Aktiviti Sihat Hujung Minggu

Assalamualaikum, hai semua. Kak Sue nak kongsi dengan korang aktiviti sihat hujung minggu yang Kak Sue buat dengan Kakak dan kawan-kawan Kakak. Sebenarnya Kakak yang punya aktiviti nie, tapi Ibu macam nak menyibuk juga sebab tak ada buat apa kat rumah dan nak keluarkan peluh. Tu yang tetiba ada aktiviti sihat hujung minggu tu sibuk juga Ibu nak ikut Kakak beriadah..

Aktiviti Sihat Hujung Minggu
Aktiviti Sihat Hujung Minggu

Aktiviti Sihat Hujung Minggu

Daripada aktiviti sihat hujung minggu Kakak dan kawan-kawan Kakak, jadi aktiviti untuk anak dan Ibu pula sekarang nie. Bukan apa, dari minggu pertama hari tu Ibu kawan Kakak, si Mas pun ikut serta juga aktiviti riadah nie. Seronok Kak Sue sebab ada kawan sebaya, tak ada lah segan sangat kan. Nampak ramai yang muda belia je semua kat sini.. hehehe..

Aktiviti Sihat Hujung Minggu
Aktiviti Sihat Hujung Minggu - Senang boleh tengok sini..
Untuk minggu pertama dan kedua tu Kak Sue cuma jalan-jalan ja dulu. Tak ada nak jogging ke apa sebab takut badan terkejut sebab lama sangat tak exercise kan. Tu pun berpeluh badan kami jalan dalam tiga round juga lah kat taman tu. Seronok pula dapat keluar peluh. Rasa sihat dan ringan sikit badan..

Aktiviti Sihat Hujung Minggu
Aktiviti Sihat Hujung Minggu - minggu kedua hujan..
Cuma minggu nie, minggu ketiga tak dapat nak pergi la pulak sebab kawan Kakak yang sorang lagi tu balik kampung pula minggu nie. Tak apa lah Ibu exercise kat rumah ja lah, naik turun tangga. Janji keluar peluh, bila meningkat umur nie kena jaga kesihatan lebih sikit. Badan pun cepat ja naik dah nie.. huhuhu.. Bila buat kerja lebih sikit dah menyungap.  Harap istiqomah la setiap minggu nanti. Jumpa lagi korang di entri jom sihat Kak Sue yang lain.. papai!

9 comments

  1. lama dah xjogging..hehe..:)

    ReplyDelete
  2. Kuar peluh mmg puas ati
    Kak sue

    ReplyDelete
  3. hah aktiviti sihat ni...jln2 pn xpe exercise kaki ..kn trus jogging mau sengal2 otot kn...

    ReplyDelete
  4. Bagus aktiviti mcm ni kak.ana pun ajak adik2 senam sama2 dkt tmn layang2 tu. Next nk plan berzumba pula 😂

    ReplyDelete
  5. kalau dapat buat hari- hari best kak sue..SA hari2 jalan dari muzium station ke Plaza Sentral..1KM pergi balik...badan dah tua ni semua kena jaga

    ReplyDelete
  6. Bagus riadah macam nie.. Keluar peluh..

    ReplyDelete
  7. kat tasik puteri nie kan.. Fiza pun duk area situ.. done follow sini dan salam perkenalan..

    ReplyDelete

Terima kasih sudi singgah dan komen.. datang lagi ya ❤

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di skabdy@yahoo.com


[PENAFIAN] www.shuhaidakabdy.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini. Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri. Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.