Mc Flurry Durian McD Datang Lagi

Assalamualaikum, hai semua. Sana sini orang dok kongsi tentang Mc Flurry Durian McD nie kan. Kak Sue dari hari ke sehari nak singgah tapau masih tak dapat-dapat lagi. Nasib lah baru-baru nie kebetulan Abang Man ke Aeon Anggun Rawang nak bawa Adik pergi top up game baru. Balik tu tetiba nampak Abang Man ada tapau Mc Flurry Durian McD untuk Kak Sue. Terima kasih sayangku..

Mc Flurry Durian McD Datang Lagi
Mc Flurry Durian McD Datang Lagi

Mc Flurry Durian McD Datang Lagi

Sebelum-sebelum nie pun tak silap Kak Sue dah ada dah Mc Flurry Durian McD nie di pasaran. Rasanya kali nie sebabkan musim durian, jadi Mc Flurry Durian McD datang lagi. Kebetulan Abang Man keluar ke Aeon Anggun tu dah dekat dengan McD cawangan sini, Abang Man pun singgah tapau la aiskrim untuk kami semua..

Mc Flurry Durian McD Datang Lagi
Mc Flurry Durian McD Datang Lagi
Alhamdullilah, akhirnya dapat juga Kak Sue rasa Mc Flurrty Durian kali nie. Pada pendapat dan selera Kak Sue sedap dan ada rasa durian tu, berbaloi lah kalau nak beli tu kan. Kalau korang peminat durian tu harus beli cuba tau sementara stok masih ada nie. Harga Kak Sue lupa pula nak tanya Abang Man. Selamat mencuba korang.. papai!

13 comments

  1. Uishhhh mengancammm, sedapnyaaaaaa

    ReplyDelete
  2. Tengok je pun dah puas hati kak Sue...ni kalau rasa sendiri mahu ulang beli...

    ReplyDelete
  3. Tetiap kali keluar..mesti dptkan. Hehe tp to gambar lah pulak. Sbb last yr dh update dlm blog

    ReplyDelete
  4. Wowwww nampak sedap je. Tak pernah try lagi. Even peminat durian tapi kalau ais krim lom terbukak lg nak rasa. Ehhehehe mcm kena try jugak ni.

    ReplyDelete
  5. telan liur tengok mc flurry durian ni..nanti boleh la cuba

    ReplyDelete
  6. Mc flurry durian saya tak try lagi kak tapu ya g strawberry dah try

    ReplyDelete
  7. Alaa.. mmg npk sedap sangat.. tambah pula ade topping durian.. nyum2

    ReplyDelete
  8. ni kali ke2 mcd kuarkan mcflurry durian sbb yg 1st time aritu kejap je dlm 2 weeks ..lps tu dh sold out..kalini lama la mayb stock durian byk lg kn....tp aritu mkn yg 2nd time ni rsnye mcflurry durian ms 1st time dlu lg ummmpppp...tp still abis juga la..xbaik membazir kn..dh la mahal hehe

    ReplyDelete
  9. Syahmi jadi suka pula dengan aiskrim durian ni kak. Tak terkira byk kali dia beli haa. Ana pula suka oreo tu je.

    ReplyDelete
  10. aduhaiiii sedapnya nampak

    ReplyDelete
  11. Yang strawberry tu nampak lagi mengancam..

    ReplyDelete

Terima kasih sudi singgah dan komen.. datang lagi ya ❤

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di skabdy@yahoo.com


[PENAFIAN] www.shuhaidakabdy.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini. Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri. Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.