Doa Untuk Anak Menjadi Soleh

Assalamualaikum, hai semua. Setiap ibu bapa dalam dunia mesti nak anak yang soleh dan baik akhlaknya. Kalau baik dari segi agama tapi akhlak tak ada tak cantik lah kan dan kalau baik akhlak agama pula tak ada pun tak elok juga. Pendek kata kena lah selari. Nak dapat anak yang baik macam nie Kak Sue nak kongsi dengan korang Doa Untuk Anak Menjadi Soleh. Doa nie dikongsi oleh kawan Kak Sue Puan Ayang. Semoga kita semua dapat amalkan Doa Untuk Anak Menjadi Soleh nie ya..

Doa Untuk Anak Menjadi Soleh
Doa Untuk Anak Menjadi Soleh

Doa Untuk Anak Menjadi Soleh

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِنَّ اللَّهَ عَزَّ وَجَلَّ لَيَرْفَعُ الدَّرَجَةَ لِلْعَبْدِ الصَّالِحِ فِي الْجَنَّةِ فَيَقُولُ يَا رَبِّ أَنَّى لِي هَذِهِ فَيَقُولُ بِاسْتِغْفَارِ وَلَدِكَ لَكَ.رواه أحمد في مسنده والبيهقي في سنن الكبرى وإبن أبي شيبه في مصنفه والطبراني في معجم الكبير.

Maksud hadith :
Daripada Abu Hurairah RA, beliau berkata; Rasulullah SAW bersabda: "Sesungguhnya Allah 'Azza Wajalla akan mengangkat darjat seseorang hamba yang soleh di syurga, hamba itu kemudian berkata; 'Wahai Rabb, daripada mana semua ini? ' maka Allah 'Azza Wajalla berfirman; 'Daripada istighfar anakmu kepadamu. (Hadith riwayat Ahmad : 10202, Al-Baihaqi dalam Sunan Al-Kubra : 12467, Ibn Abi Syaibah dalam musannafnya : 11838, At-Tobrani dalam Mu'jam Al-Kabir : 5250)

"Ya Allah, jadikanlah daku anak soleh yang dapat berbakti kepada kedua ibu bapa dan senantiasa mendoakan mereka serta kurniakanlah daku anak yang soleh dan solehah."

اللّٰهُمَّ آمِيْنَ

Doa nie sebenarnya bukan lah hanya untuk anak-anak kita. Kita sebagai anak kepada Mak dan Abah kita pun tak salah nak baca doa nie untuk diri sendiri kan. Kak Sue nak ucapkan terima kasih untuk Puan Ayang yang selalu tak jemu-jemu berkongsi ilmu dan kata nasihat untuk Kak Sue. Semoga pahala berpanjangan untuk beliau sampai bila-bila.. aamiin ya rabb..

7 comments

Terima kasih sudi singgah dan komen ❤