May 2017 - Shuhaida Kabdy

Wednesday, May 31, 2017

Resepi Kerabu Pegaga

May 31, 2017 12
Resepi Kerabu Pegaga
Assalamualaikum, hai semua! Kali nie Kak Sue nak kongsi resepi dari adik Kak Sue Alang lagi. Bulan puasa Alang memang datang lepak rumah Kak Sue kali nie. Jadi setiap hari tu, mesti ada menu ulaman. Ada geng ulam nie seronok sikit Kak Sue sebab Abang Man dan anak-anak kurang sikit ulam kampung nie. Dua hari berturut kami sama-sama buat Kerabu Pegaga, memang bertambah makan siap meratah-ratah lagi. Jom kita tengok bahan Kerabu Pegaga nie jom
resepi kerabu pegaga
Kerabu Pegaga

Kerabu Pegaga

Bahan-bahan
1 biji bawang besar - ditumbuk
2 biji cili besar - ditumbuk
6 biji cili padi - ditumbuk
1 biji bawang besar - dihiris halus
1 ikat ulam pegaga - dihiris halus
2 biji limau kasturi - diambil jusnya
1 inci belacan
1 gengam kelapa parut
Garam secukup rasa

Cara - cara
Gaul semua bahan yang ditumbuk dan dihiris nipis tadi sehingga bergaul sebati
Masukkan kelapa, perah limau dan garam secukup rasa
Sedia untuk dihidangkan

Tuesday, May 30, 2017

Kelapa Laut MAN JAVA di Pasar Ramadhan BTP

May 30, 2017 6
Kelapa Laut MAN JAVA di Pasar Ramadhan BTP
Assalamualaikum, hai semua! Dah empat hari kita berpuasa Kak Sue baru berkesempatan nak kongsikan gerai kami Kelapa Laut MAN JAVA di Pasar Ramadan BTP. Rasanya hampir lapan tahun kut kami berniaga di pasar ramadhan yang sama setiap tahun, cuma tapak aja bertukar-tukar. Tahun nie tapak niaga kami di lorong tengah pula, pada korang yang tinggal berdekatan jangan lupa singgah gerai Kelapa Laut Man Java tau...

kelapa laut man java di pasar ramadhan btp,kelapa laut
Kelapa Laut MAN JAVA di Pasar Ramadhan BTP

Kelapa Laut MAN JAVA di Pasar Ramadhan BTP

Tentu ada yang tertanya-tanya kat mana BTP nie kan. BTP nie singkatan nama untuk taman perumahan kami, Bandar Tasik Puteri, Rawang. Kalau yang tinggal berdekatan sini macam Bandar Country Home, Tasik Biru, Kuang dan Kundang tak ada lah jauh sangat dari taman perumahan kami nie. Boleh lah korang singgah sini nanti ya..

kelapa laut man java di pasar ramadhan btp,kelapa laut

Selain air Kelapa Laut Man Java, gerai kami menyediakan beberapa pilihan air buah yang lain. Antaranya Air Kedondong Asam Boi, Kelapa Muda, Kelapa Lemon, Teh Bunga, Air Sunquick, jangan tak tahu air nie memang ada peminatnya tau walau boleh dibancuh kat rumah sendiri dan yang terbaru Air Durian Belanda. Kami juga ada sediakan Air Kelapa Laut suam bagi yang tak tahan dengan ais kan.. Kak Sue sendiri pun setiap hari minum tanpa ais.. ehehe..


kelapa laut man java di pasar ramadhan btp,kelapa laut

Korang yang ada berdekatan taman perumahan kat BTP nie silalah singgah ya. Selain geai kami ada banyak pilihan gerai yang lain. Tahun nie gerai kami betul-betul bersebelahan dengan gerai Tepung Pelita Paya Jaras yang meletop tu. Lepas beli tepung pelita jangan lupa singgah beli air di gerai kami ya.. Selamat menjalankan ibadah puasa semua, papai!


Monday, May 29, 2017

Resepi Sambal Kelapa

May 29, 2017 8
Resepi Sambal Kelapa
Assalamualaikum, hai semua! Kali nie Kak Sue nak kongsi resepi Sambal Kelapa pula. Menu yang satu nie sedap di makan dengan ulaman atau ikan goreng kalau Kak Sue lah. Mesti makan menambah-nambah, cuma bila guna bahan yang agak sensetif dalam resepi nie, ya lah bahan utama kelapa parut. Kita kena jaga sikit takut masam, seeloknya boleh gaul lagi beberapa minit nak berbuka..

resepi sambal kelapa
Sambal Kelapa


Resepi Sambal Kelapa

Bahan - bahan 
1/2 biji kelapa parut - ditumbuk
1 biji bawang besar - ditumbuk
2 biji cili besar - ditumbuk
4 biji cili padi - ditumbuk
1 inci belacan - ditumbuk
1biji limau kasturi - ambil jus sahaja
Garam secukup rasa

