July 2017 - Shuhaida Kabdy

Monday, July 31, 2017

Resepi Masak Lemak Rebung

July 31, 2017 8
Resepi Masak Lemak Rebung
Assalamualaikum, hai semua! Hari nie Kak Sue habiskan stok rebung yang Mak bawakan untuk majlis sambutan raya dan doa selamat hari tu. Sebenarnya Mak ada aja masakkan menu yang sama masa majlis hari tu, pastu tambah lagi rebung rebus buat ulam cicah sambal belacan. Jadi lebihan rebung rebus Kak Sue sayang nak buang, cecepat simpan dalam peti ais. Konon nak masak Masak Lemak Rebung dari hari ke sehari asyik bertangguh. Kali nie bila dah lapang sikit dan tak ada aktiviti kat luar, dapat lah Kak Sue masak Masak Lemak Rebung nie. Jom kita tengok resepinya jom. Mudah sangat resepinya..

resepi masak lemak rebung
Masak Lemak Rebung

Masak Lemak Rebung

Bahan - bahan
1 mangkuk besar rebung - agak-agak aja okay,sebab Kak sue guna lebihan hari tu kan
1 biji bawang besar - dikisar
3 biji bawang putih - dikisar
1 inci halia - dikisar
10 biji cili padi - dikisar
1 keping asam geleugor
1 kotak santan Kara
2 batang serai - diketuk
Sedikit udang sederhana besar - ikut suka, nak banyak mana
Garam secukup rasa

Cara - cara
Masukkan bahan kisar tadi ke dalam periuk, Kak Sue kisarkan semua bahan dengan santan
Kemudian Kak Sue tambah tiga cawan air lagi dalam periuk, ikut lah korang nak pekat kuah macam mana tau
Kemudian masukkan serai yang dah dititik dan asam gelugor tadi
Masak sehingga mendidih, kemudian boleh lah masukkan rebung tadi
Biarkan mendidih sekejap, kemudian masukkan udang
Biar udang masak sekejap, kemudian boleh lah persakan dengan garam dan sedikit serbuk perasa kalau suka
Tutup api, sedia untuk dihidangkan

Sunday, July 30, 2017

Design Hadiah Istimewa di Printcious.com

July 30, 2017 8
Design Hadiah Istimewa di Printcious.com
Assalamualaikum, hai semua. Selalunya kalau ada sambutan hari istimiewa untuk orang yang kita sayang mesti dok memikir apa nak hadiahkan pada mereka kan. Kalau Kak Sue, suka yang lain dari yang lain untuk dijadikan kenangan sepanjang hayat. Kalau boleh nak design hadiah istimewa tu sendiri untuk orang yang tersayang. Bila tengok wajah gembira mereka, kita pun rasa yang sama kan. Sekarang nie Kak Sue dah tahu kat mana nak dapatkan perkhidmatan design sendiri dan juga hadiah lain dari yang lain. Meh Kak Sue nak kongsikan dengan korang. Sekarang nie kita boleh design hadiah di Printcious.com, ada macam-macam pilihan hadiah menarik kat sana tau..


design hadiah istimewa di printious.com
Design hadiah istimewa di Printious.Com

Design Hadiah Istimewa di Printcious.com

Printcious.Com nie kan adalah sebuah syarikat yang menyediakan perkhidmatan percetakan pada barang hadiah peribadi seperti mug, keychain,bantal, t.shirt dan macam-macam lagi. Dengan tag line "Printcious.com - Precious Gift From Your Heart" kita boleh design hadiah istimewa lain dari yang lain mengikut kreativiti kita sendiri untuk orang yang tersayang. Barangan nie sesuai untuk semua majlis sepeti harijadi, perkahwinan, tamat pengajian,ulang tahun atau acara koprat. Dan yang paling best harga yang berpatutan, kualiti produk yang bagus dan ada macam-macam tawaran istimewa tau.. Jom kita tengok jom..

Design hadiah istimewa di Printious.Com
Design hadiah istimewa di Printious.Com
Ha.. ada macam- macam pilihan kat sini, korang boleh pilih kategori dan cuba pilihan kategori penerima atau majilis. Boleh pilih untuk lelaki atau perempuan, untuk hadiah harijadi, ulangtahun perkahwinan atau macam-macam lagi lah. Semua ikut apa yang kita nak, tinggal klik dan pilih aja, mudah sangat kan.. lepas tu kita boleh design sendiri macam mana yang kita nak, kira macam personal touch gitu kan..

