Resepi Daging Kicap Pedas

Assalamualaikum, hai semua. Lama Kak Sue tak kongsi resepi kat sini kan. Kadang tu bukan apa, asyik ulang masak resepi yang sama sebab lauk pauk yang sama tu lah orang kat dalam rumah nie suka makan. Resepi Daging Kicap Pedas yang Kak Sue nak kongsi hari nie, Kak Sue jumpa di page Rasa. Kebetulan Abang Man beli daging hari tu, jadi Kak Sue nak cuba resepi Daging Kicap Pedas pula kali nie..


Resepi Daging Kicap Pedas
Daging Kicap Pedas


Resepi Daging Kicap Pedas

Resepi Daging Kicap Pedas nie macam lebih kurang sama resepi yang Kak Sue masak sebelum nie. Cuma cara masak tu lain sikit, Kak Sue sampai silap juga lah cara masak sebab salah paham caranya tapi tak ada lah sampai jadi lain pula rasa. Lagi satu masa Kak Sue masak resepi nie kurang dua bahan, Jintan Manis dan Daun Ketumbar tak ada. Nak keluar ke kedai hadoi la.. malas sangat. Guna apa yang ada ja lah..

Lagi satu bahan ada dalam resepi nie Kak Sue tukar dan tambah macam bawang, Kak Sue pakai bawang besar dan bawang putih Kak Sue lebihkan sikit. Cili kering pun Kak Sue lebihkan sama dengan cili, Kak Sue guna cili padi.. baru kick sikit! Kat rumah nie kuat makan pedas tapi ikut korang lah tau nak letak cili apa tau. Okay lah jom kita tengok bahan dan caranya ya..

Daging Kicap Pedas

Bahan-bahan :
100 gram daging - dihiris nipis
Minyak untuk menumis

Bahan Perapan Daging
3 biji bawang merah - dikisar
2 biji bawang putih - dikisar
2.5cm halia - dikisar
Sedikit jintan manis - ditumbuk
1 sudu makan kicap manis
1 sudu makan pes sambal / cili kering
1 biji bawang merah - potong bulat
1 biji cili hijau - dihiris
Garam dan gula secukup rasa
Sedikit daun ketumbar

Cara-cara
Daging diperap dengan bahan yang dikisar tadi, jintan manis dan kicap manis selama 15 minit. Ketepikan
Panaskan kuali dan masukkan daging perapan. Bila air perapan daging kering meresap masuk ke dalam daging barulah masukkan minyak untuk menumis.. part nie lah Kak Sue salah step tu. Kak Sue pi masukkan minyak siap.. siap.. hadoi la..
Tumis pes sambal tadi bersama daging perapan tadi. Bila dah agak naik bau, masukkan garam dan gula secukup rasa. Kacau sebati
Bila sambal dah pecah minyak, masukkan bawang besar dan cili hijau yang dihiris tadi. Kecilkan api dan biar kejap
Angkat dan taburkan sedikit daun ketumbar, sedia untuk dihidangkan.

12 comments

  1. Nampak sedap tu kak...bleh cuba nanti..

    ReplyDelete
  2. Waaaaaa sedappp..nasi panas ulam timun..terima kasih Kak Sue share resepi..

    ReplyDelete
  3. thanks share resepi. saya memang suka makan yang pedas pedas ni

    ReplyDelete
  4. Sedapnya...saya suka kipas dan pedas. Tp suka hat berkuah

    ReplyDelete
  5. xbrp nmpk sgt kicapnye maybe sbb versi pedas kn

    ReplyDelete
  6. macam tu rupanya nak bagi sedap masak daging ni ye, thanks kaksue!

    ReplyDelete
  7. daging masak kicap ni, biasa jugak masak.
    tapi versi aida, kurang pedas & berkuah :)
    anak-anak suka berkuah, shu.
    aida amik resepi ekk. boleh cuba, ubah citarasa sesekali kan.
    tq for sharing :)

    ReplyDelete
  8. Sedapnya. Nanti nak cuba resepi ni.

    ReplyDelete
  9. Nampak sedap tu kak. Boleh cuba nanti.

    ReplyDelete
  10. my fav! daging masak kicap pun sedapppp tau!

    ReplyDelete

Terima kasih sudi singgah dan komen.. datang lagi ya ❤

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di skabdy@yahoo.com


[PENAFIAN] www.shuhaidakabdy.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini. Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri. Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.