Aloe Vera Menjaga Kulit Secara Natural

Assalamualaikum, hai semua. Aloe Vera Menjaga Kulit Secara Natural. Rasanya semua orang tau kebaikan Aloe Vera nie kan. Macam umur Kak Sue nie nak kena lebih penjagaan diri dan kulit, sebab kulit cepat kering. Sebab tu sekarang nie Kak Sue cuba mantain gunakan setiap hari. Rasa kulit sejuk, segar dan lembapkan kulit Kak Sue.. best sangat..

Aloe Vera Menjaga Kulit Secara Natural
Aloe Vera Menjaga Kulit Secara Natural

Aloe Vera Menjaga Kulit Secara Natural

Memula Kakak anak dara Kak Sue yang cuba dan mantain pakai Aloe Vera Gel yang Kak Sue review produk nie tahun lepas. Bila Kak Sue pun cuba dan ada perubahan pada kulit muka, Kak Sue teruskan lah guna Aloe Vera Gel nie. Lagipun Aloe Vera nie menjaga kulit secara natural, tanpa bahan-bahan yang bayahakan kulit muka kita kan. Cumanya lepas habis Aloe Vera Gel tu, Kak Sue nampak kat Shoppe pun ada jual. Jadi Kak Sue beli kat situ, senang. Yang best kat Shopee nie murah dan barang cepat sampai.. yeay!

Aloe Vera Menjaga Kulit Secara Natural
Aloe Vera Menjaga Kulit Secara Natural
Rasa seronok dan selesa tau bila kita sapu pada kulit muka.. rasa sejuk, segar dan kulit dah tak kering sangat. Nak pula kalau nak keluar kemana-mana memang Kak Sue akan sapu nipis, sebelum pakai bedak atau make up. Macam lah make up sangat ya Kak Sue nie.. hahaha! Tapi kan betul tau korang Aloe Vera nie akan melembapkan kulit kita bila kita ada aktiviti luar..

Aloe Vera Menjaga Kulit Secara Natural
Aloe Vera Menjaga Kulit Secara Natural
Lagi satu, kalau kita mantain pakai setiap hari pori-pori muka pun boleh mengecil tau. Nie apa yang dah Kak Sue cuba lah, tak pasti pula pada kulit orang lain kan. Ya lah, setiap orang kan jenis kulit dan tindak balas yang berbeza. Untuk Kak Sue memang okay lah setakat nie. Untuk hilangkan parut pun boleh tau, nie pengalaman Kakak sendiri. Cuma kena rajin lah sapu kat parut tu ya..

Aloe Vera Menjaga Kulit Secara Natural
Aloe Vera Menjaga Kulit Secara Natural
Macam baru-baru nie sakan Kak Sue pi shopping kat Shopee borong Aloe Vera Gel, Aloe Vera Cleanser dan Aloe Vera Mist. Dengan harga tak sampai pun RM100 Kak Sue dapat semua barang nie kat Shopee. Aloe Vera Gel tiga bekas lagi tau.. jimat kan. Korang kalau nak cuba juga guna Aloe Vera nie boleh lah cari nanti ya. Best tau pakai Aloe Vera Gel nie.. cubalah okay. Jumpa lagi nanti.. papai!

14 comments

  1. Saya pun suka shopping kt shoppee.tp x rajin nk tempek cream or gel kat muka

    ReplyDelete
  2. Aloe vera mmg best..tp xpernah try hat ni. Nt saya usha shopee

    ReplyDelete
  3. Saya pakai aloe vera gel mist kak..sedap.produk natural macam nih elok diamalkan.

    ReplyDelete
  4. Aloe Vera Soothing Mist tu mrs pip guna bila keluar rumah time cuaca panas ...
    sejuk2 gitu rasa kulit.

    ReplyDelete
  5. Ana memang setia guna produk yang based dia aloe vera kak. Bagus untuk kulit.

    ReplyDelete
  6. Produk Aloevera memang best.. Bonde dengan Fatin memang kena ada Aloevera jelly tu.. Maklumlah duduk Malaysia, cuacakan selalunya bersuhu panas he he jadi kalau nak kekalkan kelembapan kulit kena guna aloevera Jelly :)

    ReplyDelete
  7. sha sukaproduk yang ada aloevera. nak g usha shopee la

    ReplyDelete
  8. Aloe vera punya produk memang best.. Nak cuba yang jenis tu mist la..

    ReplyDelete
  9. Memang bagus Aloe Vera x kira apa jenis product pun..SA memang guna soothing gel aloe vera..stok memang ada je kat rumah

    ReplyDelete
  10. banyak betul borong Aloe vera gel tu kak sue.

    ReplyDelete
  11. Yeah. Best kan aleo vera ni :). Acik pun pakai.

    ReplyDelete
  12. oh boleh hilangkn parut ya...interesting..

    ReplyDelete
  13. Aloe vera memang bagus sebab produk natural

    ReplyDelete
  14. Teringat dulu kala. Jiran ada pokok aloe vera. Aida dan kawan2 potong. Kami lumurkan aloe vera sejuk2 tu kat muka. Then, sebahagian lagi kami bubuh gul pasir, makan :-) ha ha ha

    ReplyDelete

Terima kasih sudi singgah dan komen.. datang lagi ya ❤

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di skabdy@yahoo.com


[PENAFIAN] www.shuhaidakabdy.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini. Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri. Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.