Jom Kita Design Hadiah Istimewa di Printcious.com

Puashatikan kalau dapat design sendiri hadiah istimewa untuk yang tersayang. Kak Sue nak kongsikan dengan korang beberapa langkah mudah untuk siapkan hadiah seterusnya terus di pos kepada penerima

Design hadiah istimewa di Printious.Com
Design hadiah istimewa di Printious.Com

1. Pilih produk pilihan korang


2. Pilih warna, saiz dan tekan customize it untuk proses edit


3. Pilih untuk masukkan nama dan gambar


4. Upload gambar yang korang pilih, kemudian masukkan text dan edit ikut apa yang korang suka. Bila dah puashati boleh tekan done. 


5. Proses akhir korang, pastikan dah puashati semua dah tau. kemudian boleh klik add to chart


6. Dah pun siap, dan dah boleh buat pembayaran. Pembayaran boleh dibuat melalui cash deposit, online transfer atau debit / credit card. Sekarang tunggu aja barang sampai kat rumah korang..



Ha.. senang ja kan. Korang ikut aja semua step yang Kak Sue dah tunjukkan kat atas. Boleh aja pilih mana-mana yang korang suka. Selamat mencuba.. Untuk lebih detail korang boleh intai kat bawah nie ya


Printcious.Com
Web

Facebook

Instagram






Saturday, July 29, 2017

Makan - Makan di Wangsa Maju Lagi

July 29, 2017 5
Makan - Makan di Wangsa Maju Lagi
Assalamualaikum, hai semua! Hari nie kami sekeluarga makan-makan di Wangsa Maju lagi. Kata Kak Jam kakak ipar Kak Sue, hanya majlis makan-makan biasa meraikan jiran, kawan dan kawan sekerja suami Kak Jam. Selalunya kalau Kak Jam ada buat makan-makan macam nie, beliau akan whatapps Kak Sue suruh datang. Laju aja lah kami datang, sapa tak mau datang makan rumah Kak Jam, dah lah sedap layanan memang tip top! Amboi.. melambung puji ya, bukan bodek tau Kak.. ini betul-betul, bukan cobaan! Hahaha.. Sampai Adik kalau datang sini, mulalah buat tak mau balik.. seronok sangat datang rumah Ibu Kak Long..


makan - makan di Wangsa Maju lagi
Makan - makan di Wangsa Maju lagi

Makan - Makan di Wangsa Maju Lagi

Nasib baik hari nie jadual memang free sangat, cuma Abang Man ada delivery order. Pepagi Abang Man dah settlekan. Ya la, rasanya Kak sue dah tanya berapa kali.. pergi ke rumah Kakak bang? Abang Man pun dah tak tau nak bagi jawapan apa, jadi selesaikan cepat urusan, dah selesai kerja baru senang hati sikit nak berjalan kan. Dapat lah kami sekeluarga makan-makan di Wangsa Maju lagi tahun nie. Kebiasaannya Kak Jam akan masak Mee Hoon Sup, Laksa atau Nasi Beriani. Tahun nie Kak Jam masak Mee Hoon dan Nasi Beriani aja, disamping tu ada makanan lain lagi .. kuih raya, kek dan buah-buahan..


makan - makan di Wangsa Maju lagi
Makan - makan di Wangsa Maju lagi - Mee Hoon Sup Kak Jam, memang sedap!
Kak Sue tak ambil banyak gambar sangat sebab tadi datang-datang ja terus makan, lapar.. hahaha!  Dah siap makan, ada tetamu yang datang terus tak sempat nak ambik gambar lagi. Yang pasti kedua-dua menu memang sedap, bertambah kami sekeluarga makan. Sampai maghrib jugalah kami melepak. Kak Sue sempat juga lah buatkan Puding Milo Oreo sebagai buah tangan. Bukan apa, segan dah.. dah macam-macam Kak Jam selalu beri dan belanja kami sekeluarga. Tak sedap pula nak datang berlenggang, nanti Kak Sue kongsikan resepi kat sini ya. Resepi dari sepupu Kak Sue sebenarnya nie, senang sangat. Anak-anak mesti suka..


makan - makan di Wangsa Maju lagi
Makan - makan di Wangsa Maju lagi - Puding Milo Oreo
Terima kasih Kak Jam dan keluarga, terima kasih dengan layanan yang baik untuk kami sekeluarga. Selamat berehat.. semoga sentiasa dalam rahmat Allah dan dimurahkan rezeki. Tahun depan jangan lupa jemput kami lagi.. papai!

