August 2017 - Shuhaida Kabdy

Wednesday, August 30, 2017

Kenangan Sukan SEA 2017 - 3

August 30, 2017 2
Kenangan Sukan SEA 2017 - 3
Assalamualaikum, hai semua! Alhamdullilah, untuk final game bola sepak semalam kami masih diberi rezeki dan peluang berniaga di Stadium Shah Alam. Sehari sebelumnya Kak Sue dan Abang Man ada ke stadium buat pembayaran tapak, memang ramai peminat bola mula beratur seawal pagi katanya nak dapatkan tiket final bola. Kesian pun ada dengan cuaca panas dengan berimpit ramai macam tu, tapi nak komen pasal penjualan tiket pun Kak Sue tak pandai sangat. Cuma patutnya kena ada sikit penjualan tiket secara online, jadi tak ada lah jadi macam sehari sebelum final tu kan.. Apapun berniaga di acara final bola sepak kali nie juga menjadi satu kenangan Sukan SEA 2017 kepada kami semua peniaga kiosk Stadium Shah Alam..

Kenangan Sukan SEA 2017
Kenangan Sukan SEA 2017

Kenangan Sukan SEA 2017

Macam biasa lah bila berniaga kiosk dalam stadium nie, macam Kak Sue pernah kongsikan sebelum nie. Syarat yang ditetapkan kena ikut, kebersihan kena jaga. Pembayaran tapak kisok pula kena buat sehari sebelum. Walaupun ada antara game yang kami dapat berniaga dapat panggilan dalam masa yang suntuk juga, tapi cuba lah juga memenuhi syarat tu. Kalau nak sesuatu peluang tu kena lah berusaha dan berkorban sikit kan.. huhuhu..
Kenangan Sukan SEA 2017
Kenangan Sukan SEA 2017
Bayangkan kadang kami nak kena berulang alik beberapa kali dari Rawang ke Shah Alam semata-mata untuk buat bayaran sebelum game mula. Bukan apa, nanti kalau tak ikut peraturan bila masa datang nak berniaga, dah tak dibenarkan masuk pula kan.. dah satu masalah! Walau pun macam tu macam Kak Sue kongsikan sebelum nie juga pengurusan Stadium Shah Alam memang bertambah baik dari sebelum nie. Memang banyak memudahkan urusan peniaga, keselamatan dan masalah peniaga 'Rambo'. Berniaga pun tak ada lah stress sangat macam sebelum nie.. ehehe..

Kenangan Sukan SEA 2017
Kenangan Sukan SEA 2017
Berbalik pada Sukan SEA walaupun Malaysia kalah di tangan Thailand, tapi bagi Kak Sue pasukan Malaysia dah buat yang terbaik dah. Tak perlu lah kut kita salahkan mana-mana pihak hanya dengan satu kesilapan kan. Ingat senang ka nak mantain dengan letih ada perlawanan selang sehari tu.. huhuhu.. Apapun malam nie adalah penutup bagi Sukan SEA 2017 yang ke 29 di Stadium Bukit Jalil. Lepas nie tak ada dah lagi Kak Sue berniaga setiap minggu. Terima kasih Stadium Shah Alam kerana memneri peluang kepada kami. Jumpa lagi nanti di Piala Malaysia, papai!

Malaysia Boleh! Bangkit Bersama!


Menu Baru Dari Garsa Kitchen Sandwich

August 30, 2017 8
Menu Baru Dari Garsa Kitchen Sandwich
Assalamualaikum, hai semua! Boleh dikatakan antara makanan atau menu kesukaan Kak Sue ialah sandwich. Banyak betul makanan kegemaran Kak Sue ya, sapa tak suka makan kan.. ehehe.. Tak kisah lah sandwich apa pun, memang Kak Sue suka sebab memang peminat roti dan makanan macam nie. Baru- baru nie ada menu baru dari Garsa Kitchen Sandwich, memang teruja lah nak mencuba kan dah memang kesukaan. Yang bestnya siap ada delivery ke rumah lagi tau, tapi kena cek lah ada tak pihak Garsa Kitchen buat delivery ke rumah korang tau.. Meh nak kongsi apa menu baru dari Garsa Kitchen Sandwich meh..

Menu Baru Dari Garsa Kitchen Sandwich
Menu Baru Dari Garsa Kitchen Sandwich

Menu Baru Dari Garsa Kitchen Sandwich 

Menu baru yang best dari Garsa Kitchen Sandwich kali nie ialah Salted Egg Chicken Sandwich. Kak Sue order sehari sebelum Kak Sue pick up di Shell Batu Cave, sebab Garsa Kitchen tak buat delivery di kawasan rumah Kak Sue buat masa nie, tak tahu lah kalau banyak sambutan mungkin pihak mereka akan buat satu hari nanti kan.. Kawan Kak Sue yang berdekatan dengan area rumah Kak Sue boleh lah cuba nanti kan.. Jangan kecewa tau..

Bab delivery nie kan korang tak perlu risau, bila kita dah order nanti pihak Garsa Kitchen akan up date dengan kita dan bahagian delivery. Mereka akan up date dari masa ke semasa sampai lah order kita selamat sampai ke tangan kita. Dan sekali lagi pihak mereka akan buat pengesahan terakhir yang kita dah terima order yang kita buat

Menu Baru Dari Garsa Kitchen Sandwich
Menu Baru Dari Garsa Kitchen Sandwich
Untuk menu baru dari Garsa Kitcehn Sandwich Salted Egg Chicken nie pula, Kak Sue memang suka sangat tau korang. Memang sedap dan cukup rasa semua. Rasa satu mesti nak lagi dan lagi.. kalau order satu kotak kecil tu rasanya makan sorang pun boleh Kak Sue nie. Kalau dah suka tu kan, memang makan berulang. Rasa sandwich nie memang lain dari yang lain sebab di campurkan ayam dan telur masin dengan salad segar memang satu kombinasi yang betul-betul kena dengan selera Kak Sue sebagai pengemar sandwich. Korang mesti kena cuba..

Selain menu baru nie juga ada pelbagai lagi menu sandwich yang disediakan oleh Garsa Kitchen Sandwich. Kalau berminat nak cuba atau nak order Kak Sue ada kongsikan detail lebih lanjut kat bawah nie ya. Ada pilihan size untuk sandwich nie samada yang kecil atau besar. Selamat mencuba korang..

