Resepi Puding Sirap Bandung Berlaici

Assalamualaikum, hai semua. Kali nie Kak Sue nak kongsi Resepi Sirap Bandung Berlaici pula dengan korang. Selalu asyik masak lauk pauk ja kan, kali nie Kak Sue kongsi resepi Puding Sirap Bandung Berlaici pula. Sedap kan makan untuk berbuka atau cuaca panas, sejuk ja rasa tekak.

Resepi Puding Sirap Bandung Berlaici
Puding Sirap Bandung Berlaici

Resepi Puding Sirap Bandung Berlaici

Sebenarnya resepi Puding Sirap Bandung Berlaici nie Kak Sue ambik dan ubah sikit dari resepi asal dari blogger masakan terkenal Kak CT Delima. Mesti korang kenal kan Kak CT salah seorang blogger masakan yang hebat. Salah seorang idola masakan Kak Sue. Okay lah jom kita tengok bahan dan cara nak sediakan puding nie ya..

Resepi Puding Sirap Bandung Berlaici
Puding Sirap Bandung Berlaici

Puding Sirap Bandung Berlaici

Bahan-bahan :
Bahan A
10 gram agar-agar serbuk
100 gram gula
400 ml air
1 tin laici
Sedikit pewarna merah sirap

Bahan B
10 gram agar-agar serbuk
100 gram gula pasir
700 ml susu cair
Sedikit pewarna merah sirap

Cara-cara :
Cara buat bahan A
Basahkan acuan, kemudian susun laicil kat dalam acuan tu
Satukan semua bahan agar-agar serbuk, gula dan air. 
Masak dengan api sederhana, kacau perlahan-lahan sehingga mendidih
Kemudian tuangkan bahan tadi kedalam acuan dan biarkan mengeras sikit

Cara buat bahan B
Satukan semua bahan agar-agar serbuk, gula, susu cair dan perasa sirap dalam periuk.
Masak dengan api perlahan sehingga mendidih.
Tutup api, tuangkan bahan ke atas agar-agar tadi secara perlahan dan biarkan mengeras. 
Biarkan suam dan sejukkan dalam peti ais
Hidangkan sejuk


Keep Reading»

Jom Ubah Hidup Dengan Kuasai Potensi Diri, Kewangan dan Bisnes

Assalamualaikum, hai semua. Jom Ubah Hidup Dengan Kuasi Potensi Diri, Kewangan dan Bisnes. Haa.. menarik kan baca tajuk entri kali nie. Zaman sekarang nie kita kena pandai ambik dan belajar dengan peluang yang ada untuk perbaiki diri kita. Takan kita asyik nak berada di tahap yang sama sampai bila-bila kan. Sekurang-kurangnya ada usaha ke arah untuk lebih baik dan berjaya. Sebab tu Kak Sue nak ajak korang Jom ubah hidup dengan kuasai pontensi diri, kewangan dan bisnes, tapi kat mana.. dengan sapa.. jom Kak Sue sambunh lagi kat bawah nie ya..

Jom Ubah Hidup Dengan Kuasai Potensi Diri, Kewangan dan Bisnes
Jom Ubah Hidup Dengan Kuasai Potensi Diri, Kewangan dan Bisnes

Jom Ubah Hidup Dengan Kuasi Potensi Diri, Kewangan dan Bisnes

Tadi kat atas Kak Sue ajak korang jom ubah hidup dengan kuasi pontensi diri, kewangan dan bisnes kan. Sekarang nie Kak Sue nak bagi tau dengan korang yang Richworks International Sdn Bhd dengan sukacitanya telah melancarkan program baru NAK UBAH HIDUP 2019 - KUASAI POTENSI DIRI, KEWANGAN DAN BISNES nie akan dianjurkan secara live 30 Ogos hingga 1 September 2019 nanti di Setia City Convention Center (SCCC). Setelah 11 tahun ditubuhkan, lebih 700,000 peserta telah hadir ke program yang dianjurkan oleh Richworks.

Untuk info korang, ramai antara mereka yang hadir, telah berjaya merubah diri mereka dari hidup biasa-biasa menjadi luar biasa dengan berniaga. Apa yang lebih menarik, ramai dari mereka asalnya datang dengan keadaan kusut. penuh bermasalah, tekanan kewangan dan beban hutang sekeliling pinggang..

Jom Ubah Hidup Dengan Kuasai Potensi Diri, Kewangan dan Bisnes
Jom Ubah Hidup Dengan Kuasai Potensi Diri, Kewangan dan Bisnes

Selain dari itu, ramai yang berniaga tanpa ilmu perniagaan yang betul menyebabkan bisnes mereka susah naj berkembang. Malahan merekan terpaksa berhadapan dengan cabaran untuk membuat jualan bulanan yang tinggi dan konsisten. Dan nie juga mempengaruhi tahap kewangan dan pendapatan mereka sampai sebabkan ramai antara mereka nie terpaksa menangung beban hutang bisnes yang mempengaruhi keadaan hidup mereka..

Tapi.. lepas mereka hadirkan diri beberapa program Richworks nie, ramai dah mula nikmati hidup yang lenih baik dengan kebanyakkannya muncul sebagai usahawan berjaya di dalam pelbagai bidang sebab merekan berjaya ambil tindakan ubah hidup mereka untuk keluar dari kepo.ponh bebanan masalah dan tekanan kewangan..

Dan.. kalau korang nak tau sehingga hari nie, Dr Azizan Osman pemilik dan sebagai Master Coach Richworks telah berjaya melahirkan ramai usahawan jutawan dan banyak menyumbang kepada perkembagan dan kemajuan bidang keusahawan di negara ini. Antaranya kemajuan anak-anak bangsa dengan rekod peningkatan pencapaian usahawan melalui program bisnes dan pemasaran hanya dalam tempoh seaeal 3 bulan sehingga 18 bulan.

