Deko-Deko Lagi

August 17, 2017

Assalamualaikum, hai semua! Semenjak dua menjak nie macam tak menyempat ja nak update blog kesayangan Kak Sue nie. Nak kata sibuk ke event sana sini tak juga. Nak kata sibuk berniaga pun tak juga.. cuma rutin harian biasa sebagai isteri dan ibu. Bila banyak masa kat rumah nie ada aja lah yang nak dibuatnya.. antaranya deko rumah. Sekarang nie nak deko-deko lagi bahagian dapur pulak.. Nanti kalau dah siap semua Kak Sue kongsikan tau..

deko-deko lagi

Deko Dapur Pula..

Kak Sue suka deko yang simple tapi nampak menarik. Sebelum nie konon deko ala Inggeris, tapi dah lama-lama macam boring pula kan banyak bunga-bunga. Kadang Kak Sue suka layan IG tengok depa deko rumah cantik sangat. Kata orang simple but nice! Kak Sue pun bukan mampu nak beli perabut yang mahal-mahal, asal menarik dan harga berpatutan dan mampu Kak Sue akan usahakan lah dapatkan. Jimat-jimat duit belanja yang Abang Man bagi atau duit dari sumber Blog Kak Sue. Sekarang nie Kak Sue semakin berkenan barang-barang deko dari Ikea, Kaison dan Daiso. Macam-macam pilihan menarik ada kat tempat-tempat nie tau.. Kalau pergi memang berejam-jam, macam tak mau balik ja.. 

Sebelum nie Kak Sue deko meja kerja Kak Sue, kali nie nak deko dapur pula. Dapur pun macam tempat kerja Kak Sue juga, maklumlah kita orang perempuan nie kan. Kebanyakan masa kat dapur aja lah.. Bagi Kak Sue kalau dapur kemas,bersih dan cantik kita akan selesa nak buat kerja kat dapur tu kan.. Baru-baru nie Kak Sue dah beli wallpaper dari Kaison, tema biru juga sebab Kak Sue dan Abang Man memang peminat warna biru. Ingat nak lekat wallpaper sikit kat bahagian dapur


deko-deko lagi

Nanti bila dah siap deko Kak Sue kongsikan lagi kat sini. Mana tau boleh jadi rujukan untuk ibu-ibu lain. Bukan lah hebat sangat Kak Sue mendeko tapi kita deko ikut mana yang kita rasa selesa dan cantik kat mata kita. Selain tu boleh aja rujuk di Facebook atau IG.. banyak deko rumah yang cantik-cantik. Kak Sue lebih suka rujuk kat IG, kadang tu lama gila dok scroll IG kat situ boleh dapat banyak idea tau..

Asyik deko bahagian depan dan bilik je kan. Kali nie nak deko bahagian dapur pula sikit-sikit. Kalau tak rajin masak lagi tak tahu lah kan.. ehehe.. Nanti nak dapur cantik dan kemas tapi dapur tak berasap pula. Okay lah setakat nie dulu kali nie tau, jumpa lagi nanti.. papai!

You Might Also Like

8 ulasan

  1. Rajinnya deco2 sure rumah Shu cantik Kan. Hati pun puas

    ReplyDelete
  2. Wahhh... tak sabarnye nak tunggu dekorasi dapur kak sue..
    Btw, LeYa pun memang suka deko2 ni..

    ReplyDelete
  3. Dapur jue pun dah lama tak deko.. ni sinki buat hal..

    ReplyDelete
  4. Dilah pun suka deko yg simple but nice.. sedap mata memandang kan tak serabut... tak sabar nak tgk hasil dekorasi dapur kak sue..

    www.ceriteraibu.com

    ReplyDelete
  5. Selamt berdeko kak sue..

    ReplyDelete
  6. Rajinnya akak mendeko sana sini. X sabar nak tgk hasilnya nanti. Wallpaper pun cantik sgt tu.

    ReplyDelete
  7. Tak sabar tunggu next entry

    ReplyDelete
  8. Tak sabar nak tunggu hasil deko kak su

    ReplyDelete

Terima kasih sudi singgah dan komen.. datang lagi ya ❤

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di skabdy@yahoo.com

[PENAFIAN] www.shuhaidakabdy.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.