Raya Bersama Bata

Assalamualaikum, hai semua! Dah buat persiapan raya ka korang? Biasalah bila buat persiapan raya nie semua nak baru kalau boleh ya. Untuk kami suami isteri persiapan ala kadar sahaja, cuma lebihkan pada anak-anak. Semalam Kak Sue selesai urusan persiapan raya anak-anak. Last untuk Abang dan Adik, Kak Sue pun memang plan nak cari kasut sepasang, ingat nak cari yang tak bertumit kali nie. Antara pilihan kami bila nak cari kasut haruslah kedai kasut Bata. Memang selesa, tahan lama dan harga yang berpatutan. Kira tahun nie pun kami Raya Bersama Bata juga lah, gituuuuu! ehehehe..

raya bersama bata

Pilihan Kami Raya Bersama Bata

Kak Sue selalu juga dapat mesej kalau ada potongan harga atau jualan murah dari Bata memandangkan Kak Sue salah sorang ahli Bata. Selalunya kalau ada perayaan macam-macam potongan harga dan promosi diadakan di Bata. Selalunya Kak Sue beli kasut bila sambutan raya macam nie ja, tak ada lah beli setiap bulan walaupun Kak Sue memang jenis 'gila kasut' juga. Bila dah tua-tua nie perasaan 'gila kasut' tu dah cool down sikit dah.. hihihi..

Jom Kak Sue nak kongsi pilihan kami untuk sambutan raya kali nie. Adik biasa lah dengan kasut bertemakan 'super hero' Adik tu. Sebelum nie Adik pilih kasut bertemakan Captain Amerika. Bukan setakat kasut, sandal dan baju pun tema yang sama. layankan aja lah.. Tahun nie Adik pilih SpiderMan pula, kasut pun jenis sarung aja senang sikit bila nak beraya nanti kan. Sandal pun harus sama dengan tema tadi.. Selesai dah bab Adik..

raya bersama bata

Abang pula, dah remaja nie memang buat pilihan sendiri dah. Macam Abah dia juga, bila membeli mak hai boleh tercabut tapak kaki tunggu memilih. Akhirnya Abang pilih boot sebagai pilihan kali nie. Ikutkan lah lagipun memang beli kasut setahun sekali kan kan.. Selesai dah bab Abang


raya bersama bata

Akhir sekali bab Kak Sue pula, Kak Sue jenis pilih mana berkenan, cuba dan bayar. Kak Sue jenis tak suka berlama-lama masa membeli belah, macam serabut gitu. Lagipun lagi lama kat situ, lagi tak tahu nak pilih kan. Mula ingat nak beli yang tutup kaki, tapi ada terbekenan dengan yang satu nie. Boleh pakai stokin nanti, selesa dan ringan. Terus sambar! Tak lupa juga untuk Ibu mertua tersayang, kami pilihkan sepasang kasut juga. Untuk Tok Pah dah bagi duit, boleh Mak pilih sendiri nanti ya Mak..


raya bersama bata

raya bersama bata

Haa.. korang yang masih tercari-cari kasut raya atau kasut untuk kerja atau apa-apa saja lah boleh singgah kedai Bata yang berhampiran. Kak Sue jamin korang akan berpuashati dengan kasut dari Bata nie. Tambah sekarang nie ada promosi raya yang menarik Bata sediakan untuk semua pelanggan. Beli barangan Bata dengan harga RM99 dapat RM50 voucher juga percuma Frendy ScarfJangan lupa singgah tau atau korang boleh check kat sini Facebook Bata.. papai!


Post a Comment

9 Comments

  1. Lawa-lawa juga design dia ye.. Suka kasut boot tu..

    ReplyDelete
  2. Bata pun ok dah sekarang..lagi tahan lama kasutnya

    ReplyDelete
  3. Jenama Bata jenama sejak kecil lagi.... kualiti pun dah ok juga pada masa ni...

    ReplyDelete
  4. kita pun suka kasut sandalbata dari kecik memang pilihan hehehe,tapi tahun ni tak membeli sebab sandal camel masa pregnant elok lagi heheheh

    ReplyDelete
  5. Wahhhh best shopping kat bata... Sy oun belikan mak ngn abah kasut kat bata. cantik2 kan.

    ReplyDelete
  6. saya pun suka bata kak tapi tahun ni bajet merundum kena beli yg murah2 je..

    ReplyDelete
  7. Bata ni antara kedai kasut plg lama bertahan.skrg dah mcm2 design kan kak. :)

    ReplyDelete
  8. Kasut bata sekarang semua cantik-cantik termasuk handbeg!

    ReplyDelete
  9. Lawa2 bata skrg. Saya dah 2 thn xbeli kasut baru.

    ReplyDelete

Terima kasih sudi singgah dan komen, InsyaAllah nanti Kak Sue balas kunjungan semula ❤️