Sambutan Hari Raya Ketiga

Assalamualaikum, hai semua! Masih dalam mood raya ka? Biasalah sempena sambutan raya, nie antara peluang kita ziarah menziarah, bertanya khabar dan saling maaf memaafkan. Rutin raya Kak Sue sekeluarga sama ja macam tahun-tahun lepas, cuma tahun nie sambutan raya ketiga Kak Sue agak meriah dengan majlis sambut menantu sepupu Kak Sue sekaligus keluarga besar sebelah Abah Kak Sue adakan hari keluarga untuk tahun nie.. memang meriah!



Sambutan Hari Raya Ketiga Meriah

Sebelum nie semua ahli keluarga sebelah Abah Kak Sue dah diberitahu tentang majlis Hari Keluarga akan diadakan selepas majlis sambut menantu sepupu Kak Sue. Kami semua dicadangkan membawa hadiah bagi setiap ahli keluarga. Ala hadiah suka-suka, selang seli dengan aktiviti kami adakan cabutan nombor tukar-tukar hadiah. 

Banyak juga aktiviti yang disediakan. Rasanya sambutan hari raya ketiga tahun nie agak meriah dengan ada aktiviti hari keluarga nie.. Tahniah untuk semua AJK yang berhempas pulas menjayakan majlis nie, tahun depan boleh lah Kak Sue dan keluarga join lagi..



















Sambutan hari keluarga dimulakan selepas waktu asar. Bermacam aktiviti yang dah Cu Kak Sue dan team AJK sediakan. Yang seronoknya boleh dikatakan semua bapa dan mak sedara Kak Sue sangat sporting nak join aktiviti yang disediakan.. Daripada bapa mak sedara, anak buah, cucu cicit semua dah disediakan aktiviti bersesuaian dengan peringkat umur.

Semoga ukuwah dan silaturahim akan dikekalkan macam nie sampai bila-bila. Ya lah, zaman sekarang boleh dikatakan kalau dah hubungan sedara, sepupu sepapat tu agak renggang, ada yang tak kenal pun ada bila masing-masing dah bekeluarga kan.. Dengan ada aktiviti macam nie harap silaturahim dapat dikekalkan. Selamat hari raya semua.. papai!

Keep Reading»

Selamat Hari Raya Aidilfitri 2017

Assalamualaikum, hai semua! Selamat Hari Raya Aidilfitri semua. Tahun nie giliran raya di rumah mertua Kak Sue di Kampung Tanjung Keramat, Langkap Perak. Macam biasa sambutan raya di rumah mertua Kak Sue memang sentiasa meriah, memang seronok tau. Macam mana sambutan raya korang tahun nie.. meriah tak?


Selamat Hari Raya Aidilfitri

Keluarga Kak Sue memang amalkan sistem giliran setiap tahun. Alhamdullilah, setakat nie belum pernah lah timbul masalah dengan sistem giliran nie. Masing-masing dapat beraya di kampung masing-masing. Cumanya raya pertama kena ikut sistem giliran ja. Contoh kalau tahun nie raya di rumah mertua, tahun depan giliran rumah Mak Kak Sue pula..

Yang menariknya di kampung Abang Man nie, sambutan raya masih meriah macam dulu-dulu juga. Kadang petang puasa terakhir dah bertukar-tukar juadah raya. Kalau pagi raya jangan cakap lah, memang meriah la berbalas-balas juadah raya. Selepas semua balik dari solat hari raya, kami sekeluarga akan berkumpul bermaaf-maafan dan makan beramai-ramai.. 






Selesai bersalaman dan makan bersama keluarga kami semua keluar beraya rumah saudara yang terdekat. Ya lah selalunya masa raya nie lah ada peluang berjumpa dan bertanya khabar saudara mara sebab kebanyakan semua sedara akan pulang beraya di kampung kan.. boleh lah sembang panjang sambil menjamu selera

Semoga hari raya tahun nie memberi erti untuk kita semua ya. Esok macam biasa, aktiviti baraan bermula di kampung Abang Man macam yang pernah Kak Sue kongsikan kat sini. Memang seronok dan aktiviti yang unik dapat mengeratkan silaturahim kan.. Selamat Hari Raya korang, maaf zahir dan batin dari Kak Sue sekeluarga. Jemput datang rumah ya..

