Salam Ramadhan

Assalamualaikum, hai semua. Salam Ramadhan  Kak Sue ucapkan kepada semua. Esok kita dah mula berpuasa hari pertama untuk Ramadhan tahun nie...

Assalamualaikum, hai semua. Salam Ramadhan Kak Sue ucapkan kepada semua. Esok kita dah mula berpuasa hari pertama untuk Ramadhan tahun nie. Selalunya Kak Sue sekeluarga memang teruja nak sambut puasa cuma tahun nie sedih dan pilu hati sambut puasa tanpa Mak disisi.. Al Fatihah untuk Mak tersayang..

Salam Ramadhan
Salam Ramadhan


Salam Ramadhan

Biasanya malam pertama Ramadhan kami sebolehnya nak bertarawikh di masjid atau surau berdekatan dengan rumah. Alhamdullilah tahun nie sempat lagi hadirkan diri, cuma kali nie di tempat baru memandangkan Kak Sue baru pindah ke taman perumahan baru di Bandar Tasik Puteri nie. Alhamdullilah juga surau kat sini selesa dan bersih sangat..

Esok bermula lah rutin baru kami sekeluarga bila masuk ja bulan Ramadhan. Macam yang korang tahu, disamping bekalkan Pati Kelapa Laut kami juga berniaga di Pasar Ramadhan. Dalam beberapa tahun nie Abang Man dah mula serahkan tugas pantau Pasar Ramadhan pada Kak Sue sambil Kakak dan Abang Tihie bantu. Alhamdullilah semuanya berjalan lancar setakat nie, harap tahun nie lebih baik lah kan..

Selain berniaga dan bekerja dikesempatan bulan yang mulia nie sama-sama lah kita perbaiki diri dan amal. Marilah kita rebut peluang dan pahala yang berganda pada bulan yang mulia dan barakah nie. Mana tahu tahun nie kita dapat bertemu malam Lailatul Qadar.. MasyaAllah.. bertuahnya kita kan.. Selalu bulan yang lain kita atau entah kami lah kut sibuk ja dengan urusan dunia kan..

Dikesempatan nie juga, Kak Sue sekeluarga juga mohon ampun dan maaf andai ada tulisan, percakapan dan perbuatan kami menguris hati. Sebagai manusia biasa kita semua memang tak lari dari khilaf. Kak Sue juga maafkan semua orang dunia dan akhirat.. Salam Ramadhan Al Mubarak semua..


You Might Also Like

10 ulasan

  1. selamat menyambut bulan ramadhan dan selamat berpuasa kak sue ❤️

    ReplyDelete
  2. salam ramadan. selamat berpuasa!

    ReplyDelete
  3. Salam Ramadhan dan selamat berpuasa kak sue dan keluarga.

    ReplyDelete
  4. Selamat Menyambut Ramadhan buat kak sue dan keluarga..

    ReplyDelete
  5. Selamat berpuasa Kak Sue sekeluarga.Moga tahun ini Allah gandakan semangat kita untuk beribadah..aamiin.

    ReplyDelete
  6. selamat berpuasa Kak Sue, moha kita sama-sama diberi kesihatan yang baik InsyaAllah

    ReplyDelete
  7. salam ramadhan dan selamat berpuasa

    ReplyDelete
  8. Selamat berpuasa kak sue semoga bisness terus maju amin

    ReplyDelete
  9. Salam ramadhan..selamat berpuasa kak su

    ReplyDelete

Terima kasih sudi singgah dan komen ❤

Segala yang terkandung dalam terbitan entri adalah pendapat peribadi penulis. Perubahan butiran atau informasi mungkin berlaku tanpa ada sebarang pemberitahuan. Terima kasih singgah blog Shuhaida Kabdy.