Resepi Pulut Kacau Tok Pah

Assalamualaikum, hai semua. Kak Sue nak kongsi Resepi Pulut Kacau Tok Pah pula kali nie. Selalu bila terasa nak makan, balik kampung Kak Sue di Batu Kurau baru lah dapat makan. Baru-baru Kak Sue saja cuba lah masak sebab teringin nak makan. Senang je tau cara nak buat, bahan pun tak banyak. Di kampung Kak Sue panggil nama Pulut Kacau tapi ada nama lain juga tau untuk makanan orang lama nie.. Wajik, Pulut Manis.. dan mungkin ada nama lain lagi.. Yang pasti memang feveret Kak Sue..

Resepi Pulut Kacau Tok Pah
Pulut Kacau Tok Pah

Resepi Pulut Kacau Tok Pah

Resepi Pulut Kacau Tok Pah nie Kak Sue dapat masa call Tok Pah hari tu tanya khabar. Tetiba rasa teringin nak makan, terus Kak Sue tanya apa bahan dan macam mana nak buat. Senang gila tau korang, sambil masak makan tengahari Kak Sue masak Pulut Kacau nie tau..Sekejap ja dah siap, siap masak semua boleh Kak Sue rehat baring-baring lagi petang tu tengok tv.

Resepi nie kata Tok Pah, ikut sukatan beras pulut tu. Kalau sekilo beras pulut bahan lain pun ikut sekilo kecuali garam. Nanti letak sekilo garam dah macam lori garam tumpah dalam tu pulak kan.. hehehe.. aje gila! Garam tu untuk lemakkan aja Pulut Kacau tu. Okay lah jom Kak Sue kongsi dengan korang macam mana nak buat Pulut Kacau cara Tok Pah nie jom..

Resepi Pulut Kacau Tok Pah
Pulut Kacau Tok Pah

Resepi Pulut Kacau

Bahan-bahan :
1/2 kg beras pulut
1/2 kg santan
1/2 kg gula -putih atau merah
Garam secukup rasa
Daun pandan

Cara-cara :
Rendam beras pulut semalaman
Esoknya kukus pulut dengan daun pandan sehingga lembut
Angkat, kacau beras pulut tadi dan ketepikan
Masukkan santan, gula dan daun pandan ke dalam kuali
Masak bahan tadi sampai mendidih dan sebati
Masukkan garam secukup rasa
Kemudian masukkan beras pulut tadi, kacau sebati dan sehingga pekat
Bila dah pekat, tutup api
Akhir sekali masukkan pulut kacau tadi ke dalam loyang, sejukkan
Sedia untuk dihidangkan

11 comments

  1. nasib baik bukan nek pah.. hehe
    nampak sedap ni :)

    ReplyDelete
  2. wow... sespanya... kat kelantan kami pgl nasi manis kak su

    ReplyDelete
  3. kat johor panggil wajik, kat pahang panggil lain.. lupa pulak namanya.. shah suka ni.. saya lak kurang gemar.. kalau letak durian saya suka.. hihi

    ReplyDelete
  4. kat johor panggil wajik, kat pahang panggil lain.. lupa pulak namanya.. shah suka ni.. saya lak kurang gemar.. kalau letak durian saya suka.. hihi

    ReplyDelete
  5. Cantik warna dia kak sue. Kalau dekat boleh minta sikit. Hehe

    ReplyDelete
  6. macam nasi manis jah.. ke salah hahahha

    ReplyDelete
  7. SA tak berapa suka wajik ni kak Sue..sebab manis sangat kot..hehehe..dulu kecik2 kalau makan sure sakit gigi..

    ReplyDelete
  8. Bonde pon sama mcm SA, tapi suka tengok org buat wajik... mcm buat dodol jugakan!

    ReplyDelete
  9. lamanya tak makan pulut kacau

    ReplyDelete
  10. Lama tak makan pulut kacau.. RIndu pula nak makan..

    ReplyDelete
  11. Sedapnya pulut kacau. Tahniah kakakku, dah berjaya membuatnya.

    ReplyDelete

Terima kasih sudi singgah dan komen.. datang lagi ya ❤

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di skabdy@yahoo.com


[PENAFIAN] www.shuhaidakabdy.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini. Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri. Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.