Keep Reading»

Raya Bersama Bata

Assalamualaikum, hai semua! Dah buat persiapan raya ka korang? Biasalah bila buat persiapan raya nie semua nak baru kalau boleh ya. Untuk kami suami isteri persiapan ala kadar sahaja, cuma lebihkan pada anak-anak. Semalam Kak Sue selesai urusan persiapan raya anak-anak. Last untuk Abang dan Adik, Kak Sue pun memang plan nak cari kasut sepasang, ingat nak cari yang tak bertumit kali nie. Antara pilihan kami bila nak cari kasut haruslah kedai kasut Bata. Memang selesa, tahan lama dan harga yang berpatutan. Kira tahun nie pun kami Raya Bersama Bata juga lah, gituuuuu! ehehehe..

raya bersama bata

Pilihan Kami Raya Bersama Bata

Kak Sue selalu juga dapat mesej kalau ada potongan harga atau jualan murah dari Bata memandangkan Kak Sue salah sorang ahli Bata. Selalunya kalau ada perayaan macam-macam potongan harga dan promosi diadakan di Bata. Selalunya Kak Sue beli kasut bila sambutan raya macam nie ja, tak ada lah beli setiap bulan walaupun Kak Sue memang jenis 'gila kasut' juga. Bila dah tua-tua nie perasaan 'gila kasut' tu dah cool down sikit dah.. hihihi..

Jom Kak Sue nak kongsi pilihan kami untuk sambutan raya kali nie. Adik biasa lah dengan kasut bertemakan 'super hero' Adik tu. Sebelum nie Adik pilih kasut bertemakan Captain Amerika. Bukan setakat kasut, sandal dan baju pun tema yang sama. layankan aja lah.. Tahun nie Adik pilih SpiderMan pula, kasut pun jenis sarung aja senang sikit bila nak beraya nanti kan. Sandal pun harus sama dengan tema tadi.. Selesai dah bab Adik..

raya bersama bata

Abang pula, dah remaja nie memang buat pilihan sendiri dah. Macam Abah dia juga, bila membeli mak hai boleh tercabut tapak kaki tunggu memilih. Akhirnya Abang pilih boot sebagai pilihan kali nie. Ikutkan lah lagipun memang beli kasut setahun sekali kan kan.. Selesai dah bab Abang


raya bersama bata

Akhir sekali bab Kak Sue pula, Kak Sue jenis pilih mana berkenan, cuba dan bayar. Kak Sue jenis tak suka berlama-lama masa membeli belah, macam serabut gitu. Lagipun lagi lama kat situ, lagi tak tahu nak pilih kan. Mula ingat nak beli yang tutup kaki, tapi ada terbekenan dengan yang satu nie. Boleh pakai stokin nanti, selesa dan ringan. Terus sambar! Tak lupa juga untuk Ibu mertua tersayang, kami pilihkan sepasang kasut juga. Untuk Tok Pah dah bagi duit, boleh Mak pilih sendiri nanti ya Mak..


raya bersama bata

raya bersama bata

Haa.. korang yang masih tercari-cari kasut raya atau kasut untuk kerja atau apa-apa saja lah boleh singgah kedai Bata yang berhampiran. Kak Sue jamin korang akan berpuashati dengan kasut dari Bata nie. Tambah sekarang nie ada promosi raya yang menarik Bata sediakan untuk semua pelanggan. Beli barangan Bata dengan harga RM99 dapat RM50 voucher juga percuma Frendy ScarfJangan lupa singgah tau atau korang boleh check kat sini Facebook Bata.. papai!