Cara - cara 
Gaul bahan yang ditumbuk tadi dengan kelapa parut
Perah limau kedalam sambal tadi
Masukkan garam dan serbuk perasa jika suka, gaul sebati
Sedia untuk dihidangkan

Sunday, May 28, 2017

Resepi Air Asam

May 28, 2017 9
Resepi Air Asam
Assalamualaikum, hai semua! Hari kedua kita berpuasa, korang masak apa hari nie? Kak Sue masak yang ringkas-ringkas aja macam selalu. Kadang bila bulan puasa nie tak berselera sangat nak makan. Nie Kak Sue nak kongsikan Resepi Air Asam untuk menambah selera bagi yang tak ada selera nak makan. Ada air asam nie memang menambah makan kalau Kak Sue, kenakan pula dengan ikan goreng ka, ikan bakar ka.. memang terangkat!

Resepi air asam nie rasanya ada macam-macam versi kut. Resepi Kak Sue kongsikan nie dari Alang, adik Kak Sue. Senang dan ringkas aja nak sediakan, lagi beberapa minit nak berbuka pun boleh nak sediakan. Selamat mencuba ya..


resepi air asam
Air Asam - penambah selera

Resepi Air Asam

Bahan - bahan :
1 biji bawang besar - dihiris halus
6 biji cili padi - dihiris halus
1 batang bunga kantan - dihiris halus
2 biji limau kasturi - ambik air aja
1 inci belacan
Garam secukup rasa

Cara - cara :
Gaul semua bahan
Kemudian perahkan limau kasturi tadi
Sedia untuk dihidangkan 


Saturday, May 27, 2017

Lazada Ramadhan Raya Blogger Contest | Resepi Sup Ikan Siakap Bersayur

May 27, 2017 4
Lazada Ramadhan Raya Blogger Contest | Resepi Sup Ikan Siakap Bersayur
Assalamualaikum, hai semua! Hari nie hari pertama kita sebagai umat Islam menyambut bulan Ramadhan. Dan sempena datangnya bulan Ramadhan pada tahun nie, Lazada Malaysia mengadakan contest untuk blogger iaitu Lazada Ramadhan Raya Blog Contest. Contest bermula 19 Mei sehingga 23 June 2017 selama empat minggu dengan tema yang berlainan setiap minggu. Hadiah pun dengarnya sangat menarik tau korang, jom lah kita join memriahkan suasana jom..


lazada ramadhan raya blogger contest

Sempena bulan Ramadhan nie juga Lazada mengadakan jualan murah dengan kempen Marhaban Ya Ramadhan dan Riang Raya Sales  bermula pada 19 Mei sehingga 30 June 2017. Nanti korang jangan lupa singgah tau, mesti ada barang yang menarik untuk hari raya yang boleh korang dapat di Lazada dengan potongan diskaun sehingga 90% lagi tau.. best nie kan.. 


lazada ramadhan raya blogger contest,lazada

Lazada Ramadhan Raya Blogger Contest

Contest Minggu pertama
Tema : Delicious Ramadhan
Tarikh : 19 May - 1 June 2017

Resepi Ikan Siakap Bersayur

Untuk hari pertama menu berbuka tahun nie, Kak Sue nak masak menu yang simple tapi sihat. Menu nie pun dah banyak kali Kak Sue masakkan untuk keluarga Kak Sue, Sup Ikan Siakap Bersayur. Keluarga Kak sue memang peminat ikan dan sayur, jadi untuk menu berbuka memang sangat sesuai dengan menu Sup Ikan Siakap Bersayur nie kan setelah kita semua seharian merehatkan perut.. hehehe..


lazada ramadhan raya blogger contest,resepi sup ikan bersayur
Sup Ikan Siakap Bersayur
Bahan - bahan :

2 ketul kepala ikan siakap
1 biji bawang besar - dikisar
3 biji bawang putih - dikisar
1 inci halia - dikisar
12 cili padi - dikisar
2 batang serai - diketuk
1 kiub ikan bilis Knorr
Sedikit sayur-sayuran - ikut kesukaan masing-masing
Sedikit minyak untuk menumis
Sedikit garam secukup rasa
Sedikit air

Cara - cara :
Panaskan minyak, tumiskan bahan yang dikisar tadi sehingga masak dan naik bau
Masukkan serai yang dah diketuk tadi, kacau
Masukkan sedikit air, ikut kesukaan masing-masing
Kemudian biarkan mendidih sekejap, masukkan kepala ikan tadi
Masukkan juga pilihan sayur kesukaan masing-masing
Masukkan juga kiub ikan bilis Knorr dan perasakan dengan garam ikut selera masing-masing
Biarkan sekejap, kemudin tutup api
Sedia untuk dihidangkan, kalau suka boleh letak daun sup dan bawang

lazada ramadhan raya blogger contest

Dalam Kak Sue menyediakan resepi di atas Kak Sue menggunakan bahan dan produk yang korang boleh dapatkan di Lazada Malaysia yang membantu para ibu menyediakan makanan sihat dari rumah. Kiub Ikan Bilis Ayam Knorr salah satu bahan yang selalu Kak Sue guna dalam masakan. Terima kasih Lazada, memudahkan kerja Kak Sue di rumah..