Thursday, July 27, 2017

Ikan Pekasam Penambah Selera

July 27, 2017 9
Ikan Pekasam Penambah Selera
Assalamualaikum, hai semua! Kadang dah tak tau nak makan apa, sebab tak ada selera atau jemu dengan menu yang sama kan. Tambah baru ja kita semua habis meraikan sambutan raya.Tahu aja lah menu raya, daging dan ayam kadang naik jemu juga. Ini dah cuaca panas pula kan, jadi tak ada selera nak makan. Nasib lah ada Ikan Pekasam penambah selera kami hari nie. Kak Sue dan Abang Man memang peminat masakan kampung. Nie ada lagi sikit stok ikan perkasam yang Tok Pah bawa dari Batu Kurau. Goreng, letak bawang dan cili padi makan dengan nasi panas memang lauk penambah selera.. bertambah-tambah makan Abang Man hari nie..


penambah selera,ikan pekasam
Ikan Pekasam penambah selera

Ikan Pekasam Penambah Selera

Ikan Pekasam memang antara menu penambah selera kami. Sentiasa ada stok di rumah nie. Kalau tak dari Batu Kurau dari Kampung Tanjung Keramat, kampung Abang Man. Stok terbaru nie Tok Pah bawa dari Batu Kurau makcik Kak Sue yang buat tau. Ikan Tengas comel-comel kecik aja.. baki stok untuk jamuan hari raya hari tu kat rumah Kak Sue masih ada lagi. Rasanya boleh dua, tiga kali goreng lagi nie..
Kalau rajin nak buat sendiri pun boleh, senang dah ada stok kat rumah kan. Bebila rasa nak makan terus aja ambil dari peti ais. Kakak anak dara Kak Sue memula tak berapa suka, bila suruh rasa kata sedap pula. Bertambah makan.. ehehe.. belum cuba, belum tau kan.. Lepas nie bertambah geng makan Ikan Perkasam lah kat rumah nie..

Nanti lah bila senang Kak Sue tanya Tok Pah macam mana cara nak buat Ikan Pekasam. Kak Sue rasa senang aja, bahan pun tak banyak. Rasanya ikan, beras dan beberapa bahan lagi kut. Ikan pun sedap kita guna Ikan Lanpam atau Ikan tengas tapi tau aja lah ikan darat bukan selalu ada, mahal pula tu..huhuhu.. nanti dah tahu cara nak buat Kak Sue kongsikan kat sini ya, papai!

Wednesday, July 26, 2017

Produk Terbaru Dari Against24 Rubber Duck dan Power Panda

July 26, 2017 6
Produk Terbaru Dari Against24 Rubber Duck dan Power Panda
Assalamualaikum, hai semua! Selalunya kita sebagai ibu bapa memang agak risau dan cerewet dalam memilih juga memastikan keselamatan dan keberkesanan produk penjagaan diri sekeluarga kan. Ya lah kadang takut produk tu tak sesuai dengan kulit dan ada barang yang terlarang dalamnya. Dengan produk terbaru dari Against24 Rubber Duck dan Power Panda kita tak perlu risau dah dengan adanya formula alkohol free dan soap free dengan anti bakteria melindungi kita sekeluarga dari hjung rambut sehingga ke hujung kaki..


produk terbaru dari against24 rubber duck dan power panda
Produk terbaru dari Against24 Rubber Duck dan Power Panda

Produk Terbaru Dari Against24 Rubber Duck dan Power Panda

Semalam Kak Sue berpeluang ke majlis pelancaran produk terbaru penjagaan diri dari Against24 Rubber Duck dan Power Panda. Comel sangat tau botol kedua-dua pilihan produk penjagaan diri yang terdiri dari handwash, mandian untuk bayi dan dewasa juga syampo. Produk ini juga telah dipatenkan dengan SDC Ag+ merupakan agen anti bakteria terbaik dan paling selamat tapi pada masa yang sama ringan dan lembut pada kulit. Selain dari itu produk ini juga mempunyai PH lembut dan bahan organik yang telah disahkan oleh ECOCERT EUJ


produk terbaru dari against24 rubber duck dan power panda
Produk terbaru dari Against24 Rubber Duck dan Power Panda
Kelebihan lain yang ada pada produk Against24 nie lagi ialah tidak mengandungi bahan pengawet, kaya dengan estrak aloe vera, mengandungi herba dan ekstrak minyak dari bahan yang terplih seperti minyak sawit, minyak kelapa, minyak badam dan minyak avocado bagi melembutkan kulit. Sesuai untuk semua jenis kulit dan juga untuk kulit yng sensitif tau..

Watsons Malaysia memang menyediakan jenama terbaik dalam penjagaan kesihatan kulit sekeluarga dan akan terus berkerjasama dengan jenama yang betul seperti Against24 untuk memberi yang terbaik kepada pelanggan mereka kata Pengurus Besar Watsons Malaysia, Caryn Lo.