Menu Baru Dari Garsa Kitchen Sandwich
Menu Baru Dari Garsa Kitchen Sandwich
Garsa Kitchen Sandwich

Alamat
No 27, Jalan 2/27E, Wangsa Maju Seksyen 10
Kuala Lumpur
Buka : 8.30am - 10.00pm
Tel : 013 - 2424808
Email : garsa.kitchen@gmail.com

Facebook

Instagram

Website

Monday, August 28, 2017

Jom Shopping Online Dengan ShopBack Malaysia

August 28, 2017 8
Jom Shopping Online Dengan ShopBack Malaysia
Assalamualaikum, hai semua! Kak Sue yakin ada antara korang nie pun macam Kak Sue suka shopping online kan. Sekarang nie sana sini orang bercerita tentang shopping online dengan ShopBack Malaysia. Kak sue pun macam teringin juga nak cuba intai-intai, kut ada yang berkenan kat hati kan. Yang lebih menarik lagi kan, dengan ShopBack kita dapat cashback dengan setiap pembelian tau. Tunggu apa lagi, jom kita shopping online dengan Shopback Malaysia jom..

Jom Shopping Dengan ShopBack Malaysia
Jom Shopping Dengan ShopBack Malaysia

Shopping Online Dengan Shopback Malaysia

Di ShopBack nie kan ada macam-macam pilihan kedai online tau, rambang mata dibuatnya. Terpulang kat kita aja nak pilih yang mana berkenan kat hati. Masa kak Sue cuci mata di ShopBack nie Kak Sue ternampak Bonia Malaysia dan Kak Sue memang antara peminat Bonia dan ada beberapa koleksi bag tangan dan kasut juga.. rasa macam nak cari kasut kut ada yang berkenan nanti kan.. Tambah lagi koleksi, biasa lah kita orang perempuan nie kan..
Jom Shopping Dengan ShopBack Malaysia
Jom Shopping Dengan ShopBack Malaysia
Lagi satu pilihan Reebonz designer bags , Kak Sue macam berkenan juga. Ada bermacam pilihan yang boleh kita pilih. Macam menarik juga pilihan yang nie pun, dan yang paling best bila beli kita dapat cashbak.. itu yang best tu kan. Dapat barang lepas tu dapat cashback lagi..

Jom Shopping Dengan ShopBack Malaysia
Jom Shopping Dengan ShopBack Malaysia

Cara Shopping di ShopBack

Sekarang Kak Sue nak kongsikan dengan korang cara shopping Shopbop online store di Shopback pula ya. Bagi yang belum tahu, memula korang kena buat, macam biasa sign in dulu kat ShopBack. Boleh juga guna akaun facebook atau email. Pilih aja mana-mana yang korang rasa selesa dan mudah

Jom Shopping Dengan ShopBack Malaysia
Jom Shopping Dengan ShopBack Malaysia
Bila dah siap, korang boleh lah mula pilih kedai online yang korang suka dan juga jenis barang yang korang nak beli. Contohnya macam kasut Bonia dan bag tadi kan, jadi cari aja kat situ dan ikut aja langkah seterusnya tau. Senang aja dan Kak Sue pasti korang puashati dengan shopping online dengan Shopback nie. Tak perlu keluar rumah dalam rumah pun boleh shopping.. mudah dan selesa..

9.9 Reward Day

Haaa.. yang nie paling di tunggu-tunggu oleh kaki shopping kan.. 99 Cashback Day bila korang shopping kat sini korang boleh dapatkan cashback  dengan masa yang ditetapkan dan ada ditulis kan kat jenama yang kita pilih tu berapa peratus kita dapat cashback. Bestkan, Lebih banyak kita beli, lebih banyak lah cashback yang kita simpan. Rasanya Kak Sue pun ingat nak juga beli beberapa barang kat ShopBack nie.. tertarik pula dengan tawaran yang ada kat sini. Happy Shopping korang!

Jom Shopping Dengan ShopBack Malaysia
Jom Shopping Dengan ShopBack Malaysia
Untuk lebih detail macam biasa korang boleh singgah kat bawah nie ya

SHOPBACK

Facebook

Instagram





Sunday, August 27, 2017

Kenangan Sukan SEA 2017 - 2

August 27, 2017 5
Kenangan Sukan SEA 2017 - 2
Assalamualaikum, hai semua! Alhamdullilah, kami masih diberi peluang dan rezeki dapat berniaga lagi di kiosk Stadium Shah Alam semalam. Rasa teruja juga tau, dapat niaga untuk semi final bolasepak antara Malaysia dan Indonesia. Memang penuh stadium luar dan dalam, meriah betul! Sebelum nie kami biasa berniaga untuk Piala Malaysia atau perlawanan biasa-biasa aja, tapi kali nie Kenangan Sukan SEA 2017 untuk kami sebab berpeluang berniaga untuk pertama kali dalam pengalaman kami sebagai peniaga di kiosk Stadium Shah Alam..
Kenangan Sukan SEA 2017
Kenangan Sukan SEA 2017

Kenangan Sukan SEA 2017

Macam sebelum nie Kak Sue kongsikan, syarat-syarat agak ketat untuk peniaga yang layak. Pegawai pemeriksaan bahagian penyediaan makanan dan kebersihan akan membuat pemeriksaan secara mengejut di semua kiosk stadium. Jadi kami semua peniaga nie memang kena sentiasa bersedia dan sentiasa menjaga kebersihan. Gagal patuhi syarat, peniaga bakal dikenakan denda yang boleh tahan juga lah harganya.. jenuh wei.. huhuhu..

Kenangan Sukan SEA 2017
Kenangan Sukan SEA 2017
Seawal pukul lima petang penonton dah mula memenuhi stadium, nasib kali nie kami dah siapkan semua barang niaga lebih awal. Cuma nak bungkus mee hoon aja sikit. Alhamdullilah, semua barang niaga habis dijual, buat barang pun ala kadar aja. Rezeki Allah dah tetapkan banyak tu kan.. Kali nie kami memang berpuashati dengan cara pengurusan stadium yang bertambah baik dari sebelum nie. Harap dapat peluang pula untuk final bola sepak nanti..