Friday, May 26, 2017

Salam Ramadhan

May 26, 2017 4
Salam Ramadhan
Assalamualaikum, hai semua! Salam Ramadhan.. Esok semua umat Islam bakal menyambut bulan yang kita nanti-nantikan sepanjang tahun, bulan Ramadhan bulan yang mulia. Bulan istimewa nie harap dapat kita tingkatkan lagi amal sebab bulan nie pahala berganda 

salam ramadhan
Salam Ramadhan 

Walaupun Kak Sue dan Abang Man agak sibuk dalam bulan Ramadhan berniaga dan membekalkan produk kami kepada peniaga -peniaga Pasar Ramadhan sebolehnya kami peruntukan juga masa untuk tambah pahala. Ye lah kan, jangan fikir tambah pendapatan ja.. amal kita pun kena jaga. Baru ada keberkatan..

Harap Ramadhan tahun nie lebih baik dari tahun sebelumnya. Kak Sue sekeluarga mohon ampun maaf andai ada salah silap dari kata-kata dan penulisan Kak Sue ya. Salam Ramadhan untuk semua..

Thursday, May 25, 2017

Buah Nam Nam Yang Unik

May 25, 2017 4
Buah Nam Nam Yang Unik
Assalamualaikum, hai semua! Buah Nam Nam yang unik.. korang pernah makan dan tengok tak buah nie? Masa Kak Sue kecik-kecik dulu, selalu tunggu jiran di kampung Tok Som Kak Sue sedekahkan buah nie. Suka sangat rasanya yang masam-masam manis. Rupa kulit buah nie mengerutu dan keras di luar, tapi dalamnya lembut aja. Buah Nam Nam yang unik nie tumbuh dekat batang pokok, rapat-rapat bergugus macam anggur.. tadi tak sempat nak ambik gambar pokoknya kat kampung Abang Man. Lain kali ya Kak Sue tunjuk..

buah nam-nam yang unik
Buah Nam-Nam yang unik

Buah Nam Nam Yang Unik dan Payah Jumpa

Buah Nam Nam yang unik dan sangat payah nak jumpa dah sekarang. Anak-anak Kak Sue memang suka sangat buah nie. Kalau balik kampung Mbah Wedok atau Mbah Lanang mesti bekalkan untuk depa. Kadang tak sempat bawa balik dah habis dah depa makan. Tak tau berapa lama lagi kami berpeluang nak rasa buah nie, sebab sekarang memang susah nak jumpa kan. Pokok nie pun katanya dulu ditanam oleh Abang Man sendiri..

Sekarang pokok dah besar dan berbuah dapat lah anak-anak merasa kan. Kak Sue tak pasti apa kelebihan buah Nam-Nam.. Cuma rasanya kelat kalau buah masih muda, dan masam-masam manis bila dah masak. Selain nama buah Nam Nam ada yang panggil buah Katak Puru nama buah nie. Mungkin sebab bentuknya tu kan.. Nanti Kak Sue tanya pada Mak mertua Kak Sue ya kelebihan buah Nam Nam dan kongsikan kat sini. Setakat nie dulu untuk kali nie, nanti ada buah unik dan susah nak jumpa Kak Sue kongsikan lagi kat sini.. papai!

Wednesday, May 24, 2017

Qurta By Sweet Aiman Sempena Ramadhan dan Aidilfitri

May 24, 2017 10
Qurta By Sweet Aiman Sempena Ramadhan dan Aidilfitri
Assalamualaikum, hai semua! Lagi beberapa hari kita dah nak sambut bulan Ramadhan kan. Mesti korang semua tengah sibuk buat persiapan nak sambut bulan yang mulia yang kita tunggu-tunggu sepanjang tahun. Kak Sue berkesempatan ke majlis pelancaran Qurta By Sweet Aiman sempena Ramadhan dan Aidilfitri di Busana Menara Mara Kuala Lumpur. Selepas berjaya dengan produk kosmetik sekarang nie Aiman Tino nak bergerak ke alam fesyen pula, maka lahirlah Qurta by Sweet Aiman Fashion University yang berkonsepkan 'hipster".. menarik kan, boleh dah nak beli untuk persiapan raya nanti..

qurta by sweet aiman sempena ramadhan dan aidlifitri,sweet aiman
Qurta By Sweet Aiman sempena Ramadhan dan Aidlifitri

Qurta By Sweet Aiman Fashion UniverCity

Qurta by Sweet Aiman nie ialah hadiah Aiman Tino kepada peminat-peminat dan Aiman memilih konsep Qurta 'hipster' untuk menampilkan elemen keselesaan dan kasual bagi semua peringkat umur dan juga unisex. Kiranya orang perempuan pun boleh pakai juga tau. Qurta by Sweet Aiman nie juga terdiri dari sepuluh warna yang terkini dan dipilih sendiri oleh Aiman Tino. Pemilihan rekaan dan corak juga adalah inspirasi Aiman Tino bersama Dato Ryzal Jamaludin iaitu pengasas produk Wonder Glow

