Wangian Mempersona Dari Enchanteur Stunning

Assalamualaikum, hai semua! Jom Kak Sue nak kongsikan dengan korang Wangian Mempersona Dari Enchanteur Stuning yang baru sahaja dilancarkan di pasaran. Baru-baru nie Kak Sue terpilih menerima satu kotak yang menarik dari Enchanteur Stunning lengkap dengan barangan penjagaan diri dihias dengan bunga-bunga yang sangat lah cantik.. Teruja betul Kak Sue nak cuba wangian dari Enchanteur Stunning tau..

wangian mempersona dari enchanteur stunning
Wangian Mempersona Dari Enchanteur Stunning

Wangian Mempersona Dari Enchanteur Stunning

Sempena pelancaran Enchanteur satu jenama wangian terkemuka yang boleh kata semua dari kita dah sedia tahu, haruman yang diinspirasikan dari Perancis satu haruman baru diperkenalkan iaitu Stunning. Wangian terbaru nie hasil gabungan dari Turkish Rosedan Magnolia, Blackcurrant Bud, Raspberry dan akhir sekali Sandalwood.. memang best bau dia tau..

Selain dari itu set Enchanteur Stunning juga datang dengan produk penjagaan diri yang lain iaitu losyen badan, deodoran dan bedak talkum. Lengkap semua dah kan dalam satu jenama. Boleh dikatakan semua yang ada dalam set box Echanteur nie Kak Sue suka sangat baunya. Bau sedap dan segar.. Okay jom kita tengok lagi apa yang menarik dalam kotak dari Enchanteur Stunning nie jom..

wangian mempersona dari enchanteur stunning
Wangian Mempersona Dari Enchanteur Stunning - Cantikkan kotak nie
wangian mempersona dari enchanteur stunning
Wangian Mempersona Dari Enchanteur Stunning - EDT dan losyen badan
wangian mempersona dari enchanteur stunning
Wangian Mempersona Dari Enchanteur Stunning - bedak talkum dan deodoran

Serlahkan Aroma Keanggunan Mempersona
" Penampilan tidak akan sempurna tanpa wangian " ... Author C.Joybell C

Enchantuer telah membaharui bentuk rangkain EDT. Botol EDT berkonsepkan tubuh seorang wanita memakai gaun berlipat dengan potongan duyung, manakala viriasi warna pada botol adalah berdasarkan wangian flora didalamnya. keanggunan botol ini dimakkotakan dengan penutup berbentuk bunga mawar mekar yang menjadi simbolik percintaan romantis dan pati bunga yang menjadi esen pelengkap di dalam botol wangian tersebut. Pembungkusan indah ini amat mudah dipegang dan boleh dijadikan hiasan diatas meja rias..

Echanteur Eau De Toilette

boleh didapati dengan harga RM28.20 
( termasuk GST) bagi setiap botol 50ml

Losyen Evhanteur

Boleh didapai dengan harga RM5.40 hingga RM17.60 
( ada dalam pelbagai size)

Deodoran Enchanteur

Boleh didapati dengan harga RM4.90 sehingga RM8.40 
( ada pelbagai pilhan bentuk dan semburan)

Bedak Echanteur

Boleh didapati dengan harga RM4.40 sehingga RM11.80 
( ada pilihan besar dan kecil)

Ha.. korang kalau nak wangi macam nie boleh dapatkan produk penjagaan diri Enchanteur di semua rangkaian pasar raya, pasar raya besar dan farmasi. Untuk lebih detail boleh intai kat bawah nie ya..

ENCHANTEUR

Website

Facebook



Post a Comment

8 Comments

  1. zaman sekolah dulu popular bedak dia.. sweet untuk anak2 dara jaman sekolah gitu.. hihi

    ReplyDelete
  2. Bestnya kak sue. berwangi wangian. brand yg lama berada di pasaran. zmn sekolah tu bedak ni la dok gune sbb wangi. heheheh

    ReplyDelete
  3. Bukan jenama viral..tp jenama yg di percayai ! Tak lapuk dek zaman. I like it !

    ReplyDelete
  4. Enchanteur ni ana pakai dr sek men dulu kak. Kira minyak wangi lejen lah enchanteur ni.

    ReplyDelete
  5. Suka Enchanteur..wangian yang sekarang lebih trendy compared yang terdahulu...harap makin trendy sebab SA suka bau yang wangi...

    ReplyDelete
  6. Memang wangi kannn Enchanteur Stunning ni..!! Nina pun suka.
    Cantik lak tuu Botol dia

    ReplyDelete
  7. Lya suka bau dia.. mmg best sangat .. wangii

    ReplyDelete

Terima kasih sudi singgah dan komen, InsyaAllah nanti Kak Sue balas kunjungan semula ❤️