Sedap Mata Memandang...

Assalamualaikum, hai semua! Aktiviti Kak Sue hari nie dok mengelap dan mengemas dapur. Kalau tak ada buat kerja luar rumah hantar order atau ke event macam nie lah Kak Sue. Ada aja kerja nak buat, tak boleh tengok rumah sepah. Bila dah bersih dan kemas, sedap mata memandang kan.. Lega rasa, baru tenang dan mood ceria kan.. ehehe..

sedap mata memandang,cara kekalkan dapur kemas dan bersih

Cara Kekalkan Dapur Kemas dan Bersih


Cara Kak Sue kekalkan dapur kemas dan bersih sama aja macam orang lain. Bila siap aja masak terus lap dan kemas. Kak Sue memang jenis tak suka kumpul pinggan mangkuk yang kotor dalam sinki. Abang Man dari mula kahwin memang basuh pinggan sendiri, anak-anak pun Kak Sue ajar dari kecil. Biar mereka terbiasa dengan rutin tu bila selepas makan.. tak ada lah main tinggal aja dalam sinki kan..

Sampah pula Kak Sue buang setiap hari kalau sampah yang basah tu, bagi mengelakkan sampah berulat. Bila sampah dah berulat mulalah menambah kerja, dah satu hal pula nak mop bagai..penat tau! Huhuhu.. Sampah kering pula Kak Sue buang dua hari sekali. Nanti biar lelama macam-macam bau pula.. dah rasa tak selesa

Akhir sekali kalau ada air atau makanan yang tumpah terus lap. Jangan biar sampai dah kering, susah dah nak lap. Lepas tu kena pula dah terpijak kesana kemari melekit satu rumah. Haih.. serabut betul kalau macam tu. Lap tu biar lah dua tiga kali, jangan setakat sekali aja, macam tak ada apalah kalau macam tu..tetap melekit juga. Kena rajin sikit ya..

Itulah ajalah secara ringkas cara Kak Sue kekalkan dapur kemas dan bersih. Kena rajin, kerjasama dan kekalkan rutin yang Kak Sue cakapkan tadi, IsyaAllah kemas dan bersih lah dapur.. sedap mata memandang kan.. Jumpa lagi, papai!

Post a Comment

16 Comments

  1. sukanyaa yana tengok ssusun atur kak sue .. nanti bila yana dah ada rumah sendiri nak ikot mcm nie la hehehe

    ReplyDelete
  2. Rajinnya kak sue.
    Elok rajin kan. Rumah bersih sedap mata memaandang,

    ReplyDelete
  3. hee~ tu le tu.. dah kalau dok kat rumah, mana mau nengok rumah bersepah kan.. sakit mata turun ke hati.. kang mula la membebel..

    ReplyDelete
  4. mmg sedap mata memandang..lagi2 nampak kopi machine tu..rasa nak buat kopi je..haha

    ReplyDelete
  5. Kerja dapur ni kalau main menangguh kerja, nanti akan jadi double, haha.

    ReplyDelete
  6. Tenang jew rasa bila tengok dapur bersih dan kemas.

    ReplyDelete
  7. rajinnya k.sue..sy ni ramai kat rmah..asyik sorg jer kmas rmah..rasa mls jgk..haha

    ReplyDelete
  8. hai sis.. sedap mata memandang..

    ReplyDelete
  9. dapur saya kecik, barang banyak, nak buat konsep minimalis kena humban semua keluar dlu..hehehehe

    ReplyDelete
  10. Dapur kalau kemas rasa bernafas je.. lapang hati.. nak buat kerja2 dapur pun bertambah semangat :)

    ReplyDelete
  11. moleknye dapur kak sue. cerah dan ceria. sedap mata memandang.

    ReplyDelete
  12. Dapur kalau kemas dan cantik mesti bersemangat nak masak setiap hari 😍😍

    ReplyDelete
  13. Datang sini follow blog kak su 😉

    ReplyDelete
  14. suka bekas biru tu...nak cari gak nanti..hehe

    ReplyDelete

Terima kasih sudi singgah dan komen, InsyaAllah nanti Kak Sue balas kunjungan semula ❤️