Majlis Doa Kesyukuran

Assalamualaikum, hai semua! Minggu nie Kak Sue berkesempatan balik kampung di Batu Kurau, Taiping, Perak. Rasa rindu sangat pada Mak, Abah dan adik beradik Kak Sue. Tahun nie, ini lah pertama kali Kak Sue balik kampung Kak Sue, rindu sangat. Tujuan Kak Sue balik kampung bukan saja nak melawat keluarga Kak Sue tapi Mak Kak Sue nak adakan majlis doa kesyukuran untuk keluarga kami..


majlis doa kesyukuran
Majlis Doa Kesyukuran

Majlis Sederhana Tapi Meriah

Kami tak plan nak buat majlis yang besar pun, sederhana aja. Tapi tak sangka pula majlis yang sederhana menjadi meriah. Mak Kak Sue memang ramai kawan, jadi ramai kawan-kawan Mak yang datang memeriahkan majlis. Majlis kami jangkakan selepas zohor tapi ramai kawan Mak datang sebelum tu.. macam-macam buah tangan yang dibawa pula tu, meriah la juadah hari nie..

Menu hari nie macam biasa lah nasi putih dan lauk pauk kampung. Cuma kali nie Mak tambah menu Nasi Kerabu. Nasi Kerabu nie memula Mak nak upah aja, tapi tetiba kawan Mak tu datang nak masak kat rumah sambil ajar Mak cara dan resepi nak Masak Nasi Kerabu.. jom kita tengok menu hari nie yang semuanya sedap-sedap.. Gambar Nasi Kerabu tak dan nak snap sebab dok kalut tadi ..

majlis doa kesyukuran


majlis doa kesyukuran

majlis doa kesyukuran

majlis doa kesyukuran

majlis doa kesyukuran

Kuih muih semua kami tempah dan ada yang kawan Mak yang bawa. Alhamdullilah majlis berjalan lancar. Seronok tengok ramai tetamu yang datang. Malam nie semua dah surrender awal, semua pakat letih.

Alhamdullilah dengan rezeki yang Allah tetapkan untuk hari nie. Semoga kita semua sentiasa dimurahkan rezeki dan dipermudahkan urusan. Seronok bila ada majlis macam nie dapat berkumpul sekeluarga bersama. Dah letih nie.. jumpa lagi nanti ya.. papai!



Keep Reading»

Didik Hati

Assalamualaikum, hai semua. Salam Jumaat.. Jom kita didik hati untuk merasa bahagia membuat kebaikan tanpa diketahui oleh orang lain, boleh berdiam diri ketika menghadapi kritikan dan memberi maaf ketika mampu untuk membalas...


didik hati
Didik Hati - Gambar Sumber Google


Didik Hati Kita


Kata-kata didk hati kat atas nie Kak Sue copy dari facebook Kak Sue sendiri kalau tak silap. Sebab Kak Sue dulu memang suka copy paste kata-kata yang dikongsikan kemudian post di wall facebook Kak Sue. Lepas tu nanti dalam memori kat facebook keluar balik status-status facebook yang lama. Kak Sue copy paste balik dan simpan untuk Kak Sue kongsikan balik nanti.. macam hari nie..

Sebenarnya kita perlu hati yang kuat dan sabar untuk mendidik hati. Cakap dan tulis tak semudah bila kita nak buat.. Soal hati, soal perasaan nie susah kita nak ramal kan.. Semoga kita berjaya mendidik hati kita menjadi lebih baik dari sebelum nie.. Kak Sue pun memang sedang mendidik hati supaya sentiasa bersabar dan redha setiap apa yang ditentukan oleh Allah.. Jom kita didik hati jom, jumpa lagi nanti.. papai!

