Tudung Bawal Terkini Dari iBawal

June 14, 2017

Assalamualaikum, hai semua. Kak Sue memang salah sorang peminat tudung bawal. Sebelum nie Kak Sue memang memang dok mengila dengan satu jenama tudung bawal, memang setiap bulan beli dan rasa puashati dapat koleksi yang terbaru. Baru- baru nie Kak Sue berpeluang mencuba tudung bawal terkini dari iBawal pula, memang suka sangat. Nak kena tambah koleksi lagi nie.. ehehe.. 

tudung bawal terkini dari ibawal
Tudung Bawal Terkini Dari iBawal

Tudung Terkini Dari iBawal Memang Best

Kak sue sebenarnya pertama kali kut tahu pasal tudung bawal dari iBawal di Sepetang Bersama Blogger hari tu. Katanya jenama iBawal mula dijual di Malaysia, Brunie dan Singapore sejak 2015 lagi. Ketinggalan betul ya Kak Sue, kata peminat bawal tadi kan.. ehehe..

Sekarang bila dah tahu dan berpeluang mencuba sendiri tudung terkini dari iBawal, memang best tau korang. Jenis kain yang lembut, sejuk, mudah dibentuk dan berbau wangi lagi.. memang korang peminat bawal harus ada koleksi tudung bawal dari iBawal nie tau. Yang paling Kak Sue suka sebab rasa ringan, sangat selesa.. tak panas


tudung bawal terkini dari ibawal
Sempat bergaya dengan tudung bawal terkini dari iBawal ke event hari tu
Lagi satu Ibawal nie kalau kita nak cepat tak payah gosok pun tak kedut teruk. Terus pakai tak sampai berapa minit dah siap sebab memang mudah dibentuk. Kalau orang perempuan bersiap bab pakai tudung dan make up memang makan masa sikit kan. Dengan iBawal tak payah risau dah. 

Packaging iBawal pun nampak esklusif dalam kotak yang comel sesuai juga untuk dijadikan hadiah pada yang tersayang. Harga pun mampu milik dan ada berbagai pilihan menarik. Tambah tak lama lagi nak raya kan, boleh beli untuk bergaya hari raya nanti. Dengar kata ada koleksi terbaru Flora & Fauna Parfum 2017Untuk info korang juga untuk menjaga kuantiti dan permintaan secara efektif iBawal hanya boleh dibeli dari stokis dan ejen sah sahaja.Haaa.. cecepat tau order boleh melaram dan mewangi di hari raya nanti. Selamat membeli belah..papai!

Untuk detail lebih lanjut boleh singgah sini ya..
Ibawal Malaysia
Facebook : iBawal Malaysia
Intagram : @ibawal.my

You Might Also Like

11 ulasan

  1. lembut ke kaksue? selalu kalau lembut mesti susah nak bentuk dekat muka kecik. geram betul. tengok kaksue punya macam okay je

    ReplyDelete
  2. wah cantik tudung tu ...

    ReplyDelete
  3. Macam premium je tudung ni sebab simpan dalam kotak.... design cantik...

    ReplyDelete
  4. CCL pun hantu tudung jugak ,, boleh dikatakan tiap2 bulan je ada je koleksi tudung baru ,hari tue ada jenguk ibawal tengah open sales 3 helai rm50 ,,tak terbeli pun tengok design tak bekenan di mata

    ReplyDelete
  5. Mcm best je kak..nk cuba pakai gak nt

    ReplyDelete
  6. Cantik² design.. Kita dah lama bersara pakai bawal.. 😅 kalau tak dah lama grab jgak ni..

    ReplyDelete
  7. cantik..designnya unik..

    ReplyDelete
  8. wah ini lah iBawal...cantik dan menarik...katanya berbau wangi kan?

    ReplyDelete
  9. kain lembut sejuk dan mudah dibentuk ciri-ciri idaman semua wanita bertudung kan?

    ReplyDelete
  10. paling penting selesa dan tak panas...

    ReplyDelete
  11. mmm betul...kalau di terengganu semasa berkunjung ke rumah mereka yang lebih tua macam generasi pakcik dan makcik biasanya akan di beri kain pelikat atau kain batik, jadi kalau jadikan i bawal sebagai gift memang terbaik...selama mana orang tu menutupi auratnya fuhhh pahala....

    ReplyDelete

Terima kasih sudi singgah dan komen.. datang lagi ya ❤

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di skabdy@yahoo.com

[PENAFIAN] www.shuhaidakabdy.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.