Resepi Spagetti Carbonara

Assalamualaikum, hai semua. Kali nie Kak Sue nak kongsi Resepi Spagetti Carbonara airtangan anak dara Kak Sue yang seorang tu, Kakak. Sekarang nie Kakak memang rajin nak masak dan cuba resepi baru. Lega lah sikit Kak Sue, ada bantu baik dari kerja rumah atau kerja dapur. Cubaan Kakak pertama kali masak Spagetti Carbonara nie memang menjadi, sedap! Semua terasa tau.. syabas Kakak. Bukan nak puji anak sendiri, tapi kalau betul sedap apa salahnya bagi pujian kan.. hehehe.. Mesti Kakak malu baca entri nie kan.. kan..

Resepi Spagetti Carbonara
Spagetti Carbonara

Resepi Spagetti Carbonara

Rumah Kak Sue nie selain dari masakan lauk kampung, lauk simple.. jenis pasta-asta nie pun antara kesukaan anak-anak Kak Sue juga. Kadang kalau dah masak pasta nie kami dah tak makan nasi dah. Tu yang baru-baru Kakak kata nak cuba masak resepi dari Acik adik kak Sue Spagetti Carbonara. Senang ja korang, sos memang beli yang siap dah tu..

Lagi satu kan korang cili, sosej dan cheese ikut sukatan korang tau. Kalau tak nak letak pun tak pa, nak letak lebih pun tak apa. Macam kami sekeluarga nie suka makan pedas jadi kami letak cili padi dalam sos tu. Kira Spagetti Carbonara style Melayu la nie.. hehehe.. Jom kita tengok resepinya jom..

Spagetti Carbonara

Bahan-bahan :
1/2 biji bawang besar - dipotong dadu
3 biji bawang putih - dipotong dadu
8 biji cili padi - dihiris
5 batang sosej - dihiris
3 keping Cheesea
1 tin  kecil sos cendawan
1 paket spagetti
Sayur Brokoli
Sedikit minyak untuk menumis
Garam secukup rasa

Cara-cara :
Didihkan air, masukkan garam dan minyak
Rebus spagetti sehingga lembut, tos dan ketepikan
Kemudian panaskan kuali, tumis bahan yang dipotong dadu dan cili yang dihiris tadi sampai naik bau
Masukkan sosej biarkan masak sedikit
Masukkan sos cendawan tadi dan masukkan sedikit air masak sehingga mendidih
Masukkan kiub ayam Knorr, serbuk lada hitam dan sedikit garam
Kacau sekejap sehingga sebati
Akhir sekali masukkan cheese, kacau sehingga cheese larut
Tutup api, sedia untuk dihidangkan

16 comments

  1. Ya Allah kak sedapnya cabonara. Peberet zarra ngn sy ni. Huwarghhh nak buatlah balik nnti.

    ReplyDelete
  2. Favorite Syafi ni kak. Sedap dan creamy. Yg bolognese tu dia tak suka sebab masam.

    ReplyDelete
  3. bulan puase ari tu boleh kata setiap minggu mst mkn sbb kita suka sangat..

    ReplyDelete
  4. Kakak masakkan untuk acik PC boleh....he he he...alhamdulillah..bagus kakak..
    Puji anak kalau pada tempatnya wajar kak Sue...lagi satu jadi motivasi pada anak...

    ReplyDelete
  5. Sedapnya...anak saya suka carbonara...kalau nk cpt..saya pakai prego je hehehe

    ReplyDelete
  6. sedapnya! nak try buat la lama takmkan

    ReplyDelete
  7. Macam sedap sangat ni kak sue.. Thank you for resepi! 😍

    ReplyDelete
  8. feveret kami satu family ni;) tq sharing

    ReplyDelete
  9. Boleh cuba resepi kakak lepas nih.nanti aunty share ye kakak..hehehe

    ReplyDelete
  10. Inilah makanan yang menyelerakan tekak saya nie...

    nampak sedap dan menyelerakan

    ReplyDelete
  11. sedapnya... terus rasa nak buat mlm stg.. tq sis!

    ReplyDelete
  12. Best.. best.. Tak pernah cuba bubuh cili padi.. nampak menarik pula resepi ini..

    ReplyDelete
  13. Dania memang penggemar carbonara..seminggu at least 2 kali buat on weekend..

    ReplyDelete
  14. Sedapnya!. Baru lepas buat hari tu.

    ReplyDelete
  15. cuya sorg je suka makanan barat ni..sebab tu parent tk mint sngt nk makan pasta ni..hahaha

    ReplyDelete
  16. Antara feveret anak2 aida. Resepi lebih kurang.
    Tq for sharing...

    ReplyDelete

Terima kasih sudi singgah dan komen.. datang lagi ya ❤

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di skabdy@yahoo.com


[PENAFIAN] www.shuhaidakabdy.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini. Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri. Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.