Hotel Grand BlueWave Shah Alam | Ramadhan Buffet 2017

April 20, 2017

Assalamualaikum, hai semua! Tak lama lagi kita semua akan menyambuat bulan Ramadhan dah kan. Kak Sue berpeluang ke Hotel Grand Bluewave Shah Alam Ramadhan Buffet 2017 tempohari. Seperti tahun sebelumnya menu buffet Ramadhan kat sini memang banyak sehingga 100 jenis pilihan menu berbuka puasa. Banyak kan, sampai tak tahu nak pilih yang mana..semua sedap-sedap dan menarik. Jom kita tengok menu menarik yang disediakan sempena Ramadhan nanti dengan tema Istimewa Citarasa Penang menu buffet masakan dari Pulau Pinang..

Istimewa Citararasa Penang - Menu Buffet Masakan Pulau Pinang


Tahun nie Hotel Grand Bluewave Shah Alam menawarkan buffet mewah lebih dari 100 hidangan yang berbeza setiap hari. Menu istimewa yang dihidangkan kat sini disediakan oleh profesional Chef iaitu Nasi Kandar, Kambing Panggang, Daging Masak Hitam, Ayam Golek Serai Wangi,Ikan Bakar, Rendang Mamu, Mee Udang Hokkien, Murtabak, Roti John, Roti Cheese, Roti Pisang, Rojak Pasembur dan macam-macam pilihan lagi..










Antara menu yang lain yang wajib korang cuba kat sini ialah Nasi Tomato,Daging rendang Tok Mamu, Kari Ketam,Nasi Dhal, Ketam Masak Lemak, Ayam Masak Merah Berkacang Peas, Cumin Seed Rice, Rendang Ayam Utara, Sambal Udang Petai,Pajeri Nenas Berkerisik dan Nasi Ayam Hainan





Selain tu kan, ada buffet hidangan ringan yang lain seperti Lemang, Nasi Impit, Ketupat Nasi, Ketupat Daun Palas, Penang Char Kuew Teow, Ayam Tandoori dengan Roti Nan, Tosai, Rojak Pasembur, Popia Basah, Sotong Kangkung, Seafood of Ice, Bubur Lambuk, pelbagai pilihan Dim Sum, Wantan Goreng,Pau dan bermacam lagi menunggu korang untuk menikmati hidangan kat sini tau..





Ada juga pelbagai pilihan desert juga seperti Pop corn, Ais Krim, ABC Ice Kacang,Chendol Pulut,pelbagai pilihan kek,kuih,bubur dan puding. Kak Sue paling suka Sagu Gula Melaka, rasa sejuk aja kat tekak..sedap! Korang juga tak perlu risau kat sini ada disediakn surau untuk solat Magrib, Isyak dan juga berjemaah solat Terawikh

Sambil menikmati juadah berbuka, korang dapat menikmati bacaan Al-Quran dan imam untuk solat Magribrib di surau yang disediakan.Sepeti biasa pihak Hotel grand Bluewave akan adakan acara Amal Bubur Lambuk Barakah dan majlis istimewa untuk anak-anak yatim..








Okay lah untuk harga Buffet Ramadan Hotel Grand Bluwave Shah Alam korang tengok kat bawah ya.. Selamat mencuba dan berbuka puasa nanti :)

Iftar Bufet Ramadhan Hotel Grand Bluewave Shah Alam
Tarikh : 27 May - 24 Jun 2017

Early Bird sebelum 1 Ramadhan
Dewasa RM90.00
Kanak - kanak RM50.00

Harga untuk Isnin - Ahad
Dewasa RM115 +
Wraga Emas & Kanak - kanak RM65.00+

Harga untuk Sabtu, Ahad & Cuti Umum
Dewasa + 1 Kanak - kanak RM115.00+

Harga untuk Majlis Menu Bankuet dari
Minima 100 orang RM75.00+

*Warga emas 60 tahun ke atas / Kanak -kanak 4 - 11 tahun

Untuk tempahan
03 - 5511 8811 samb. 2801, 2804 atau 2806
Tol free 1800-38-1388
Info

You Might Also Like

24 ulasan

  1. Sedapnya ketam dengan nasi beriani tu kak. Tergoda ana tgk. Tp boleh tahan juga harga dia πŸ˜…

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah sedap Ana, boleh order early bird tu Ana.. puashati macam-macam ada ;)

      Delete
  2. Mak aii, semua nmpk sedap. Jgn nnti bila bukak puasa tersandar kekenyangan lak.. hihi

    ReplyDelete
  3. seksi sungguh kambing nasi beriani tu kak su. ;)

    ReplyDelete
  4. Sedap la menu-menu nya.... Ketam tu yg menggiurkan.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah semua sedap Efa.. Ketam pun sedap, Kak Sue ratah hari tu..ehehe..

      Delete
  5. ada harga early bird memang menarik

    hidangan juga menarik


    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah Arz, boleh tempah awal nanti :)

      Delete
  6. Dim sum tu menarik tu..aummms

    ReplyDelete
  7. Aduhai...sedapnya semua makanan tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedap SA.. macam-macam pilihan ada :)

      Delete
  8. Huhuhu lapar laaa kak sue tgk semua yang ada kat atas..betul2 membuka selera .. sedappnyerrr... ketam tu nampak menggoda laa kak sue..ikan bakar daun pisang ke tu kak sue..alahai teringat kampung tgk ikan bakar

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semua sedap Lya.. Kan, teringat kampung kalau masakan ala kampung nie kan..

      Delete
  9. Menangis tgk nasi beriani n kepala ikan merah tu..huhu

    ReplyDelete
  10. mampu baca sambil telan air liur..huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ehehehe.. jom la pergi sana Ita ;)

      Delete
  11. Berselera tgk gmbr2 mknan tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan.. tak tahu nak makan yang mana, semua sedap-sedap :)

      Delete
  12. Hi, datang menerjah!

    AMERZING
    http://ameridzuan.blogspot.my/2017/04/a-cats-diary-5.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi Amer, tq ya sudi singgah.. Kak Sue dah balas singgah dan follow awak ya :)

      Delete

Terima kasih sudi singgah dan komen..datang lagi ya :)

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di skabdy@yahoo.com

[PENAFIAN] www.shuhaidakabdy.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.