Terbeli Aidijuma Lagi

Assalamualaikum, hai semua! Baru-baru nie Kak Sue Terbeli Aidijuma Lagi, masa tu Kak Sue pergi event syampu Shayla. Punya lah lama dah tak beli tau, sekali terbeli Adijuma lagi lah pulak. Nampak lawa pula design kali nie. Siap ada macam pearl tu kan.. suka pula tengok..

Terbeli Aidijuma Lagi
Terbeli Aidijuma Lagi

Terbeli Aidijuma Lagi

Kak Sue rasa ramai kut peminat tudung yang satu nie. Dulu Kak Sue salah sorang peminat tegar dan pengumpul tudung nie juga, tapi akhirnya mengalah juga lah tak mampu nak ikut setiap keluaran mau pokai oi.. ehehe. Baru-baru nie entah macam mana terbeli tudung Adijuma lagi. Tambah lah koleksi Kak Sue lagi kat rumah nie, tapi satu Kak Sue dah hadiahkan pada Alang hari tu..

Terbeli Aidijuma Lagi
Shawl Aidijuma
Sebelum nie tak ada shawl dari Aidijuma nie, semua tudung bawal. Tiap minggu akan keluar corak baru, sanggup lah bersesak dan beratur berejam semata-mata nak dapatkan yang terbaru. Gila kan? Pula tu sekali keluar tiga, empat corak. Kalau rasa cantik kat mata Kak Sue, siap beli dua lagi. Satu untuk Kak Sue, satu untuk Kakak anak dara Kak Sue tu. Siap jual lagi tau, jadi lah dapat duit minyak dan duit tol ke Shah Alam nun haa.. Sekarang nie insaf dah, tak ada lah mengila nak beli tiap minggu.. hehehe..

Terbeli Aidijuma Lagi
Shawl Aidijuma
Ada tudung AJ yang Kak Sue belum pakai pun lagi tau. Ingat nanti kalau dah tak nak pakai nak jual pre love. Kalau Kak Sue nak jual nanti Kak Sue bagi tau korang ya. Kut lah ada peminat tegar AJ yang nak buat koleksi. Masa Kak Sue tengah mengila dulu, corak lama harga sampai beratus sehelai tau korang. Tapi tak ada lah Kak Sue gila nak beli harga camtu dan tak da lah niat nak jual sampai harga macam tu. Tunggu nanti kalau jadi Kak Sue nak jual, Kak Sue bagi tau ya.. till then, papai!

18 comments

  1. Suatu ketika dulu saya pun peminat AJ. Tapi sume dh bg dekat orang. Heheheh cantik² design kak sue tu simple.

    ReplyDelete
  2. Ana pun baru borong AJ ni kak last 2 weeks. Tp ana beli yg bercorak sebab senang tak yah gosok masa travel.

    ReplyDelete
  3. dlu2 mmg peminat tudung aidijuma tp bila ada 1 masa tu materialnya mcm keras lps tu corak mcm xbrp cantik dh...mmg tkde la membeli dh...nice juga yg kaksue bli ni

    ReplyDelete
  4. Lawa hat ni..saya suka kosong. Nampak formal sket.bpe rm kak ni

    ReplyDelete
  5. PC baru ada sehelai AJ ni kak Sue....hehehehe...tak mustahil bakal terjebak ni...cantik warna pilihan Kak Sue...

    ReplyDelete
  6. Peminat gak sejak2 cousin bagi hadiah bertahun lepas,terus berkenan...tapi tak menggila la ,kalau jumpa n berkenan beli la kalau tak,tgk je hehhehe

    ReplyDelete
  7. Bonde pon beli masa raya hari tu... 2 helai lagi cantik pilihan Kak Sue

    ReplyDelete
  8. wow...cantiknya Aidijuma ni...kita pun ada jugak koleksi aidijuma...

    ReplyDelete
  9. Dulu Aidijuma ni natu fenomena..la ni ni dh senyap skit..kenapa x tau..adik SA dulu memang selalu beli Aidijuma ni..

    ReplyDelete
  10. lama dah x berbawal hehe. done follow #437

    ReplyDelete
  11. teringin nak pakai aidijuma, selalu nk beli corak yang tak bekenan di mata

    ReplyDelete
  12. Eh.. AJ ada shawl eh.. ingatkan tudung bawal je.. lawa warna shawl tu..

    ReplyDelete
  13. Kite pun ad shawl ni. Tq kakakku belikan utk kita. Tapi yg warna biru ni pun cantik lah kalernya.

    ReplyDelete
  14. cuya pun tudung AJ...tpi semua busu yang belikan...kita biasa beli shawl je..heheh

    ReplyDelete
  15. Kak yang ada manik putih tuh harga berapa. Nampak cantik plak

    ReplyDelete
  16. Aida masih suka aj. Pengguna tegar. Sama la. Masih ada yg lom pakai jugak, shu.
    Memana yg corak nyer meriah, aida da pass kat anak2.

    ReplyDelete
  17. Kalau nak jual prelove murah2, tag aida ye.

    ReplyDelete

Terima kasih sudi singgah dan komen.. datang lagi ya ❤

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di skabdy@yahoo.com


[PENAFIAN] www.shuhaidakabdy.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini. Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri. Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.