Sempena menyambut Syawal yang akan datang, Aman Tino juga tidak ketinggalan mengeluarkan lagu raya. Lagu bertajuk Lara Dalam Kerinduan telah dimuatkan di saluran YouTube dan dah mendapat sejuta lebih penonton. Korang dah dengar belum lagu nie, best tau.. Kakak kata lagu Lara kerinduan nie sedap.. suka Kakak..

qurta by sweet aiman sempena ramadhan dan aidlifitri,sweet aiman
Pelancararn Qurta By Sweet Aiman - Inspirasi Aiman Tino dan Dato Ryzal Jamaludin

Harga Qurta By Sweet Aiman

Bagi peminat Aiman Tino yang nak dapatkan koleksi pakaian Qurta nie, hanya dengan harga RM79.90 sahaja. Korang boleh datang ke rangkain terpilih Mydin Hyper Market di seluruh Malaysia di antaranya

1. Mydin USJ Subang
2. Mydin UTC Melaka
3. Mydin Bukit Mertajam Pulau Pinang
4. Mydin Kubang Kerian, Kelantan
5. Mydin Pelangi Indah, Johor Baru
6. Mydin Meru Raya Ipoh
7. Mydin Sinar Kota Kuala Lumpur

Dan semua kaunter Wonder Glow seluruh Malaysia bermula awal Ramadhan ini

Soul to Seoul Contest Sweet Aiman

Bagi memeriahkan lagi jualan Sweet Aiman dan juga Qurta by Sweet Aiman, sebagai tanda terima kasih pihak Sweet Aiman melancarkan peraduan yang diberi nama Soul to Seoul Contest Sweet Aiman. Peminat-peminat berpeluang memenangi hadiah utama senuah kereta Toyota Vios, percutian ke Korea serta wang tunai RM10, 000. Nilai keseluruhan hadilah adalah sebanyak RM500, 00

Cara nak sertai peraduan nie mudah aja. Untuk setiap pembelian produk kosmetik atau pakaian Qurta korang layak menyertai peraduan. Pembeli perlu 'scan' QR Code yang ada di belkang kotak atau di tag pakaian kemudian terus di bawa ke laman web peraduan dan mengisi maklumat diri. Seterusnya korang perlu menyimpan resit pembelian dan nombor ID pada setiap kotak produk  sebabgi bukti pembelian. Dan cabutan bertuah akan diadakan pada bulan September... haaaa, menarik kan. Cecepat beli tau untuk memenangi hadiah yang menarik nie tau..


qurta by sweet aiman sempena ramadhan dan aidlifitri,sweet aiman
Qurta By Sweet Aiman - Soul to Seoul Contest Sweet Aiman ( Sumber gambar Khir Khalid )

Untuk lebih detail korang singgah kat bawah nie ya

Sweet Aiman
No Tel
016 7094042
Email
sweetaiman360@gmail.com
Website
Facebook
Instagram



Tuesday, May 23, 2017

Burger Ramly Bandar Tun Razak

May 23, 2017 6
Burger Ramly Bandar Tun Razak
Assalamualaikum, hai semua! Minggu nie memang minggu yang sibuk buat Kak Sue dan keluarga. Kadang makan pun dah tak tentu hala dah, asal dapat lapik perut pun okay dah. Abang Man lagi lah, seawal tujuh pagi dah mula dengan kerja beliau. Tadi habis aja delivery barang ke TBS kami ke Burger Ramly Bandar Tun Razak. Sebenarnya ada janji dengan customer dekat situ, sementara menunggu tu kami tapau Burger Ramly nak makan dalam kereta.. lewat petang perut pun dah lapar..

burger ramly bandar tun razak
Burger Ramly Bandar Tun Razak


Istimewanya Burger Ramly Bandar Tun Razak

Kak Sue pernah singgah Burger Ramly cawangan Bandar Tun Razak nie rasanya beberapa tahun lepas. Masa tu beli barang niaga tapi tadi kami singgah ke sini dan apa istimewanya dah ada kisok ala-ala McD gitu. Terus rasa teringin nak makan burger Ramly, lagipun lama dah tak makan sejak kami cuti niaga burger depan rumah..hihihi..

