Rezeki di Stadium Shah Alam Lagi

Assalamualaikum, hai semua. Tahun nie Alhamdullilah kami masih diberi peluang dan Rezeki di Stadium Shah Alam Lagi. Tahun nie bahagian pentadbiran stadium diambil alih oleh Perbadanan Darul Ehsan bawah jabatan Menteri Besar. Sebelum nie semua game dibuat di Stadium Cheras, Kuala Lumpur. Ada beberapa kali Abang Man berniaga kat sana, cuma tahun nie Alhamdullilah kami berjaya dapatkan kiosk dan peluang berniaga di kiosk Stadium Shah Alam lagi..

Rezeki di Stadium Shah Alam Lagi
Stadium Shah Alam

Rezeki di Stadium Shah Alam Lagi

Sebelum nie untuk dua game kempen Piala Malaysia pun Abang Man dapat peluang berniaga di Stadium Shah Alam. Untuk game seterusnya Piala Sultan Selangor, Alhamdullilah pun terpilih juga. Masih di beri rezeki di Stadium Shah Alam dan terpilih lagi. Harap tahun nie semua berjalan lancar semua game dan pengurusan stadium..

Selalunya game besar macam nie, ada tambahan harga tapak dan ada undang-undang untuk peniaga kiosk. Nasib cuma ada penambahan harga tapak aja, undang-undang masih kekal macam game yang lain. Pengurusan baru pun nampak ramai orang baru, kecuali beberapa orang masih dikekalkan orang lama.

Harap dengan pengurusan baru lebih memahami masalah dan kehendak peniaga-peniaga kiosk. Rasanya kalau nak bagi zero budak-budak rambo dalam stadium agak mustahil. Sekurangnya harap ada pantaun dan ambil peduli pihak stadium kali nie. Korang kalau ada yang pergi tengok bola nanti jemput lah singgah kiosk kami ya. Jumpa kat sana nanti, papai!

10 comments

  1. Alhamdulillah..moga lebih luas rezeki Kak Sue sekeluarga ya...امین.

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah.. semoga dipermudahkan semua urusan berniaga kak sue dan suami.. Aamiin..

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah murah rezeki Akak sekeluarga.. kalau pergi nanti nak singgah gerai akak :)

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah... Moga terus bertambah rezeki Kak Sue sekeluarga... InsyaAllah.. pasti kami akan sampai utk merasa air kelapa laut man java..

    ReplyDelete
  5. Allhamdulillah... semoga dimurahkan rezeki k.sue n fmly... bila tgk stadium shah alam dri sudut ni... rindu sgt kat sini la 3 thn belajar, org duk main tgh games tgh2 stadium kami duk belajar dlm tu... kdg2 time ada games kami masuk free poteng kelas.... hehehe... stadium ni 5 tingkat kami belajar paras 2....

    ReplyDelete
  6. moga dimurahkan rezeki akak sekeluarga...:D

    ReplyDelete
  7. Alhamdulillah semoga rezeki akak sekeluarga semakin melimpah

    ReplyDelete
  8. Alhamdulillah.
    Kalau da rezeki, takkan ke mana.

    ReplyDelete

Terima kasih sudi singgah dan komen.. datang lagi ya ❤

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di skabdy@yahoo.com


[PENAFIAN] www.shuhaidakabdy.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini. Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri. Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.