Kuih Muih Tradisional Tetap Dihati

Assalamualaikum, hai semua! Kak Sue salah seorang pengemar kuih muih tradisional. Sekarang nie susah dah nak jumpa kuih muih tradisional, kalau ada pun rasa tak sesedap macam kat kampung dah. Atau tak sesedap air tangan Mak sendiri kan. Selalu kalau balik kampung Mak Kak Sue suka buat kuih Cucur Jawa, makan panas-panas pula memang sedap sangat.. tau-tau dah empat lima biji kuih dah Kak Sue makan.. ehehe.. 

kuih muih tradisional tetap dihati
Kuih Muih Tradisional Tetap Dihati - Kuih Putu Bambu

Kuih Muih Tradisional Tetap Dihati


Sekarang nie macam-macam kuih muih ada dijual, tinggal pilih aja nak yang mana. Cuma rasanya aja yang kadang tak menepati selera Kak Sue. Bukan lah tak ada yang sedap, ada beberapa gerai dan Kak Sue order secara online dari peniaga yang Kak Sue tahu memang sedap air tangan mereka, cuma kuih muih tradisional juga tetap dihati..

Kalau hari Jumaat macam hari nie Kak Sue suka beli Putu Bambu di Pasar Malam taman perumahan Kak Sue nie. Sedap Putu Bambu Kakak tu buat, lembut aja. Memang lain dari yang lain, sampai anak buah Kak Sue dari Perak pun puji kata sedap tak sama macam pasar malam kat kampung.. Dah terbalik pula, kat kampung tak sedap katanya.. hahaha..

Putu Bambu nie dimasak dengan menggunakan acuan yang dibuat dari buluh. Kemudian dikukus menggunakan tepung beras dan intinya gula merah, di gaul pula dengan sedikit kelapa. Kena pula makan dengan Teh O  atau Kopi panas.. memang terangkat kan. Korang suka makan kuih apa, meh lah kongsi dengan Kak Sue pula meh.. Jumpa lagi nanti dengan cerita kuih tradisional yang lain pula tau, papai!


Post a Comment

4 Comments

  1. kalau dpt yg pandai buat memang sedap putu bambu tu kak. lembut gebu semua.

    ReplyDelete
  2. Antara kuih tradisional favourite saya ni kak sue. makan panas-panas...perghhh

    ReplyDelete
  3. sedapnya kak su. salma pun suka putu bambu. kat bentong susah jumpa. masa bulan puasa je ada. huhu

    ReplyDelete
  4. putu bambu one of my favourite..

    ReplyDelete

Terima kasih sudi singgah dan komen, InsyaAllah nanti Kak Sue balas kunjungan semula ❤️