Produk ini juga adalah produk jualan terbaik di Taiwan, China dan Hong Kong tau. Hebat kan.. Jom Kak Sue nak kongsikan dengan korang semua, beberapa produk dan harga bagi setiap produk Against24 Rubber Duck dan Power Panda..


produk terbaru dari against24 rubber duck dan power panda
Produk terbaru dari Against24 Rubber Duck dan Power Panda
Against24 Rubber Duck 
Bodywash 1000ml - RM25.90
Handwash 300 ml - RM15.90
Babywash 1000ml - RM29.90
Syampoo 650ml - RM29.90


produk terbaru dari against24 rubber duck dan power panda
Produk terbaru dari Against24 Rubber Duck dan Power Panda
Against24 Power Panda
Handwash 300ml - RM15.90
Bodywash 1000ml - RM25.90
Babybath 650ml - RM29.90
Baby Syampoo 650ml - RM29.90

Ha.. jangan lupa singgah di semua cawangan Watsons di seluruh Malaysia tau. Pilihan bijak untuk semua keluarga dengan produk penjagaan diri dari Against24. 


Untuk maklumat lanjut

Facebook page : Against24Malaysia
Facebook page : Watsons Malaysia

Website










Tuesday, July 25, 2017

Majlis Sambutan Raya dan Doa Selamat

July 25, 2017 10
Majlis Sambutan Raya dan Doa Selamat
Assalamualaikum, hai semua! Baru Kak Sue ada masa sikit nak intai kat sini, busy betul sepanjang minggu lepas. Tahun nie memang kami plan nak buat majlis sambutan hari raya dan doa selamat sikit. Tahun nie juga Adik, anak bongsu Kak Sue memang ada kat rumah. Jadi tak ada rasa mood down bila nak buat majilis sambutan hari raya dan doa selamat nie.. kalau tak bila masak makanan yang Adik suka dah tangkap syahdu.. huhuhu.. Mood semua down rumah terus tertutup, malas nak buka.. hehehe..


majlis sambutan raya dan doa selamat
Majlis sambutan raya dan doa selamat

Sambutan Raya dan Doa Selamat

Alhamdullilah, walau tahun nie ramai peniaga termasuk Kak Sue dan Abang Man sendiri agak slow dari segi jualan di Pasar Ramadhan tapi untuk order Kelapa Laut order tak putus-putus macam tahun sebelumnya. Bagi meraikan kesyukuran rezeki yang Allah beri kami sekeluarga pun sepakat nak buat majlis sambutan raya dan doa selamat sikit-sikit. Bukan apa kadang dalam rezeki kita tu, ada rezeki orang lain kan.. Dapat menjamu selera, mengeratkan silaturahim dan mengembirakan hati tetamu pun dapat pahala, bertambah-tambah rezeki kita nanti.. InsyaAllah.. jangan takut memberi ya..


majlis sambutan raya dan doa selamat
Majlis sambutan raya dan doa selamat


majlis sambutan raya dan doa selamat
Majlis sambutan raya dan doa selamat

majlis sambutan raya dan doa selamat
Majlis sambutan raya dan doa selamat
Tahun nie agak meriah walaupun kami plan majlis serba ringkas sebab kami menjemput tetamu istimewa yang pernah kami jemput sebelum nie dari Rumah Anak Yatim As Syakur dan kawan-kawan sekolah Adik dari Madrasah Tahfiz Darul Zikri, Bandar Tasik Puteri, Rawang. Bukan lah niat nak menunjuk cuma nak kongsi kegembiraan. Jangan tak tahu ada tetamu dan kawan-kawan bertanya macam mana nak buat majlis macam nie dengan menjemput tetamu-tetamu istimewa nie, kan kita pun dapat tumpang pahala dengan berkongsi benda yang buahkan pahala dan manfaat pada orang lain..


Untuk tetamu istimewa dari Rumah Anak yatim As Syakur, Abang Man dah susun aktiviti bermotor bersama anak-anak yatim dengan kawan-kawan Abang Man. Terima kasih dengan kerjasama dan sumbangan duit raya dari Stone RiderGombak Motocycel Group dan Portmotor & The Gang. Semoga kalian sentiasa dimurahkan rezeki dan dipermudahkan urusan. Untuk info kawan-kawan Abang Man nie memang selalubuat aktiviti amal macam nie tau..


majlis sambutan raya dan doa selamat
Majlis sambutan raya dan doa selamat
majlis sambutan raya dan doa selamat
Majlis sambutan raya dan doa selamat - gambar kredit to Yusry

Tahun nie agak ramai juga kawan-kawan yang datang, ditambahkan Abang Man anjurkan mini reunion untuk kawan-kawan sekolah beliau juga. Tetamu datang tak putus-putus sampai ke malam juga lah. nasib lah ada adik-adik dan anak buah Kak Sue tolong sampai habis. Biasa lah bila buat sambutan majlis macam nie, kecil-kecil pun tumpo juga dua tiga hari keletihan. Dah la semua menu Mak Kak Sue masak sendiri, Sayur Goreng ja Kak Sue masak.. nak juga nama dalam list orang masak menu ya.. hahaha! 