Keep Reading»

Tempahan Air Kelapa Laut dan Kedondong Asam Boi MAN JAVA

Assalamualaikum, hai semua! Hari nie dari awal pagi Kak Sue dan Abang Man dah agak sibuk pastikan jadual penghantaran order tempahan air Kelapa Laut dan Kedondong Asam Boi MAN JAVA berjalan lancar. Ada beberapa order hari nie yang nak dihantar area Shah Alam dan Klang. Bukan apa, silap susun jadual kelam kabut sebab nak ambil Adik balik sekolah dan nak tutup gerai nanti. Apappun syukur Alhamdullilah dengan tempahan air Kelapa Laut dan Kedondong Asam Boi kali nie.. Berbaloi lah hantar dari Rawang..


tempahan air kelapa laut dan kedondong asam boi man java


Penghantaran Order Kelapa Laut dan Kedondong Asam Boi Setiap Hari


Macam korang tahu, Kak Sue dan Abang Man ada buat penghantaran order Kelapa Laut dan Kedondong Asam Boi setiap hari. Maksudnya kami akan buat penghantaran setiap hari kalau order lebih dari 10 botol tanpa caj penghantaran area Lembah Klang. Bagi luar Lembah Klang harus lah ada caj, sebab jauh kan... Macam hari Kak Sue ada order Kedondong Asam Boi untuk door gift dan ada order Kelapa Laut untuk peniaga-peniaga jadi kami hantar sekali tanpa caj penghantaran..

tempahan air kelapa laut dan kedondong asam boi man java

Kami juga ada menerima order untuk sebarang majlis samada order botol atau dalam balang. Untuk order yang ini kena order sebulan lebih awal. Juga bagi yang berminat nak order samada untuk minum sendiri atau berniaga boleh lah buat order seminggu sebelum penghantaran. Kadang kalau banyak order area yang sama kami akan buat pick point untuk semua pembeli . Jadi boleh jumpa dan ambil barang satu tempat yang kami akan beritahu sebelum buat penghantaran.

tempahan air Kelapa laut dan kedondong asam boi man java

Terima kasih kepada semua pelanggan kami hari nie. Kak Sue juga nak ambil kesempatan nak ucapkan selamat pengantin baru, semoga berbahagia hingga ke Jannah kepada Blogger Mas dan suami yang order Kedondong Asam Boi sebagai door gift. Semoga dipermudahkan urusan pengantin baru kita nie juga untuk semua pelanggan Kak Sue hari nie ya, aamiin.. Bagi yang berminat dengan perkhimatan kami boleh laju-laju intai detail kat bawah nie ya.. terima kasih, papai!


Man Java Enterprise
No Tel
012 5854998 / 012 5844736
Email
skabdy@yahoo.com

Keep Reading»

Sedap Mata Memandang...

Assalamualaikum, hai semua! Aktiviti Kak Sue hari nie dok mengelap dan mengemas dapur. Kalau tak ada buat kerja luar rumah hantar order atau ke event macam nie lah Kak Sue. Ada aja kerja nak buat, tak boleh tengok rumah sepah. Bila dah bersih dan kemas, sedap mata memandang kan.. Lega rasa, baru tenang dan mood ceria kan.. ehehe..

sedap mata memandang,cara kekalkan dapur kemas dan bersih

Cara Kekalkan Dapur Kemas dan Bersih


Cara Kak Sue kekalkan dapur kemas dan bersih sama aja macam orang lain. Bila siap aja masak terus lap dan kemas. Kak Sue memang jenis tak suka kumpul pinggan mangkuk yang kotor dalam sinki. Abang Man dari mula kahwin memang basuh pinggan sendiri, anak-anak pun Kak Sue ajar dari kecil. Biar mereka terbiasa dengan rutin tu bila selepas makan.. tak ada lah main tinggal aja dalam sinki kan..