Keep Reading»

Resepi Gulai Nangka

Assalamualaikum, hai semua! Lama rasa tak menjenguk kat sini, beberapa hari nie Kak Sue agak sibuk dengan tugas harian. Ya lah, tak berapa hari lagi kita semua akan menyambut hari raya kan. Biasanya kalau dah sampai penghujung Ramadhan nie Kak Sue memang letih lebih sikit, dok mengemas rumah. Dalam sibuk mengemas pun Kak Sue masih sempat memasak untuk keluarga tersayang. Alhamdullilah, Kakak anak dara dan Alang adik Kak Sue pun banyak membantu. Kalau tak lagi lah letih.. Kali nie Kak Sue nak kongsi resepi Gulai Nangka, salah satu masakan kampung kegemaran Kak Sue. Biasa kalau ada Gulai Nangka nie memang bertambah-tambah makan..

Kak Sue beli nangka muda nie selang dua tiga, dari gerai Kak Sue. Ada Kakak nie jual ulam-ulaman dan sayur kampung. Memang kerap juga lah Kak Sue beli ulam kat Kakak nie, harga pun sangat berpatutan. Ulaman pun cantik-cantik semua.. rambang mata. Okaylah jom kita tengok cara nak sediakan Gulai Nangka nie jom..

resepi gulai nangka
Gulai Nangka

Gulai Nangka

Bahan - bahan
Bahan untuk menumis
1/2 biji bawang besar - dihiris nipis
3 biji bawang putih - dihiris nipis
1 inci halia - dihiris nipis
3 tangkai daun kari

Bahan lain
1 peket nangka muda
1 biji bawang besar - dikisar
4 biji bawang putih - dikisar
1 sudu biji ketumbur - ditumbuk
1 kotak santan Kara
1 peket rempah kari
1sudu kecil asam jawa
Sedikit udang
Sedikit minyak untuk menumis
Sedikit garam

Cara - cara
Panaskan minyak, tumis bahan yang dihiris bersama daun kari sehingga naik bau
Masukkan rempah yang digaul bersama bawang dan sama jawa kedalam kuali
Biarakn rempah betul-betul masak sekejap
Masukkan santan dan sedikit air, kacau sehingga mendidih
Masukkan nangka yang dah dipotong kecil
Kemudian masukkan udang
Akhir sekali perasakan dengan garam mengikut kesukaan masing-masing


Keep Reading»

Tudung Bawal Terkini Dari iBawal

Assalamualaikum, hai semua. Kak Sue memang salah sorang peminat tudung bawal. Sebelum nie Kak Sue memang memang dok mengila dengan satu jenama tudung bawal, memang setiap bulan beli dan rasa puashati dapat koleksi yang terbaru. Baru- baru nie Kak Sue berpeluang mencuba tudung bawal terkini dari iBawal pula, memang suka sangat. Nak kena tambah koleksi lagi nie.. ehehe.. 

tudung bawal terkini dari ibawal
Tudung Bawal Terkini Dari iBawal

Tudung Terkini Dari iBawal Memang Best

Kak sue sebenarnya pertama kali kut tahu pasal tudung bawal dari iBawal di Sepetang Bersama Blogger hari tu. Katanya jenama iBawal mula dijual di Malaysia, Brunie dan Singapore sejak 2015 lagi. Ketinggalan betul ya Kak Sue, kata peminat bawal tadi kan.. ehehe..

Sekarang bila dah tahu dan berpeluang mencuba sendiri tudung terkini dari iBawal, memang best tau korang. Jenis kain yang lembut, sejuk, mudah dibentuk dan berbau wangi lagi.. memang korang peminat bawal harus ada koleksi tudung bawal dari iBawal nie tau. Yang paling Kak Sue suka sebab rasa ringan, sangat selesa.. tak panas


tudung bawal terkini dari ibawal
Sempat bergaya dengan tudung bawal terkini dari iBawal ke event hari tu
Lagi satu Ibawal nie kalau kita nak cepat tak payah gosok pun tak kedut teruk. Terus pakai tak sampai berapa minit dah siap sebab memang mudah dibentuk. Kalau orang perempuan bersiap bab pakai tudung dan make up memang makan masa sikit kan. Dengan iBawal tak payah risau dah. 