Selain kisok untuk kita order burger samada nak makan situ atau bawa balik, juga boleh dibeli dengan pilihan satu set lengap atau secara asing. Ada juga wedges dan keropok lekor. Kak Sue order Combo Beef Burger tiga set dan Keropok Lekor. Ada tempat macam mini market juga di sediakan untuk sesiapa yang nak beli barang keluaran Burger Ramly atau jenama terpilih kat situ. Sempat juga Kak Sue dan Kakak pusing-pusing kat dalam tu tengok barang yang dijual. Macam-macam pilihan ada, menarik juga. Harus singgah lain kali nie.. 

burger ramly bandar tun razak
Burger Ramly Bandar Tun Razak - Combo Beef Burger Set

Burger Ramly nie ada beberapa cawangan di Kuala Lumpur dan Selangor, tapi Kak Sue tahu cuma dua cawangan aja Bandar Tun Razak dan cawangan Saujana Klang. Bukan apa sebab Kak Sue kerap guna laluan nie jadi memang perasan lah. Cuma tak tahu sekarang dah ada kisok untuk kita order burger untuk terus makan. Kata staff kat sana tadi, di R&R pun ada juga dibuka kiosk macam nie. Kalau sebelah utara R&R Semanggul dan Gurun, sebelah selatan pula R&R Seremban dan Pagoh

Kak Sue juga nak puji layanan staff kat sini mesra dan cepat.. bagus sangat. Sambil siapkan order beliau sembang-sembang dan jawab soalan Kak Sue tanya dengan baik. Lupa pula nak tengok atau tanya nama tadi. Terima kasih dik, awak baik sangat. Korang kalau rasa nak lepak dalam suasana tenang dan bersih boleh lah singgah sini tau. Dibuka 9.00 pagi hingga 10.00 malam setiap hari. Jumpa lagi, papai!










Monday, May 22, 2017

Belvita Biskut Pilihan Sarapan Pagi

May 22, 2017 6
Belvita Biskut Pilihan Sarapan Pagi
Assalamualaikum, hai semua! Kak Sue nak kongsikan dengan korang Belvita biskut pilihan sarapan pagi yang sihat. Sebenarnya kan Kak Sue jarang sarapan pagi, sebab Kak Sue tak boleh nak makan di awal pagi kecuali lapar sangat. Kalau makan aja, nak pula makanan berat mesti sakit perut. Nasib baik ada Belvita biskut nie, sebab tak berat tapi mengandungi bijiran penuh, kaya dengan vitamin dan zat galian

belvita biskut pilihan sarapan pagi
Belvita biskut pilihan sarapan pagi

Belvita Biskut Pilihan Sarapan Pagi

Memula Kak Sue nampak Mak Kak Sue yang makan biskut nie untuk sarapan pagi masa kami sekeluarga bercuti ke Lumut tahun lepas. Kak Sue cuba rasa sekeping biskut, eh sedap pula. Tambah biskut nie katanya dapat membekal karbohidrat kompleks sebagai sumber tenaga. Kira dapat bertahan sampai tengahari lah kan, tak lapar dan beri tenaga kita nak buat rutin harian...

Sekarang Kak Sue pula macam Mak Kak Sue, sentiasa ada stok Belvita kat rumah. Korang yang nak cepat ke pejabat atau tercari-cari biskut pilihan sarapan pagi boleh lah cuba Belvita nie. Macam yang Kak Sue beli nie berharga RM5.90 sekotak dan di pek secara asing setiap dua keping. Boleh dapatkan di kedai runcit atau pasaraya berhampiran..Selamat ber Belvita ya, papai!

Sunday, May 21, 2017

Jus Durian Belanda Man Java

May 21, 2017 10
Jus Durian Belanda Man Java
Assalamualaikum, hai semua! Kak Sue nak buat pengumuman sikit nie. Wah pengumuman gitu ya.. Tahun nie Man Java Enterprise akan keluarkan produk baru untuk Pasar Ramadhan. Produk baru yang kami keluarkan ialah Jus Durian Belanda. Kalau sambutan mengalakkan kami akan teruskan untuk hari-hari biasa. Buat masa sekarang kami cuma bekalan Jus Durian Belanda untuk peniaga Pasar Ramadhan dulu..

jus durian belanda man java
Jus Durian Belanda Man Java

Jus Durian Belanda Produk Terbaru Dari Man Java

Kami dah mula menerima tempahan untuk Pasar Ramadhan. Ada beberapa orang peniaga berminat nak mencuba. Nanti Kak Sue akan update kawasan atau Pasar Ramadhan mana yang akan berniaga Jus Durian Belanda nie ya. 

Bagi yang nak buat minum sendiri atau nak buat jamuan untuk hari raya pun boleh order juga ya. Lagi pun buah Durian Belanda nie banyak khasiatnya antaranya anti kanser kan. Jadi elok lah kalau ada stok kat rumah tinggal blender sikit isi atau terus bancuh pun boleh.. 