Sambal Goreng Jawa dan kuih muih semua Kak Sue tempah ja.. senang! Kalau semua nak buat memang tak menag tangan kan. Terima kasih juga pada owner Sambal Goreng Jawa sedekahkan Kerabu dan juga owner Satay yang sedekahkan satay dan nasi impit untuk tetamu istimewa kami. Tak lupa pada Ijat Nasi Lemak yang sedekah kan beras dan nasi. Semoga korang sentiasa dimurahkan rezeki juga ya..

majlis sambutan raya dan doa selamat
Majlis sambutan raya dan doa selamat
majlis sambutan raya dan doa selamat
Majlis sambutan raya dan doa selamat


majlis sambutan raya dan doa selamat
Majlis sambutan raya dan doa selamat

Majlis sambutan raya dan doa selamat

majlis sambutan raya dan doa selamat
Majlis sambutan raya dan doa selamat

majlis sambutan raya dan doa selamat
Majlis sambutan raya dan doa selamat

majlis sambutan raya dan doa selamat
Majlis sambutan raya dan doa selamat

majlis sambutan raya dan doa selamat
Majlis sambutan raya dan doa selamat - Gambar kredit to Blogger Ana Jingga

majlis sambutan raya dan doa selamat
Majlis sambutan raya dan doa selamat - Gambar kredit to blogger My

majlis sambutan raya dan doa selamat
Majlis sambutan raya dan doa selamat - my dear sibling
Kak Sue dan keluarga mohon maaf andai ada kekurangan dalam majlis sederhana kami, maaf andai ada nama yang kami terlepas menjemput, maaf andai tak sempat menjawab panggilan, whatapps dan mesej di handphone. memang tahun nie masa sangat ketat ketika majis berlangsung. Terima kasih ya pada keluarga dan kawan-kawan yang sudi datang ke majlis yang tak seberapa nie. Apapun sehingga kita berjumpa lagi pada majlis sambutan raya tahun depan, semoga ada rezeki lagi untuk kita semua ya.. aamiin ya rabb..

Wednesday, July 19, 2017

Cerita Bunga Kantan

July 19, 2017 10
Cerita Bunga Kantan
Assalamualaikum, hai semua! Kali nie Kak Sue nak sembang cerita bunga kantan. Bukan ada cerita menarik apapun. Cuma macam biasa setiap tahun bila ada sambutan raya ja harga terus naik mendadak. Ya lah, selalunya menu utama sambutan raya selain lemang, ketupat dan rendang mesti nak ada menu tambahan kan. Selalunya menu tambahan kami baik kat rumah Kak Sue atau rumah Mak Laksa Batu Kurau lah. Bila nak masak laksa harus lah ada bunga kantan kan, tak ada tak sedap dan wangi kuah laksa kita. Jadi nak tak nak memang kena beli juga lah..


cerita bunga kantan
Cerita Bunga Kantan

Cerita Bunga Kantan

Tahun nie cerita bunga kantan lain sikit.. ehehe. Tahun nie giliran beraya di rumah mertua. Petang terakhir kita puasa tu Abang Man dah siap minta kat jiran sekampung simpankan bunga kantan untuk kuah laksa. Kebetulan sambil hantar juadah kat rumah jiran tu, jadi terus Abang Man minta nak beli. Alhamdulliah banyak juga lah dapat, dan nak jadi rezeki kami jiran sekampung Abang Man sedekahkan aja pada kami. Jimat dah kan kat situ, kalau nak beli tak tau lah pula berapa harganya tahun nie.. Selesai dah bab kuah laksa kat kampung Abang Man..

Giliran rumah Kak Sue pula, kebetulan nak jadi rezeki kami lagi. Sebelah pagi setiap hari ada peniaga yang jual ulaman depan sekolah menengah Bandar Tasik Puteri nie. Kata Abang Man banyak juga lah bunga kantan, harga pun boleh tahan lah murah. Sebatang RM1 katanya, okaylah kalau nak bandingkan harga Kak Sue tengok di tempat lain tiga batang RM13.. mak hai, tercekik bunga kantan rasanya.. hahaha! Terus Abang Man tempah siap-siap, sebab lagi beberapa hari kami nak buat sambutan raya dan doa selamat kat rumah kami. Antara menu wajib kalau ada sambutan raya, makan-makan, sambutan hari jadi dan doa selamat macam nie menunya tetap Laksa Batu Kurau lah..

Tahun nie memang rezeki nak dapat bunga kantan dengan harga murah, Alhamdullilah. Tahun sebelum nie ada yang sebatang RM5 atau RM7.. Nak tak nak memang nak kena beli juga sikit kan. Rasa tak lengkap kalau buat kuah laksa tak ada bunga kantan nie tau.. Dua tiga hari nie memang dah sibuk buat persiapan sikit-sikit sebab masak sendiri-sendiri aja kan.. Harap majlis berjalan lancar nanti.. aamiin ya rabb.. Papai!