Jom Ubah Hidup Dengan Kuasai Potensi Diri, Kewangan dan Bisnes
Jom Ubah Hidup Dengan Kuasai Potensi Diri,Kewangan  dan Bisnes

Bergelar jutawan seawal usia 32 tahun melalui syarikat yang diasaskannya pada 2008, Azizan meneruai Richworks Intetnational Sdn Bhad, kini merupakan peneraju seminar latihan dan pencetys pembangunan keusahawanan dan pemasaran.

Richworks melihat program ini sebagai peluang kami untuk membantu lebih ramai orang dengan berkongsi ilmu bagaimana mereka boleh Ubah Hidup dengan menguasai pontensi diri, kewangan dan bisnes.

Kami yakin, Program Nak Ubah Hidup yang kami sasarkan pada bulan Ogos ini sempena Merdeka 2019 akan dihadiri oleh lebih 10,000 peserta selari dengan misi kami untuk melahirkan lebih ramai bakal usahawan. Program ini akan menjadi pencetus titik perubahan dalam kehidupan mereka apabila mereka sedar dan tahu bagaimana program ini boleh bantu ubah hidup mereka dari Zero ke Jutawan hanya dengan berniaga.

Jom Ubah Hidup Dengan Kuasai Potensi Diri, Kewangan dan Bisnes
Jom Ubah Hidup Dengan Kuasai Potensi Diri, Kewangan dan Bisnes

"Ramai di luar sana merasai bahang daripada tekanan ekonomi dan saya melihat ia semakin mencabar terutama buat mereka yang berpendapatan tetap, rendah atau sederhana dan golongan yang tidak bekerja, ditambah dengan kesan peningaktan harga barang dan kesan daripada kenaikan kos barangan dari luar negara disebabkan nilai tukaran ringgit yang lemah buat masa ini"

Azizan berkata, beliau sebagai individu mungkin tidak mampu memgubah ekonomi dunia tetapi melalui platform program ini yang merupakan inisiatifnya dipercayai dapat membantu lebih ramai orang, terutamanya Melayu untuk memperkasakan diri dan bangsa denfan ilmu dan formula untuk melonjakkan keupyaan diri.

"Mungkin tidak semua akan menghargai perkongsian ilmu bernilai ini tetapi mudah-mudahan ia dapat membantu mereka yang komitef dan perlukan bimbingan daripada ilmu dan pengalaman saya selama ini untuk membina kehidupan dan tahap kewangan yang luar biasa, InsyaAllah."

Jom Ubah Hidup Dengan Kuasai Potensi Diri, Kewangan dan Bisnes
Jom Ubah Hidup Dengan Kuasai Potensi Diri, Kewangan dan Bisnes

"Selain dari itu, jika sebelum ini Richworks adalah sinonim dengan Program Instensif Magnet Kekayaan & Kejayaan (IMKK) yang telah berakhir pada bulan November 2018, kami yakin isi kandungan. Program Nak Ubah Hidup ini akam 10 kali lebih berimpak dari Program IMKK kerana program baru ini dapat membuka peluang kepada lebih ramai rakyat Malaysia untuk memahami pontensi sebenar diri mereka melalui ilmu serta pengalaman dan kesilapan saya untuk mereka mengubah dan memperbaiki diri, hidup dan tahap kewangan mereka menjadi luar biasa" kata Azizan lagi..

Korang yang nak Ubah Hidup untuk lebih baik dan berjaya harus join tau program nie nanti. Pendaftaran dah mula dibuka tau dan macam biasa nak tau lebih detail Kak Sue kongsikan kat bawah nie..



Program Nak Ubah Hidup

Pendaftaran
www.nakubahhidup.com

No Tel
1 300 84 2424

Website

Facebook

Instagram

Twitter

Youtube

Email
inquiries@richworks.com.my




Keep Reading»

Resepi Ayam Masak Thai

Assalamualaikum, hai semua. Bila bulan puasa kita ibu-ibu nie pening fikir apa nak masak kan. Sama lah macam Kak Sue juga. Hari tu Kak Sue cari resepi nak masak ayam, tetiba terkeluar Resepi Ayam Masak Thai nie. Nampak sedap dan bahan pun mudah aja, kebetulan bahan utama ada dah dalam peti ais. Kak Sue pun terus cuba resepi Ayam Masak Thai nie. Sedap juga tau korang. Sesekali tukar menu masakan dari negara lain kan.. hehehe..

Ayam Masak Thai
Ayam Masak Thai

Resepi Ayam Masak Thai

Resepi Ayam Masak Thai nie mudah dan ringkas je korang. Tak banyak bahan pun sangat. Lepas tu kalau tak habis waktu berbuka boleh ja buat lauk sahur. Cuma Kak Sue nie biasa lah bab tambah dan derhaka kat resepi tak boleh elak.. hehehe..

Cuma kita kena tengok juga lah bahan apa dan berapa banyak kita nak tambah atau kurang. Nanti jadi lain pula rasanya kan. Selalu kalau tambah pun bab nak bagi pedas ja sebab Abang Man kalau tak pedas tak berapa minat. Okay lah jom kita tengok cara nak sediakan jom..