Macam biasa untuk order boleh whatapps tiga hari sebelum penghantaran.Pada yang berminat boleh lah terus intai detail kat bawah nie

Man Java Enterprise
Whatsapp
012 5854998 / 012 5844736
Email
skabdy@yahoo.com

Saturday, May 20, 2017

Happy Birthday Sayang

May 20, 2017 3
Happy Birthday Sayang
Assalamualaikum, hai semua! Hari nie birthday cinta hati Kak Sue Abang Man. Tahun nie nampaknya tak ada buat sambutan atau makan-makan atau masak apa-apa pun. Anak-anak pun semua ada aktiviti masing-masing, tinggal Kakak aja teman Ibu kat rumah. Abang Man sangat sibuk dari awal pagi sampai lah ke malam. Gigih betul lah cinta hati Kak Sue nie mencari rezeki. Sebenarnya tarikh sama hari nie Abang Man nak kena uruskan stok buah Kelapa Laut.. nak tak nak terpaksa lah selesaikan semua tu dulu. Apa pun Happy Birthday Sayang.. nanti kita planning makan-makan ya..

happy birthday sayang
Happy Birthday Sayang

Birthday 2017 Yang Sibuk

Abang Man kadang-kadang birthday beliau sendiri pun tak ingat. Boleh gitu.. hehehe, tambah bila sibuk macam nie tak ada dah nak peduli apa pun. Jenis Abang Man selagi kerja tak siap, makan tak apa tak.. dah selesai semua baru lah nak cari makan. Betul-betul birthday 2017 nie yang sangat sibuk, sampai ke malam pun masih lagi bekerja.. kesian cinta hati Kak Sue.

Tak kisah lah ada sambutan atau tidak, yang penting ingatan kan. Pepagi dah ucapkan Happy Birthday dah kat Abang Man sebelum beliau keluar tadi. Happy Birthday Sayang.. semoga sentiasa dalam lindungan dan rahmat Allah, semoga keluarga kita sentiasa dimurahkan rezeki, kesihatan yang baik dan berbahagia hingga ke Jannah.. aamiin..! We love you more sayang..muah!

Friday, May 19, 2017

Resepi Ikan Talapia Goreng Berlada

May 19, 2017 7
Resepi Ikan Talapia Goreng Berlada
Assalamualaikum, hai semua! Masak apa hari nie..? Kak Sue sebenarnya kan dah lama tak memasak. Sejak akhir-akhir nie macam sibuk sangat, pepagi lepas selesai Adik dan Abang ke sekolah Kak Sue dan Abang Man keluar beli barang atau hantar order. Kakak urus kerja di rumah, jadi semua teratur aja kan walaupun sibuk, cuma tak masak aja. Hari nie rasa rajin nak masak, kebetulan tak kemana-mana. Menu hari nie Ikan Talapia Goreng Berlada, senang dan cepat. Bahan pun tak banyak nak guna dalam resepi Ikan Talapia Goreng Berlada nie.. Sekejap aja dah siap..

Sekarang kan musim panas, memang tak ada selera sangat nak makan. Kak Sue kadang makan sehari sekali aja, yang lain tu banyak makan makanan ringan-ringan macam kuih atau buah pun cukup dah. Itu yang hari nie ingat nak masak menu yang simple sudah makan kat rumah, berapa hari dah makan kat luar atau bungkus aja bawa balik. Jemu dah..
huhuhu.. Jom kita tengok resepi jom..

resepi ikan talapia goreng berlada
Ikan Talapia Goreng Berlada

Ikan Talapia Goreng Berlada

Resepi Asal : Azie Kitchen

Bahan - bahan :
1 ekor ikan Talapia merah - gaulkan garam dan kunyit
1 biji bawang besar - dikisar
4 biji bawang putih - dikisar
1/2 inci halia - dikisar
4 biji cili besar - dikisar
6 biji cili padi - dikisar 
1 keping asam keping / air asam jawa
Sedikit garam dan gula

resepi ikan talapia goreng berlada
Bahan - bahan untuk resepi Ikan Talapia Goreng Berlada
Cara - cara :
Panaskan minyak, goreng ikan tadi sehingga garing. Ketepikan
Tumiskan bahan yang dikisar tadi sehingga pecah minyak
Masukkan asam keping atau asam jawa, garam, gula dan sedikit air
Akhir sekali masukkan ikan yang digoreng tadi dan gaul rata
Tutup api, sedia untuk dihidangkan
Selamat mencuba





Thursday, May 18, 2017

Mister Potato Ubi Keledek

May 18, 2017 6
Mister Potato Ubi Keledek
Assalamualaikum, hai semua! Kalau kat rumah Kak Sue nie memang sentiasa ada stok makanan ringan. Dalam kabinet dapur memang sentiasa top up, sebab Kak Sue jenis suka di rumah sentiasa ada stok makanan. Kadang sambil-sambil tengok tv mulut nak mengunyap ja kan.. Salah satu stok makanan pilihan Mister Potato, mesti ada aja kat rumah nie. Paling terbaru Mister Potato Ubi Keledek. Sedap tau.. korang dah cuba ke belum..?

mister potato ubi keledek
Mister Potato Ubi Keledek

Mister Potato Ubi Keledek

Sebelum nie kami cuba Mister Potato yang original tu aja, tapi hari tu Kak Sue ternampak ada kawan di facebook kongskikan Mister Potato perasa ubi keledek nie. Nampak macam menarik aja, bila ke Speedmart dekat dengan rumah Kak Sue nie, terus Kak Sue beli dua bekas. Memula Kakak sibuk tanya, sedap ke Ibu? Sekali bila dah rasa, Ibu nanti kalau Ibu pergi beli barang belikan Kakak Mister Potato Ubi keledek tau.. Haaa.. baru tau sedap!


mister potato ubi keledek
Mister Potato Ubi Keledek
Rasanya macam ubi keledek lah kan, tapi lemak-lemak manis sikit. Kak Sue pun suka juga sebenarnya. Korang cecepat beli tau, kadang ada setengah kedai atau pasaraya memang habis stok. Harga pun murah aja RM3.99 di Speedmart. Selamat mencuba korang, papai!