Kenangan Sukan SEA 2017
Kenangan Sukan SEA 2017
Terima kasih kepada pihak Stadium Shah Alam yang beri peluang kepada kami meniaga di kiosk stadium. Rasa bertuah juga terpilih dalam banyak-banyak peniaga yang memohon. Harap juga kerjasama nie berterusan untuk tahun-tahun akan datang. Jom kita ramai-ramai sokong perlawanan akhir bola sepak antara Malaysia lawan Thailand selasa nanti ya.. Malaysia Boleh!

Saturday, August 26, 2017

Jualan Terendah Bersama Shopee 9.9 Online

August 26, 2017 5
Jualan Terendah Bersama Shopee 9.9 Online
Assalamualaikum, hai semua! Kak Sue sempat menghadiri majlis pelancaran Jualan Mega e-dagang Shopee beberapa hari lepas. Apa yang menarik Shopee online bakal mengulangi Hari Membeli belah Dalam Talian 9.9 yang mula diperkenalkan pada tahun lepas. Tahun nie Shopee menjanjikan tawaran yang lebih besar dengan sokongan ribuan usahawan dan juga ribuan produk yang akan dipromosi melalui kempen Jualan Terendah Bersama Shopee 9.9 Online. Teruja kan bila dengar ada jualan terendah nie kan.. Kak Sue pun sama juga nie korang..

Jualan Terendah Bersama Shopee 9.9 Online
Jualan Terendah Bersama Shopee 9.9 Online

Jualan Terendah Bersama Shopee 9.9 Online

Tahun nie Shopee menawarkan ribuan produk dari 20 kategori dengan jaminan harga terendah di pasaran. Apa yang lebih menarik Shopee beri jaminan kepada semua pembeli jika terjumpa tawaran yang lebih rendah di platform lain, pihak Shopee akan ganti rugi pada kadar 120%. Dalam masa yang sama, dengan insentif berterusan oleh Shopee termasuklah Program Penhantaran Percuma Seluruh nagara dan bayar Waktu Terima (Cash On Delivery / COD). Haaa.. menarik sangat kan..

Jualan Terendah Bersama Shopee 9.9 Online
Jualan Terendah Bersama Shopee 9.9 Online
Dari segi pengguna pula, pembeli boleh membeli jenama kegemaran tanpa was-was akan kualiti produk tersebut dan pada masa yang sama menikmati penjimatan Penghantaran Percuma dan Komisyen Sifar. Kempen Hari Membeli Belah Dalam Talian 9.9 ini juga membariskan jenama seperti Nivea, Unilever, ESHU, Super, Watsons, L'Oreal dan banyak lagi dengan promosi sehingga 90% potongan harga.. amboi banyaknya potongan harga kan..

Kemuncak Hari Membeli-belah Dalam Talian 9.9

Antara tawaran istimewa lain dari Shopee ialah kemuncak Hari Membeli-belah dalam talian 9.9 dimulakan dengan


Jualan Terendah Bersama Shopee 9.9 Online
Jualan Terendah Bersama Shopee 9.9 Online
Jualan Murah Merdeka Shopee - bermula pada 28 hingga 30 Ogos, dengan potongan harga sehingga 60% dari jenama terkenal sebagai sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke-60

Spin The Whell - bermula 1 hingga 9 September 2017 dengan pembelian di Shopee pembeli berpeluang mendapat hadiah misteri

Top Selling Lowest Price Guaranteed - bermula 22-25 Ogos dengan jenama kegemaran dan popular dengan jaminan harga terendah!

The Golden Circle - bermula 1 hingga 4 September, pembeli Shopee bakal berpeluang memenangi tiket wayang perdana Kingsman : The Golden Circle

Best of 9.9 - bermula 9 hingga 11 September Shopee menawarkan potongan harga sehingga 90% ke tas produk dan juga terhad pada 9 September sahaja, Upsized Shocking Sale (Shocking Sale Berganda) akan menawarkan barangan kegemaran ramai dari kategori Telefon Bimbit & Gadjet, Perkakas Rumah, Fesyen, Peralatan Rumah & Perabut dan Produk Berasakan Kesihatan & Kecantikan pada harga terendah. Bermula pada 9 September dari 12 tengah malam hingga 11 September 11.59 malam.. Haaa.. banyak masa tu kan, boleh lah shopping sakan nanti kan..

Jualan Terendah Bersama Shopee 9.9 Online
Jualan Terendah Bersama Shopee 9.9 Online

Pilihan Hadiah Lain Untuk Pembelian dari Shopee

Ada lagi pilihan hadiah lain untuk pmebelian dalam talian Shopee nie, amboi banyak betul kan yang menarik menerusi kempen Shopee kali nie. Antaranya menerusi ushasama dengan KFC setiap pelanggan yang membuat belian dari 22 Ogos hingga 9 September akan menerima ketulan ayam KFC (KFC Nuggets) percuma dengan setiap penghantaran KFC

Pada 9 September, KFC akan meraikan ulang tahun Colonel Sanders dengan memberikan kombo 2 ketul ayamkepada setiap pengguna berdaftar ke -9 pada tarikh tersebut

Pada hari yang sama juga, Petronas akan melancarkan Kad Hadiah Edisi Terhad Petronas x Shopee bernilai RM50 pada harga RM45 (terhad untuk 3,000 unit dijual secara dalam talian) manakala 9,000 unit kad hadiah akan dijual di stesen Petronas seluruh negara pada harga RM50 dan disertakan dengan baucar bernila RM5

Hari Membeli-belah Dalam Talain 9.9 Shopee juga disokong oleh CIMB, Public Bank dan RHB Bank dengan potongan harga tambahan sehingga 10% bagi semua pemegang kad kredit

Untuk maklumat lanjut  boleh layari Shopee.com.my/99 atau boleh muat turun aplikasi Shopee secara percuma di Google Play dan App Store

#ShopeeMY99






Friday, August 25, 2017

Laksa Batu Kurau Lagi

August 25, 2017 6
Laksa Batu Kurau Lagi
Assalamualaikum, hai semua! Laksa Batu Kurau lagi hari nie.. rasanya dalam sebulan tu wajib kut Kak Sue masak laksa kat rumah nie. Semua keluarga Kak Sue suka sangat makan laksa, kecuali Abang Man. Bukanlah Abang Man tak makan langsung cuma tak berapa gemar. Jadi kalau masak laksa tu, kena ada masak nasi dan lauk lain untuk Abang Man kan. Masak lauk ringkas pun okay dah, Abang Man tak cerewet orangnya, senang betul nak jaga.. hihihi..