Ayam Masak Thai

Resepi Asal : OhBulan.com

Bahan-bahan :
Bahan A
10 ketul bahagian ayam yang dah digoreng
1 biji bawang besar dipotong bulat
2 batang serai dititik
2 sudu sos tiram
2 sudu sos cili
1/2 kiub ayam Knor (Kak Sue tambah)
Sedikit daun limau purut
Sedikit air
Minyak untuk menumis
Garam secukup rasa

Bahan B
3 ulas bawang merah ( Kak Sue guna 1 biji bawang besar
5 ulas bawang putih
5 biji cili merah
3 biji cili hijau (Kak Sue tak letak)
2 biji cili api (Kak Sue tambah)

Cara-cara :
Tumis serai yang dititik sehingga naik bau
Masukkan hirisan bawang dengan daun limau purut dan tumis sampai garing
Kemudian masukkan bahan kisar tadi kacau sehingga bergaul mesra
Masukkan sos tiram, sos cili dan air
Gaul sebati dan akhir sekali masukkan ayam yang dah digoreng tadi, perasakan dengan garam
Sedia untuk dihidangkan








Keep Reading»

Safi Dermasafe Produk Penjagaan Kulit Dari Safi Malaysia

Assalamualaikum, hai semua. Kali nie Kak Sue nak kongsi entri kecantikan pula dengan korang Safi Dermasafe Produk Penjagaan Kulit Dari Safi Malaysia. Asyik entri masak dan makan-makan aja kan, kali nie kita sembang pasal nak cantik pula ya. Tambah tak lama lagi kita nak sambut raya kan, mesti nak nampak cantik nanti jadi Kak Sue nak kongsi lah Safi Dermasafe produk penjagaan kulit dari Safi Malaysia nie dengan korang. Kalau cantik dengan make up tapi tak cantik kulit pun tak best juga kan..

Safi Dermasafe Produk Penjagaan Kulit Dari Safi Malaysia
Safi Dermasafe Produk Penjagaan Kulit Dari Safi Malaysia

Safi Dermasafe Produk Penjagaan Kulit Dari Safi Malaysia

Kak Sue sebenarnya dah cuba guna beberapa minggu lepas dan masih guna lagi Safi Dermasafe produk penjagaan kulit dari Safi Malaysia nie korang. Jujurnya Kak Sue memang suka sangat produk dari Safi Malaysia nie sebab best sangat dan tak risau rosakkan kulit muka kita. 

Safi Dermasafe nie dibuat tanpa paraben, tanpa pewangi, tanpa pewarna, tanpa minyak mineral, tanpa alkohol dan tak diuji pada haiwan tau korang. Jadi korang kalau nak cuba Safi Dermasafe nie tak payah risau tau dan sesuai juga untuk orang yang berkulit sensetif macam Kak Sue nie haa. Elok ja pakai, insyaAllah..

Safi Dermasafe Produk Penjagaan Kulit Dari Safi Malaysia
Safi Dermasafe Produk Penjagaan Kulit Dari Safi Malaysia

Selepas beberapa minggu Kak Sue pakai Safi Dermasafe nie Kak Sue memang suka sangat sebab kulit muka Kak Sue lebih lembab dan lembut. Lagi satu pencuci muka ada yang gel tu kan memang suka sangat bila kena kat kulit muka Kak Sue nie. Walaupun produk nie tak ada pewangi tapi bau sedap ja korang. 

Okay jom Kak Sue nak sembang dengan korang langkah penjagaan kulit dengan Safi Dermasafe nie jom. Kalau nak kulit cantik kena rajin dan istiqomah la ya. Jangan pakai sekejap dah pikir kulit tu akan cantik berseri pula.

Safi Dermasafe Produk Penjagaan Kulit Dari Safi Malaysia
Safi Dermasafe Produk Penjagaan Kulit Dari Safi Malaysia

Langkah Penjagaan Muka Dengan Safi DermaSafe

Safi Dermasafe Pembersih Muka Gel Mild & Gentle
Pembersih muka Safi Dermasafe nie ada dua jenis mouses dan gel. Kak Sue lebih suka yang gel nie dan Kak Sue guna pagi dan petang. Korang hanya perlu picit pada tapak tangan dan gosok perlahan sampai berbuih. Kemudian bilas ja macam biasa ya. Produk nie diperkaya dengan ekstrak Likuoris dan Chamomile membersih kulit kita secara mendalam sambil kurangkan kemerahan dan kerengsaan pada muka. Ia juga membantu kekalkan keseimbangan pada kulit agar kulit lebih sihat dan berseri..

Safi Dermasafe Pembersih Muka Mousse Gentel Care
Pembersih muka Mousse Gentel Care nie Kak Sue pakai waktu malam. Memang lembut dan ringan ja dengan hanya satu pam. Diperkaya dengan ekstrak Likuoris dan Chamomile ia membersih kulit kita secara mendalam sambil kurangkan kemerahan dan kerengsaan untuk keselesaan pada muka kita. Formula yang tak kering dan anti oencemar nie bantu lindungi kulit kita dari pencemaran alam sekitar sambil mengekalkan kelembapan pada kulit biar kekal segar dan bermaya..

Safi Dermasafe Semburan Booster Hydrate dan Refresh 
Yang nie Kak Sue sangat korang sebab booster mist nie bukan hanya ganti untuk toner tapi boleh juga kita guna setting spray lepas make up. Kak Sue rasa sejuk kat muka dan cantikkan make up kita. Bila kita spray mist nie kat muka kulit jadi lembap dan perkuatkan struktur muka dan lindungi kulit kita dari pencemaran

Safi Dermasafe Pelembap Siang Soothie dan Hidrate
Day Moisturuzer nie pula tak berminyak dan cepat menyerap ke dalam kulit. Ia menjadikan kulit kita kekal lembap selama 24 jam. Kak Sue setiap kali nak keluar memang sapu moisturizer nie untuk lindung kulit muka dari cuaca yang panas. Memang best ja rasa, kulit sejuk dan lembut dan akan jaga kulit kita kekal hidrate tau korang..

