ShuhaidaKabdyDotCom Dah Tahun Ketiga

April 25, 2017

Assalamualaikum, hai semua! Pejam celik tahu-tahu ShuhaidaKabdyDotCom dah tahun ketiga dah tahun nie. Beberapa hari lepas Kak Sue dapat email reminder untuk renew domain blog Kak Sue. Due date bulan depan tapi Kak Sue saja nak selesaikan awal senang nanti tak ada kelam kabut atau lupa. Nanti dah timbul masalah lain pula kalau dah lambat atau terlupa bayar kan.. 

shuhaidakabdydotcom dah tahun ketiga



ShuhaidaKabdyDotCom


Orang yang memula cadangkan Kak Sue ada domain sendiri nie ialah Blogger Acik Aku Penghibur. Kata Acik lebih bagus kalau ada domain sendiri bagi mengelakkan blog kita di delete oleh google. Lagi pun bila ada domain sendiri nie jadi satu kebanggaan pula pada diri Kak Sue sebab boleh letak nama sendiri dan rasa lebih yakin.. gituu.. ehehe..

Kalau boleh bagi yang nak ada domain sendiri, sebelum nie Kak Sue dinasihatkan eloklah guna nama sendiri atau nama yang pendek. Senang nak ingat dan sebut kan. Nama pena pun okay aja, cuma bagi Kak Sue jangan terlalu panjang dan susah nak sebut aja. Tapi kena check dulu takut nama yang kita nak daftar tu dah ada yang daftar lebih awal, jadi tak boleh lah kita nak daftar atas nama yang sama tu tau.. sedih juga kan kalau jadi gitu..
shuhaidakabdydotcom dah tahun ketiga

Pertama kali daftar Acik yang tolong Kak Sue daftarkan semua, sebab Kak Sue tak tahu nak buat. Kak Sue daftarkan domain Kak Sue di NetKL. Com masa tu dengan harga RM35 setahun. Cuma bermula tahun lepas harga domain dinaikan ke RM45 setahun. Kira masih harga mampu lagi kan.. lagi pun senang berurusan dengan NetKL nie. Siap buat pembayaran, email kan resit kemudian tunggu je email dari NetKL confirm kan pembayaran dan status domain kita yang telah di renew

Untuk diri Kak Sue, memang senang dan suka berurusan dengan NetKL sebab cepat dan mudah. Proses nak renew domain pun cepat aja mereka respond. Bagi korang yang nak ada domain sendiri boleh lah daftar dengan NetKL nanti ya.. Sekian dulu kali nie, semoga bermafaat.. papai!

You Might Also Like

19 ulasan

  1. Teringin nak ada domain sendiri. Tp kalau tukar ke nama pena takut org tak kenal dh blog ana tu kak sue. Dah lah blog pun blog newbie ๐Ÿ˜Š

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tukar la Ana, guna nama pena Ana Suhana.. InsyaAllah orang kenal tu.. Kak Sue pun newbie juga Ana.. :)

      Delete
  2. Teringinnya saya nak tukar domain ni....hmmm,tak tahulah bila masa nak tukar..

    ReplyDelete
  3. tahniah kak su. InsyAllah cm pun nak beli domain gak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima Kasih CM, haa.. jom beli domain :)

      Delete
  4. Tahniah..3 thn dh ye. Kipidap kak..teruskan menulis

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Linda, selalu support Kak Sue.. InsyaAllah :)

      Delete
  5. Tahniah k.sue..betul, best bila domain guna nama sendiri..lebih confident gitu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Fieza.. kannn :)

      Delete
  6. IQ pun berkira2 juga untuk tukar domain, tapi kena ambik masa sikit, nak kena slow2...hehe..even dah nak masuk 8 tahun berblogging pun masih tak ada domain sendiri..huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lama dah ya.. Kak Sue baru nak masuk enam tahun, tapi dua tiga tahun nie baru aktif sikit.. ehehe..

      Delete
  7. kak sue punya nama unik.. kalau saya guna nama sendiri byk sgt nama sama..hehehe.. bape lama kak sue berblog baru tukar domain?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe.. yang hujung nama tu tak sama dengan orang lain kan, Kak Sue tukar domain tahun ke empat berbloging Ita :)

      Delete
  8. Sama juju dh renew bulan lepas kak su...harga pun lebih kurang

    ReplyDelete
    Replies
    1. Senang kan buat awal.. sama ya Juju :)

      Delete
  9. Alhamdulillah.. tahniah kak Sue. Selamat menyambut ulangtahun berblogging dan salam berblogging juga :)

    ReplyDelete

Terima kasih sudi singgah dan komen..datang lagi ya :)

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di skabdy@yahoo.com

[PENAFIAN] www.shuhaidakabdy.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.