Sampah pula Kak Sue buang setiap hari kalau sampah yang basah tu, bagi mengelakkan sampah berulat. Bila sampah dah berulat mulalah menambah kerja, dah satu hal pula nak mop bagai..penat tau! Huhuhu.. Sampah kering pula Kak Sue buang dua hari sekali. Nanti biar lelama macam-macam bau pula.. dah rasa tak selesa

Akhir sekali kalau ada air atau makanan yang tumpah terus lap. Jangan biar sampai dah kering, susah dah nak lap. Lepas tu kena pula dah terpijak kesana kemari melekit satu rumah. Haih.. serabut betul kalau macam tu. Lap tu biar lah dua tiga kali, jangan setakat sekali aja, macam tak ada apalah kalau macam tu..tetap melekit juga. Kena rajin sikit ya..

Itulah ajalah secara ringkas cara Kak Sue kekalkan dapur kemas dan bersih. Kena rajin, kerjasama dan kekalkan rutin yang Kak Sue cakapkan tadi, IsyaAllah kemas dan bersih lah dapur.. sedap mata memandang kan.. Jumpa lagi, papai!

Keep Reading»

ShuhaidaKabdyDotCom Dah Tahun Ketiga

Assalamualaikum, hai semua! Pejam celik tahu-tahu ShuhaidaKabdyDotCom dah tahun ketiga dah tahun nie. Beberapa hari lepas Kak Sue dapat email reminder untuk renew domain blog Kak Sue. Due date bulan depan tapi Kak Sue saja nak selesaikan awal senang nanti tak ada kelam kabut atau lupa. Nanti dah timbul masalah lain pula kalau dah lambat atau terlupa bayar kan.. 

shuhaidakabdydotcom dah tahun ketiga



ShuhaidaKabdyDotCom


Orang yang memula cadangkan Kak Sue ada domain sendiri nie ialah Blogger Acik Aku Penghibur. Kata Acik lebih bagus kalau ada domain sendiri bagi mengelakkan blog kita di delete oleh google. Lagi pun bila ada domain sendiri nie jadi satu kebanggaan pula pada diri Kak Sue sebab boleh letak nama sendiri dan rasa lebih yakin.. gituu.. ehehe..

Kalau boleh bagi yang nak ada domain sendiri, sebelum nie Kak Sue dinasihatkan eloklah guna nama sendiri atau nama yang pendek. Senang nak ingat dan sebut kan. Nama pena pun okay aja, cuma bagi Kak Sue jangan terlalu panjang dan susah nak sebut aja. Tapi kena check dulu takut nama yang kita nak daftar tu dah ada yang daftar lebih awal, jadi tak boleh lah kita nak daftar atas nama yang sama tu tau.. sedih juga kan kalau jadi gitu..
shuhaidakabdydotcom dah tahun ketiga

Pertama kali daftar Acik yang tolong Kak Sue daftarkan semua, sebab Kak Sue tak tahu nak buat. Kak Sue daftarkan domain Kak Sue di NetKL. Com masa tu dengan harga RM35 setahun. Cuma bermula tahun lepas harga domain dinaikan ke RM45 setahun. Kira masih harga mampu lagi kan.. lagi pun senang berurusan dengan NetKL nie. Siap buat pembayaran, email kan resit kemudian tunggu je email dari NetKL confirm kan pembayaran dan status domain kita yang telah di renew

Untuk diri Kak Sue, memang senang dan suka berurusan dengan NetKL sebab cepat dan mudah. Proses nak renew domain pun cepat aja mereka respond. Bagi korang yang nak ada domain sendiri boleh lah daftar dengan NetKL nanti ya.. Sekian dulu kali nie, semoga bermafaat.. papai!

