Hadiah Istimewa Dari Seorang Kawan -3

Assalamualaikum, hai semua. Kak Sue terima lagi Hadiah Istimewa Dari Seorang Kawan. Kawan yang seorang nie Kak Sue anggap lebih kepada adik dan keluarga sendiri. Kawan yang Kak Sue kenal bila Kak Sue berniaga beberapa tahun dulu. Kadang kalau kami tak jumpa, cukup lah bertanya khabar. Bukan setakat ilmu niaga ja kami berkongsi tapi ilmu akhirat yang selalu beliau kongsikan juga. Terima kasih Jemahku Fara dengan Hadiah Istimewa nie ya.. suka sangat..

Hadiah Istimewa Dari Seorang Kawan
Hadiah Istimewa Dari Seorang Kawan

Hadiah Istimewa Dari Seorang Kawan

Selalunya kalau kawan Kak Sue nie pergi bercuti kemana-mana, beliau tak pernah lupa buah tangan atau hadiah istimewa untuk Kak Sue. Kadang kita tak harapkan pun hadiah istimewa dari seorang kawan, cukup lah doa dan ingatan untuk kita kan. Macam tu juga lah bila Kak Sue rungsing atau nak marah pada sesuatu perkara beliau akan beri kata nasihat yang positif. Lega dan reda sikit hati nie..

Kawan Kak Sue nie juga dah beberapa kali buat umrah bersama keluarga beliau. Seronok dan teringin nak macam beliau juga. Kata Fara, niat aja dalam hati Kak Sue nak ke sana, nak jadi tetamu Allah. InsyaAllah.. Allah akan mudahkan dan rezeki tu akan ada nanti. Semoga ada rezeki juga untuk Kak Sue sekeluarga satu hari nanti.. sebelum Kak Sue menutup mata.. aamiin..!

Terima kasih sekali lagi ya Jemahku sayang, semoga Allah kurniakan segala yang baik-baik untuk awak sekeluarga. Semoga ukhuwah kita sekeluarga nie berpanjangan selamanya. Jangan lupa Kak Sue dalam setiap doa awak ya. Sayang selalu.. dunia dan akhirat..


Post a Comment

18 Comments

  1. Begitulah ukhuwah kan kak Sue..bila sama-sama menjaga insyaAllah akan terpelihara..moga bertemu di dunia...bersama-sama di Jannah-Nya..آمین

    ReplyDelete
  2. Baiknya beliau...xlupa buahq tgn

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah.. comel-comel hadiah tu..
    Semoga ukhwah Shu dan sahabat berkekalan.. Aamiin..

    ReplyDelete
  4. Seronok bila dapat buah tangan dari seseorang kan kak..tanda ingatan dan tanda ukhwah terjalin...

    ReplyDelete
  5. Seronok kan bila ada kawan yang sentiasa mengingati

    ReplyDelete
  6. Rezeki kak sue. comel hadiah tu

    ReplyDelete
  7. Alhamdulillah ada kawan yang baik tu kak. Semoga persahabatan akak berpanjangan.

    ReplyDelete
  8. semoga ukhuwah kak sue dgn rakan kak sue berpanjangan. seronok baca

    ReplyDelete
  9. Kak sue ni baik, peramah, siapa tak suka, siapa tak sayang rugi! Untung kak sue

    ReplyDelete
  10. Wah, best lah uols. Tambah koleksi lagi kan :)

    ReplyDelete
  11. alhamdulillah kawans ejati yg selalu ingat kat kawannya

    ReplyDelete
  12. Bestnyeeee dapat ole-ole istanbul gitu..

    ReplyDelete
  13. Begitulah ukhuwah persahabatan... Alhamdulillah dan tahniah Kak Sue.. Kak Sue memang baik.. Selayaknya kak sue menerima penghargaan tersebut. Dan didoakan semuanya dapat menunaikan umrah/haji di mekah

    ReplyDelete
  14. insyAllah..semoga ada rezeki akk menunaikan umrah....

    ReplyDelete
  15. Seronok dapat ole ole daripada kawan kak

    ReplyDelete
  16. Istanbul. Wishlist.
    Aida xde lagi fm dari istanbul.
    Gitu la sahabat. Dpt beli kan gift kecik pon jadik la kan. Tanda ingat kat kawan.

    ReplyDelete

Terima kasih sudi singgah dan komen, InsyaAllah nanti Kak Sue balas kunjungan semula ❤️