Safi Dermasafe Produk Penjagaan Kulit Dari Safi Malaysia

Assalamualaikum, hai semua. Kali nie Kak Sue nak kongsi entri kecantikan pula dengan korang Safi Dermasafe Produk Penjagaan Kulit Dari Safi Malaysia. Asyik entri masak dan makan-makan aja kan, kali nie kita sembang pasal nak cantik pula ya. Tambah tak lama lagi kita nak sambut raya kan, mesti nak nampak cantik nanti jadi Kak Sue nak kongsi lah Safi Dermasafe produk penjagaan kulit dari Safi Malaysia nie dengan korang. Kalau cantik dengan make up tapi tak cantik kulit pun tak best juga kan..

Safi Dermasafe Produk Penjagaan Kulit Dari Safi Malaysia
Safi Dermasafe Produk Penjagaan Kulit Dari Safi Malaysia

Safi Dermasafe Produk Penjagaan Kulit Dari Safi Malaysia

Kak Sue sebenarnya dah cuba guna beberapa minggu lepas dan masih guna lagi Safi Dermasafe produk penjagaan kulit dari Safi Malaysia nie korang. Jujurnya Kak Sue memang suka sangat produk dari Safi Malaysia nie sebab best sangat dan tak risau rosakkan kulit muka kita. 

Safi Dermasafe nie dibuat tanpa paraben, tanpa pewangi, tanpa pewarna, tanpa minyak mineral, tanpa alkohol dan tak diuji pada haiwan tau korang. Jadi korang kalau nak cuba Safi Dermasafe nie tak payah risau tau dan sesuai juga untuk orang yang berkulit sensetif macam Kak Sue nie haa. Elok ja pakai, insyaAllah..

Safi Dermasafe Produk Penjagaan Kulit Dari Safi Malaysia
Safi Dermasafe Produk Penjagaan Kulit Dari Safi Malaysia

Selepas beberapa minggu Kak Sue pakai Safi Dermasafe nie Kak Sue memang suka sangat sebab kulit muka Kak Sue lebih lembab dan lembut. Lagi satu pencuci muka ada yang gel tu kan memang suka sangat bila kena kat kulit muka Kak Sue nie. Walaupun produk nie tak ada pewangi tapi bau sedap ja korang. 

Okay jom Kak Sue nak sembang dengan korang langkah penjagaan kulit dengan Safi Dermasafe nie jom. Kalau nak kulit cantik kena rajin dan istiqomah la ya. Jangan pakai sekejap dah pikir kulit tu akan cantik berseri pula.

Safi Dermasafe Produk Penjagaan Kulit Dari Safi Malaysia
Safi Dermasafe Produk Penjagaan Kulit Dari Safi Malaysia

Langkah Penjagaan Muka Dengan Safi DermaSafe

Safi Dermasafe Pembersih Muka Gel Mild & Gentle
Pembersih muka Safi Dermasafe nie ada dua jenis mouses dan gel. Kak Sue lebih suka yang gel nie dan Kak Sue guna pagi dan petang. Korang hanya perlu picit pada tapak tangan dan gosok perlahan sampai berbuih. Kemudian bilas ja macam biasa ya. Produk nie diperkaya dengan ekstrak Likuoris dan Chamomile membersih kulit kita secara mendalam sambil kurangkan kemerahan dan kerengsaan pada muka. Ia juga membantu kekalkan keseimbangan pada kulit agar kulit lebih sihat dan berseri..

Safi Dermasafe Pembersih Muka Mousse Gentel Care
Pembersih muka Mousse Gentel Care nie Kak Sue pakai waktu malam. Memang lembut dan ringan ja dengan hanya satu pam. Diperkaya dengan ekstrak Likuoris dan Chamomile ia membersih kulit kita secara mendalam sambil kurangkan kemerahan dan kerengsaan untuk keselesaan pada muka kita. Formula yang tak kering dan anti oencemar nie bantu lindungi kulit kita dari pencemaran alam sekitar sambil mengekalkan kelembapan pada kulit biar kekal segar dan bermaya..

