Resepi Gulai Ikan Siakap

Assalamualaikum, hai semua. Kali nie Kak Sue nak kongsi Resepi Gulai Ikan Siakap dengan korang. Menu pertama berbuka puasa kami sekeluarga tahun nie. Jenuh juga memikir apa nak masak hari nie, akhirnya Kak Sue buat keputusan masak Gulai Ikan Siakap aja lah. Senang sebab lauk nie semua orang makan.. kalau tak ada ja yang nie suka, yang tu tak suka pula. Jadi masak lauk yang semua orang makan..

Resepi Gulai Ikan Siakap
Gulai Ikan Siakap

Resepi Gulai Ikan Siakap

Bila masuk ja bulan Ramadhan memang hari-hari memikir nak masak apa kan. Macam  Kak Sue nie hari-hari nak tak nak kena masak sebab anak-anak tak mau lauk beli. Jenuh juga lah memikir nak tukar-tukar lauk hari-hari kan. Biasanya Kak Sue suka resepi yang simple dan semua orang boleh makan. Jadi hari nie Kak Sue kongsikan resepi Gulai Ikan Siakap dengan korang ya. Esok-esok insyallah, Kak Sue akan kongsi resepi lain lagi..

Gulai Ikan Siakap

Bahan-bahan :
3 ketul ikan siakap
1/2 biji bawang besar - dihiris halus
4 biji bawang putih - dihiris halus
1 inci halia - dihiris halus
2 biji tomato - dipotong empat
1 bungkus kacang bendi 
1 peket rempah kari Cap Orang Tua
1 kotak santan Kara
1/2 kiub ayam
Garam secukup rasa
Sedikit minyak untuk menumis

Bahan untuk rempah
1/2 biji bawang - dikisar
4 biji bawang putih - dikisar
1 inci halia - dikisar

Semua bahan kisar tadi digaul sebati dengan rempah

Cara-cara :
Tumis bahan yang dihiris nipis tadi sehingga naik bau
Kemudian masukkan bancuhan rempah tadi biarkan sehingga rempah cukup masak
Masukkan pula asam keping dan kacau sebati
Kemudian masukkan santan dan masak sehingga mendidih
Masukkan ikan tadi, biarkan sehingga ikan masak
Kacau, kemudian masukkan kiub ayam dan sedikit garam
Kacau lagi, kemudian tutup api
Akhir sekali masukkan tomato dan bendi yang telah direbus dahulu
Sedia untuk dihidangkan..

Korang boleh juga cuba Resepi Kari Daging Kerisik





14 comments

  1. Sedap ni Kak Sue.Nasi panas-panas.

    ReplyDelete
  2. sedap menu ni kak. kalau ana makan dengan kicap. syafi pun suka sama. hehe

    ReplyDelete
  3. wahhh first time jumpa menu kari ikan siakap ni. Boleh cuba nanti :)

    ReplyDelete
  4. sedap ni kak, cara akk lebih kurang sama juga saya masak. Cuma saya tak pernah cuba letak kiub ayam. Tapi ada letak asam jawa / asam keping. Nt nk try cara resepi akk pulak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Linda.. kiub ayam tu tak letak pun tak apa untuk penambah rasa. Nasib Linda bagi tau, akak sebenarnya lupa nak tulis letak asam keping juga.. hehehe..

      Delete
  5. Nampak Sedap Kak Sue, weekend baru boleh masak kuah-kuah macam ni, sebab hari bekerja terkejar masa balik kerja, jadi kena masak simple shj. Nnt bolehlah tiru resepi akak nih he he he

    ReplyDelete
  6. kolin suka siakap 3 rasa kak..yang masak kari ni

    ReplyDelete
  7. Tak pernah lagi kita masak ikan siakap buat gulai.. boleh cuba nie..

    ReplyDelete
  8. Lapar tgk gambar tu Ada bendi lagi la lagi sedap kak sue

    ReplyDelete
  9. Tak penah lagi buat ikan siakap masak gulai macam ni. Hari tu memancing dapat ikan siakap, wife saya masak 3 rasa je.

    ReplyDelete
  10. alamak, nyeal masuk post ni lagi. kan dah perut bunyik2 ni

    ReplyDelete
  11. sedapnya gulai tu kak.. buat juadah bebruka pun best nie..

    ReplyDelete
  12. Sedap kan kak su..terasa lemak2 ikan siakap tu

    ReplyDelete
  13. Saya tak pernah masak ikan siakap masak gulai. Selalu masak stim atau masak 3 rasa. Erm nanpak sedap kena try ni kak sue

    ReplyDelete

Terima kasih sudi singgah dan komen ❤