Keep Reading»

Nikmati Kopi Pilihan Bersama Nestle Dolce Gusto Piccolo

Assalamualaikum, hai semua! Dalam bebanyak kawan dan pembaca blog Kak Sue mesti ada peminat kopi kan? Kak Sue pun suka juga minum kopi walaupun tak ada lah minum setiap hari, tapi lepas nie boleh lah Kak Sue nikmati kopi pilihan bersama Nestle Dolce Gusto Piccolo dengan gaya Cafe di rumahZaman sekarang nie semua nak cepat dan mudah kan, dengan Nestle Dolce Gusto kita boleh bancuh sendiri kat rumah dengan pilihan kopi yang kita nak.. macam kat cafe gitu.. best kan!

nestle dolce gusto piccolo


Produk Terbaru Pembancuh Kopi Nestle Dolce Gusto Picolo


Nestle dan Nescafe dengan kerjasama InvolveAsia juga Lazada telah melancarkan satu produk baru Nestle Dolce Gusto Piccolo pembancuh kopi yang comel dan menarik. Produk nie di datangkan dengan dua warna, hitam dan putih. Dengan bentuk yang comel mudah di bawa dan diletakkan dimana-mana sudut dapur rumah kita. Bukan kat rumah aja, kat pejabat pun boleh tau. Dengan hanya 30 saat, air dah cukup panas untuk kita membuat minuman pilihan kita. Nak buat kopi ke, teh atau air cokolat pun boleh. Ia juga dilengkapi ECO mode sistem dan akan automatik off untuk penjimatan tenaga. Haaa.. menarik sangat kan.. dapat minum kopi dan jimat tenaga pula..
nestle dolce gusto piccolo


nestle dolce gusto piccolo


nestle dolce gusto piccolo

nestle dolce gusto piccolo

nestle dolce gusto piccolo

Nestle Dolce Gusto akan dilancarkan secara rasmi pada 24 April 2017 dan boleh didapati di Lazada. Sempena pelancaran eksklusif di Lazada, harganya lebih murah iaitu dengan harga RM239 sahaja. Dengan promosi preorder korang boleh dapat Mesin kopi Nescafe Dolce Gusto Piccolo, percuma 1 limited edition box dan terdapat 16 kapsul dalamya. Kena order cepat-cepat sementara stok masih ada. Korang juga boleh singgah sini Nestle Dolce Gusto untuk membuat pilihan produk yang lain juga tau..


nestle dolce gusto piccolo


nestle dolce gusto piccolo


nestle dolce gusto piccolo



Untuk pembaca setia blog Kak Sue korang boleh guna kod PICCOLO10SK yang diberi percuma oleh Lazada tau. Setiap pembelian dengan kod nie korang akan dapat 10% dan valid dari 21/4/2-17 - 31/5/2017. Haaa.. tunggu apa lagi cecepat tau dapatkan mesin kopi yang sangat istimewa dan comel nie. Korang boleh nikmati kopi pilihan dengan gaya cafe kat rumah..menarik gitu..

Keep Reading»

Sundae Blueberry Terbaru Dari McDonalds

Assalamualaikum, hai semua! Kak Sue dan anak-anak memang peminat Sundae McD. Selalunya Kak Sue dan Kakak order Sundae Strawberry, Abang dan Adik pula order yang biasa. Hari nie Kakak cakap teringin nak makan aiskrim, petang lepas zohor aja lelaju kami beli kat drive thru. Sampai kat kotak yang kita nak order tu Kak Sue nampak ada sundae perasa baru, Sundae Blueberry Terbaru Dari McDonalds.. wah menarik nie. Terus Kak Sue cuba, Kakak masih setia dengan perasa Strawberry.. Saja kan nak rasa sedap ke tak..




Terbaru Dari McDonalds


Bagi selera Kak Sue lah kan, Kak Sue lebih suka yang strawberry kut, tapi habis licin juga lah makan tadi yang blueberry. Rasa blueberry nie kurang manis sikit tau, pada yang suka kurang manis sesuai lah cuba sundae nie.

Selain Sundae Blueberry nie, terbaru dari McDonalds ialah Ayam Goreng McD yang tengah meletop tu. Kadang pergi sampai habis stok kut.. Boleh tahan tau rasa Ayam Goreng McD, rasa ranggup dan pedas. Adik anak bongsu Kak Sue suka sangat dah beli tiga kali setakat nie. Semalam baru Kak Sue dapat rasa, rasanya Kak Sue pun suka Ayam Goreng McD nie. Nanti nak beli lagi lah.. Semalam tak cukup.. ehehe..