Laksa Batu Kurau Lagi

Kak Sue termasuk anak-anak memang pengemar laksa, kalau ada laksa tak makan nasi pun tak apa dah. Cuma sejak meningkat umur nie dah kurang sikit dah makan laksa berlebih-lebih nie. Bukan apa kadang makan lebih sikit takut sakit urat. Pada anak-anak pun Kak Sue pesan juga kena makan juga nasi sikit takut nanti angin perut kan.. Nanti kalau dah berangin perut satu hal pula..

Angin ka laksa nie.. Kak Sue pun tak pasti sebenarnya. Ada yang kata angin sebab laksa tu sendiri, di masak dua kali. Ada yang kata sebab bunga kantan berangin. Sebab tu Kak Sue sekarang nie bila masak laksa letak halia dalam seinci atau dua inci. Risau juga kalau badan berangin nanti habis sakit-sakit badan kan.. tak sanggup takut sakit urat.. huhuhu..

Apapun sambil Kak Sue sembang kat sini, Kak Sue rancang nak berniaga balik Laksa Batu Kurau nie. Ada juga pendapatan sambilan kan, ala bukan nak kena pergi jauh. Depan rumah aja pun, senang kan tak ada alasan lagi malas nak cari duit lebih. Zaman sekarang nie nak kena gigih sikit cari duit lebih, sekarang semuanya mahal. Petrol pun asyik naik harga aja, betul-betul buat rakyat tertekan... Kadang tak tahan sabar juga kita kan.. hermmm..

Nanti kalau Kak Sue dah mula buka gerai, akan dikongsikan kat sini. Korang yang berdekatan dengan area rumah Kak Sue jangan lupa singgah nanti tau. Selain laksa mungkin ada menu lain lagi juga. Sekian dulu sembang-sembang kali nie, jumpa lagi nanti.. papai!

Jom ke Booth Traveloka di KL2017

August 25, 2017 5
Jom ke Booth Traveloka di KL2017
Assalamualaikum, hai semua! Sekarang nie negara kita, Malaysia menjadi tuan rumah kepada Sukan SEA 2017 dan telah dirasmikan pada 19 Ogos 2017 baru-baru nie di Stadium Bukit Jalil Kuala Lumpur. Sukan SEA nie juga akan berlangsung dari 19 Ogos hingga 30 Ogos nanti dengan berbagai acara yang telah disusun mengikut jadual. Sukan SEA ke 29 nie juga dikenali dengan  Kuala Lupur 2017 iaitu KL2017. Negara peserta adalah semua ahli Perseketuan Sukan Asia Tenggara ( SEAGF ) iaitu Brunie, Filipina, Indonesia, Thailand, Timor Leste, Vietnam dan negara kita sendiri Malaysia. Dan paling menarik Traveloka adalah salah satu sponsor untuk sukan SEA kali nie, juga ada kempen dan aktiviti menarik yang disedikan oleh Traveloka. Haaa.. menarik kan.. kalau korang nak tahu Jom ke Booth Traveloka di KL2017 jom..

Jom ke Booth Traveloka di KL2017
Jom ke Booth Traveloka di KL2017

Traveloka Penaja Emas Sukan Sea 2017

Sebagai penaja Emas Sukan SEA 2017, bersama dengan penaja lain akan membuat acara nie menjadi satu kenangan pada orang ramai. Kenapa.. sebab Traveloka akan melancarkan kempen dan aktiviti di Booth Sukan SEA untuk semua yang datang ke sana.. haa.. best kan? Bagi yang belum tahu meh Kak Sue nak kongsikan kat sini Traveloka nie kan adalah sebuah laman E dagang pelancongan yang menyediakan perkhidmatan termurah ke semua destinasi dan juga tawaran hotel dengan harga istimewa yang sangat menarik.. best kan! Juga merupakan Officila Online Travel Partner bagi Sukan SEA kali ini. Jom Kak Sue nak konsgikan pasal kempen yang akan di adakan oleh Traveloka nie jom..

Jom ke Booth Traveloka di KL2017

Kempen utama akan diadakan pada permulaan Sukan SEA Hello Malaysia ! dan Go S.E.A. ! Kempen utama ini akan memberi peluang perjalanan seumur hidup tau. Menarik kan! Untuk Hello Malaysia! Traveloka akan membawa korang ke serata Malaysia secara lebih dekat. Kak Sue pun belum habis lagi jelajah satu Malaysia nie. Manakala untuk kempen Go S.E.A. ! pula akan membawa korang ke tempat-tempat menarik di Asia Tenggara. Yang nie pun Kak Sue belum pernah pergi juga..

Jom ke Booth Traveloka di KL2017

Jom ke Booth Traveloka di KL2017

Selain dari kempen utama tadi Traveloka juga menganjurkan pertandingan menarik dan tawaran untuk penerbangan dan hotel di booth mereka di Stadium Bukit Jalil. Korang boleh sertai ;photo booth' dan play card contest dan berpeluang memenangi hadiah -hadiah berjumlah sehingga RM200,000 tau! Menarik sangat kan. Selain dari tu korang boleh makan-makan di on ground booth dan live feed akan upadate setiap acara Sukan SEA yang berlangsung. Tunggu apa lagi, jangan lupa singgah ke booth Traveloka nanti tau.. korang juga boleh download secara percuma aplikasi Traveloka di Google Play atau App Store





Wednesday, August 23, 2017

Kenangan Sukan SEA 2017

August 23, 2017 7
Kenangan Sukan SEA 2017
Assalamualaikum, hai semua! Beberapa hari lepas kami berpeluang lagi berniaga di kiosk Stadium Shah Alam, Alahmdullilah. Tinggal berbaki beberapa game lagi yang akan berlangsung disini. Apapun kami sekeluarga bersyukur masih diberi peluang dan rezeki berniaga di kiosk Stadium Shah Alam sempena Sukan SEA 2017. Masa dah habis berniaga dan kami bergerak keluar ke stadium Kak Sue ternampak cawan gambar Sukan SEA di kiosk 100 Plus, macam menarik lah pula kan. Teringat pula nak belikan untuk anak-anak sebagai kenangan Sukan SEA 2017. Bukan setakat kenangan berniaga di Sukan SEA tapi ada juga barang yang boleh kita jadikan sebagai kenang-kenangan satu hari nanti kan. Kak Sue beli satu setiap orang.. Adik lah paling seronok..