Wednesday, May 17, 2017

Musim Panas Pulak...

May 17, 2017 9
Musim Panas Pulak...
Assalamualaikum, hai semua! Tadi Kak Sue nampak kawan blogger Hanim, kongsi berita dari Jabatan Meteorlogi Malaysia tentang permulaan monsun barat daya. Kak Sue pun bukannya reti dan faham sangat tentang kaji cuaca nie. Tapi kena mengena lah dengan keadaan sekarang nie, musim panas. Sebelum nie tiap hari hujan aja kan, sampai tempat Kak Sue nie kena angin ribut lah hari tu.. Kali nie musim panas pulak..

musim panas pulak
Musim panas sehingga September

Musim Panas Sehingga September

Tak lama lagi kita nak sambut bulan Ramadhan kan, harap kita dan anak-anak dapat bertahan lah dengan cuaca panas nie nanti. Katanya musim panas nie sehingga bulan September nanti. Melambung lah bil bulanan kan, dengan kipas dan air cond yang terpasang 24 jam.. huhuhu..

Nak kena kurangkan aktiviti kat luar nanti, tapi macam Kak Sue dan peniaga Pasar Ramadhan yang lain seawal pukul tiga dah terpacak kat sana. Bertabah lah nanti. Korang yang nak sejukkan badan boleh lah nanti cuba air Kelapa Laut di gerai Kak Sue ya. Sempat lagi tu promote.. hahaha..!! Kurangkan aktiviti kat luar, banyakkan minum air kosong dan jaga diri semua.. papai!


Tuesday, May 16, 2017

BK Bouquet Delivery | Kejutan Untuk Yang Tersayang

May 16, 2017 9
BK Bouquet Delivery | Kejutan Untuk Yang Tersayang
Assalamualaikum, hai semua! Sekarang nie semua dah mudah dah kan, zaman serba canggih nie semua hanya dihujung jari. Dulu kalau nak buat sambutan hari jadi, hari ibu atau hari istimewa kalau yang tinggal berjauhan tu setakat ucapan aja lah. Sekarang nie dengan adanya perkhidmatan kejutan untuk orang tersayang, memudahkan kerja dan dapat mengembirakan hati depa kan walau kita berada jauh beribu batu. Kak Sue nak kongsikan dengan korang perkhimatan kejutan untuk yang tersayang dari BK Bouquet Delivery yang kami adik beradik tempah sempena hari jadi Abah dan sambutan hari Ibu yang lepas. Sangat berpuashati tau dengan BK Bouquet Delivery nie..

bk bouquet delivery kejutan untuk yang tersayang
BK Bouquet Delivery - kejutan untuk yang tersayang

Perkhidmatan Istimewa dari BK Bouquet Delivery

Sekarang nie memang tengah top kan perkhidmatan kejutan nie kan, ada bermacam pilihan yang boleh kita buat. Apa yang menarik perkhidmatan istimewa dari BK Bouquet Delivery nie kan.. korang boleh pilih bila nak buat tempahan tu tau. Samada nak bouquet bunga segar, bonquet coklat, kotak dan bakul pun ada. Selain dari itu kan bukan coklat aja, boleh letak make up, cookies dan macam-macam lagi kejutan untuk yang tersayang.. Korang pilih aja nak letak apa, InsyaAllah BK Bouquet Delivery boleh buatkan..

bk bouquet delivery kejutan untuk yang tersayang
BK Bouquet Delivery 
bk bouquet delivery kejutan untuk yang tersayang
BK Bouquet Delivery 

bk bouquet delivery kejutan untuk yang tersayang
BK Bouquet Delivery
bk bouquet delivery kejutan untuk yang tersayang
BK Bouquet Delivery 

BK Bouquet Delivery nie kan, cover kawasan Batu Kurau.. dan kawasan sekitarnya. Bandar Taiping pun mereka ada buat penghantaran juga. Kalau yang tinggal jauh tapi kampung kat Batu Kurau atau Taiping boleh aja nak buat kejutan untuk keluarga di kampung gunakan perkhidmatan mereka nie. Kak Sue jamin korang puashati, perkhidmatan mesra dan cepat dengan harga yang sangat berpatutan lagi. Best kan..

bk bouquet delivery kejutan untuk yang tersayang
BK Bouquet Delivery 
bk bouquet delivery kejutan untuk yang tersayang
BK Bouquet Delivery kejutan harijadi Abah
bk bouquet delivery kejutan untuk yang tersayang
BK Bouquet Delivery kejutan Hari Ibu untuk Mak

Bagi korang yang berminat nak dapatkan perkhimatan dari BK Bonquet Delivery nie macam biasa Kak Sue kongsikan detail kat bawah ya. Dapat mengembirakan Ibu, Abah dan orang yang tersayang tentu satu perasaan yang menyeronokkan, bukan tu saja.. dapat pahala lagi kan.. Korang lelaju intai detail bawah nie ya.. semoga membantu, papai!