Korang yang suka makan aiskrim dan sundae boleh lah cuba perasa terbaru Sundae Blueberry tu ya. mana tau kena dengan tekak korang dan yang mana belum dapat rasa Ayam Goreng McD tu boleh lah terus mencuba ya, datang awal sikit.. Selamat mencuba, papai!




Keep Reading»

Resepi Nasi Goreng Ikan Bilis

Assalamualaikum, hai semua! Selamat berhujung minggu, masak apa hari nie sambil berehat bersama keluarga? Kak Sue masak simple aja hari nie, Nasi Goreng Ikan Bilis. Tak tahu nak masak apa, lagi pun menu tu yang paling cepat disedaikan. Dah dua hari sibuk mengemas, siap aja tadi rasa macam nak masak menu simple untuk keluarga. Maka jadilah Nasi Goreng Ikan Bilis.. Janji pedas okay dah untuk keluarga Kak Sue..

Kak Sue sebenarnya sibuk mengemas almari baju, rutin biasa bila ada masa terluang kat rumah. Lega bila nampak semua tersusun cantik dan kemas, sedap mata memandang. Teringat adik Kak Sue cakap, yang Kak Da (panggilan keluarga) pulun kemas almari macam lah raya orang datang nak tengok almari baju..hahaha! Tak kisah lah, janji puashati tengok almari baju sendiri okay..

Sebenarnya dah terbiasa, bila nak sambut raya habis satu rumah Kak Sue punggah dan kemas semula.. baru rasa lega sikit. Buat awal senang, sebab nanti bulan puasa memang penat sangat dengan kerja harian.. Okay kita berhenti kat sini dulu pasal almari baju, jom kita tengok bahan- bahan yang Kak Sue guna untuk sediakan Nasi Goreng Ikan Bilis pula jom..

resepi nasi goreng ikan bilis
Nasi Goreng Ikan Bilis

Nasi Goreng Ikan Bilis

Bahan - bahan :
1 mangkuk besar nasi putih - lebih kurang 31/2 pot beras
1 biji bawang besar - dikisar
3 biji bawang putih - dikisar
8 biji cili padi - dikisar
2 biji telur
1 kiub Ayam Knorr
1 cawan air
Sedikit ikan bilis - digoreng garing
Sedikit sayur kobis - dipotong kecil

Cara - cara :
Panaskan minyak dan tumiskan bahan yang dikisar tadi
Kemudian masukkan satu cawan air dan biarkan mendidih sekejap
Masukkan kiub ayam dan sayur, kacau dan biarkan sehingga sayur masak
Kemudian masukkan telur dan kacau sekejap
Kemudian masukkan nasi dan garam gaul sehingga mesra
Akhir sekali masukkan ikan bilis yang dah digoreng tadi dan gaul bersama nasi
Tutup api, sedia untuk dihidangkan
Selamat mencuba




Keep Reading»

Kuih Muih Tradisional Tetap Dihati

Assalamualaikum, hai semua! Kak Sue salah seorang pengemar kuih muih tradisional. Sekarang nie susah dah nak jumpa kuih muih tradisional, kalau ada pun rasa tak sesedap macam kat kampung dah. Atau tak sesedap air tangan Mak sendiri kan. Selalu kalau balik kampung Mak Kak Sue suka buat kuih Cucur Jawa, makan panas-panas pula memang sedap sangat.. tau-tau dah empat lima biji kuih dah Kak Sue makan.. ehehe.. 

kuih muih tradisional tetap dihati
Kuih Muih Tradisional Tetap Dihati - Kuih Putu Bambu

Kuih Muih Tradisional Tetap Dihati


Sekarang nie macam-macam kuih muih ada dijual, tinggal pilih aja nak yang mana. Cuma rasanya aja yang kadang tak menepati selera Kak Sue. Bukan lah tak ada yang sedap, ada beberapa gerai dan Kak Sue order secara online dari peniaga yang Kak Sue tahu memang sedap air tangan mereka, cuma kuih muih tradisional juga tetap dihati..

