Kenangan Sukan SEA 2017 - 2

August 27, 2017

Assalamualaikum, hai semua! Alhamdullilah, kami masih diberi peluang dan rezeki dapat berniaga lagi di kiosk Stadium Shah Alam semalam. Rasa teruja juga tau, dapat niaga untuk semi final bolasepak antara Malaysia dan Indonesia. Memang penuh stadium luar dan dalam, meriah betul! Sebelum nie kami biasa berniaga untuk Piala Malaysia atau perlawanan biasa-biasa aja, tapi kali nie Kenangan Sukan SEA 2017 untuk kami sebab berpeluang berniaga untuk pertama kali dalam pengalaman kami sebagai peniaga di kiosk Stadium Shah Alam..
Kenangan Sukan SEA 2017
Kenangan Sukan SEA 2017

Kenangan Sukan SEA 2017

Macam sebelum nie Kak Sue kongsikan, syarat-syarat agak ketat untuk peniaga yang layak. Pegawai pemeriksaan bahagian penyediaan makanan dan kebersihan akan membuat pemeriksaan secara mengejut di semua kiosk stadium. Jadi kami semua peniaga nie memang kena sentiasa bersedia dan sentiasa menjaga kebersihan. Gagal patuhi syarat, peniaga bakal dikenakan denda yang boleh tahan juga lah harganya.. jenuh wei.. huhuhu..

Kenangan Sukan SEA 2017
Kenangan Sukan SEA 2017
Seawal pukul lima petang penonton dah mula memenuhi stadium, nasib kali nie kami dah siapkan semua barang niaga lebih awal. Cuma nak bungkus mee hoon aja sikit. Alhamdullilah, semua barang niaga habis dijual, buat barang pun ala kadar aja. Rezeki Allah dah tetapkan banyak tu kan.. Kali nie kami memang berpuashati dengan cara pengurusan stadium yang bertambah baik dari sebelum nie. Harap dapat peluang pula untuk final bola sepak nanti..

Kenangan Sukan SEA 2017
Kenangan Sukan SEA 2017
Terima kasih kepada pihak Stadium Shah Alam yang beri peluang kepada kami meniaga di kiosk stadium. Rasa bertuah juga terpilih dalam banyak-banyak peniaga yang memohon. Harap juga kerjasama nie berterusan untuk tahun-tahun akan datang. Jom kita ramai-ramai sokong perlawanan akhir bola sepak antara Malaysia lawan Thailand selasa nanti ya.. Malaysia Boleh!

You Might Also Like

5 ulasan

  1. bestnya pengalaman tu kak, final nanti akak join tak?

    ReplyDelete
  2. Wah sronok juga ada pengalaman niaga camni ye

    ReplyDelete
  3. bestnya kak..thun ni saya tak de rezeki nak memeriahkan sukan SEA. sbb ada anak kecik

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah rezeki kak su sekeluarga

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah beruntung kak sue dapat merasai pengalaman berniaga disana. Sekaligus berada dalam kemeriahan bersama penyokong bola sepak :)

    ReplyDelete

Terima kasih sudi singgah dan komen.. datang lagi ya ❤

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di skabdy@yahoo.com

[PENAFIAN] www.shuhaidakabdy.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.