Tuesday, July 18, 2017

Gaya Baru Soho Kak Sue

July 18, 2017 10
Gaya Baru Soho Kak Sue
Assalamualaikum, hai semua! Baru-baru Kak Sue tambah gaya baru Soho Kak Sue. Ya lah rasanya dah berapa tahun asyik gaya yang sama ja kan, jadi tahun nie Kak Sue ubah gaya baru soho Kak Sue pada gaya yang lebih simple dan ceria. Rasanya korang tahu kan Soho tu apa.. Soho tu small office atau house office. Kira kita buat kerja atau bekerja dari rumah gitu kan. Kak Sue sebenarnya pun tak tahu juga maksudnya memula macam biasa google lah jawabnya, ehehe.. Dan sebelum nie Kak Sue dah pernah sembang benda yang sama kat sini masa memula aktif balik ber blog..

gaya baru soho kak sue

Gaya Baru Soho Kak Sue

Kali nie gaya baru Soho Kak Sue kalau boleh Kak Sue nak lebihkan warna putih, sebab putih nampak bersih dan menarik pada mata Kak Sue. Langkah pertama Kak Sue beli meja tulis warna putih dari Ikea. Itupun Kak Sue nampak blogger Eni yang kongsikan di facebook beliau. Terbekenan pula, jadi lelaju Kak Sue ajak Abang Man cari kat Ikea. Besar juga meja, memang puashati. Ada lebih banyak ruang..

Buat permulaan nie Kak Sue kemaskan mana yang patut dulu. Mungkin dalam dua,tiga hari nak tambah lagi sikit kat kawasan Soho Kak Sue nie bagi lebih menarik dan kemas. Kak Sue tambah juga gambar dan 'board' dari Ikea kalau tak silap sebab ada juga yang Kak Sue beli dari Kaison. Senang kan nak letak nota penting di depan meja Kak Sue nie, kalau lupa juga tak tahu lah..

Nanti bila dah siap semuanya Kak Sue kongsikan kat sini ya. Mana tahu boleh beri ilham pada korang juga nak tambah atau ubah gaya baru soho korang juga kan. Tak perlu barang mahal pun, janji kita pandai nak susun atur macam mana kan. Jumpa lagi nanti, papai!

Monday, July 17, 2017

Raya Sakan

July 17, 2017 11
Raya Sakan
Assalamualaikum, hai semua! Minggu nie minggu terakhir kita sambut bulan Syawal kan. InsyaAllah hujung minggu nie kami sekeluarga rancang nak buat sambutan raya sikit kat rumah kami. Tahun nie Kak Sue raya sakan sebab Adik ada kat rumah. Tahun lepas memang tak sempat sangat nak beraya sebab Adik dah mula sekolah awal. Tahun nie Alhamdullilah, Adik cuti panjang jadi dapat lah beraya sakan.. ehehe.. Kadang tu bila kurang anak seorang mulalah teringat bila kita ke jamuan raya atau kita yang buat jamuan raya teringat makanan kesukaan anak kita tu kan.. terus jadi tak ada mood nak kemana-mana atau nak masak buat jamuan makan..



Raya Sakan Tahun Nie

Lepas ja kami balik dari kampung Abang Man hari tu rasanya setiap minggu Kak Sue terima undangan rumah terbuka dari kawan Kak Sue dan Abang Man. Mana yang sempat tu kami cuba lah memenuhi undangan, mana tak sempat kami mohon maaf.. raya sakan lah tahun nie.. Cuma tak seronoknya Kakak dan Abang tak berapa sihat la pula kena demam campak. Kesian pula anak Ibu dua orang nie.. terpaksa lah kurantin depa takut berjangkit kat orang lain kan. Nie rasanya dah semakin baik dah, tinggal sikit lagi dah nak baik..

Sebenarnya kan tujuan utama kita beraya tu bukan lah semata nak menjamu selera. Dengan adanya rumah terbuka nie dapat kita bertanya khabar dan mengeratkan lagi silaturahim yang sedia ada kan. Terima kasih ya pada yang sudi menjemput kami, lain kali jemput lagi tau. Selamat berumah terbuka hujung minggu nie ya.. papai!


