Resepi Gulai Cendawan Sisir

Assalamualaikum, hai semua! Kak Sue nak kongsi resepi Gulai Cendawan Sisir kali nie untuk menu berbuka puasa Kak Sue dan keluarga. Cendawan Sisir nie susah dah nak jumpa, tapi mungkin di kawasan kampung masih ada kita boleh jumpa dalam kawasan kebun atau batang pokok yang dah mati. Kak Sue ingat lagi masa zaman kecil Kak Sue seronok sangat ikut Tok Som kutip di batang pokok. Balik rumah Tok Som akan gulaikan untuk anak cucu makan tengahari, sedapnya.. 

Sekarang nie, ikut nasib aja kalau terjumpa Cendawan Sisir nie kat pasar-pasar. Cuma berbaru nie Kak Sue ada kongsi kat sini, kawan Kak Sue Puan Ayang ada jual Cendawan Sisir Organik. Kalau terasa nak makan boleh lelaju order dengan beliau ya. Jom kita tengok resepi jom..

resepi gulai cendawan sisir
Gulai Cendawan Sisir

Gulai Cendawan Sisir

Bahan - bahan :
1 peket cendawan sisir Organik - direndam dan ditumbuk
1 kotak santan Kara
1 peket rempah daging
1 biji bawang besar - dihiris nipis
3 biji bawang putih - dihiris nipis
1 inci halia - dihiris nipis
Sedikit udang - ikut kesukaan masing-masing nak banyak mana ya
Sedikit kerisik - ikut kuantiti cendawan
Sedikit garam


Cara - cara
Tumis bahan yang dihiris tadi sehingga naik bau
Masukkan rempah sehingga pecah minyak
Kemudian masukkan santan, masak sehingga mendidih
Kemudian masukkan cendawan sisir dan udang, kacau sebati
Akhir sekali masukkan kerisik, dan biarkan kuah sedikit pekat
Perasankan dengan garam, tutup api
Sedia untuk dihidangkan



5 comments

  1. suka makan cendawan ni... goreng pedas2 dgn cili api...

    ReplyDelete
  2. Selalu cendawan ni SA buat goreng berlada...x pun masak lemak cili api..

    ReplyDelete
  3. Menyelerakan . Boleh try reswpi ni untuk berbuka besok

    ReplyDelete
  4. Cendawan ni kat rumah mak mmg masak lemak je kak. Sedap jadinya.

    ReplyDelete
  5. jarang masak gulai..mcm sedp je ni

    ReplyDelete

Terima kasih sudi singgah dan komen ❤