Laksa Batu Kurau Lagi

August 25, 2017

Assalamualaikum, hai semua! Laksa Batu Kurau lagi hari nie.. rasanya dalam sebulan tu wajib kut Kak Sue masak laksa kat rumah nie. Semua keluarga Kak Sue suka sangat makan laksa, kecuali Abang Man. Bukanlah Abang Man tak makan langsung cuma tak berapa gemar. Jadi kalau masak laksa tu, kena ada masak nasi dan lauk lain untuk Abang Man kan. Masak lauk ringkas pun okay dah, Abang Man tak cerewet orangnya, senang betul nak jaga.. hihihi..


Laksa Batu Kurau Lagi

Kak Sue termasuk anak-anak memang pengemar laksa, kalau ada laksa tak makan nasi pun tak apa dah. Cuma sejak meningkat umur nie dah kurang sikit dah makan laksa berlebih-lebih nie. Bukan apa kadang makan lebih sikit takut sakit urat. Pada anak-anak pun Kak Sue pesan juga kena makan juga nasi sikit takut nanti angin perut kan.. Nanti kalau dah berangin perut satu hal pula..

Angin ka laksa nie.. Kak Sue pun tak pasti sebenarnya. Ada yang kata angin sebab laksa tu sendiri, di masak dua kali. Ada yang kata sebab bunga kantan berangin. Sebab tu Kak Sue sekarang nie bila masak laksa letak halia dalam seinci atau dua inci. Risau juga kalau badan berangin nanti habis sakit-sakit badan kan.. tak sanggup takut sakit urat.. huhuhu..

Apapun sambil Kak Sue sembang kat sini, Kak Sue rancang nak berniaga balik Laksa Batu Kurau nie. Ada juga pendapatan sambilan kan, ala bukan nak kena pergi jauh. Depan rumah aja pun, senang kan tak ada alasan lagi malas nak cari duit lebih. Zaman sekarang nie nak kena gigih sikit cari duit lebih, sekarang semuanya mahal. Petrol pun asyik naik harga aja, betul-betul buat rakyat tertekan... Kadang tak tahan sabar juga kita kan.. hermmm..

Nanti kalau Kak Sue dah mula buka gerai, akan dikongsikan kat sini. Korang yang berdekatan dengan area rumah Kak Sue jangan lupa singgah nanti tau. Selain laksa mungkin ada menu lain lagi juga. Sekian dulu sembang-sembang kali nie, jumpa lagi nanti.. papai!

You Might Also Like

6 ulasan

  1. pernah makan dah Laksa Sue, memang original dan sedap sangat, all the best Sue dalam apa juga yang dilakukan, Aamiin.

    ReplyDelete
  2. Terliur pula nampak gambar ni..besok nak cari laksa untuk sarapan

    ReplyDelete
  3. SA dh rasa dan memang sedap...terbaik..akak meniaga la kak..gerenti habis nanti..

    ReplyDelete
  4. Wah sedapnya laksa kak. Hari tu ana berurut yg buat angin laksa tu sebab bunga kantan. Laksa tu rasanya xde apa. Haisshhh bila lah nak dpt merasa air tangan kak sue ni kan.

    ReplyDelete
  5. Sedapnya laksa... Favorite jugak ni... Tapi kat sabah susah nak jumpa laksa yang sedap... Nak jumpa laksa pun susah... Huhu...

    Jemput jalan ke blog saya...

    https://sihatbertenagabyfarhah.wordpress.com/2017/08/29/pengalaman-puan-hanisah-kecutkan-cyst-semasa-mengandung/

    ReplyDelete

Terima kasih sudi singgah dan komen.. datang lagi ya ❤

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di skabdy@yahoo.com

[PENAFIAN] www.shuhaidakabdy.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.