Safi Dermasfe Pelembap Malam Rehydrate dan Recover
Biasanya seharian kita sibuk dengan tugas harian kan, muka pun dah kena cahaya matahari bila sidai kain, debu dan kotoran bila kena keluar sebab ada urusan. Jadi sebelah malam kena lah rawat balik kulit muka kita dengan night moisturizer nie pula. Sapu sebelum tidur, pagi bila bangun kulit lembap ja tak kering macam selalu kalau kulit Kak Sue lah kan. Jadi kena mantain jaga kulit, kalau nak kulit sihat dan cantik..

Korang kalau nak cuba juga produk Safi Dermasfe nie boleh lah dapatkan secara eksklusif hanya di Watsons tau. Biasalah Watsons memang selalu ada barangan eksklusif dan menarik. InsyaAllah korang mesti suka antara rangkaian produk dari Safi Malaysia nie..

Keep Reading»

Resepi Ikan Masak Taucu

Assalamualaikum, hai semua. Masih lagi dengan menu berbuka kali nie. Biasalah bulan puasa nie selalunya Kak Sue akan masak hari-hari kalau nak banding hari biasa. Kalau hari biasa kadang makan kat luar kan, bulan puasa nie memang susah nak makan luar. Sibuk uruskan pasar ramadhan dan order memang tak dapat nak jalan keluar. Kali nie Kak Sue nak kongsi resepi mudah dan ringkas juga Resepi Ikan Masak Taucu. Menu ringkas Ikan Masak Taucu nie antara kegemaran Abang Man, kalau masak lauk nie memang bertambah makan..

Resepi Ikan Masak Taucu
Ikan Masak Taucu

Resepi Ikan Masak Taucu

Biasanya bulan puasa memang tak berapa selera nak makan kan. Bila masak lauk simple macam nie baru lah ada selera sikit. Tambah Abang Man memang payah nak makan kecuali lauk yang Abang Man suka lah. Sejenis yang tak kisah dan tak banyak hal memang senang nak jaga.. hehehe.. Okay jom lah tak nak buang masa korang jom Kak Sue kongsi resepi Ikan Masak Taucu nie jom..

Sebelum tu Kak Sue nak bagi tau korang ikan tu ikut korang tau nak guna ikan apa.  Ikut selera masing-masing. Cili padi pun kalau korang tak makan pedas tak payah letak. Korang boleh letak cili besar atau timun pun boleh ya. Kita yang buat dia, janji ikut selera kita kan..

Ikan Masak Taucu

Bahan-bahan :
4-6 ekor ikan sardin
1 biji bawang besar - dihiris nipis
4 biji bawang putih - dihiris nipis
1 inci halia - hiris nipis
10 biji cili padi - dipotong dua
1 batang serai - diketuk
3 peket taucu
Gula dan garam secukup rasa

Cara-cara :
Goreng ikan sardin tadi dan ketepikan
Kemudian tumiskan bawang besar, bawang putih, halia dan cili padi tadi hingga naik bau
Kemudian masukkan taucu dan sedikit air
Masukkan serai diketuk tadi, biarkan mendidih
Akhir sekali perasakan gula dan garam
Kacau, tutup api dan sedia untuk dihidang

Korang boleh tengok resepi nie juga Resepi Pucuk Paku Masak Tauchu


Keep Reading»

Resepi Gulai Ikan Siakap

Assalamualaikum, hai semua. Kali nie Kak Sue nak kongsi Resepi Gulai Ikan Siakap dengan korang. Menu pertama berbuka puasa kami sekeluarga tahun nie. Jenuh juga memikir apa nak masak hari nie, akhirnya Kak Sue buat keputusan masak Gulai Ikan Siakap aja lah. Senang sebab lauk nie semua orang makan.. kalau tak ada ja yang nie suka, yang tu tak suka pula. Jadi masak lauk yang semua orang makan..

Resepi Gulai Ikan Siakap
Gulai Ikan Siakap

Resepi Gulai Ikan Siakap

Bila masuk ja bulan Ramadhan memang hari-hari memikir nak masak apa kan. Macam  Kak Sue nie hari-hari nak tak nak kena masak sebab anak-anak tak mau lauk beli. Jenuh juga lah memikir nak tukar-tukar lauk hari-hari kan. Biasanya Kak Sue suka resepi yang simple dan semua orang boleh makan. Jadi hari nie Kak Sue kongsikan resepi Gulai Ikan Siakap dengan korang ya. Esok-esok insyallah, Kak Sue akan kongsi resepi lain lagi..

Gulai Ikan Siakap

Bahan-bahan :
3 ketul ikan siakap
1/2 biji bawang besar - dihiris halus
4 biji bawang putih - dihiris halus
1 inci halia - dihiris halus
2 biji tomato - dipotong empat
1 bungkus kacang bendi 
1 peket rempah kari Cap Orang Tua
1 kotak santan Kara
1/2 kiub ayam
Garam secukup rasa
Sedikit minyak untuk menumis

Bahan untuk rempah
1/2 biji bawang - dikisar
4 biji bawang putih - dikisar
1 inci halia - dikisar

Semua bahan kisar tadi digaul sebati dengan rempah

Cara-cara :
Tumis bahan yang dihiris nipis tadi sehingga naik bau
Kemudian masukkan bancuhan rempah tadi biarkan sehingga rempah cukup masak
Masukkan pula asam keping dan kacau sebati
Kemudian masukkan santan dan masak sehingga mendidih
Masukkan ikan tadi, biarkan sehingga ikan masak
Kacau, kemudian masukkan kiub ayam dan sedikit garam
Kacau lagi, kemudian tutup api
Akhir sekali masukkan tomato dan bendi yang telah direbus dahulu
Sedia untuk dihidangkan..