Kalau hari Jumaat macam hari nie Kak Sue suka beli Putu Bambu di Pasar Malam taman perumahan Kak Sue nie. Sedap Putu Bambu Kakak tu buat, lembut aja. Memang lain dari yang lain, sampai anak buah Kak Sue dari Perak pun puji kata sedap tak sama macam pasar malam kat kampung.. Dah terbalik pula, kat kampung tak sedap katanya.. hahaha..

Putu Bambu nie dimasak dengan menggunakan acuan yang dibuat dari buluh. Kemudian dikukus menggunakan tepung beras dan intinya gula merah, di gaul pula dengan sedikit kelapa. Kena pula makan dengan Teh O  atau Kopi panas.. memang terangkat kan. Korang suka makan kuih apa, meh lah kongsi dengan Kak Sue pula meh.. Jumpa lagi nanti dengan cerita kuih tradisional yang lain pula tau, papai!



Keep Reading»

Hotel Grand BlueWave Shah Alam | Ramadhan Buffet 2017

Assalamualaikum, hai semua! Tak lama lagi kita semua akan menyambuat bulan Ramadhan dah kan. Kak Sue berpeluang ke Hotel Grand Bluewave Shah Alam Ramadhan Buffet 2017 tempohari. Seperti tahun sebelumnya menu buffet Ramadhan kat sini memang banyak sehingga 100 jenis pilihan menu berbuka puasa. Banyak kan, sampai tak tahu nak pilih yang mana..semua sedap-sedap dan menarik. Jom kita tengok menu menarik yang disediakan sempena Ramadhan nanti dengan tema Istimewa Citarasa Penang menu buffet masakan dari Pulau Pinang..

Istimewa Citararasa Penang - Menu Buffet Masakan Pulau Pinang


Tahun nie Hotel Grand Bluewave Shah Alam menawarkan buffet mewah lebih dari 100 hidangan yang berbeza setiap hari. Menu istimewa yang dihidangkan kat sini disediakan oleh profesional Chef iaitu Nasi Kandar, Kambing Panggang, Daging Masak Hitam, Ayam Golek Serai Wangi,Ikan Bakar, Rendang Mamu, Mee Udang Hokkien, Murtabak, Roti John, Roti Cheese, Roti Pisang, Rojak Pasembur dan macam-macam pilihan lagi..










Antara menu yang lain yang wajib korang cuba kat sini ialah Nasi Tomato,Daging rendang Tok Mamu, Kari Ketam,Nasi Dhal, Ketam Masak Lemak, Ayam Masak Merah Berkacang Peas, Cumin Seed Rice, Rendang Ayam Utara, Sambal Udang Petai,Pajeri Nenas Berkerisik dan Nasi Ayam Hainan





Selain tu kan, ada buffet hidangan ringan yang lain seperti Lemang, Nasi Impit, Ketupat Nasi, Ketupat Daun Palas, Penang Char Kuew Teow, Ayam Tandoori dengan Roti Nan, Tosai, Rojak Pasembur, Popia Basah, Sotong Kangkung, Seafood of Ice, Bubur Lambuk, pelbagai pilihan Dim Sum, Wantan Goreng,Pau dan bermacam lagi menunggu korang untuk menikmati hidangan kat sini tau..