Friday, July 14, 2017

Baby Lobster Meet Hai Xian Delight Promosi Baru di Tung Yuen Chinese Restaurant

July 14, 2017 12
Baby Lobster Meet Hai Xian Delight Promosi Baru di Tung Yuen Chinese Restaurant
Assalamualaikum, hai semua! Kak Sue nak kongsi dengan korang yang kaki makan dengan tempat makan yang harus korang terjah di Hotel Grand BlueWave Shah Alam masakan cina mewah Baby Lobster Meet Hai Xian Delight promosi baru di Tung Yuen Chinese Restaurant. Haaa.. menarik kan, sapa tak makan lobster memang rugi. Korang jangan risau restoran nie mempunyai sijil Halal dari Jakim tau sekaligus restoran masakan cina 100% yang pertama di Asia Tenggara diiktirafkan dengan gelaran mesra halal. Jadi boleh datang dengan keluarga atau kawan-kawan makan kat sini bersempena promosi istimewa Baby Lobster Meet Hai Xian Delight  nie yang bermula 15 Julai sehingga 30 September nanti. Jom kita tengok menu lain yang disediakan kat sini..




Pilihan Istimewa Baby Lobsters dan Sup 

Selain pilihan menu istimewa Baby Lobsters dan Sup, yang boleh korang pilih salah satu samada nak Baby Lobster yang digoreng atau dipanggang dengan pilihan sos yang disediakan. Baby Lobster seberat 150gram setiap satu dihidang 1/2 portion untuk seorang makan tau. Untuk sup pula boleh pilih samada Szechuan Sup atau Fish Maw Sup





Promosi ini juga boleh didapati dalam set minumum lima orang dengan harga RM75.00++ seorang dengan enam menu lain yang juga disediakan di Tung Yuen Chinese Restoran antaranya Daily Special of Chinese Chilled Appetizer, Steam Garoupa Fish with spicy Bean Paste, Pan Fried Trio Seafood with Spicy Sause, Braised Top Shell Abalone Slice with Kai Lan and Roast Garlic,Fried Rice with Seafood dan akhir sekali Pan Fried Chinese Pan Cake









Menarik kan, pada yang suka dengan masakan cina Kak Sue syorkan korang cuba makan kat sini semua sedap-sedap tau. Memang berbaloi sangat dan puashati. Selamat mencuba rasa.. nanti Kak Sue kongsikan detail kat bawah nie boleh korang terjah laju-laju nanti tau..


Hotel Grand BlueWave Shah Alam
Tung Yuen Chinese Resaturan 
Level 1
Dibuka setiap hari seminggu
Lunch - 11. 30am - 2.30pm
Dinner - 6.00pm - 10.30pm
No Tel
03 5511 8811 ext 2616 / 2724





Thursday, July 13, 2017

Barang Idaman Dari Ikea

July 13, 2017 10
Barang Idaman Dari Ikea
Assalamualaikum, hai semua! Kak Sue memang jadi teruja kejap kalau ke Ikea, semua barang-barang kat situ memang menarik perhatian dan ada yang menjadi barang idaman Kak Sue. Sekarang nie kerap juga lah Kak Sue ke sana, kadang lain yang nak cari..lain yang dibeli. Harga barang kat sini pun tak ada lah mahal melampau rasa berbaloi lah dengan kualiti barang. Kak Sue memang berangan nak dapatkan beberapa barang idaman dari Ikea nie.. harap menjadi kenyataan lah nanti.. ehehe..

barang idaman dari ikea

Barang Idaman Dari Ikea

Hobi Kak Sue dari muda memang suka deco dan mengemas rumah. Kak Sue mungkin terikut dengan perangai Abah yang tak boleh tengok rumah bersepah dan kotor. Boleh stress di buatnya tau.. Dan Kak Sue rasa kebanyakan anak-anak Abah semua ikut perangai Abah juga, cuma rasanya Kak Sue dan adik perempuan bongsu kut yang paling serabut kalau bersepah.. hahaha.. teruk betul! Kadang adik beradik lain pun naik stress dengan perangai kami nie. Tak sabar nak dapatkan barang idaman Kak Sue dari Ikea nanti. Boleh Kak Sue mula mendeco balik macam dulu. Cuma dulu tak ada lah Kak Sue tau pasal barang dari Ikea nie kan..

Masa muda-muda dulu, (sekarang tak ada lah tua sangat pun..kahkahkah) Kak Sue memang kerap tukar susun atur barang dalam rumah. Kak Sue tak boleh berlama-lama dengan satu susun atur, cepat boring! Sekarang nie nampak gayanya perangai Abah dan Kak Sue dah turun pada Kakak dan agak kronik juga sampai tak boleh bersepah langsung sampai Kak Sue pun kena bebel tinggal tisu kat sana sini.. dan Kakak akan tukar susun atur bilik berkali-kali dalam setahun. Kadang kita tengok pun penat.. tak apa lah janji bahagia dan tak kacau orang sudah.. kan! Nie Kakak pun tengah usaha macam Ibu juga nak dapatkan barang idaman dari Ikea untuk bilik Kakak..

