Burger Ramly Bandar Tun Razak

May 23, 2017

Assalamualaikum, hai semua! Minggu nie memang minggu yang sibuk buat Kak Sue dan keluarga. Kadang makan pun dah tak tentu hala dah, asal dapat lapik perut pun okay dah. Abang Man lagi lah, seawal tujuh pagi dah mula dengan kerja beliau. Tadi habis aja delivery barang ke TBS kami ke Burger Ramly Bandar Tun Razak. Sebenarnya ada janji dengan customer dekat situ, sementara menunggu tu kami tapau Burger Ramly nak makan dalam kereta.. lewat petang perut pun dah lapar..

burger ramly bandar tun razak
Burger Ramly Bandar Tun Razak


Istimewanya Burger Ramly Bandar Tun Razak

Kak Sue pernah singgah Burger Ramly cawangan Bandar Tun Razak nie rasanya beberapa tahun lepas. Masa tu beli barang niaga tapi tadi kami singgah ke sini dan apa istimewanya dah ada kisok ala-ala McD gitu. Terus rasa teringin nak makan burger Ramly, lagipun lama dah tak makan sejak kami cuti niaga burger depan rumah..hihihi..

Selain kisok untuk kita order burger samada nak makan situ atau bawa balik, juga boleh dibeli dengan pilihan satu set lengap atau secara asing. Ada juga wedges dan keropok lekor. Kak Sue order Combo Beef Burger tiga set dan Keropok Lekor. Ada tempat macam mini market juga di sediakan untuk sesiapa yang nak beli barang keluaran Burger Ramly atau jenama terpilih kat situ. Sempat juga Kak Sue dan Kakak pusing-pusing kat dalam tu tengok barang yang dijual. Macam-macam pilihan ada, menarik juga. Harus singgah lain kali nie.. 

burger ramly bandar tun razak
Burger Ramly Bandar Tun Razak - Combo Beef Burger Set

Burger Ramly nie ada beberapa cawangan di Kuala Lumpur dan Selangor, tapi Kak Sue tahu cuma dua cawangan aja Bandar Tun Razak dan cawangan Saujana Klang. Bukan apa sebab Kak Sue kerap guna laluan nie jadi memang perasan lah. Cuma tak tahu sekarang dah ada kisok untuk kita order burger untuk terus makan. Kata staff kat sana tadi, di R&R pun ada juga dibuka kiosk macam nie. Kalau sebelah utara R&R Semanggul dan Gurun, sebelah selatan pula R&R Seremban dan Pagoh

Kak Sue juga nak puji layanan staff kat sini mesra dan cepat.. bagus sangat. Sambil siapkan order beliau sembang-sembang dan jawab soalan Kak Sue tanya dengan baik. Lupa pula nak tengok atau tanya nama tadi. Terima kasih dik, awak baik sangat. Korang kalau rasa nak lepak dalam suasana tenang dan bersih boleh lah singgah sini tau. Dibuka 9.00 pagi hingga 10.00 malam setiap hari. Jumpa lagi, papai!










You Might Also Like

6 ulasan

  1. tak pernah beli pun lagi

    ReplyDelete
  2. Burger Ramly memang lejen kan. Mana2 peniaga burger wajib guna burger dia. Dah sebati dah rasanya dari kecik sampai dah tua ni mkn burger ramly. Dekat rumah mesti ada stok burger dia dlm freezer.

    ReplyDelete
  3. akak ni mengundang betul la hehehehe kena ajak eddy cari stok puasa ni frozen punya hehehe kat putrajaya pun ada hehhe

    ReplyDelete
  4. lama tak makan burger ramli dekat kedai depa. hehe sedap dia lain macam .. hehe

    ReplyDelete
  5. Pernah makan burger ramly, sedap!. Kalau nk lagi kena p kedah, dekat rnr gurun ada

    ReplyDelete
  6. em.. tak pernah try tapi nanti boleh la singgah kalau jumpa..

    ReplyDelete

Terima kasih sudi singgah dan komen..datang lagi ya :)

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di skabdy@yahoo.com

[PENAFIAN] www.shuhaidakabdy.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.