Mister Potato Ubi Keledek

Assalamualaikum, hai semua. Kalau kat rumah Kak Sue nie memang sentiasa ada stok makanan ringan. Dalam kabinet dapur memang sentiasa top up, sebab Kak Sue jenis suka di rumah sentiasa ada stok makanan. Kadang sambil-sambil tengok tv mulut nak mengunyap ja kan.. Salah satu stok makanan pilihan Mister Potato, mesti ada aja kat rumah nie. Paling terbaru Mister Potato Ubi Keledek. Sedap tau.. korang dah cuba ke belum..?

mister potato ubi keledek
Mister Potato Ubi Keledek

Mister Potato Ubi Keledek

Sebelum nie kami cuba Mister Potato yang original tu aja, tapi hari tu Kak Sue ternampak ada kawan di facebook kongskikan Mister Potato perasa ubi keledek nie. Nampak macam menarik aja, bila ke Speedmart dekat dengan rumah Kak Sue nie, terus Kak Sue beli dua bekas. Memula Kakak sibuk tanya, sedap ke Ibu? Sekali bila dah rasa, Ibu nanti kalau Ibu pergi beli barang belikan Kakak Mister Potato Ubi keledek tau.. Haaa.. baru tau sedap!


mister potato ubi keledek
Mister Potato Ubi Keledek
Rasanya macam ubi keledek lah kan, tapi lemak-lemak manis sikit. Kak Sue pun suka juga sebenarnya. Korang cecepat beli tau, kadang ada setengah kedai atau pasaraya memang habis stok. Harga pun murah aja RM3.99 di Speedmart. Selamat mencuba korang, papai!



Post a Comment

6 Comments

  1. alamak.. atie dah try nih kak.. tpai tak IN dengan anak tekak la.. hee~ manis manis..

    ReplyDelete
  2. selama ni tengok je kak yang keledek ni.. tak berani beli takut tak sedap.. kena cuba la gini

    ReplyDelete
  3. SA dh beli dan dh cuba hat yg ni tp x kena ngan tekak SA la kak..sudahnya bawak pi opis..settle..

    ReplyDelete
  4. IQ ada grab masa beli barang dapur isnin lepas, tapi sampai hari ni tak buka2....haha, sibuk sangat!

    ReplyDelete
  5. Nak kena cari juga ni kak. Nampak sedap. Murah pun murah.

    ReplyDelete
  6. Tak pernah cuba lagi sebab takut tak sedap, hihi.lepas ni boleh cuba lah:)

    ReplyDelete

Terima kasih sudi singgah dan komen, InsyaAllah nanti Kak Sue balas kunjungan semula ❤️