Resepi Sambal Kelapa

Assalamualaikum, hai semua! Kali nie Kak Sue nak kongsi resepi Sambal Kelapa pula. Menu yang satu nie sedap di makan dengan ulaman atau ika...

Assalamualaikum, hai semua! Kali nie Kak Sue nak kongsi resepi Sambal Kelapa pula. Menu yang satu nie sedap di makan dengan ulaman atau ikan goreng kalau Kak Sue lah. Mesti makan menambah-nambah, cuma bila guna bahan yang agak sensetif dalam resepi nie, ya lah bahan utama kelapa parut. Kita kena jaga sikit takut masam, seeloknya boleh gaul lagi beberapa minit nak berbuka..

resepi sambal kelapa
Sambal Kelapa


Resepi Sambal Kelapa

Bahan - bahan 
1/2 biji kelapa parut - ditumbuk
1 biji bawang besar - ditumbuk
2 biji cili besar - ditumbuk
4 biji cili padi - ditumbuk
1 inci belacan - ditumbuk
1biji limau kasturi - ambil jus sahaja
Garam secukup rasa

Cara - cara 
Gaul bahan yang ditumbuk tadi dengan kelapa parut
Perah limau kedalam sambal tadi
Masukkan garam dan serbuk perasa jika suka, gaul sebati
Sedia untuk dihidangkan

You Might Also Like

8 ulasan

  1. Baca bahan2 je pun dah terliur kak. Hehe

    ReplyDelete
  2. sedap sungguh sambal kelapa kan bila makan dengan nasi panas dan berulam daun pegaga atau selom mmg favorite kami anak beranak ;D
    https://sweetsourleyra.blogspot.my/2014/03/sambal-kelapa-penambah-selera-untuk.html

    ReplyDelete
  3. boleh tunjuk resipi nie dekat ibu oh. ibu je yang suka makan makanan2 rare nie hikhik

    selamat berpuasa kakak :* http://elsaalicious.blogspot.my/2017/05/tutorial-wallpaper-lock-screen-gambar.html

    ReplyDelete
  4. ni sambal yang makan dengan nasi ambeng tu ke kak?

    ReplyDelete
  5. Good sharing k.sue...cik nor dtg bw pagi 4 ramadanšŸ˜Š

    ReplyDelete
  6. ok note!!! nak cuba juga

    ReplyDelete
  7. mcm serunding ni... kan?

    ReplyDelete

Terima kasih sudi singgah dan komen ❤

Segala yang terkandung dalam terbitan entri adalah pendapat peribadi penulis. Perubahan butiran atau informasi mungkin berlaku tanpa ada sebarang pemberitahuan. Terima kasih singgah blog Shuhaida Kabdy.