil nama Pulut Kacau tapi ada nama lain juga tau untuk makanan orang lama nie.. Wajik, Pulut Manis.. dan mungkin ada nama lain lagi.. Yang pasti memang feveret Kak Sue..

Resepi Pulut Kacau Tok Pah
Pulut Kacau Tok Pah

Resepi Pulut Kacau Tok Pah

Resepi Pulut Kacau Tok Pah nie Kak Sue dapat masa call Tok Pah hari tu tanya khabar. Tetiba rasa teringin nak makan, terus Kak Sue tanya apa bahan dan macam mana nak buat. Senang gila tau korang, sambil masak makan tengahari Kak Sue masak Pulut Kacau nie tau..Sekejap ja dah siap, siap masak semua boleh Kak Sue rehat baring-baring lagi petang tu tengok tv.

Resepi nie kata Tok Pah, ikut sukatan beras pulut tu. Kalau sekilo beras pulut bahan lain pun ikut sekilo kecuali garam. Nanti letak sekilo garam dah macam lori garam tumpah dalam tu pulak kan.. hehehe.. aje gila! Garam tu untuk lemakkan aja Pulut Kacau tu. Okay lah jom Kak Sue kongsi dengan korang macam mana nak buat Pulut Kacau cara Tok Pah nie jom..

Resepi Pulut Kacau Tok Pah
Pulut Kacau Tok Pah

Resepi Pulut Kacau

Bahan-bahan :
1/2 kg beras pulut
1/2 kg santan
1/2 kg gula -putih atau merah
Garam secukup rasa
Daun pandan

Cara-cara :
Rendam beras pulut semalaman
Esoknya kukus pulut dengan daun pandan sehingga lembut
Angkat, kacau beras pulut tadi dan ketepikan
Masukkan santan, gula dan daun pandan ke dalam kuali
Masak bahan tadi sampai mendidih dan sebati
Masukkan garam secukup rasa
Kemudian masukkan beras pulut tadi, kacau sebati dan sehingga pekat
Bila dah pekat, tutup api
Akhir sekali masukkan pulut kacau tadi ke dalam loyang, sejukkan
Sedia untuk dihidangkan

Keep Reading»

Mc Flurry Durian McD Datang Lagi

Assalamualaikum, hai semua. Sana sini orang dok kongsi tentang Mc Flurry Durian McD nie kan. Kak Sue dari hari ke sehari nak singgah tapau masih tak dapat-dapat lagi. Nasib lah baru-baru nie kebetulan Abang Man ke Aeon Anggun Rawang nak bawa Adik pergi top up game baru. Balik tu tetiba nampak Abang Man ada tapau Mc Flurry Durian McD untuk Kak Sue. Terima kasih sayangku..

Mc Flurry Durian McD Datang Lagi
Mc Flurry Durian McD Datang Lagi

Mc Flurry Durian McD Datang Lagi

Sebelum-sebelum nie pun tak silap Kak Sue dah ada dah Mc Flurry Durian McD nie di pasaran. Rasanya kali nie sebabkan musim durian, jadi Mc Flurry Durian McD datang lagi. Kebetulan Abang Man keluar ke Aeon Anggun tu dah dekat dengan McD cawangan sini, Abang Man pun singgah tapau la aiskrim untuk kami semua..

Mc Flurry Durian McD Datang Lagi
Mc Flurry Durian McD Datang Lagi
Alhamdullilah, akhirnya dapat juga Kak Sue rasa Mc Flurrty Durian kali nie. Pada pendapat dan selera Kak Sue sedap dan ada rasa durian tu, berbaloi lah kalau nak beli tu kan. Kalau korang peminat durian tu harus beli cuba tau sementara stok masih ada nie. Harga Kak Sue lupa pula nak tanya Abang Man. Selamat mencuba korang.. papai!

Keep Reading»

Aktiviti Sihat Hujung Minggu

Assalamualaikum, hai semua. Kak Sue nak kongsi dengan korang aktiviti sihat hujung minggu yang Kak Sue buat dengan Kakak dan kawan-kawan Kakak. Sebenarnya Kakak yang punya aktiviti nie, tapi Ibu macam nak menyibuk juga sebab tak ada buat apa kat rumah dan nak keluarkan peluh. Tu yang tetiba ada aktiviti sihat hujung minggu tu sibuk juga Ibu nak ikut Kakak beriadah..

Aktiviti Sihat Hujung Minggu
Aktiviti Sihat Hujung Minggu

Aktiviti Sihat Hujung Minggu

Daripada aktiviti sihat hujung minggu Kakak dan kawan-kawan Kakak, jadi aktiviti untuk anak dan Ibu pula sekarang nie. Bukan apa, dari minggu pertama hari tu Ibu kawan Kakak, si Mas pun ikut serta juga aktiviti riadah nie. Seronok Kak Sue sebab ada kawan sebaya, tak ada lah segan sangat kan. Nampak ramai yang muda belia je semua kat sini.. hehehe..

Aktiviti Sihat Hujung Minggu
Aktiviti Sihat Hujung Minggu - Senang boleh tengok sini..
Untuk minggu pertama dan kedua tu Kak Sue cuma jalan-jalan ja dulu. Tak ada nak jogging ke apa sebab takut badan terkejut sebab lama sangat tak exercise kan. Tu pun berpeluh badan kami jalan dalam tiga round juga lah kat taman tu. Seronok pula dapat keluar peluh. Rasa sihat dan ringan sikit badan..