Korang boleh juga cuba Resepi Kari Daging Kerisik






Keep Reading»

Salam Ramadhan

Assalamualaikum, hai semua. Salam Ramadhan Kak Sue ucapkan kepada semua. Esok kita dah mula berpuasa hari pertama untuk Ramadhan tahun nie. Selalunya Kak Sue sekeluarga memang teruja nak sambut puasa cuma tahun nie sedih dan pilu hati sambut puasa tanpa Mak disisi.. Al Fatihah untuk Mak tersayang..

Salam Ramadhan
Salam Ramadhan


Salam Ramadhan

Biasanya malam pertama Ramadhan kami sebolehnya nak bertarawikh di masjid atau surau berdekatan dengan rumah. Alhamdullilah tahun nie sempat lagi hadirkan diri, cuma kali nie di tempat baru memandangkan Kak Sue baru pindah ke taman perumahan baru di Bandar Tasik Puteri nie. Alhamdullilah juga surau kat sini selesa dan bersih sangat..

Esok bermula lah rutin baru kami sekeluarga bila masuk ja bulan Ramadhan. Macam yang korang tahu, disamping bekalkan Pati Kelapa Laut kami juga berniaga di Pasar Ramadhan. Dalam beberapa tahun nie Abang Man dah mula serahkan tugas pantau Pasar Ramadhan pada Kak Sue sambil Kakak dan Abang Tihie bantu. Alhamdullilah semuanya berjalan lancar setakat nie, harap tahun nie lebih baik lah kan..

Selain berniaga dan bekerja dikesempatan bulan yang mulia nie sama-sama lah kita perbaiki diri dan amal. Marilah kita rebut peluang dan pahala yang berganda pada bulan yang mulia dan barakah nie. Mana tahu tahun nie kita dapat bertemu malam Lailatul Qadar.. MasyaAllah.. bertuahnya kita kan.. Selalu bulan yang lain kita atau entah kami lah kut sibuk ja dengan urusan dunia kan..

Dikesempatan nie juga, Kak Sue sekeluarga juga mohon ampun dan maaf andai ada tulisan, percakapan dan perbuatan kami menguris hati. Sebagai manusia biasa kita semua memang tak lari dari khilaf. Kak Sue juga maafkan semua orang dunia dan akhirat.. Salam Ramadhan Al Mubarak semua..



Keep Reading»

Kempen Ibadah Zakat Pelengkap Ramadhan

Assalamualaikum, hai semua. Kali nie Kak Sue nak kongsi cerita menarik dengan korang tentang Kempen Ibadah Zakat Pelengkap Ramadhan oleh Pusat Pungutan Zakat - Majlis Agama Islam Wilayah Perseketuan (PPZ-MAIWP). InsyaAllah dua hari lagi kita bakal sambut bulan Ramadhan dah kan, sebab tu PPZ-MAIWP dengan tema dan kempen Ibadah Zakat Pelangkap Ramadhan nie nak berkongsi tentang kemudahan dan perkhidmatan yang disediakan sepanjang bulan Ramadhan 2019 di samping keistimewaan dan kelebihan bayaran zakat di PPZ-MAIWP..

Kempen Ibadah Zakat Pelengkap Ramadhan
Kempen Ibadah Zakat Pelengkap Ramadhan

Kempen Ibadah Zakat Pelengkap Ramadhan

Sidang media Kempen Ibadah Zakat Pelengkap Ramadhan nie disempurnakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif PPZ-MAIWP, Tuan Haji Ahmad Syukri Yusoff. Selain dari tu di sidang media yang sama PPZ-MAIWP juga berkongsi tentang penjenamaan semula Skim Potongan Gaji Zakat (Skim Thohir) kepada nama baru dan logo baru skim tersebut. 

Kempen Ibadah Zakat Pelengkap Ramadhan
Kempen Ibadah Zakat Pelengkap Ramadhan

Dengan moto PPZ-MAIWP iaitu "Memudahkan Anda Berzakat" pelbagai saluran pembayaran zakat dah disediakan untuk tujuan memudahkan pembayar melalui penyediakan 10 kaunter PPZ-MAIWP sebanyak tujuh di Kuala Lumpur, dua di Putrajaya dan satu di Labuan. Beroperasi setiap hari bermula 8.15 pagi hingga 4.30 petang. Pembayaran pula boleh dibuat secara tunai, cek, kad debit dan kad kredit perbankan Islam. 

Selain tu, perkhidmatan yang ditawarkan di PPZ-MAIWP ialah menaksir atau mengira zakat, membayar semua jenis zakat termasuk fitrah, memdapatkan salinan resit zakat, menyemak rekod bayaran zakat terdahulu dan mendapatkan borang kebenaran potongan gaji. Jadi korang tak payah risau bab nie semua tau. Semua ditanggung beres..

Kempen Ibadah Zakat Pelengkap Ramadhan
Kempen Ibadah Zakat Pelengkap Ramadhan

Tentang bayaran pula, korang boleh buat bayaran melalui portal PPZ-MAIWP di www.zakat.com.my bila-bila masa dan dimana sahaja, 24 jam tau. Korang juga boleh bayar semua jenis zakat termasuk zakat harta dan firah. Korang juga boleh dapat resit terus dan buat semakan rekod bayaran zakat yang terdahulu. Haa.. senang kan semua dihujung jari aja sekarang nie..

