Kelapa Laut MAN JAVA di Pasar Ramadhan BTP

May 30, 2017

Assalamualaikum, hai semua! Dah empat hari kita berpuasa Kak Sue baru berkesempatan nak kongsikan gerai kami Kelapa Laut MAN JAVA di Pasar Ramadan BTP. Rasanya hampir lapan tahun kut kami berniaga di pasar ramadhan yang sama setiap tahun, cuma tapak aja bertukar-tukar. Tahun nie tapak niaga kami di lorong tengah pula, pada korang yang tinggal berdekatan jangan lupa singgah gerai Kelapa Laut Man Java tau...

kelapa laut man java di pasar ramadhan btp,kelapa laut
Kelapa Laut MAN JAVA di Pasar Ramadhan BTP

Kelapa Laut MAN JAVA di Pasar Ramadhan BTP

Tentu ada yang tertanya-tanya kat mana BTP nie kan. BTP nie singkatan nama untuk taman perumahan kami, Bandar Tasik Puteri, Rawang. Kalau yang tinggal berdekatan sini macam Bandar Country Home, Tasik Biru, Kuang dan Kundang tak ada lah jauh sangat dari taman perumahan kami nie. Boleh lah korang singgah sini nanti ya..

kelapa laut man java di pasar ramadhan btp,kelapa laut

Selain air Kelapa Laut Man Java, gerai kami menyediakan beberapa pilihan air buah yang lain. Antaranya Air Kedondong Asam Boi, Kelapa Muda, Kelapa Lemon, Teh Bunga, Air Sunquick, jangan tak tahu air nie memang ada peminatnya tau walau boleh dibancuh kat rumah sendiri dan yang terbaru Air Durian Belanda. Kami juga ada sediakan Air Kelapa Laut suam bagi yang tak tahan dengan ais kan.. Kak Sue sendiri pun setiap hari minum tanpa ais.. ehehe..


kelapa laut man java di pasar ramadhan btp,kelapa laut

Korang yang ada berdekatan taman perumahan kat BTP nie silalah singgah ya. Selain geai kami ada banyak pilihan gerai yang lain. Tahun nie gerai kami betul-betul bersebelahan dengan gerai Tepung Pelita Paya Jaras yang meletop tu. Lepas beli tepung pelita jangan lupa singgah beli air di gerai kami ya.. Selamat menjalankan ibadah puasa semua, papai!


You Might Also Like

6 ulasan

  1. Air kelapa laut Man Java memang terbaik. Ana dah rasa memang cenggini 👍👍👍. Nak beli lg petang ni kak.

    ReplyDelete
  2. kak sue. mana nak dptkan erk pati kelapa laut ni. ngeee suka sgt lah.

    ReplyDelete
  3. kena buat2 lalu BTP baru dpt rasa air man java ni...selamat berniaga ye sis

    ReplyDelete
  4. SA nak rasa air kelapa lemon ngan kelapa laut tu la..ntah bila dapat merasa kan...

    ReplyDelete
  5. dugaannya tgk minuman sejuk2

    ReplyDelete
  6. Semoga dimurahkan rezeki kak sue

    ReplyDelete

Terima kasih sudi singgah dan komen.. datang lagi ya ❤

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di skabdy@yahoo.com

[PENAFIAN] www.shuhaidakabdy.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.