Resepi Air Asam

May 28, 2017

Assalamualaikum, hai semua! Hari kedua kita berpuasa, korang masak apa hari nie? Kak Sue masak yang ringkas-ringkas aja macam selalu. Kadang bila bulan puasa nie tak berselera sangat nak makan. Nie Kak Sue nak kongsikan Resepi Air Asam untuk menambah selera bagi yang tak ada selera nak makan. Ada air asam nie memang menambah makan kalau Kak Sue, kenakan pula dengan ikan goreng ka, ikan bakar ka.. memang terangkat!

Resepi air asam nie rasanya ada macam-macam versi kut. Resepi Kak Sue kongsikan nie dari Alang, adik Kak Sue. Senang dan ringkas aja nak sediakan, lagi beberapa minit nak berbuka pun boleh nak sediakan. Selamat mencuba ya..


resepi air asam
Air Asam - penambah selera

Resepi Air Asam

Bahan - bahan :
1 biji bawang besar - dihiris halus
6 biji cili padi - dihiris halus
1 batang bunga kantan - dihiris halus
2 biji limau kasturi - ambik air aja
1 inci belacan
Garam secukup rasa

Cara - cara :
Gaul semua bahan
Kemudian perahkan limau kasturi tadi
Sedia untuk dihidangkan 


You Might Also Like

9 ulasan

  1. nampak bhn2 cam best air asam sis... :)

    ReplyDelete
  2. Sedapnya kak sue..nanti masukkan dlm wishlist..next nak masak...

    ReplyDelete
  3. Kena dgn ikan bakar memang terbaik ni kak. Kecur air liur tetiba. Haha

    ReplyDelete
  4. sedap ni kak sue.. lawan dgn ikan bakar lagi best ni !

    ReplyDelete
  5. nyum nyum.... telan ailiooo.. sedapnya

    ReplyDelete
  6. resepi baru..selalu saya tak letak bunga kantan

    ReplyDelete
  7. Air asam ni selalu makan waktu bila kak sue? heheh selalu dgr air asam tp tak pernah tau. asal sebut masam² ni leleh air liur. heheh

    ReplyDelete
  8. Wuu, baca ni pun dah telan air liur

    ReplyDelete
  9. semlm mcm nak buat air asam.
    tapi tuko kpd kicap cili padi :-)

    ReplyDelete

Terima kasih sudi singgah dan komen..datang lagi ya :)

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di skabdy@yahoo.com

[PENAFIAN] www.shuhaidakabdy.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.