Selain dari tu, korang juga boleh buat pembayaran melalui Kaunter Zakat Bergerak (KZB) PPZ-MAIWP yang ada ditempatkan di beberapa lokasi Wilayah Perseketuan dan setakat nie ada empat buah dah. Kemudahan yang disediakan sama seperti bayaran di kaunter PPZ-MAIWP juga. Korang juga boleh hubungi Pusat Panggilan PPZ-MAIWP untuk ketahui lokasi KZB berada. Boleh juga buat tempahan untuk KZB ke premis atau syarikat korang  tapi bergantung pada jadual lah kan dan korang boleh hubungi di nombor 1 300 88 5757.

Kempen Ibadah Zakat Pelengkap Ramadhan
Kempen Ibadah Zakat Pelengkap Ramadhan

Keistimewaan dan Kelebihan Bayar di PPZ-MAIWP

1. Cenderahati Khas Sempena Ramadhan

Bayar di kaunter PPZ-MAIWP

• Sampul raya - edaran bermula 1 Ramadhan

• Kit Ramadhan dan Syawal, terbitan Ekslusif PPZ-MAIWP  berkongsi tentang persediaan Ramadhan. Amalan semasa berpuasa dan juga persediaan menyambut Syawal - edaran bermula 1 Ramadhan

• Produk Asnaf - serunding - bermula minggu tiga Ramadhan.

*Selagi stok masih ada

Bayar menerusi portal PPZ-MAIWP

• Cenderahati khas untuk 1000 orang yang mengulangi bayaran mereka pada tahun ini. (mereka yang dah bayar di portal pada tahun sebelumnya)

Bayar menerusi Kaunter Zakat Bergerak PPZ-MAIWP (KZB)

• Cenderahati khas dan sampul raya disediakan (bermula 1 Ramadhan) selagi stok masih ada

Kempen Ibadah Zakat Pelengkap Ramadhan
Kempen Ibadah Zakat Pelengkap Ramadhan

2. Perlindungan Menerusi Skim Kafalah Muzaki (Skim Khairat Kematian

• Setiap pembayar yang membayar zakat akan dilindungi dengan skim ini. PPZ-MAIWP akan menyumbang RM3000 kepada waris pembayar sekiranya pembayar zakat tersebut meninggal dunia.

• Jumlah bayaran zakat minimum adalah RM50 setahun

• Setakat ini seramai 7 waris telah membuat permohonan dengan 2 waris telah diberi sumbangan. Baki 5 lagi sedang dalam proses. InsyaAllah akan diserahkan dalam masa terdekat.

3. Slot Santai @ Ramadhan -Live di FB PPZ MAIWP

• Siaran langsung selama 30 minit setiap Jumaat

• Bicarakan persoalan zakat seperti kutipan dan agihan zakat juga pengisian kerohanian bersama ustaz-ustaz jemputan temtang Ramadhan dan Syawal.

• Hanya perlu like FB PPZ-MAIWP untuk menontom slot tersebut.

Kempen Ibadah Zakat Pelengkap Ramadhan
Kempen Ibadah Zakat Pelengkap Ramadhan
Haa.. jelas dah kan tentang Kempen IbadahZakat Pelengkap Ramadhan nie ya. Untuk info sasaran dan kutipan Ramadhan PPZ-MAIWP tahun nie adalah sebanyak RM110 juta dan bilangan pembayar pula seramai 126,200 berbanding tahun lepas.

Pesan dari Tuan Haji Ahmad Syukri Yusoff jangan lepaskan peluang untuk merebut keberkatan Ramadhan dengan menunaikan zakat. Jangan bertangguh dan guna semua kemudahan yang dah disediakan. Macam-macam cara pembayaran zakat dah ada sekarang nie, nak bayar online boleh nak ke kaunter bergerak pun boleh. Selamat berzakat dan menyambut puasa korang. 'Ibadah Zakat Pelengkap Ramadhan'..














Keep Reading»

Sebab Kenapa Perlu Selalu Baca Quran di Rumah

Assalamualaikum, hai semua. Kali nie Kak Sue nak kongsi Sebab Kenapa Perlu Selalu Baca Quran di Rumah. Kadang kita nie banyak alasan kan nak buat benda baik nie, Kak Sue pun kadang tak terkecuali juga. Cuma bila umur dah semakin meningkat dan semenjak Mak Kak Sue dah tak ada nie Kak Sue selalu musahabah diri dan ingatkan diri jangan selalu lupa dan leka dengan urusan dunia. Jangan lah kita kejar dunia sampai lupakan akhirat ya kawan-kawan. Biar lah seimbang..

Sebab Kenapa Perlu Selalu Baca Quran di Rumah
Sebab Kenapa Perlu Selalu Baca Quran di Rumah

Sebab Kenapa Perlu Selalu Baca Quran di Rumah

Sebenarnya Kak Sue terbaca sebab kenapa perlu selalu baca Quran di rumah nie kat facebook. Terus tertarik nak berkongsi di blog kesayangan Kak Sue nie untuk ingatan kita bersama. Benda baik kan, tak salah berkongsi untuk kita ingat mengingatkan sesama kita. Nama pun manusia, tak lari dari khilaf. Jom kita tengok sebab kenapa kita perlu selalu baca Quran di rumah jom..

* Rumah tiada aura kalau kita tak selalu baca Quran di rumah. Mesti kita tak nak kan rumah tempat kita berehat dan berkumpul bersama keluarga dalam keadaan macam nie..

* Positifkan aura.. bila kita selalu baca Quran di rumah akan aktifkan positif aura. Semuanya yang baik-baik aja di sekeliling kita..