Aktiviti Sihat Hujung Minggu
Aktiviti Sihat Hujung Minggu - minggu kedua hujan..
Cuma minggu nie, minggu ketiga tak dapat nak pergi la pulak sebab kawan Kakak yang sorang lagi tu balik kampung pula minggu nie. Tak apa lah Ibu exercise kat rumah ja lah, naik turun tangga. Janji keluar peluh, bila meningkat umur nie kena jaga kesihatan lebih sikit. Badan pun cepat ja naik dah nie.. huhuhu.. Bila buat kerja lebih sikit dah menyungap.  Harap istiqomah la setiap minggu nanti. Jumpa lagi korang di entri jom sihat Kak Sue yang lain.. papai!

Keep Reading»

Doa Untuk Anak Menjadi Soleh

Assalamualaikum, hai semua. Setiap ibu bapa dalam dunia mesti nak anak yang soleh dan baik akhlaknya. Kalau baik dari segi agama tapi akhlak tak ada tak cantik lah kan dan kalau baik akhlak agama pula tak ada pun tak elok juga. Pendek kata kena lah selari. Nak dapat anak yang baik macam nie Kak Sue nak kongsi dengan korang Doa Untuk Anak Menjadi Soleh. Doa nie dikongsi oleh kawan Kak Sue Puan Ayang. Semoga kita semua dapat amalkan Doa Untuk Anak Menjadi Soleh nie ya..

Doa Untuk Anak Menjadi Soleh
Doa Untuk Anak Menjadi Soleh

Doa Untuk Anak Menjadi Soleh

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِنَّ اللَّهَ عَزَّ وَجَلَّ لَيَرْفَعُ الدَّرَجَةَ لِلْعَبْدِ الصَّالِحِ فِي الْجَنَّةِ فَيَقُولُ يَا رَبِّ أَنَّى لِي هَذِهِ فَيَقُولُ بِاسْتِغْفَارِ وَلَدِكَ لَكَ.رواه أحمد في مسنده والبيهقي في سنن الكبرى وإبن أبي شيبه في مصنفه والطبراني في معجم الكبير.

Maksud hadith :
Daripada Abu Hurairah RA, beliau berkata; Rasulullah SAW bersabda: "Sesungguhnya Allah 'Azza Wajalla akan mengangkat darjat seseorang hamba yang soleh di syurga, hamba itu kemudian berkata; 'Wahai Rabb, daripada mana semua ini? ' maka Allah 'Azza Wajalla berfirman; 'Daripada istighfar anakmu kepadamu. (Hadith riwayat Ahmad : 10202, Al-Baihaqi dalam Sunan Al-Kubra : 12467, Ibn Abi Syaibah dalam musannafnya : 11838, At-Tobrani dalam Mu'jam Al-Kabir : 5250)

"Ya Allah, jadikanlah daku anak soleh yang dapat berbakti kepada kedua ibu bapa dan senantiasa mendoakan mereka serta kurniakanlah daku anak yang soleh dan solehah."

اللّٰهُمَّ آمِيْنَ

Doa nie sebenarnya bukan lah hanya untuk anak-anak kita. Kita sebagai anak kepada Mak dan Abah kita pun tak salah nak baca doa nie untuk diri sendiri kan. Kak Sue nak ucapkan terima kasih untuk Puan Ayang yang selalu tak jemu-jemu berkongsi ilmu dan kata nasihat untuk Kak Sue. Semoga pahala berpanjangan untuk beliau sampai bila-bila.. aamiin ya rabb..

Keep Reading»

Resepi Daging Kicap Pedas

Assalamualaikum, hai semua. Lama Kak Sue tak kongsi resepi kat sini kan. Kadang tu bukan apa, asyik ulang masak resepi yang sama sebab lauk pauk yang sama tu lah orang kat dalam rumah nie suka makan. Resepi Daging Kicap Pedas yang Kak Sue nak kongsi hari nie, Kak Sue jumpa di page Rasa. Kebetulan Abang Man beli daging hari tu, jadi Kak Sue nak cuba resepi Daging Kicap Pedas pula kali nie..


Resepi Daging Kicap Pedas
Daging Kicap Pedas


Keep Reading»

Hadiah Untuk Top Komentator Blog Kak Sue

Assalamualaikum, hai semua. Kak Sue nak bagi tau kat korang nie, Kak Sue nak bagi Hadiah untuk Top Komentator Blog Kak Sue bermula pada bulan nie sempena bermulanya bulan Ogos hari nie. Ya lah, sebagai tanda terima kasih kepada kawan-kawan yang sudi singgah dan komen blog Kak Sue tu yang Kak Sue ingat nak bagi hadiah untuk Top Komentator Blog Kak Sue. Terima kasih tau korang..

Hadiah Untuk Top Komentator Blog Kak Sue
Hadiah Untuk Top Komentator Blog Kak Sue


Keep Reading»
[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di skabdy@yahoo.com


[PENAFIAN] www.shuhaidakabdy.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini. Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri. Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.