Packaging iBawal pun nampak esklusif dalam kotak yang comel sesuai juga untuk dijadikan hadiah pada yang tersayang. Harga pun mampu milik dan ada berbagai pilihan menarik. Tambah tak lama lagi nak raya kan, boleh beli untuk bergaya hari raya nanti. Dengar kata ada koleksi terbaru Flora & Fauna Parfum 2017Untuk info korang juga untuk menjaga kuantiti dan permintaan secara efektif iBawal hanya boleh dibeli dari stokis dan ejen sah sahaja.Haaa.. cecepat tau order boleh melaram dan mewangi di hari raya nanti. Selamat membeli belah..papai!

Untuk detail lebih lanjut boleh singgah sini ya..
Ibawal Malaysia
Facebook : iBawal Malaysia
Intagram : @ibawal.my


Keep Reading»

Air Kelapa Laut Man Java di Pasar Ramadhan

Assalamualaikum, hai semua! Kak Sue nak kongsikan dengan korang senarai peniaga yang menjual Air Kelapa Laut Man Java di Pasar Ramadhan pada tahun nie. Ada masih di pasar ramadhan yang sama, ada juga penambahan di tapak pasar ramadhan baru. Jom kita tengok jom kat mana korang boleh dapatkan air Kelapa Laut Man Java nie.. 

air kelapa laut man java di pasar ramadan
Gerai Man Java di Bandar Tasik Puteri, Rawang

Senarai Peniaga Air Kelapa Laut Man Java di Pasar Ramadhan

Alhamdullilah setiap tahun masih ada peniaga yang sama sudi berkerjasama dengan kami. Terima kasih juga untuk semua peniaga baru yang memilih jenama Man Java Kelapa Laut antara pilihan minuman di gerai mereka. Kak Sue kongsikan kaat sini beberapa senarai peniaga air Kelapa Laut Man Java di Pasar Ramadhan tahun nie..
air kelapa laut man java di pasar ramadan
Gerai Ejai di Pasar Ramadhan Pekan Rawang
Gerai Puan Ayang di Klang
air kelapa laut man java di pasar ramadan
Gerai Fauzi di Kapar, Klang
air kelapa laut man java di pasar ramadan
Gerai Naim di Kuala Selangor
air kelapa laut man java di pasar ramadan
Gerai Enol di Selayang
air kelapa laut man java di pasar ramadan
Gerai CT Zura / Imran di Greenwood Gombak
air kelapa laut man java di pasar ramadan
Gerai Fara di Pasar Ramadhan Jalan TAR
air kelapa laut man java di pasar ramadan
Gerai Baim di Kuala Kangsar, Perak


air kelapa laut man java di pasar ramadan
Gerai Edy di Raub, Pahang
air kelapa laut man java di pasar ramadan
Gerai Nonie di Kuantan, Pahang


Haaaa.. nie antara senarai gerai peniaga-peniaga yang menjual air Kelapa Laut Man Java, pada yang ada di kawasan berdekatan boleh datang singgah beli untuk juadah berbuka puasa. Apa yang terlebih kurang korang boleh kongsikan dengan kami nanti ya. Kak Sue akan update lagi nanti senarai peniaga dari masa ke semasa. jemput singgah ya.. papai!









Keep Reading»

Resepi Kerabu Paku Rawan

Assalamaualaikum, hai semua! Semalam di Pasar Ramadhan BTP Kak Sue beli ulam-ulaman untuk berbuka. Ada geng makan kat rumah nie, semangat sikit. Selalunya ulaman biasa keluarga Kak Sue makan aja, cuma yang pelik dan pahit memang tak makan lah. macam Kak Sue semua bedal, janji ulam.. ehehe.. Peminat tegar ulam kampung nie. Semalam Kak Sue beli ulam Paku Rawan atau dalam bahasa jawa Genjer. Kali nie Kak Sue ingat nak buat Kerabu Paku Rawan, untuk menambah selera katanya..