Ada juga pelbagai pilihan desert juga seperti Pop corn, Ais Krim, ABC Ice Kacang,Chendol Pulut,pelbagai pilihan kek,kuih,bubur dan puding. Kak Sue paling suka Sagu Gula Melaka, rasa sejuk aja kat tekak..sedap! Korang juga tak perlu risau kat sini ada disediakn surau untuk solat Magrib, Isyak dan juga berjemaah solat Terawikh

Sambil menikmati juadah berbuka, korang dapat menikmati bacaan Al-Quran dan imam untuk solat Magribrib di surau yang disediakan.Sepeti biasa pihak Hotel grand Bluewave akan adakan acara Amal Bubur Lambuk Barakah dan majlis istimewa untuk anak-anak yatim..








Okay lah untuk harga Buffet Ramadan Hotel Grand Bluwave Shah Alam korang tengok kat bawah ya.. Selamat mencuba dan berbuka puasa nanti :)

Iftar Bufet Ramadhan Hotel Grand Bluewave Shah Alam
Tarikh : 27 May - 24 Jun 2017

Early Bird sebelum 1 Ramadhan
Dewasa RM90.00
Kanak - kanak RM50.00

Harga untuk Isnin - Ahad
Dewasa RM115 +
Wraga Emas & Kanak - kanak RM65.00+

Harga untuk Sabtu, Ahad & Cuti Umum
Dewasa + 1 Kanak - kanak RM115.00+

Harga untuk Majlis Menu Bankuet dari
Minima 100 orang RM75.00+

*Warga emas 60 tahun ke atas / Kanak -kanak 4 - 11 tahun

Untuk tempahan
03 - 5511 8811 samb. 2801, 2804 atau 2806
Tol free 1800-38-1388
Info

Keep Reading»

Bulan Yang Sibuk

Assalamualaikum, hai semua! Pejam celik, tak lama lagi puasa dah kita kan. Biasa lah bila nak sambut puasa nie, jadi bulan yang sibuk bagi Kak Sue dan Abang Man. Kami memang akan sibuk sikit, sebab tu awal-awal dah open order dan uruskan bekalan pati dan buah Kelapa Laut baik buah segar atau buah yang datang dari Thailand untuk berniaga sendiri dan untuk peniaga-peniaga Pasar Ramadhan nanti..
bulan yang sibuk

Bulan Puasa Yang Sibuk


Bila datang bulan puasa memang sibuk sangat, tapi walaupun kita sibuk jangan lah sampai lupa saham akhirat kita pula ya. Kalau nak kejar sibuk dunia nie memang tak habis-habis, kita kena pandai-pandai bahagi masa. Macam Kak Sue dan keluarga memang sibuk sebab kami berniaga Pasar Ramadhan setiap hari di taman perumahan Kak Sue nie. Sebelah pagi atau malam kami menghantar order peniaga-peniaga Pasar Ramadhan pula. Tapi Abang Man dah letakkan syarat, hantar order selepas terawikh kalau sebelah malam, jadi tak ganggu lah aktiviti ibadah kita kan.. Sebelah pagi tu okay lah tak ada buat apa sangat kan..

Walaupun sibuk nak berniaga Kak Sue masih sempat masak untuk keluarga. Anak-anak minta Kak Sue masak dari rumah setiap hari. jadi Kak Sue akan masak selepas zohor, dan keluar niaga selepas Asar. Macam tu lah rutin harian Kak Sue nanti dan kami semua berbuka di tapak Pasar Ramadhan sekeluarga. Memang seronok tau, meriah.. sebab ada peniaga lain juga berbuka sama-sama kat situ.. Kadang siap tukar-tukar juadah lagi..

Selesai berbuka, rehat sekejap lepas tu kena cepat balik ke rumah bersiap nak berterawikh pula. walau agak penat, tapi seronok. Suka suasana bulan Ramadhan. Semoga tahun nie kita dapat tingkatkan amalan kita lebih baik dari tahun sebelumnya dan semoga dipermudahkan urusan kita, dimurahkan rezeki dan berkat.. aamiin ya rabb..