* Rahmat dan keberkatan.. bila kita selalu baca Quran di rumah akan bawa rahmat dan keberkatan dalam rumah kita. Bahagia, aman damai selalu..

* Menghalau syaitan dan sihir.. bila kita selalu baca Quran di rumah dapat menegah gangguan dari syaitan yang dah berjanji nak ganggu kita sampai kiamat dan dapat jadi pendinding kepada sihir.. nauzubillahiminzalik..

* Mengubat hati orang yang membaca dan seisi rumah.. bila kita selalu baca Quran di rumah hati tenang, rumah sejuk dan rumah kita akan rasa aman dan damai..

* Kemulian kepada pembacanya.. bila kita selalu baca Quran di rumah Allah akan memuliakan kita

* Syafaat di hari kiamat.. bila kita selalu baca Quran di rumah Quran nie akan menjadi syafaat kepada kita seperti yang Allah dah janjikan..

Semua di atas antara sebab kenapa perlu selalu baca Quran di rumah. Bukan kat rumah aja, kat mana-mana kita berada kalau Quran kita jadikan panduan InsyaAllah selamat kita dunia dan akhirat. Sampai sini dulu, semoga perkongsian Kak Sue kali nie beri manfaat dan kesedaran untuk kita semua. Kak Sue juga nak ucap terima kasih pada hamba Allah yang berkongsi tentang kisah nie. Semoga pahala berpanjangan untuk beliau.. aamiin ya rabb..

Keep Reading»

Rutin Sambut Bulan Ramadhan

Assalamualaikum, hai semua. Tak berapa hari lagi dah kita nak sambut bulan Ramadhan kan. Macam-macam persiapan kita buat nak sambut bulan Ramadhan bulan yang mulia penuh rahmat nie. Antara Rutin Sambut Bulan Ramadhan Kak Sue ialah tambah stok kurma dan makanan sunnah yang lain. Selalunya Kak Sue lebih suka beli awal memandang seminggu lagi nak sambut puasa macam sekarang nie, Abang Man memang sibuk sangat dengan order peniaga-peniaga pasar Ramadhan..

Rutin Sambut Bulan Ramadhan
Rutin Sambut Bulan Ramadhan

Rutin Sambut Bulan Ramadhan

Biasanya rutin sambut bulan Ramadhan nie kami buat awal sebab senang nanti nak hantar dan berbagi-bagi untuk keluarga Abang Man dan keluarga Kak Sue. Biasanya Abang Man akan beli beberapa jenis kurma, buah kering dan kekacang untuk kami. Tahun nie pun sama, cuma bezanya tahun nie tak ada bahagian untuk Mak Kak Sue.. tu yang sedih ja bila lagi nak dekat bulan Ramadhan, lagi macam-macam rasa datang.. Masih tak dapat nak move on sepenuhnya Kak Sue.. huhuhu..

Rutin Sambut Bulan Ramadhan
Rutin Sambut Bulan Ramadhan
Rutin Sambut Bulan Ramadhan
Rutin Sambut Bulan Ramadhan
Rutin Sambut Bulan Ramadhan
Rutin Sambut Bulan Ramadhan

Kak Sue beli semua stok kurma dan makanan sumnah nie di Mahnaz Food Shah Alam. Kalau ke sini memang rambang mata sebab memang banyak pilihan. Daripada jenis kurma, kismis, buah-buahan kering, kekacang, coklat, jus dan macam-macam lagi lah. Korang boleh pilih nak beli pack kecil atau kotak besar. Nak buat hadiah untuk keluarga dan kawan pun boleh sebab ada disediakan dalam packaging yang menarik, pelbagai saiz dan pelbagai pilihan. 

Rutin Sambut Bulan Ramadhan
Rutin Sambut Bulan Ramadhan
Rutin Sambut Bulan Ramadhan
Rutin Sambut Bulan Ramadhan
Rutin Sambut Bulan Ramadhan
Rutin Sambut Bulan Ramadhan

Korang kalau nak beli juga boleh lah datang ke Mahnaz Food nie ya. Kalau tak silap Kak Sue ada cawangan lain juga kat kawasan dan negeri lain cuma Kak Sue tak pasti kat mana. Memang puashati dan berbaloi beli kat sini sebab dapat harga borong dan lebih murah. Kesempatan nie juga Kak Sue nak ucapkan selamat menyambut puasa untuk semua. Semoga tahun nie Ramadhan yang lebih baik dan diberkati untuk kita semua ya.. jumpa lagi nanti..

Korang boleh juga baca kat sini Mahnaz Food Shah Alam



Keep Reading»

Pengasas JamuMall.Com Buktikan OKU Pun Boleh Berjaya

Assalamualaikum, hai semua. Kali nie Kak Sue nak kongsi cerita menarik dan mungkin dapat beri semangat pada kita semua. Kisah  Pengasas JamuMall.Com Buktikan OKU Pun Boleh Berjaya memang menarik untuk kita baca dan selami. Biasanya kita nie memang banyak alasan kan, macam-macam peluang ada tinggal usaha sikit aja pun tak nak. Harap bila kita ikuti kisah Pengasah JamuMall.Com buktikan OKU pun boleh berjaya nie membuka mata kita semua supaya terus berusaha untuk hidup yang lebih baik dan lebih berjaya..

