Raya Haji di Batu Kurau

Assalamualaikum, hai semua. Minggu lepas Kak Sue dan keluarga sambut Raya Haji di Batu Kurau. Tahun nie balik rumah Tok Pah aja, tak singgah rumah Mbah pun sebab minggu depan nie nak balik rumah Mbah pula. Selalu mesti balik dua-dua rumah, tahun nie kata Abang Man Raya Haji di Batu Kurau aja lah sebab nak cepat balik hari khamis tu kami nak niaga di Stadium Shah Alam sabtu lepas..

Raya Haji di Batu Kurau
Raya Haji di Batu Kurau

Raya Haji di Batu Kurau

Raya Haji di Batu Kurau biasa aja tak ada meriah macam raya kat tempat lain. Tambah pula kali nie Tok Pah tak berapa sihat, rasa tak seronok sangat hati nie haa. Tok Pah memang jarang sakit, kadang kalau sakit pun kita tak tahu sebab mungkin tak susahkan hati anak-anak kut. Diam ja dok tahan sakit. Demam pun on off.. moga cepat sembuh ya Mak..

Raya Haji di Batu Kurau
Raya Haji di Batu Kurau - Tok Pah & The girls
Berbalik pada cerita Raya Haji di Batu Kurau, macam biasa Tok Pah masih lagi sediakan Ketupat Palas dan Rendang Ayam untuk menu utama. Ateh adik Kak Sue pula masak Laksa Batu Kurau. Cukup dah dua menu tu untuk kami sekeluarga. Kuih muih kali nie tak ada pun, cuma Acik masak Puding Kentang. Kak Sue.. tolong-tolong ja apa yang depa masak tu.. hehehe..

Raya Haji di Batu Kurau
Raya Haji di Batu Kurau - Sayang selalu..
Sebelah petang baru lah kami beraya ke rumah Tok Su Jah macam biasa. Antara rumah sedara Tok Pah harus kami singgah tiap kali Hari Raya. Rumah kedua rumah Mak Lang, adik Abah Kak Sue pula. Masa macam nie lah kita nak ziarah dan bertanya khabar sedara mara kan..

Raya Haji di Batu Kurau
Raya Haji di Batu Kurau - Sayang selalu
Tahun nie Raya Haji di Batu Kurau pun Tok Pah tak dapat dah daging korban macam tahun-tahun dulu. Tak tau lah pula kenapa, tapi Alhamdullilah ada rezeki juga Abang Lan, abang Kak Sue bawa balik dari Kampung Perak. Dapat lah merasa juga kan, siap Kak Sue pun ada Abang Lan bekalkan sikit masa nak balik tu.

Raya Haji di Batu Kurau
Raya Haji di Batu Kurau - Sayang selalu
Apapun, semoga semua jemaah Haji  yang mengerjakan Haji tahun nie mendapat Haji yang mabrur dan selamat pulang ke Malaysia. Semoga ada rezeki kita semua juga untuk jadi tetamu Allah satu hari nanti kan, teringin Kak Sue nak ke sana dengan keluarga Kak Sue. Harap dapat lah ke sana sebelum Kak Sue menutup mata.. aamiin ya rabb.. Jumpa lagi nanti.. papai!

16 comments

  1. PC tak dapat balik kampung Raya Haji ni kak Sue..En Suami bertugas.Allahu.

    ReplyDelete
  2. Meriah raya akk...seronok tengok

    ReplyDelete
  3. Seronoknya balik kampung beraya bersama. alahaiii adik beradik ramai cmni best kan..

    ReplyDelete
  4. Kampun SA dekat so tak pening nak pi mana...tapi raya haji ari tu duduk lepak kat rumah je..hahahaha..petang pi tgok wayang citer Hantu Kak Limah

    ReplyDelete
  5. Raya Haji dengan Raya Puasa memang berbeza..

    lagu raya tak de hahahahaha

    ReplyDelete
  6. Seronok dapat balik kampung kan kak. Semoga mak akan sembuh dan sihat semula. Amin.

    ReplyDelete
  7. meriahnya raya..lama saya tak ke Batu Kurau..tempat yg best..org2 frendly

    https://www.ohlawa.com/tips/rawatan-alternatif-masalah-jangkitan-kuman-dalam-darah/

    ReplyDelete
  8. Salam Aidiladha dan kemerdekaan kak sue. Lawa semuanya, muka nak sama je dengan kak sue

    ReplyDelete
  9. In shaa Allah, panjang umur ada rezeki dpt la kak su n family ke tanah suci...aamiin

    ReplyDelete
  10. masih meriah juga raya haji kak sue.

    ReplyDelete
  11. seronok beraya di Kampung... Bonde pon balik raya ke Kampung nak rasa suasana Kampung memang meriah.

    ReplyDelete
  12. seronoknya beraya,,,,saya tak semua ada bila balik kampung ni..hehe

    ReplyDelete
  13. Liez beraya di KL je sbb husband cuti 1 hari.. seronok dpt blk kg kann

    ReplyDelete
  14. Sama aje senyuman semua dlm gambar :-)

    ReplyDelete
  15. Alhamdulillah, seronok bila dpt berkumpul mcm ni.

    ReplyDelete

Terima kasih sudi singgah dan komen.. datang lagi ya ❤

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di skabdy@yahoo.com


[PENAFIAN] www.shuhaidakabdy.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini. Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri. Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.