Sebelum nie Kak Sue pernah masak Tumis Pedas, rebus buat ulam atau makan dengan kuah Pecal pun sedap tau. Kali nie nak cuba buat kerabu pula. Paku Rawan nie pun susah juga nak jumpa, rasanya ada musim juga nie. Jom kita tengok resepinya jom..

resepi kerabu paku rawan

Resepi Kerabu Paku Rawan

Bahan - bahan :
1 ikat paku rawan
1 biji bawang besar - 1/2 dikisar, 1/2 dihiris nipis
6 biji cili padi - dikisar
Sedikit kerisik
Sedikit susu cair
Sedikit garam

resepi kerabu paku rawan

Cara - cara
Didihkan air bersama garam dan titik minyak ke dalamnya
Celur paku rawan sehingga lembut, angkat dan toskan
Gaul bahan yang dikisar dan dihiris tadi
Masukkan kerisik, susu cair dan perasakan dengan garam
Sedia untuk dihidangkan

Keep Reading»

Koleksi Kipas Hello Kitty

Assalamualaikum, hai semua! Kak Sue nak kongsi dengan korang Koleksi Kipas Hello Kitty pula kali nie. Sebenarnya kawan niaga sebelah gerai Kak Sue di Pasar Ramadhan yang memula bawa kipas nie. Cuaca kan panas, Kak Sue pun sebenarnya guna kipas kecil comel Adik kadang-kadang bila tak tahan panas. Sekali nampak kipas Hello Kitty, besar sikit comel pula tu dah lah katanya ada potongan harga untuk kipas nie. Kira separuh dari harga sebenar, apalagi lelaju Kak Sue kirim.. Bukan satu, tiga.. ehehe..

koleksi kipas Hello Kitty
Koleksi Kipas Hello Kitty

Koleksi Kipas Hello Kitty

Entah macam mana Kak Sue boleh terjebak dengan barang dari Hello Kitty. Dah macam budak kecik la pula.. hahaha! Koleksi terbaru kipas Hello Kitty nie lah. Nampak comel ja.. berkenan pula. Kak Sue order tiga biji kipas satu untuk Kak Sue sendiri, dua lagi Adik Kak Sue kirim untuk anak depa. Apa yang menarik pasal kipas nie kan selain boleh sambung guna elektrik macam biasa, boleh guna power bank juga kalau kita berada kat luar rumah.. Kira sesuai juga untuk yang ada anak kecil kan, kalau panas pasang aja kipas nie bila ada aktiviti luar rumah.. selesa..

Kalau ada yang berminat nak dapatkan kipas Hello Kitty nie kata kawan Kak Sue boleh dapatkan berdekatan dengan The Store Sungai Buluh, kawasan kilang katanya. Kak Sue pun belum pernah sampai area situ lagi. Kak Sue kirim aja pada beliau. Cecepat tau sebab katanya ada potongan harga separuh barangan kat situ. Macam-macam ada.. rambang mata. Kak Sue belum sempat lagi nak menyinggah. Selamat membeli belah ya korang, papai!





Keep Reading»

Resepi Gulai Cendawan Sisir

Assalamualaikum, hai semua! Kak Sue nak kongsi resepi Gulai Cendawan Sisir kali nie untuk menu berbuka puasa Kak Sue dan keluarga. Cendawan Sisir nie susah dah nak jumpa, tapi mungkin di kawasan kampung masih ada kita boleh jumpa dalam kawasan kebun atau batang pokok yang dah mati. Kak Sue ingat lagi masa zaman kecil Kak Sue seronok sangat ikut Tok Som kutip di batang pokok. Balik rumah Tok Som akan gulaikan untuk anak cucu makan tengahari, sedapnya.. 

