Resepi Kerabu Pegaga

May 31, 2017

Assalamualaikum, hai semua! Kali nie Kak Sue nak kongsi resepi dari adik Kak Sue Alang lagi. Bulan puasa Alang memang datang lepak rumah Kak Sue kali nie. Jadi setiap hari tu, mesti ada menu ulaman. Ada geng ulam nie seronok sikit Kak Sue sebab Abang Man dan anak-anak kurang sikit ulam kampung nie. Dua hari berturut kami sama-sama buat Kerabu Pegaga, memang bertambah makan siap meratah-ratah lagi. Jom kita tengok bahan Kerabu Pegaga nie jom
resepi kerabu pegaga
Kerabu Pegaga

Kerabu Pegaga

Bahan-bahan
1 biji bawang besar - ditumbuk
2 biji cili besar - ditumbuk
6 biji cili padi - ditumbuk
1 biji bawang besar - dihiris halus
1 ikat ulam pegaga - dihiris halus
2 biji limau kasturi - diambil jusnya
1 inci belacan
1 gengam kelapa parut
Garam secukup rasa

Cara - cara
Gaul semua bahan yang ditumbuk dan dihiris nipis tadi sehingga bergaul sebati
Masukkan kelapa, perah limau dan garam secukup rasa
Sedia untuk dihidangkan

You Might Also Like

12 ulasan

  1. SA pun suka kerabu pucuk pegaga...makan selalu awet muda tau

    ReplyDelete
  2. Tak pernah rasa lagi Pegaga Kerabu.. mesti sedap... minat makan pegaga...

    ReplyDelete
  3. Senangnya..tapi tue la husband tak makan sayur..jenuh saya nak perabiskan sensorang kalau buat..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. aishhh sayur sedap la kak..ruginyaa

      Delete
  4. wahhh simple je. ni umi and abi kc mesti suka <3

    ReplyDelete
  5. sedapnyaaa kerabu pegaga makan dengan nasi panas

    ReplyDelete
  6. waw menu sihat ni.. wajib cuba ni

    ReplyDelete
  7. Lea memang suka kerabu-kerabu ni.. Tapi kerabu pegaga tak pernah cuba agik.. Nampak cam sedapppp jerk..

    ReplyDelete
  8. yeahh da keudara.. kak sue kelapa parut tu kena goreng lagi kan?

    ReplyDelete
  9. sedap ni.
    sihat plak tu.
    aduhai.

    ReplyDelete
  10. tak pernah makan lagi kerabu pegaga ni. memang nampak sedap :)

    ReplyDelete

Terima kasih sudi singgah dan komen.. datang lagi ya ❤

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di skabdy@yahoo.com

[PENAFIAN] www.shuhaidakabdy.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.