Sanah Helwah Sayangku

Assalamualaikum, hai semua. Hari nie tiba lagi hari yang sama hari lahir orang yang istimewa dalam hidup Kak Sue, Abang Man. Sanah Helwah Sayangku. Tahun nie pun hari lahir Abang Man jatuh dalam bulan puasa juga, jadi nak plan makan-makan tu tak boleh lah kan. Walaupun macam tu Kak Sue dan anak-anak tetap plan kejutan hari jadi untuk Abang Man..

Sanah Helwah Sayangku
Sanah Helwah Sayangku

Kejutan Kecil Hari Lahir

Malam tadi kami anak beranak dah buat ucapan hari jadi dah untuk Abang Man. Kebetulan bila jam dah masuk pukul 12 malam semua belum tidur lagi jadi terus buat ucapan. Kak Sue plan nak buat kejutan kecil hari lahir nanti. Hari nie Kak Sue dan Kakak plan nak masak lauk kegemaran Abang Man Telur Mata Kicap Bercili. Sebelah petang pula Abang dan Adik dah keluar belikan kek untuk Abang Man. Kami plan nak buat kejutan kat Pasar Ramadhan nanti..

Sanah Helwah Sayangku
Sanah Helwah Sayangku
Untuk hadiah, tahun nie Kak Sue berkongsi dengan Kakak. Abang ada hadiah sendiri.. Adik pula tak sempat kut nak beli.. hehehe. Petang sebelum bebrbuka tadi, semua dah cantik elok tersusun plan yang kami nak, cuma hujan sikit tadi. Ngam-ngam lagi berapa minit nak berbuka Abang dan Aci pembantu Abang Man datang bawa kek dan hadiah. Meriah lah sekejap suasananya.. Dengan ucapan hari lahir dan sessi pemberian hadiah..

Alhamdullilah, selesai dah kejutan kecil untuk hari lahir Abang Man tahun nie. Lega bila apa yang kita plan berjalan dengan lancar, bahagia rasa bila tengok Abang Man tersenyum ja tadi. Selalu asyik sibuk ja dengan kerja sesekali apa salah diraikan macam nie kan. Dapat berkumpul dan makan-makan ramai. Gambar tak dan nak ambil dah sibuk nak berbuka tadi..

Sanah Helwah Sayangku
Sanah Helwah Sayangku
Sekali lagi..  dikesempatan yang ada nie, Kak Sue nak ucapkan Sanah Helwah sayangku.. Semoga sentiasa dalam rahmat dan lindungan Allah, diberi kesihatan yang baik, umur yang bermanfaat, rezeki yang murah dan berkat.. akhir sekali semoga berbahagia dan dipermudahkan urusan dunia dan akhirat.. aamiin ya rabb.. "Orang" dan anak-anak love you so much Yang.. ❤


7 comments

  1. Selamat ulang tahun tuk your husband

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah. semoga panjang umur n dimurahkan rezeki. aamiin

    ReplyDelete
  3. Alamdulillah..besar atau kecil sambutan itu bonus kan kak yang penting cara meraikan dan tanda indatan tu..selamat ulangtahun untuk suami kak Sue.

    ReplyDelete
  4. Sanah helwah buat suami kak su..
    Walaupun kecil tapi ingatan tu yang membahagiakan sebenarnya..

    ReplyDelete
  5. bestnya kek oreo.. saya doakan kak sue dan abg man setiasa bahagia tiljannah

    ReplyDelete
  6. Wah... peminat Metalicca nih!

    ReplyDelete

Terima kasih sudi singgah dan komen ❤