Kebun Mini Kami

Assalamualaikum, hai semua. Selain ada Taman Mini, Kak Sue nak kongsi dengan korang juga Kebun Mini Kami  yang Abang buat kat belakang rumah. Ya lah selain tanam pokok bunga nak juga tanam pokok-pokok lain untuk kegunaan harian kan. Kebetulan ada kawasan kecil kat belakang rumah kami nie, jadi Abang Man tanam beberapa pokok buah dan sayuran kat Kebun Mini kami tu untuk kegunaan sendiri dan bila Abang Man ada masa lapang..

Kebun Mini Kami
Kebun Mini Kami

Kebun Mini Kami

Sebenarnya tanah kat kawasan perumahan Kak Sue dan untuk Kebun Mini kami nie jenis tanah liat. Rasanya macam tak berapa nak sesuai untuk beberapa jenis tanaman. Jadi Abang Man dah tambak sikit dengan tanah pasir dan beli tanah hitam untuk tanam pokok buah-buahan dan sayuran tu. Cuma kat bahagian luar pagar aja Abang Man belum sempat nak tambak lagi..

Kebun Mini Kami
Kebun Mini Kami

Sebelum nie Abang ada tanam pokok buah kedondong dan pokok cili padi tapi tu lah pokok cili padi tu macam tak berapa nak hidup tapi Alhamdullilah pokok buah kedondong hidup segar dan berbunga. Nie Kak Sue ada campak cili padi yang dah masak dalam pasu dan nampak dah ada yang dah bercambah.. harap hidup lah nanti kan.. Nanti nak guna tinggal petik aja macam kat kampung.. hehehe..

Kebun Mini Kami
Kebun Mini Kami

Beberapa bulan lepas pula Abang Man ada tanam pokok jambu batu dengan pokok kacang bendi. Alhamdullilah, naik elok aja pokok kacang bendi. Baru-baru nie Abang Man dah petik untuk Kak Sue masak asam pedas. Seronok kan bila berbudi pada tanah nie bila lihat hasilnya. Cuma pokok jambu batu Abang Man tanam luar pagar dan kami jarang juga keluar ke situ. Kakak lah yang rajin jirus dengan air basuhan beras..

Kebun Mini Kami
Kebun Mini Kami

Selain tu ada beberapa pokok lain lagi yang Abang Man tanam.. antaranya pokok kari dan pokok kunyit. Pokok Avocado pemberian kawan setaman nie pun nampaknya elok naikknya. Lagi pokok kacang kelisa dan pokok buah nam-nam pun ada. Harap hidup segar lah nanti, tak payah nak beli-beli kan. Jimat dah kat situ, cuma nak kena rajin jaga lah sikit pokok-pokok nie. Salah satu tips untuk pokok hidup segar selalu jirus dengan air basuhan beras, InsyaAllah naik elok pokoknya.

Kebun Mini Kami
Kebun Mini Kami

Okay lah, sampai sini dulu. Nanti Kak Sue kongsi lagi cerita dan tips lain pasal Kebun Mini kami nie lagi ya.. jumpa lagi, papai!

10 comments

  1. Alhamdulillah
    Dapat hasil sayuran tanaman sendiri

    ReplyDelete
  2. seronoknya dapat berkebun

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah... Betul3x.. Berbudi pada tanah memang best hasilnya. Sama macam Ibu dan Mak Mertua LeYa.. Suka menanam..😁

    ReplyDelete
  4. Seronok sebenarnya bila berbudi pada tanah ini.. Kutip je hasil.. Ini pun banyak dah boleh jimat perbelanjaan dapur kan kak sue.. Sha ini belum mula menanam lagi..

    ReplyDelete
  5. Comellah Kak...
    Berbudi dengan tanah mendatangkan hasil kan kak ..

    ReplyDelete
  6. Nikmatkan kak..bila tanam kita dapat tuai hasilnya..gembira tu lain macam..masak makan sama-sama..memang rasa lain.

    ReplyDelete
  7. seronoknya kak merasa hasil tanaman sendiri

    ReplyDelete
  8. assalamualaikum haii datang sini blogwalking ^^ menarik kebun mini tu :)

    ReplyDelete
  9. seronoknya !! dah dapat hasil tu lagi rasa seronok.
    berbudi pada tanah memang akan ada bahagiannya =)

    ReplyDelete
  10. best kan kak, ada tanah sikit pun dah ok utk berkebun. Sy harapkan tanah di kg je dapat bercucuk tanam :)

    ReplyDelete

Terima kasih sudi singgah dan komen ❤