Pengasas JamuMall.Com Buktikan OKU Pun Boleh Berjaya
Pengasas JamuMall.Com Buktikan OKU Pun Boleh Berjaya

Kisah Pengasas JamuMall. Com Buktikan OKU Pun Boleh Berjaya

Kisah pengasas JamuMall.Com buktikan OKU pun boleh berjaya memang buat kita sangat terkesan dengan perkongsian di fecebook beliau. Dalam usia 30 tahun, dalam keadaan tak sempurna beliau tetap bersyukur dengan kehidupan yang dutetapkan olehNya. Beliau berjaya membina satu syarikat JamuMall Sdn Bhd dan membina platform jualan JamuMall..

Dengan apa yang ada sekarang, beliau mampu beli apa yang teringin di hati, mampu makan dan hidup mewah. Mampu nak travel keluar negara seperti ke Dubai, Korea, Japan, Australia dan banyak negara lain dah beliau pergi. Dan yang paling buat beliau seronok ialah dapat sediakan rumah mewah dan dapat menjaga segala keperluan keluarga. Tak lupa juga dengan kejayaan yang ada sekarang beliau tak lupa untuk bersedekah setiap hari.. hebat betul seorang yang bernama Nizam nie kan..

Pengasas JamuMall.Com Buktikan OKU Pun Boleh Berjaya
Pengasas JamuMall.Com Buktikan OKU Pun Boleh Berjaya

Kata Nizam lagi, niat beliau bercerita semua nie bukan lah ada niat nak menunjuk atau riak tapi beliau tau ramai sebenarnya kat luar sana nak jadi macam beliau. Nak berjaya, nak mewah, nak bahagiakan keluarga macam mana Nizam buat sekarang. Tapi.. adakah kita semua sekuat dan setabah Nizam?

Menurut Nizam lagi, kehidupan Niz dulu tak macam nie pun korang. Bayangkan lah seandainya kita tak sempurna macam Nizam.. makan nak kena suap, mandi nak kena ada yang urus, duduk nak kena diangkat dan tidur nak kena dijaga.. bukan satu benda yang mudah untuk Nizam teruskan hidup seharian.

Pengasas JamuMall.Com Buktikan OKU Pun Boleh Berjaya
Pengasas JamuMall.Com Buktikan OKU Pun Boleh Berjaya

Kehidupan yang Nizam lalui nie bukan sehari, bukan tiga hari, bukan seminggu, bukan sebulan tetapi bertahun-tahun korang. Banyangkan lah kalau kita yang lalui semua tu, adakah kita sekuat Nizam? Sampai ada ketika Nizam rasa sangat terkesan bila ada masa rasa dahaga, lapar, penat.. tapi tak ada orang disisi untuk beliau. Sampai Nizam terfikir takan lah nak mengharapkan semua nie sehingga akhir hayat? Beliau terpikir dan bercakap sendiri.. Allah beri beliau nyawa, nafas, sedikit kekuatan jari dan akal.. pasti ada sesuatu manfaat yang boleh beliau buat dan usaha..

Nizam cuba renung dan imbas kehidupan ramai orang lain diluar sana.. kalaulah beliau diberi tubuh fizikal sempurna.. boleh berjalan, berlari, melompat pasti akan beliau gunakan sehabis baik untuk beri manfaat pada orang lain. Allahu.. bagus sangatkan niat hati beliau.. Nizam tengok ramai yang malas nak ubah hidup sendiri, ramai yang suka bagi bermacam alasan bila bekerja dan ramai yang cepat putus asa bila ada cabaran..

Pengasas JamuMall.Com Buktikan OKU Pun Boleh Berjaya
Pengasas JamuMall.Com Buktikan OKU Pun Boleh Berjaya

Ramai cuba memilih untuk kerja senang, tak nak susah, lebih memilih hidup susah tanpa usaha dengan lebih gigih. Sanggup berhenti kerja dan mengangur bertahun-tahun atas dasar ego dan sanggup melihat keluarga dan orang sekeliling susah. Paling terkesan pada Nizam ialah nak bagi duit atau bantu Mak, Ayah, keluarga dan orang sekeliling pun susah. Itu yang terdetik di hati Nizam untuk bantu mereka nie..

Disebabkan semua tu lah Nizam bangkit penuh semangat. Beliau cuba buktikan pada masyarakat kehidupan yang baik adalah sentiasa bersyukur. Bersyukur dengan nikmat yang Allah tentukan dan jangan sia-siakan. Nizam bangkit untuk beri manfaat pada orang lain dan nak satu dunia nampak hanya 3 jari dan satu akal beliau dapat memberi dan melihat kegembiraan dan senyuman orang-orang disekeliling beliau..

Pengasas JamuMall.Com Buktikan OKU Pun Boleh Berjaya
Pengasas JamuMall.Com Buktikan OKU Pun Boleh Berjaya

Sekarang nie Nizam sedar.. untuk berjaya dalam kehidupan, pekerjaan mahupun bisnes bukan satu perkara mudah. Tapi dengan keinginan yang kuat, kasih sayang yang hebat, keberanian yang tinggi, suka belajar, memperbaki diri dan juga berkomitmen tinggi membawa hidup Nizam ke tahap sekarang nie..

Selain dari tu semua harga yang ada dalam diri beliau akan beliau bawakan dalam semua team dan masyarakat untuk mereka bangkit, bersemangat dan barjaya! Hebat dan penuh semangat kan seorang Nizam nie.. Jom kita layan video kat bawah nie ya..


Akhir kata.. kalau Nizam ada 3 jari dan akal mampu membina kehidupan sendiri dan kebahagian orang sekeliling.. kita semua ada berapa jari untuk ubah kehidupan? Usia semakin meningkat, jangan tunggu lagi.. kita ja mampu ubah diri kita kan. Semoga cerita Nizam 3 Jari nie beri manfaat dan inspirasi untuk kita semua ya..

Keep Reading»