Resepi Nasi Goreng Ikan Bilis

April 22, 2017

Assalamualaikum, hai semua! Selamat berhujung minggu, masak apa hari nie sambil berehat bersama keluarga? Kak Sue masak simple aja hari nie, Nasi Goreng Ikan Bilis. Tak tahu nak masak apa, lagi pun menu tu yang paling cepat disedaikan. Dah dua hari sibuk mengemas, siap aja tadi rasa macam nak masak menu simple untuk keluarga. Maka jadilah Nasi Goreng Ikan Bilis.. Janji pedas okay dah untuk keluarga Kak Sue..

Kak Sue sebenarnya sibuk mengemas almari baju, rutin biasa bila ada masa terluang kat rumah. Lega bila nampak semua tersusun cantik dan kemas, sedap mata memandang. Teringat adik Kak Sue cakap, yang Kak Da (panggilan keluarga) pulun kemas almari macam lah raya orang datang nak tengok almari baju..hahaha! Tak kisah lah, janji puashati tengok almari baju sendiri okay..

Sebenarnya dah terbiasa, bila nak sambut raya habis satu rumah Kak Sue punggah dan kemas semula.. baru rasa lega sikit. Buat awal senang, sebab nanti bulan puasa memang penat sangat dengan kerja harian.. Okay kita berhenti kat sini dulu pasal almari baju, jom kita tengok bahan- bahan yang Kak Sue guna untuk sediakan Nasi Goreng Ikan Bilis pula jom..

resepi nasi goreng ikan bilis
Nasi Goreng Ikan Bilis

Nasi Goreng Ikan Bilis

Bahan - bahan :
1 mangkuk besar nasi putih - lebih kurang 31/2 pot beras
1 biji bawang besar - dikisar
3 biji bawang putih - dikisar
8 biji cili padi - dikisar
2 biji telur
1 kiub Ayam Knorr
1 cawan air
Sedikit ikan bilis - digoreng garing
Sedikit sayur kobis - dipotong kecil

Cara - cara :
Panaskan minyak dan tumiskan bahan yang dikisar tadi
Kemudian masukkan satu cawan air dan biarkan mendidih sekejap
Masukkan kiub ayam dan sayur, kacau dan biarkan sehingga sayur masak
Kemudian masukkan telur dan kacau sekejap
Kemudian masukkan nasi dan garam gaul sehingga mesra
Akhir sekali masukkan ikan bilis yang dah digoreng tadi dan gaul bersama nasi
Tutup api, sedia untuk dihidangkan
Selamat mencuba



You Might Also Like

4 ulasan

  1. Nasi goreng kampung sesekali makan sedap..

    ReplyDelete
  2. Wah nampak simple dan menarik la resepi ni. Saya pun nak share resepi paling mudah untuk Minum petang http://dbestummi.blogspot.my/2016/01/resepi-churros-yang-sangat-rangup-bertambah-lazat-cicah-coklat-leleh.html?m=1

    ReplyDelete
  3. wah, nampak sedap nasi gorengnya, walaupun bahan2nya simple tapi rasa mesti sedap.

    ReplyDelete
  4. Sedapnya kak sue! memang favourite

    ReplyDelete

Terima kasih sudi singgah dan komen..datang lagi ya :)

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di skabdy@yahoo.com

[PENAFIAN] www.shuhaidakabdy.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.