Resepi Puding Sirap Bandung Berlaici

Assalamualaikum, hai semua. Kali nie Kak Sue nak kongsi Resepi Sirap Bandung Berlaici pula dengan korang. Selalu asyik masak lauk pauk ja kan, kali nie Kak Sue kongsi resepi Puding Sirap Bandung Berlaici pula. Sedap kan makan untuk berbuka atau cuaca panas, sejuk ja rasa tekak.

Resepi Puding Sirap Bandung Berlaici
Puding Sirap Bandung Berlaici

Resepi Puding Sirap Bandung Berlaici

Sebenarnya resepi Puding Sirap Bandung Berlaici nie Kak Sue ambik dan ubah sikit dari resepi asal dari blogger masakan terkenal Kak CT Delima. Mesti korang kenal kan Kak CT salah seorang blogger masakan yang hebat. Salah seorang idola masakan Kak Sue. Okay lah jom kita tengok bahan dan cara nak sediakan puding nie ya..

Resepi Puding Sirap Bandung Berlaici
Puding Sirap Bandung Berlaici

Puding Sirap Bandung Berlaici

Bahan-bahan :
Bahan A
10 gram agar-agar serbuk
100 gram gula
400 ml air
1 tin laici
Sedikit pewarna merah sirap

Bahan B
10 gram agar-agar serbuk
100 gram gula pasir
700 ml susu cair
Sedikit pewarna merah sirap

Cara-cara :
Cara buat bahan A
Basahkan acuan, kemudian susun laicil kat dalam acuan tu
Satukan semua bahan agar-agar serbuk, gula dan air. 
Masak dengan api sederhana, kacau perlahan-lahan sehingga mendidih
Kemudian tuangkan bahan tadi kedalam acuan dan biarkan mengeras sikit

Cara buat bahan B
Satukan semua bahan agar-agar serbuk, gula, susu cair dan perasa sirap dalam periuk.
Masak dengan api perlahan sehingga mendidih.
Tutup api, tuangkan bahan ke atas agar-agar tadi secara perlahan dan biarkan mengeras. 
Biarkan suam dan sejukkan dalam peti ais
Hidangkan sejuk

24 comments

  1. Terima kasih share! :)

    ReplyDelete
  2. Sedapnye Kak Sue kalau agar-agar sejuk makan masa berbuka, nanti nak cubalah resepi Kak Sue ni..

    ReplyDelete
  3. Sedap ni.pencuci mulut..terapi tekak..fuhh.

    ReplyDelete
  4. nampak cantik kejadian puding ni kak sue...sedapnya

    ReplyDelete
  5. Ya Allah, cantik nya hasil. Rasa sayang plak nak potong makan 😂

    ReplyDelete
  6. tudia... rs macam terliur dah tengah2 ri ni

    ReplyDelete
  7. Letak dalam peti ais bg sejuk ni mmg lega rasa tekak kan

    ReplyDelete
  8. Cantik warna puding tu kak. Membuka selera sangat. Lg2 makan masa sejuk2.

    ReplyDelete
  9. cantiknya kejadian puding akak ni alahai memikat selera betul

    ReplyDelete
  10. bestnya kalau makan sejuk-sejuk kan...hahaha...cantik betul jadinya

    ReplyDelete
  11. Warnanya nampak menarik, macam sayang nak makan je

    ReplyDelete
  12. Uish.. sedap nie kalau dapat..

    ReplyDelete
  13. Uihhh cantiknye puding... nk makan pun syg ni..

    ReplyDelete
  14. Tergoda tengok puding tu. Sedap makan sejuk sejuk time buka puasa ni kan.

    ReplyDelete
  15. Sedapnya puding ni kak sue....nak buat jugak lah

    ReplyDelete
  16. puding sirap bandung boleh cuba nie

    ReplyDelete
  17. Ahhh i nak buat pudding laici ni, macam so sedap and senang nak prepare juga.

    ReplyDelete
  18. Comelnya puding kak sue ni.. 😍

    ReplyDelete
  19. Comelnya.. biasa buat puding laici je. Yang ni sirap bandung berlaici. Boleh cuba ni

    ReplyDelete
  20. masalah dey skrg kenapa pudding ni comel sgtttt hahaha geram ray tgk

    ReplyDelete
  21. isk isk menggoda. ni time berbuka sedap ni makan.. sejuk2 gitu masuk mulut =D

    ReplyDelete
  22. sedapnya kak...cantik puding akk buat

    ReplyDelete
  23. Okay nanti dak Mimie nak try puding akak yang cantik ni

    ReplyDelete
  24. ini mantap time berbuka puasa.
    seharian menahan lapar dahaga, dpt yg ni, sejuk jer tekak.
    nyamannnn!

    ReplyDelete

Terima kasih sudi singgah dan komen ❤