Kenangan Sukan SEA 2017

Agak kelam kabut juga sebenarnya masa pertama kali kami berniaga untuk Sukan SEA nie, sebab dapat peluang pada masa yang sangat suntuk. Maklumlah penyediaan barang berniaga nak kena sediakan seawal pagi, kami dapat tahu boleh berniaga dah petang dah.. Nasib baik lah semua berjalan lancar, syukur dengan rezeki yang Allah dah tetapkan pada hari tu.. Dah terpilih sebagai salah seorang peniaga pun dah cukup syukur dah


Harap untuk game yang masih berbaki kami masih dapat peluang berniaga lagi di stadium Shah Alam. Maklum lah kali nie undang-undang untuk peniaga lebih ketat daripada biasa. Sukan SEA adalah satu acara besar kan, nanti kalau ada perkara yang berbangkit nama Malaysia bakal terpalit sekali. Sebelum nie pun rasa macam ada juga isu kan, Kak Sue pun tak ada ambil tahu sangat. Cuma dengar Abang Man berkongsi masa kami berbual santai hari tu. Harap lepas nie tak ada lah isu-isu yang boleh memburukkan nama Malaysia. Kita cool-cool sudah okay.. ehehe.. Semoga kami masih diberi peluang dan rezeki nanti.. aamiin ya rabb.. !


Tuesday, August 22, 2017

Malaysia Day Hi-Tea di Hotel Grand BlueWave Shah Alam

August 22, 2017 2
Malaysia Day Hi-Tea di Hotel Grand BlueWave Shah Alam
Assalamualaikum, hai semua! Sempena bulan kemerdekaan kita pada bulan Ogos nie kan, macam-macam program di adakan. Kebanyakkan restoran atau hotel mengadakan program bagi menyambut bulan kemerdekaan. Begitu juga dengan Hotel Grand Bluewave Shah Alam, turut mengadakan program Malaysia Day Hi-Tea pada 16 September 2017 di Restoran Royal Songket. Kalau tak ada plan boleh lah korang bawa family datang makan-makan kat sini. Ada banyak pilihan menu yang menarik dan sedap belaka..

Malaysia Day Hi-Tea di Hotel Grand Bluewave Shah Alam
Malaysia Day Hi-Tea di Hotel Grand Bluewave Shah Alam

Malaysia Day Hi-Tea di Hotel BlueWave Shah Alam

Macam yang Kak Sue kongsikan dengan korang kat atas tadi, Restoran Royal Songket akan mengadakan promosi Malaysia Day Hi-Tea bermula dengan RM68.00 bagi orang dewasa, RM55.00 bagi warga emas dan RM35.00 bagi kanak-kanak. Korang boleh menjamu selera bersama keluarga atau kawan-kawan bermula dari 12 tengahari sehingga 4 petang

Malaysia Day Hi-Tea di Hotel Grand Bluewave Shah Alam
Malaysia Day Hi-Tea di Hotel Grand Bluewave Shah Alam
Jom Kak Sue nak kongsi antara menu yang disediakan. Antara pembuka selera yang akan dihidangkan ialah pilihan sandwich, pilhan keju bersama keropok, Cold Chinese Salad of teh Day, Sotong Kangkung Padang Kota dan bermacam pilihan lain lagi. Untuk hidangan panas korang boleh cuba Sup Cendawan, Sup Ekor Asam Pedas dan pilihan Rolls and Butter


Malaysia Day Hi-Tea di Hotel Grand Bluewave Shah Alam
Malaysia Day Hi-Tea di Hotel Grand Bluewave Shah Alam
Untuk promisi yang sama Restoran Royale Songket menawarkan hidangan masakan panas seperti Laksa Johor, Itik salai Masak Lemak Cili Padi, Devil Curry, Ikan Patin Masak Tempoyak, Burasak dan bermacam pilihan lain lagi. Pihak hotel juga menawarkan live Show Kitchen iaitu Satay Ayam Serai Wangi Kuali Leper, Kuah Kacang Dan Otak-Otak Kempas.

Malaysia Day Hi-Tea di Hotel Grand Bluewave Shah Alam
Malaysia Day Hi-Tea di Hotel Grand Bluewave Shah Alam
Malaysia Day Hi-Tea di Hotel Grand Bluewave Shah Alam
Malaysia Day Hi-Tea di Hotel Grand Bluewave Shah Alam
Malaysia Day Hi-Tea di Hotel Grand Bluewave Shah Alam

Untuk kanak-kanak pula pihak hotel menyediakan Fish Finger with tartare sauce, Golden Chicken Nugget dan bermacam pilihan lain lagi. Akhir sekali untuk pencuci mulut ada bermacam pilihan French Pastries, pilhan bermacam jenis buah-buahan, stall ABC dan bermacam pilihan pencuci mulut yang lain. Haaaa.. menarik kan menu sempena Malaysia Day Hi-Tea nie kan.

Malaysia Day Hi-Tea di Hotel Grand Bluewave Shah Alam
Malaysia Day Hi-Tea di Hotel Grand Bluewave Shah Alam
Malaysia Day Hi-Tea di Hotel Grand Bluewave Shah Alam
Malaysia Day Hi-Tea di Hotel Grand Bluewave Shah Alam

Korang jangan kepaskan peluang datang ke sini tau. Untuk detail lebih lanjut macam biasa korang intai kat bawah nie okay.. Selamat menjamu selera..

