Sambutan Hari Raya Ketiga

June 29, 2017

Assalamualaikum, hai semua! Masih dalam mood raya ka? Biasalah sempena sambutan raya, nie antara peluang kita ziarah menziarah, bertanya khabar dan saling maaf memaafkan. Rutin raya Kak Sue sekeluarga sama ja macam tahun-tahun lepas, cuma tahun nie sambutan raya ketiga Kak Sue agak meriah dengan majlis sambut menantu sepupu Kak Sue sekaligus keluarga besar sebelah Abah Kak Sue adakan hari keluarga untuk tahun nie.. memang meriah!



Sambutan Hari Raya Ketiga Meriah

Sebelum nie semua ahli keluarga sebelah Abah Kak Sue dah diberitahu tentang majlis Hari Keluarga akan diadakan selepas majlis sambut menantu sepupu Kak Sue. Kami semua dicadangkan membawa hadiah bagi setiap ahli keluarga. Ala hadiah suka-suka, selang seli dengan aktiviti kami adakan cabutan nombor tukar-tukar hadiah. 

Banyak juga aktiviti yang disediakan. Rasanya sambutan hari raya ketiga tahun nie agak meriah dengan ada aktiviti hari keluarga nie.. Tahniah untuk semua AJK yang berhempas pulas menjayakan majlis nie, tahun depan boleh lah Kak Sue dan keluarga join lagi..



















Sambutan hari keluarga dimulakan selepas waktu asar. Bermacam aktiviti yang dah Cu Kak Sue dan team AJK sediakan. Yang seronoknya boleh dikatakan semua bapa dan mak sedara Kak Sue sangat sporting nak join aktiviti yang disediakan.. Daripada bapa mak sedara, anak buah, cucu cicit semua dah disediakan aktiviti bersesuaian dengan peringkat umur.

Semoga ukuwah dan silaturahim akan dikekalkan macam nie sampai bila-bila. Ya lah, zaman sekarang boleh dikatakan kalau dah hubungan sedara, sepupu sepapat tu agak renggang, ada yang tak kenal pun ada bila masing-masing dah bekeluarga kan.. Dengan ada aktiviti macam nie harap silaturahim dapat dikekalkan. Selamat hari raya semua.. papai!

You Might Also Like

8 ulasan

  1. Wah meriahnya Kak Sue, Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin Kak Sue...

    ReplyDelete
  2. Meriahnya sambutan raya..
    Selamat hari raya sis..

    ReplyDelete
  3. Meriahnya.. best keluarga besar ni Kan..

    ReplyDelete
  4. Seronoknya kak sue ada mcm2 aktiviti. Suka ana tgk. Mesti meriah kan. Semoga ukhwah yg terjalin berkekalan selamanya. Amin.

    ReplyDelete
  5. Bestnya sambut hari keluarga...enjoy...

    ReplyDelete
  6. seronoknya dapat ahli keluarga baru..tahniah kak sue, makin besar keluarga besar kak su

    ReplyDelete

Terima kasih sudi singgah dan komen.. datang lagi ya ❤

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di skabdy@yahoo.com

[PENAFIAN] www.shuhaidakabdy.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.