Sekarang nie, ikut nasib aja kalau terjumpa Cendawan Sisir nie kat pasar-pasar. Cuma berbaru nie Kak Sue ada kongsi kat sini, kawan Kak Sue Puan Ayang ada jual Cendawan Sisir Organik. Kalau terasa nak makan boleh lelaju order dengan beliau ya. Jom kita tengok resepi jom..

resepi gulai cendawan sisir
Gulai Cendawan Sisir

Gulai Cendawan Sisir

Bahan - bahan :
1 peket cendawan sisir Organik - direndam dan ditumbuk
1 kotak santan Kara
1 peket rempah daging
1 biji bawang besar - dihiris nipis
3 biji bawang putih - dihiris nipis
1 inci halia - dihiris nipis
Sedikit udang - ikut kesukaan masing-masing nak banyak mana ya
Sedikit kerisik - ikut kuantiti cendawan
Sedikit garam


Cara - cara
Tumis bahan yang dihiris tadi sehingga naik bau
Masukkan rempah sehingga pecah minyak
Kemudian masukkan santan, masak sehingga mendidih
Kemudian masukkan cendawan sisir dan udang, kacau sebati
Akhir sekali masukkan kerisik, dan biarkan kuah sedikit pekat
Perasankan dengan garam, tutup api
Sedia untuk dihidangkan




Keep Reading»

Resepi Rendang Tok Perak Mudah dan Cepat

Assalamualaikum, hai semua! Tak berapa lama lagi kita akan menyambut hari raya dah kan. Biasanya bila tiba hari raya antara menu yang wajib ada, ialah rendang. Kali nie Kak Sue nak kongsikan resepi Rendang Tok Perak mudah dan cepat. Tak sampai berejam pun nak siapkan rendang nie tau, dengan menggunakan Philips All In One Pressure Cooker kerja kita di dapur jadi mudah dan cepat. Rasanya setiap dapur perlu ada pressure Cooker nie kan.. Cecepat tau beli satu pasti korang puashati punya lah..

Sebenarnya Kak Sue belum pernah masak atau cuba resepi Rendang Tok Perak nie. Alhamdullilah kali pertama percubaan Kak Sue masak menu nie, berjaya dengan jayanya. Memang sedap tau resepi dari Chef Marina Mustafa nie. Masa nak siapkan menu istimewa nie pun hanya selama 30 minit sahaja. Menarik kan.. Jom Kak Sue kongsikan resepinya dan cara penyediakan jom..

resepi rendang tok perak mudah dan cepat

Resepi Rendang Tok Perak

Resepi Asal : Chef Marina Mustafa

Bahan - bahan :
Bahan untuk perap :
2 sudu besar kulit kayu manis
1 sudu besar lada hitam
1 sudu besar ketumbar
1/2 sudu besar jintan hitam
1/2 sudu besar jintan putih

Bahan untuk dikisar :
2 biji bawang besar
3 biji bawang putih
1 inci halia
3 inci kunyit
2 inci lengkuas
4 batang serai

Bahan lain :
1 kg daging - dipotong 1 1/2 inci kiub
2 cawan santan pekat
3 sudu gula melaka
2 sudu kerisik
1 sudu cili kisar
2 sudu besar asam jawa dilarutkan dengan 1/2 cawan air
1/4 cawan minyak
2 bunga lawang
5 buah pelaga
3 helai daun limau purut
1 helai daun kunyit - dihiris nipis
2 sudu garam

resepi rendang tok perak mudah dan cepat

Cara - caranya :
Masukkan daging tadi kedalam mangkuk dan gaul dengan bahan perap tadi. Perap selama 20 minit
Buka penutup periuk Philips All In One Pressure Cooker, dan tekan Saute/ Sear High Temp kemudian tekan Start
Masukkan minyak, kemudian tumis bahan kisar, cili kisar, bunga lawang, pelaga sehingga naik bau
Kemudian masukkan daging, kacau selama 20 saat
Seterusnya masukkan santan pekat, air asam jawa, daun limau purut dan gula melaka. Kacau sehingga sebati dan bergaul mesra
Kemudian tutup penutup periuk, dan pusing tombol ke Seal
Pilihan untuk masak ada dua cara tau.. satu dalam keadaan Slow Cook Low Temp dan set waktu memasak sehingga 8 jam.. masakan lebih sedap, keenakan tekstur daging pun lagi bagus atau nak lebih cepat dan jimatkan masa boleh guna cara satu lagi tekan Start atau tekan Pressure Cook, pilih Meat / Poultry dan tambah masa ke 30 minit dan tekan Start
Bila butang menunjukkan Keep Warm, maknanya rendang dah nak masak
Sebelum buka penutup periuk, pusing tombol ke Vent 
Biarkan wap keluar, kemudian buka penutup periuk dan masukkan kerisik dan garam. Kacau sebati
Tekan butang Saute / Sear High Temp dan tekan Start
Biarkan penutup periuk terbuka dan kacau sehingga kuah rendang menjadi pekat mengikut kesukaan masing-masing
Tambah daun kunyit yang dihiris tadi ke dalam Rendang Tok Perak, sedia untuk dihidangkan
Mudahkan, selamat mencuba..