Malaysia Day Hi-Tea
@ Restoran Royal Songket
Hotel Grand BlueWave Shah Alam

Alamat
Persiaran Perbandaran, Seksyen 14,
40000 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan

Harga :
RM68.00 ++ (Dewasa)
RM55.00++ ( Warga Emas )
RM 35.00 ++ ( Kanak-kanak )

Tarikh
16 September 2017 (Khamis) 

Masa
12.00 tengahari hingga 4 petang

No Telefon
03 5511 8811 ext 2612 atau 2613

Deko Pokok Bunga Pula

August 22, 2017 5
Deko Pokok Bunga Pula
Assalamualaikum, hai semua! Kak Sue nak kongsi hobi baru Kak Sue pula nie, sebenarnya bukan hobi baru pun. Cuma hobi lama menjelma kembali.. ha gituuuu! Hahaha.. Sebelum nie Kak Sue kongsi dengan korang kat sini pasal deko-deko sikit kan. Bila Kak Sue dok intai kat Instgram tu Kak Sue nampak lah kebanyakan rumah yang Kak Sue suka dengan deko depa tu, ada selit deko pokok-pokok bunga menghijau dalam rumah.. Nampak cantik dan tenang aja.. suka sangat! Jadi Kak Sue pun nak mula juga hobi baru nie koleksi dan deko pokok bunga pula..

Deko Pokok Bunga Pula
Deko Pokok Bunga Pula

Hobi Baru Deko Pokok Bunga Dalam Rumah Pula

Sebenarnya sebelum nie masa Kak Sue baru-baru bernikah dengan Abang Man, Kak Sue dah mula minat nak tanam pokok bunga juga. Masa tu kami tinggal di flat Pandan Perdana, jadi kat ruang luar tu Kak Sue tanam lah pokok-pokok Kaktus. Senang kan nak jaga, tak siram air setiap hari pun pokok masih okay. Kak Sue suka pokok yang mudah penjagaannya. Masa balik berpindah ke kampung halaman Abang Man pun Kak Sue ada tempat khas tanam pokok-pokok bunga Kaktus dan beberapa pokok bunga lain. Kak Sue nie semua suka yang mudah, tak suka rumit-rumit.. susah-susah! Baik memasak ka, mendeko ka, menanam ka, berkawan ka suka yang mudah, yang rumit kita tinggalkan.. hati pun tenang, tak gitu.. ehehe..

Berbalik pada hobi baru Kak Sue nie, beberapa hari lepas Kak Sue dah pergi usha satu nursery berdekatan dengan rumah. Macam jadi gila kejap sebab ada beberapa pokok bunga hijau yang Kak Sue berkenan tapi penjagaannya kena jirus setiap hari. Kan tak lama lagi kita nak sambut raya haji, planning tu nak balik kampung. Tak dapat lah nak beli dulu kan.. jadi Kak Sue beli sepokok aja dulu macam gambar kat atas. Tu belum siap tu, nanti bila dah siap Kak Sue kongsi kat sini.. Deko dapur pun belum siap lagi korang, dah deko pokok bunga pula.. kahkahkah! Tunggu tau, nanti Kak Sue kongsi kan semua kat sini..

Beberapa hari nie macam sibuk sikit, dengan berniaga dan event. Jadi kat rumah nie nak mendeko tu kena sambil-sambil. Bahan nak mendeko pun belum cuckup lagi semua. Nasib baik lah Abang Man dan anak-anak pun tak kisah dengan minat Ibu nie. Ada juga depa bantu-bantu. Apapun tunggu nanti bila dah siap semua Kak Sue kongsikan ya, setakat nie dulu kali nie.. jumpa lagi, papai!


Sunday, August 20, 2017

Dairy Tooth Ice House di Sunway Pyramid

August 20, 2017 7
Dairy Tooth Ice House di Sunway Pyramid
Assalamualaikum, hai semua! Kak Sue berpeluang ke Dairy Tooth Ice House di Sunway Pyramid beberapa hari lepas. Memula Kak Sue tertanya-tanya juga restoran konsep apa ya Dairy Tooth nie kan, nama unik sikit kan. Bila google rupanya restoran atau cafe Hong Kong Style yang menyediakan minuman dan snek yang ada bermacam pilihan. Jom Kak Sue cita kat korang jom..

Dairy Tooth Ice House di Sunway Pyramid
Dairy Tooth Ice House di Sunway Pyramid

Dairy Tooth Ice House di Sunway Pyramid

Selain outlet di Sunway Pyramid, Dairy Tooth juga mempunyai outlet yang lain di Berjaya Time Square dan Jaya One. Sunway Pyramid merupakan outlet mereka yang ketiga. Wah dah yang ketiga outlet rupanya ya. Kak Sue baru nak tahu, ketinggalan betul! Korang kalau jalan-jalan jangan lupa singgah dan cuba Dairy Tooth Ice House nie tau di Sunway Pyramid. Kalau dah lapar sangat sementara nak makan makanan berat boleh lah makan snek nie dulu, anak-anak pun mesti suka..

Sesuai untuk semua peringkat umur juga sebab snek lembut sangat tau dan bagi penggemar teh atau waffle, puffs dan roti korang mesti kena cuba sebab snek kat sini lain dari yang lain. Bukan setakat teh aja tau, ada disediakan minuman ringan lain juga. Kadang ada yang tak minum teh boleh pilih minuman lain jangan risau.. Jom tengok beberapa pilihan yang ada di Dairy Tooth nie jom..

Dairy Tooth Ice House di Sunway Pyramid
Dairy Tooth Ice House di Sunway Pyramid - DT Signature HK Milk Tea

Dairy Tooth Ice House di Sunway Pyramid
Dairy Tooth Ice House di Sunway Pyramid - pilihan minuman ringan yang lain

Dairy Tooth Ice House di Sunway Pyramid
Dairy Tooth Ice House di Sunway Pyramid - Polo Bun

Dairy Tooth Ice House di Sunway Pyramid
Dairy Tooth Ice House di Sunway Pyramid - Chocolate Egg Puffs

Dairy Tooth Ice House di Sunway Pyramid
Dairy Tooth Ice House di Sunway Pyramid - DT Original HK Egg Puffs

Dairy Tooth Ice House di Sunway Pyramid
Dairy Tooth Ice House di Sunway Pyramid - Peanut Butter Waffle

Dairy Tooth Ice House di Sunway Pyramid
Dairy Tooth Ice House di Sunway Pyramid - Selamat mencuba 
Antara Signature HK ialah Milk Tea dan DK Original HK Egg Puffs disamping pilihan menarik yang lain. Harga pun sangat berpatutan dengan layanan yang mesra. Korang boleh ja nak makan situ atau nak tapau sambil jalan-jalan. Kak Sue nak kongsi juga dengan korang bermula 14 hingga 27 Ogos 2017 korang boleh beli Hong Kong Milk Tea dengan harga hanya RM2 selama 2 minggu. Ingat teh, ingat Dairy Tooth.. selamat mencuba korang.. papai!