Sekarang pun ada beberapa barang yang Kak Sue beli dari Ikea untuk deco kat rumah Kak Sue. Cuma tunggu nanti bila Kak Sue dah dapat barang idaman Kak Sue dari Ikea dan mula mendeco Kak Sue akan kongsikan kat sini ya. Mana tau bemafaat untuk korang juga kan, kita boleh juga bertukar idea dan tips deco rumah. Lagi pun bila rumah cantik, kemas dan bersih kita dan keluarga pun rasa seronok dan tenang nak lepak kat rumah selalu kan.. Setakat sini dulu kali nie, kita sembang lagi lain kali.. papai!


Wednesday, July 12, 2017

Tuisyen Matematik Secara Online

July 12, 2017 5
Tuisyen Matematik Secara Online
Assalamualaikum, hai semua! Kali nie Kak Sue nak kongsi dengan korang pengalaman baru anak Kak Sue tuisyen Matematik secara online. Pertama kali cuba nie tuisyen secara online nampak anak Kak Sue macam seronok dan faham apa yang cikgu mereka ajar. Alhamdullilah lega sikit Kak Sue, jenuh nak suruh Abang tuisyen sebab cikgu lama Teacher Lin dah berpindah ke KL. Abang nak Teacher Lin juga yang ajar, bila Kak Sue cadangkan dengan blogger KC.. Abang kata nak cuba.. lega sangat..

Tuisyen Matematik Secara Online

Memula Kak Sue risau juga takut Abang dan Adik tak dapat nak faham apa yang cikgu mereka ajar tuisyen Matematik secara online nie. Maklumlah belajar secara online nie agak mencabar kan sebab tak berdepan. Semuanya secara online, tapi Kak Sue pun pernah belajar dengan cikgu yang sama Blogger KC nie tentang blog. Alhamdullilah, KC ajar satu persatu siap bergambar bagai bagi memudahkan kita faham apa yang diajar. Jadi Kak Sue rasa untuk anak-anak Kak Sue harus tak jadi masalah untuk mereka faham juga kan..





Minggu nie minggu kedua anak-anak tusiyen secara online. Kelas bermula pukul 9 malam sehingga 10 malam, setiap satu sessi satu jam. Kalau Abang yang tuisyen Kak Sue tak pantau sangat, biarkan aja Abang dan cikgunya. Cuma kalau Adik, Kak Sue akan duduk sebelah sebab takut Adik tak faham sangat arahan kan. Taip pun agak lambat sikit.. tapi bila dapat je jawapan soalan yang cikgu bagi terus jerit.. yes! Seronok betul Adik dapat tuisyen dengan cikgu KC..





Ibu doakan semoga Abang dan Adik diterangkan hati dan dimudahkan urusan dalam pembelajaran secara online nie. Nampak mereka enjoy sangat tuisyen dengan KC sampai tak sabar tunggu next class.. Korang yang nak cuba tuisyen secara online boleh hubungi KC di nombor 017 200 8642 ya. Selamat mencuba.. papai!



Tuesday, July 11, 2017

Acara Bergambar di Hari Raya

July 11, 2017 9
Acara Bergambar di Hari Raya
Assalamualaikum, hai semua! Bila tiba hari raya apa acara wajib korang? Kak Sue rasa ramai yang setuju kut, antara acara wajib ialah acara bergambar di hari raya. Selalaunya sebelum atau selepas acara bersalaman sekeluarga. Ya lah dengan adanya acara bergambar di hari raya nie, dapat lah kita simpan semua gambar sebagai kenangan peribadi untuk kita kan..


Acara Wajib Bergambar di Hari Raya

Selain solat hari raya, bersalaman dan bermaafan sekeluarga di hari raya, satu lagi antara acara wajib ialah bergambar di hari raya. Kalau dulu kita kena pakai kamera kan, sekarang kebanyakan semua ambil gambar guna handphone masing-masing.. senang! Nasib baik lah kedua keluarga Kak Sue dan Abang Man sangat sporting bila di ajak bergambar. Ada lah juga sebagai kenangan anak cucu nanti kan.. hihihi..







Kalau nak lagi selamat simpan dalam pen drive atau print ke.. Sekarang macam-macam cara ada untuk simpan gambar dan boleh tengok secara terus di handphone, laptop atau slide di TV rumah kita. Setiap gambar ada cerita sendiri yang bakal kita tinggal satu hari nanti menjadi kenangan abadi pada semua keluarga kita.. Sekarang masih di bulan Syawal, masih boleh beraya dan bergambar lagi bersama keluarga. Selamat berhari raya semua dan selamat bergambar kenangan bersama keluarga ya.. papai!
[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di skabdy@yahoo.com


[PENAFIAN] www.shuhaidakabdy.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini. Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri. Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.