resepi rendang tok perak mudah dan cepat,philips all in one pressure cooker

Dengan Philips All In One Pressure Cooker kerja kita di dapur menjadi mudah dan cepat!



Keep Reading»

Kuih Keria Opah Paling Sedap..!

Assalamualaikum, hai semua! Setiap orang mesti ada kuih kegemaran untuk berbuka puasa kan.. sama macam Kak Sue sekeluarga. Boleh kata setiap hari kami akan order Kuih Keria Opah yang di goreng panas-panas di tapak Pasar Ramadhan BTP. Kuih Keria Opah paling sedap..! Rasanya belum jumpa lagi kuih sesedap air tangan Opah, selain dari air tangan Mak Kak Sue sendiri. Dah lah sedap bentuk kuih semua comey dan cantik aja. Rasa sekali mesti nak lagi tau..

kuih keria opah paling sedap
Kuih Keria Opah paling sedap

Kuih Keria Opah Paling Sedap..!

Kuih Keria Opah memang paling sedap setakat nie yang Kak Sue pernah rasa di BTP. Yang menariknya kuih nie hanya boleh kita jumpa pada bulan puasa dan hanya di Pasar Ramadhan BTP. Opah datang jauh dari Ipoh tau meniaga kat sini setiap bulan puasa. Selain kuih keria ada kuih lain yang Opah sediakan panas-panas di tapak niaga. Antaranya Kuih Onde-onde, Cucur dan Popia Goreng..


Selalunya Kak Sue akan order awal sebab kalau lambat memang habis Kuih Keria Opah nie, laku keras! Kalau yang pernah merasa mesti setuju dengan Kak Sue kuih Keria Opah sedap, dan memang terasa semuanya, memang puashati. Korang yang berminat nak rasa sendiri kesedapan Kuih Keria Opah boleh datang singgah Pasar Ramadhan BTP ya, papai!

Keep Reading»

Philips All In One Pressure Cooker Memudahkan Kerja di Dapur

Assalamualaikum, hai semua! Bila datangnya bulan puasa macam-macam juadah hidangan untuk berbuka kita boleh lihat kan.. Dan sempena sambutan raya tak lama lagi Philips All In One Pressure Cooker memudahkan kerja di dapur kita tanpa proses yang panjang. Ya lah macam yang kita semua tahu hidangan melayu tradisional seperti rendang, kari dan sup mengambil masa yang agak panjang untuk menyediakannya kan. Dengan ada Philips All In One Pressure Cooker dapat memudahkan kerja, menjimatkan masa kita di dapur dan kita ada lebih masa bersama keluarga tersayang...


philips all in one pressure cooker memudahkan kerja di dapur


Philips All In One Pressure Cooker Generasi Baru

Philips All In One Pressure Cooker kali ini berkerjasam dengan Chef Marina Mustafa kerana beliau mempunyai pendekatan inovatif bagi menyediakan masakan tradisonal di rumah yang lazat dan sihat. Mereka berkongsi wawasan dalam menawarkan resepi bukan sahaja lazat tapi sihat untuk pelanggan dan dengan adanya Philips All In One Pressure Cooker generasi baru ia tak lagi mustahil menurut Pengurus Philips Malaysia Muhamad Ali Jaleel

Dilengkapi sistem masakan pintar dan menawarkan pengalam memasak yang boleh laras samada korang nak masak cepat (saute), membakar, memanaskan atau nak memanaskan semula masakan dalam satu mesin. Selain daripada tu korang juga boleh mengukus dan juga membakar. Semua dalam Philips All In One Pressure Cooker..