Dairy Tooth 
1st Floor, Orange Atrium
F1. KA2 , Sunway Pyramid
Near to Maxis

Facebook

Instgram


Saturday, August 19, 2017

Happy Birthday Kakak

August 19, 2017 2
Happy Birthday Kakak
Assalamualaikum, hai semua! Hari nie genap 18 tahun Kak Sue lahirkan satu-satunya anak perempuan Kak Sue, Kakak. Happy Birthday Kakak.. Ibu, Abah dan adik-adik doakan semoga Kakak menjadi seorang anak yang solehah, baik akhlaknya, sihat sentiasa, dimurahkan rezeki, umur yang bermafaat dan dipermudahkan semua urusan Kakak dunia,akhirat.. aamiin ya rabb..

Happy Birthday Kakak
Happy Birthday Kakak

Sambutan Birthday Kakak

Kakak memang seorang anak yang baik, bukan lah nak memuji anak sendiri tapi hakikat. Ecewah, ayat kemahin ya, ehehe.. Kakak seorang anak yang ringan tulang, bertimbang rasa dan cermat orangnya. Kakak lah jadi peneman Kak Sue kat rumah, esok kalau dah sambung belajar tak tahu lah.. sunyi rasanya.. Kebanyakan kerja rumah Kakak banyak membantu. Kakak memang sendari kecil tak banyak kerenah dan masalah. Memang sejuk hati kami.. teruskan lah macam nie ya nak..

Happy Birthday Kakak

Sempena birthday Kakak hari nie kami sekeluarga dah plan kejutan untuk Kakak. Kak Sue dan Abang Man senyap-senyap ke Melawati Mall nak tempah tempat makan di restoran Korea Soopong untuk Kakak. Kakak memang peminat drama dan artis Korea, sampai ibu sekali lah terjebak drama Korea dah.. hahaha! Jadi pada hari istimewa nie, kami nak gembirakan hati Kakak. Lagipun Kakak mahupun kami belum pernah lagi rasa masakan Korea nie. Semoga hari ini menjadi kenangan manis dalam hidup Kakak.. Nanti nest entri Kak Sue kongsikan cerita Restoran Sopoong pula ya.. tunggu!

Happy Birthday Kakak

Kak Sue juga ada buat tempahan kejutan dari mak su Kak Sue, dari Gift Valet perkhidmatan kejutan hari jadi. Yang nie pun gigih Kak Sue planning dengan Mak Su Kak Sue, Alhamdullilah menjadi kejutan kami, terima kasih ya Cu! Nanti Kak Sue kongsikan juga perkhidmatan kejutan dari Gift Valet juga ya. Sekali sekala kan kita belanja lebih sikit untuk kegembirakan hati anak-anak. Dapat pahala tau, rezeki pun bertambah murah. Tak percaya cuba korang belanja keluarga keluar makan sekali-sekala, lepas tu mesti ada rezeki lain masuk tau. Alhamdullilah, akhirnya selesai sudah semua birthday plan Kakak hari nie. Ibu puashati sangat tengok Kakak tersenyum bahagia.. Sekali lagi, Happy Birthday Kakak, kami sentiasa sayangkan Kakak.. muah!

PPZ Dah Ada Channel Sendiri

August 19, 2017 3
PPZ Dah Ada Channel Sendiri
Assalamualaikum, hai semua! Kak Sue nie bukan jenis yang selalu guna Youtube, memang jarang sangat layan. Kalau tengok pun kebetulan yang orang kongsikan di facebook atau Kak Sue tengok video masakan atau deko kek, memang membantu sangat. Baru-baru nie Kak Sue dapat tau rupanya bukan setakat perkonsian video masakan, deko, muzik dan lain-lain tapi ada channel baru yang berkongsi kisah masyarakat, ilmu agama, ceramah dan tazkirah pun ada. Haaa.. tau tak sekarang PPZ dah ada channel sendiri dah. Senang sikit kan apa-apa yang kita nak tau boleh tengok kat situ..


PPZ Dah Ada Channel Sendiri
PPZ Dah Ada Channel Sendiri

PPZ Dah Ada Channel Sendiri

Sekarang PPZ dah ada channel sendiri iaitu PPZ TV. Nanti boleh lah kita semua tengok PPZ TV nak tahu lebih lanjut tentang zakat dan macam-macam lagi perkongsian yang bermafaat. Korang boleh pilih mana-mana video untuk lebih faham lagi tentang apa-apa mengenai PPZ. Macam yang kita tahu Pusat Pungutan Zakat atau PPZ adalah agensi yang ditubuhan oleh majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan.

Dan seperti yang kita tahu juga menunaikan zakat nie wajib bagi yang layak. Nak tahu kita layak menunaikan zakat ke tak kena lah tonotn PPZTV dulu kan. Ada banyak video yang dikongsikan kat sana tau. Selain tu kan zakat juga dapat membantu golongan asnaf, dapat lah meringankan beban bagi yang dalam kesusahan kan.. Mana yang dah layak berzakat tu elok lah berzakat ya, ingatan untuk diri Kak Sue juga..


PPZ Dah Ada Channel Sendiri
PPZ Dah Ada Channel Sendiri - banyak pilihan video yang boleh kita tengok
Korang jangan lupa tau tonton, kongsi dan subscribe channel PPZTV nie. Jangan lupa ajak keluarga dan kawan-kawan semua juga ya. Seronok tau tengok video kat PPZ TV nie sebab gaya penyampaian santai, mudah faham, kelakar pun ada. Memang tak bosan tau tengok, nie Kak Sue kongsikan link PPZ TV kat sini PPZ TV - Youtube. Selamat menonton..


Thursday, August 17, 2017

Deko-Deko Lagi

August 17, 2017 8
Deko-Deko Lagi
Assalamualaikum, hai semua! Semenjak dua menjak nie macam tak menyempat ja nak update blog kesayangan Kak Sue nie. Nak kata sibuk ke event sana sini tak juga. Nak kata sibuk berniaga pun tak juga.. cuma rutin harian biasa sebagai isteri dan ibu. Bila banyak masa kat rumah nie ada aja lah yang nak dibuatnya.. antaranya deko rumah. Sekarang nie nak deko-deko lagi bahagian dapur pulak.. Nanti kalau dah siap semua Kak Sue kongsikan tau..

deko-deko lagi

Deko Dapur Pula..