Safi Dermasafe Semburan Booster Hydrate dan Refresh 
Yang nie Kak Sue sangat korang sebab booster mist nie bukan hanya ganti untuk toner tapi boleh juga kita guna setting spray lepas make up. Kak Sue rasa sejuk kat muka dan cantikkan make up kita. Bila kita spray mist nie kat muka kulit jadi lembap dan perkuatkan struktur muka dan lindungi kulit kita dari pencemaran

Safi Dermasafe Pelembap Siang Soothie dan Hidrate
Day Moisturuzer nie pula tak berminyak dan cepat menyerap ke dalam kulit. Ia menjadikan kulit kita kekal lembap selama 24 jam. Kak Sue setiap kali nak keluar memang sapu moisturizer nie untuk lindung kulit muka dari cuaca yang panas. Memang best ja rasa, kulit sejuk dan lembut dan akan jaga kulit kita kekal hidrate tau korang..

Safi Dermasfe Pelembap Malam Rehydrate dan Recover
Biasanya seharian kita sibuk dengan tugas harian kan, muka pun dah kena cahaya matahari bila sidai kain, debu dan kotoran bila kena keluar sebab ada urusan. Jadi sebelah malam kena lah rawat balik kulit muka kita dengan night moisturizer nie pula. Sapu sebelum tidur, pagi bila bangun kulit lembap ja tak kering macam selalu kalau kulit Kak Sue lah kan. Jadi kena mantain jaga kulit, kalau nak kulit sihat dan cantik..

Korang kalau nak cuba juga produk Safi Dermasfe nie boleh lah dapatkan secara eksklusif hanya di Watsons tau. Biasalah Watsons memang selalu ada barangan eksklusif dan menarik. InsyaAllah korang mesti suka antara rangkaian produk dari Safi Malaysia nie..

16 comments

  1. Tempoh hari PC pergi juga watson Kak Sue..tapi tengok-tengok tak adalah pulak..excited juga nak beli dn cuba..mungkin habis stok kotlah.

    ReplyDelete
  2. adoi.. sweetnya packaging dia..

    ReplyDelete
  3. Kulit sensitif nemang elok pakai kan kak sue. Saya suka face mist dermasafe ni. Mekap tahan lama .

    ReplyDelete
  4. packaging cantik..harap kak su sesuai guna

    ReplyDelete
  5. El pun ada set dermasafe safi ni..safi mmg dr dulu duk pakai..mmg srasi dgn kulit el

    ReplyDelete
  6. Byk ya rangkaian produk safi ni skg.. Semestinya produk2 dia berkualiti dan sng nak cari

    ReplyDelete
  7. produk Safi ni ada banyak jenis.. memang jadi pilihan kan. boleh pilih ikut kesesuaian kulit kita.

    ReplyDelete
  8. Safi memang diyakini..tak was2 nak pakai produk dia..dermasafe ni dah keluar lama kan..

    ReplyDelete
  9. Dermasafe ni sesuai utk yg kulit sensitif la ea... Yg moisturizer pnh pki tp xserasi mybe xkne kulit kita

    ReplyDelete
  10. produk safi leh guna tanpa waswas.. mmg sesuai dgn semua jenis kulit kan kak sue

    ReplyDelete
  11. Ni Pakaging baru ke produk safi ni? Lama tak pakai SAFI

    ReplyDelete
  12. Waaa.. Dah keluar produk baru ye safi ni. Dah ada kat pasaran ke. Berapa harga pencuci tu ye. Cleanser yang ada yang habis. Blh try ni nti.

    ReplyDelete
  13. I like their new packaging and read many good reviews about it too.

    ReplyDelete
  14. safi ni mmg best kan.. kulit saya pakai takde gatal-gatal pun

    ReplyDelete
  15. TB paling nak try yang ni sebab dia kata sesuai utnuk kulit sensitif kan

    ReplyDelete

Terima kasih sudi singgah dan komen ❤