BK Bouquet Delivery
Facebook
Instagram
No Tel
011 3340 2430 ( Ain )
011 2658 6793 ( Siti )

Monday, May 15, 2017

Aktiviti Baru Abang

May 15, 2017 9
Aktiviti Baru Abang
Assalamualaikum, hai semua! Bila anak meningkat remaja nie memang pening kepala kan. Kita dah tak boleh nak rotan atau berkasar sangat. Masa macam nie kena buat macam kawan.. walaupun kadang rasa nak ajak berlawan ja.. hahaha! Sabar aja lah Ibu nie.. Abang anak nombor dua Kak Sue jenis yang suka aktiviti luar yang lasak. Yang peningnya Abang suka bertukar-tukar hobi dia, aktiviti baru Abang sekarang nie sukan bermotor! Kemahin lagi kan aktiviti baru Abang kali nie.. tak kalah,  jenuh Ibu dan Abah..


aktiviti baru abang
Aktiviti baru Abang - Chewaaaahhh..

Aktiviti Baru Abang Sukan Bermotor

Sebenarnya kan aktiviti baru lasak Abang sukan bermotor nie kan, pada mulanya tidak disetujui oleh Kak Sue, apatah lagi Tok pah. tu belum Tok Wan, Mbah Lanag dan Mbah Wedok tau lagi tu.. Silap-silap, Ibu dan Abah yang kena basuh.. tapi disebabkan minat Abang yang amat sangat, ya lah dari Abang dok bawa motor kat jalan raya kesana sini baik kita salurkan ke jalan yang betul. Kali nie tak tahu lah berapa lama pula bertahan, bukan sikit duit kut bila dah serius nanti. Abang hobi dan aktiviti yang beliau suka.. hmmm.. kopak poket! Demi anak-anak tak apa lah..

aktiviti baru abang
Aktiviti baru Abang - Team motor
aktiviti baru abang
Aktiviti baru Abang - Abang dan Papa Wan
Buat permulaan nie Abang cuma traning di track sambil dipantau oleh orang yang berpengalaman. Dari segi keselamatan amat dititik beratkan, seperti baju yang khas dan juga topi keledar. Apa pun, kami meletakkan syarat kalau Abang berminat dengan sukan bermotor nie pelajaran tak boleh diabaikan, displin dan solat kena jaga. Gagal dengan syarat tadi, selamat tinggal sukan bermotor! Tiada kompromi!

aktiviti baru abang
Aktiviti baru Abang - motor-motor juga solat jangan tinggal
Sebenarnya kita sebagai ibu bapa nie, sentiasa mahukan terbaik untuk anak-anak kita kan. kadang kita dah rancangkan benda lain, end up lain pula yang jadi. Apa pun, kami sebagai Ibu dan Abah sentiasa menyokong apa sahaja perkara yang baik, asalkan tidak menekan dan mendera perasaan anak-anak. Semoga Kakak, Abang dan Adik cemerlang dalam bidang dan minat masing-masing.. Ibu love you all, muah!

Sunday, May 14, 2017

Selamat Hari Ibu

May 14, 2017 7
Selamat Hari Ibu
Assalamualaikum, hai semua! Selamat hari Ibu untuk Mak dan mertua Kak Sue yang tersayang.. juga untuk ibu di seluruh dunia. Semoga setiap hari kita sentiasa menghargai Ibu kita bukan hanya pada hari Ibu saja tau.. Kasih sayang, pergorbanan dan kasih sayang Ibu kita takan terbalas sampai bila-bila.. 

selamat hari ibu
Selamat Hari Ibu Mak Tersayang

Selamat Hari Ibu Mak

Macam hari jadi Abah hari tu, kami adik beradik sepakat nak buat kejutan untuk Mak juga. Kak Sue tak dapat nak meraikan Mak pada hari nie, cuma doa dan ucapan dari jauh. Kak Sue juga nak mengucapkan terima kasih kepada Mak kerana melahirkan Kak Sue, tanpa Mak siapalah Kak Sue nie kan...

Semoga Mak sentiasa dalam rahmat Allah, diberi kesihatan yang baik, umur yang bermafaat, rezeki yang murah dan dipermudahkan semua urusan dunia, akhirat.. aamiin ya rabb.. love you Mak! Selamat Hari Ibu Mak..
[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di skabdy@yahoo.com


[PENAFIAN] www.shuhaidakabdy.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini. Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri. Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.