philips all in one pressure cooker memudahkan kerja di dapur

Bercerita kelebihan Pihilips All In One Pressure Cooker nie kan, bahagian dalam periuk diperbuat daripada aloi aluminium sangat tahan lama dan menawarkan pengaliran haba dengan lebih menyeluruh serta hasil masakan yang rata. Ia juga disalut Whitford keemasan istimewa, anti calar dan tak melekat..menarik kan..? Haa.. korang kena dapatkan satu untuk korang mudah kerja kat dapur raya nanti tau..

philips all in one pressure cooker memudahkan kerja di dapur

Tunggu nanti Kak Sue akan kongsikan resepi Rendang Tok Perak kat sini resepi dari Chef Marina Mustafa dengan mengunakan Philips All In One Pressure Cooker hanya dengan 20 minit sahaja.. teruja tak? Nak tahu, korang jangan lupa singgah blog Kak Sue lagi nanti ya..

Harga Philips All In One Pressure Cooker

Dengan harga RM799, korang boleh dapatkan Philips All In One Pressure Cooker (HD2137/62) di Philips Brand Store Publika Shopping Galery dan The Garden Mid Valley, kedua-dunya di Kuala Lumpur dan di Sutera Mall, Johor Bahru. Philips Experience Store di Menara Axis Petaling Jaya dan Pulau Pinang. Juga disemua rakan runcit dan pengedar di seluruh negara dan dalam talian Blip.my dan Kedai Rasmi Philips di Lazada kat sini Philips Official Store Now On Lazada Malaysia

Untuk info lebih lanjut korang boleh singgah nia tau All In One Pressure Cooker

 







Keep Reading»

Jom ke Kompleks Kenanga

Assalamualikum, hai semua! Kami dah planning beberapa nak ke Kompleks Kenanga nie, lagipun Alang adik Kak Sue sebelum datang rumah Kak Sue awal-awal dah cakap teringin nak ke sini. Macam yang semua tahu, Kenanga Mall nie satu pusat beli belah secara borong. Macam-macam pilihan ada kat sini, dari pakaian, tudung, bag, kasut dan macam-macam lagi. Memang rambang mata kalau ke sini tau.. Sekali datang, pasti nak datang lagi.. ehehe..



Kompleks Kenanga Syurga Beli Belah

Kak Sue pertama kali ke Kompleka Kenanga syurga beli belah nie rasanya dua, tiga tahun lepas. Kak Sue suka datang sini sebab harga yang sangat berpatutan dengan bermacam pilihan yang menarik. Cumanya kat sini kalau datang, parking agak susah sikit sebab sentiasa penuh ja. Macam kami sekeluarga kali nie planing datang awal pagi..

Tahun nie tema warna untuk keluarga sebelah Kak Sue Royal Blue, tapi macam confius jap warna tu dengan Dark Blue. Jadi tadi kami bantai aja lah janji nampak biru sudah. Awal pagi memang agak lengang, tapi tetiba ja sedar-sedar dah penuh dengan pelanggan lain.. Kami pun cecepat lah nak kena balik dah sebab petang nanti nak niaga Pasar Ramadhan pula.

Kami keluar rumah tadi dalam 9.30 pagi dan habis membeli belah dalam pukul 2.00 petang. Hadoi, macam nak tercabut kaki rasanya. Kak Sue tak ada pun ambil gambar sebab dok kalut pilih baju. Bila dah ramai segan pula nak ambik gambar. Lagi pun risau juga nak ambil gambar nanti tuan kedai marah pula kan.. huhuhu.. Korang yang tercari-cari tempat nak beli baju raya dengan harga yang murah dan pilihan yang banyak boleh lah singgah sini tau. Kompleks Kenangan nie berdekatan dengan kawasan Penjara Pudu. Nanti korang boleh waze ja okay, selamat membeli belah, papai!



Keep Reading»
[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di skabdy@yahoo.com


[PENAFIAN] www.shuhaidakabdy.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini. Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri. Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.