Kak Sue suka deko yang simple tapi nampak menarik. Sebelum nie konon deko ala Inggeris, tapi dah lama-lama macam boring pula kan banyak bunga-bunga. Kadang Kak Sue suka layan IG tengok depa deko rumah cantik sangat. Kata orang simple but nice! Kak Sue pun bukan mampu nak beli perabut yang mahal-mahal, asal menarik dan harga berpatutan dan mampu Kak Sue akan usahakan lah dapatkan. Jimat-jimat duit belanja yang Abang Man bagi atau duit dari sumber Blog Kak Sue. Sekarang nie Kak Sue semakin berkenan barang-barang deko dari Ikea, Kaison dan Daiso. Macam-macam pilihan menarik ada kat tempat-tempat nie tau.. Kalau pergi memang berejam-jam, macam tak mau balik ja.. 

Sebelum nie Kak Sue deko meja kerja Kak Sue, kali nie nak deko dapur pula. Dapur pun macam tempat kerja Kak Sue juga, maklumlah kita orang perempuan nie kan. Kebanyakan masa kat dapur aja lah.. Bagi Kak Sue kalau dapur kemas,bersih dan cantik kita akan selesa nak buat kerja kat dapur tu kan.. Baru-baru nie Kak Sue dah beli wallpaper dari Kaison, tema biru juga sebab Kak Sue dan Abang Man memang peminat warna biru. Ingat nak lekat wallpaper sikit kat bahagian dapur


deko-deko lagi

Nanti bila dah siap deko Kak Sue kongsikan lagi kat sini. Mana tau boleh jadi rujukan untuk ibu-ibu lain. Bukan lah hebat sangat Kak Sue mendeko tapi kita deko ikut mana yang kita rasa selesa dan cantik kat mata kita. Selain tu boleh aja rujuk di Facebook atau IG.. banyak deko rumah yang cantik-cantik. Kak Sue lebih suka rujuk kat IG, kadang tu lama gila dok scroll IG kat situ boleh dapat banyak idea tau..

Asyik deko bahagian depan dan bilik je kan. Kali nie nak deko bahagian dapur pula sikit-sikit. Kalau tak rajin masak lagi tak tahu lah kan.. ehehe.. Nanti nak dapur cantik dan kemas tapi dapur tak berasap pula. Okay lah setakat nie dulu kali nie tau, jumpa lagi nanti.. papai!

Monday, August 14, 2017

Wangian Mempersona Dari Enchanteur Stunning

August 14, 2017 8
Wangian Mempersona Dari Enchanteur Stunning
Assalamualaikum, hai semua! Jom Kak Sue nak kongsikan dengan korang Wangian Mempersona Dari Enchanteur Stuning yang baru sahaja dilancarkan di pasaran. Baru-baru nie Kak Sue terpilih menerima satu kotak yang menarik dari Enchanteur Stunning lengkap dengan barangan penjagaan diri dihias dengan bunga-bunga yang sangat lah cantik.. Teruja betul Kak Sue nak cuba wangian dari Enchanteur Stunning tau..

wangian mempersona dari enchanteur stunning
Wangian Mempersona Dari Enchanteur Stunning

Wangian Mempersona Dari Enchanteur Stunning

Sempena pelancaran Enchanteur satu jenama wangian terkemuka yang boleh kata semua dari kita dah sedia tahu, haruman yang diinspirasikan dari Perancis satu haruman baru diperkenalkan iaitu Stunning. Wangian terbaru nie hasil gabungan dari Turkish Rosedan Magnolia, Blackcurrant Bud, Raspberry dan akhir sekali Sandalwood.. memang best bau dia tau..

Selain dari itu set Enchanteur Stunning juga datang dengan produk penjagaan diri yang lain iaitu losyen badan, deodoran dan bedak talkum. Lengkap semua dah kan dalam satu jenama. Boleh dikatakan semua yang ada dalam set box Echanteur nie Kak Sue suka sangat baunya. Bau sedap dan segar.. Okay jom kita tengok lagi apa yang menarik dalam kotak dari Enchanteur Stunning nie jom..

wangian mempersona dari enchanteur stunning
Wangian Mempersona Dari Enchanteur Stunning - Cantikkan kotak nie
wangian mempersona dari enchanteur stunning
Wangian Mempersona Dari Enchanteur Stunning - EDT dan losyen badan
wangian mempersona dari enchanteur stunning
Wangian Mempersona Dari Enchanteur Stunning - bedak talkum dan deodoran

Serlahkan Aroma Keanggunan Mempersona
" Penampilan tidak akan sempurna tanpa wangian " ... Author C.Joybell C

Enchantuer telah membaharui bentuk rangkain EDT. Botol EDT berkonsepkan tubuh seorang wanita memakai gaun berlipat dengan potongan duyung, manakala viriasi warna pada botol adalah berdasarkan wangian flora didalamnya. keanggunan botol ini dimakkotakan dengan penutup berbentuk bunga mawar mekar yang menjadi simbolik percintaan romantis dan pati bunga yang menjadi esen pelengkap di dalam botol wangian tersebut. Pembungkusan indah ini amat mudah dipegang dan boleh dijadikan hiasan diatas meja rias..

Echanteur Eau De Toilette

boleh didapati dengan harga RM28.20 
( termasuk GST) bagi setiap botol 50ml

Losyen Evhanteur

Boleh didapai dengan harga RM5.40 hingga RM17.60 
( ada dalam pelbagai size)

Deodoran Enchanteur

Boleh didapati dengan harga RM4.90 sehingga RM8.40 
( ada pelbagai pilhan bentuk dan semburan)

Bedak Echanteur

Boleh didapati dengan harga RM4.40 sehingga RM11.80 
( ada pilihan besar dan kecil)

Ha.. korang kalau nak wangi macam nie boleh dapatkan produk penjagaan diri Enchanteur di semua rangkaian pasar raya, pasar raya besar dan farmasi. Untuk lebih detail boleh intai kat bawah nie ya..

ENCHANTEUR

Website

Facebook



[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di skabdy@yahoo.com


[PENAFIAN] www.shuhaidakabdy.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini. Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri. Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.