Resepi Rendang Tok Perak Mudah dan Cepat

June 07, 2017

Assalamualaikum, hai semua! Tak berapa lama lagi kita akan menyambut hari raya dah kan. Biasanya bila tiba hari raya antara menu yang wajib ada, ialah rendang. Kali nie Kak Sue nak kongsikan resepi Rendang Tok Perak mudah dan cepat. Tak sampai berejam pun nak siapkan rendang nie tau, dengan menggunakan Philips All In One Pressure Cooker kerja kita di dapur jadi mudah dan cepat. Rasanya setiap dapur perlu ada pressure Cooker nie kan.. Cecepat tau beli satu pasti korang puashati punya lah..

Sebenarnya Kak Sue belum pernah masak atau cuba resepi Rendang Tok Perak nie. Alhamdullilah kali pertama percubaan Kak Sue masak menu nie, berjaya dengan jayanya. Memang sedap tau resepi dari Chef Marina Mustafa nie. Masa nak siapkan menu istimewa nie pun hanya selama 30 minit sahaja. Menarik kan.. Jom Kak Sue kongsikan resepinya dan cara penyediakan jom..

resepi rendang tok perak mudah dan cepat

Resepi Rendang Tok Perak

Resepi Asal : Chef Marina Mustafa

Bahan - bahan :
Bahan untuk perap :
2 sudu besar kulit kayu manis
1 sudu besar lada hitam
1 sudu besar ketumbar
1/2 sudu besar jintan hitam
1/2 sudu besar jintan putih

Bahan untuk dikisar :
2 biji bawang besar
3 biji bawang putih
1 inci halia
3 inci kunyit
2 inci lengkuas
4 batang serai

Bahan lain :
1 kg daging - dipotong 1 1/2 inci kiub
2 cawan santan pekat
3 sudu gula melaka
2 sudu kerisik
1 sudu cili kisar
2 sudu besar asam jawa dilarutkan dengan 1/2 cawan air
1/4 cawan minyak
2 bunga lawang
5 buah pelaga
3 helai daun limau purut
1 helai daun kunyit - dihiris nipis
2 sudu garam

resepi rendang tok perak mudah dan cepat

Cara - caranya :
Masukkan daging tadi kedalam mangkuk dan gaul dengan bahan perap tadi. Perap selama 20 minit
Buka penutup periuk Philips All In One Pressure Cooker, dan tekan Saute/ Sear High Temp kemudian tekan Start
Masukkan minyak, kemudian tumis bahan kisar, cili kisar, bunga lawang, pelaga sehingga naik bau
Kemudian masukkan daging, kacau selama 20 saat
Seterusnya masukkan santan pekat, air asam jawa, daun limau purut dan gula melaka. Kacau sehingga sebati dan bergaul mesra
Kemudian tutup penutup periuk, dan pusing tombol ke Seal
Pilihan untuk masak ada dua cara tau.. satu dalam keadaan Slow Cook Low Temp dan set waktu memasak sehingga 8 jam.. masakan lebih sedap, keenakan tekstur daging pun lagi bagus atau nak lebih cepat dan jimatkan masa boleh guna cara satu lagi tekan Start atau tekan Pressure Cook, pilih Meat / Poultry dan tambah masa ke 30 minit dan tekan Start
Bila butang menunjukkan Keep Warm, maknanya rendang dah nak masak
Sebelum buka penutup periuk, pusing tombol ke Vent 
Biarkan wap keluar, kemudian buka penutup periuk dan masukkan kerisik dan garam. Kacau sebati
Tekan butang Saute / Sear High Temp dan tekan Start
Biarkan penutup periuk terbuka dan kacau sehingga kuah rendang menjadi pekat mengikut kesukaan masing-masing
Tambah daun kunyit yang dihiris tadi ke dalam Rendang Tok Perak, sedia untuk dihidangkan
Mudahkan, selamat mencuba..


resepi rendang tok perak mudah dan cepat,philips all in one pressure cooker

Dengan Philips All In One Pressure Cooker kerja kita di dapur menjadi mudah dan cepat!


You Might Also Like

6 ulasan

  1. Sedapnya. Memang cepat kan kak. Ana guna Phillip pressure cooker yg lama ni pun best apa lagi kalau yg latest ni.

    ReplyDelete
  2. menu raya ..aumm..nak makan sebelum bersalin gak kak. post 1 kat kita hehehe.

    ReplyDelete
  3. wah bgus ni kak.. macam sedap je nampaknya tu.. sesuai sangat kalau time raya ni..

    ReplyDelete
  4. nak kene ade jugak la pressure cooker ! mudah gilerrrr

    ReplyDelete
  5. ooo ade bahan perap ye..wah kene cuba ni

    ReplyDelete
  6. best la...ada pressure cooker..semua bleh masak senang dah..

    ReplyDelete

Terima kasih sudi singgah dan komen.. datang lagi ya ❤

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di skabdy@yahoo.com

[PENAFIAN] www.shuhaidakabdy.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.