Keep Reading»

Restoran Bangi Golf Resort | Ramadhan Buffet 2017

Assalamualaikum, hai semua! Kak Sue berkesempatan untuk pertama kalinya dijemput ke food review Restoran Bangi Golf Resort Ramadhan Buffet 2017.Buat pertama kalinya juga Kak Sue dapat bertemu dengan ramai blogger lain kat sini dan dapat berkenalan berbual dengan mereka semua. Memang teruja sangat tau.. makanan semua sedap-sedap dan layanan dari pihak BGR sangat mesra dan ceria.. Berbaloi datang dari jauh.. ehehe..




Buffet Ramadhan di Bangi Golf Resort


Untuk Ramadhan kali nie, Restoran Bangi Golf Resort (BGR) akan menyediakan menu untuk pengunjung dengan signature Buffet Ramadhan mereka bermula dari 29 Mei 2017 - 23 Jun 2017. Seperti tahun lalu, Restoran BGR sekali lagi menampilkan sehingga 200 jenis juadah istimewa yang bercirikan masakan popular Ala Melayu, Barat dan Timur. Harga bermula dari Rm58 bagi dewasa dan RM28 bagi kanak-kanak. Memang berbaloi sangat korang sebab memang ada bermacam pilihan juadah, dijamin puashati..

Pengunjung juga berpeluang menyaksikan demontrasi masakan yang terkenal dan diakhiri dengan sajian menu-menu popular seperti Kambing Bakar dan Sup kambing Mamak yang akan dihidangkan sendiri oleh Chef yang berpengalaman.Satay Ayam dan Daging juga dibakar segar setiap hari tau..

Menu kegemaran ala Barat Sous Vide Eggs with Mushroom Espuma salah satu makanan yang wajib korang rasa bila datang ke sini. Ia mrupakan telur separuh masak, yang dicampurkan kan dengan sejenis sos. Selain itu,menu pilihan lain Lasagna Ayam dan Golden Sand Spagetti Carbonara. Juga menu baru yang korang kena cuba Peri-Peri Chicken Drumlets yang menjanjikan rasa yang lain dari yang lain..













Selain itu beranika jenis pencuci mulut yang dihidangkan pasti memberi kepuasan kepada pengunjung. pilihan yang disediakan seperti Spanish Churros bersama sos coklat pekat dan pelbagai versi kuih muih tradisional melayu,puding,agar-agar dan buah-buahan..







Berita baik untuk pengunjung dan pengemar durian, ada promosi Durian Runtuh dimana pengunjung boleh membeli durian yang dibawa khas dari Raub,Pahang. Selain buah-buahn tempatan, pengunjung boleh dapatkan juga Gelato (ais krim) yang diproses segar oleh sweet Scoopz yang terkenal dengan Gelato berperisa Musang King dan PGA (Pasion Fruit, Guava, Asam Boi). Buah durian dan Gelato boleh dibeli dan dibawa pulang dengan diskaun yang eksklusif




Sambil kita menjamu selera, kita dihiburkan dengan persembahan muzik secara LIVE dari 6.30 petang sehingga 9.30 malam setiap hari. Korang juga tak perlu risau surau juga ada disediakan untuk pengunjung lelaki dan wanita. BGR juga ada menyediakan lebih dari 800 ruang parkir secara percuma

Pada korang yang plan nak berbuka kat luar, BGR adalah satu tempat yang Kak Sue syorkan untuk korang berbuka kat sini bersama keluarga atau kawan-kawan. Untuk lebih detail boleh intai kat bawah nie okay

Restoran Bangi Golf Resort
Alamat
No 1, Persiaran Bandar, Bandar Baru Bangi,
Selangor 43650, Malaysia
Tempahan atau pertanyaan
Nurul Adira Kamil - (60)11 1057 5088
Email
sales@bgrrest.com
Website
Facebook
Instagram

Keep Reading»
[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di skabdy@yahoo.com


[PENAFIAN] www.shuhaidakabdy.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini. Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri. Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.