Dairy Tooth Ice House di Sunway Pyramid

Assalamualaikum, hai semua! Kak Sue berpeluang ke Dairy Tooth Ice House di Sunway Pyramid beberapa hari lepas. Memula Kak Sue tertanya-tanya juga restoran konsep apa ya Dairy Tooth nie kan, nama unik sikit kan. Bila google rupanya restoran atau cafe Hong Kong Style yang menyediakan minuman dan snek yang ada bermacam pilihan. Jom Kak Sue cita kat korang jom..

Dairy Tooth Ice House di Sunway Pyramid
Dairy Tooth Ice House di Sunway Pyramid

Dairy Tooth Ice House di Sunway Pyramid

Selain outlet di Sunway Pyramid, Dairy Tooth juga mempunyai outlet yang lain di Berjaya Time Square dan Jaya One. Sunway Pyramid merupakan outlet mereka yang ketiga. Wah dah yang ketiga outlet rupanya ya. Kak Sue baru nak tahu, ketinggalan betul! Korang kalau jalan-jalan jangan lupa singgah dan cuba Dairy Tooth Ice House nie tau di Sunway Pyramid. Kalau dah lapar sangat sementara nak makan makanan berat boleh lah makan snek nie dulu, anak-anak pun mesti suka..

Sesuai untuk semua peringkat umur juga sebab snek lembut sangat tau dan bagi penggemar teh atau waffle, puffs dan roti korang mesti kena cuba sebab snek kat sini lain dari yang lain. Bukan setakat teh aja tau, ada disediakan minuman ringan lain juga. Kadang ada yang tak minum teh boleh pilih minuman lain jangan risau.. Jom tengok beberapa pilihan yang ada di Dairy Tooth nie jom..

Dairy Tooth Ice House di Sunway Pyramid
Dairy Tooth Ice House di Sunway Pyramid - DT Signature HK Milk Tea

Dairy Tooth Ice House di Sunway Pyramid
Dairy Tooth Ice House di Sunway Pyramid - pilihan minuman ringan yang lain

Dairy Tooth Ice House di Sunway Pyramid
Dairy Tooth Ice House di Sunway Pyramid - Polo Bun

Dairy Tooth Ice House di Sunway Pyramid
Dairy Tooth Ice House di Sunway Pyramid - Chocolate Egg Puffs

Dairy Tooth Ice House di Sunway Pyramid
Dairy Tooth Ice House di Sunway Pyramid - DT Original HK Egg Puffs

Dairy Tooth Ice House di Sunway Pyramid
Dairy Tooth Ice House di Sunway Pyramid - Peanut Butter Waffle

Dairy Tooth Ice House di Sunway Pyramid
Dairy Tooth Ice House di Sunway Pyramid - Selamat mencuba 
Antara Signature HK ialah Milk Tea dan DK Original HK Egg Puffs disamping pilihan menarik yang lain. Harga pun sangat berpatutan dengan layanan yang mesra. Korang boleh ja nak makan situ atau nak tapau sambil jalan-jalan. Kak Sue nak kongsi juga dengan korang bermula 14 hingga 27 Ogos 2017 korang boleh beli Hong Kong Milk Tea dengan harga hanya RM2 selama 2 minggu. Ingat teh, ingat Dairy Tooth.. selamat mencuba korang.. papai!

Dairy Tooth 
1st Floor, Orange Atrium
F1. KA2 , Sunway Pyramid
Near to Maxis

Facebook

Instgram


Post a Comment

7 Comments

  1. WOW sedapnya... menag fav makan benda2 mcm ni

    ReplyDelete
  2. Sedapnya nampak kudap-kudapan ni kak. Terliur dibuatnya

    ReplyDelete
  3. Sedap tengok yg Egg Puff tu. Boleh memburu kat sini nanti

    ReplyDelete
  4. Terliur tengok food dia.. 😭

    ReplyDelete
  5. Milk tea dia sedap..polo bun pun sedap..eh semua sedap la...

    ReplyDelete
  6. Sedapnya kak su. Nak kena terjah jugak ne

    ReplyDelete

Terima kasih sudi singgah dan komen, InsyaAllah nanti Kak Sue balas kunjungan semula ❤️