Ikan Pekasam Penambah Selera

July 27, 2017

Assalamualaikum, hai semua! Kadang dah tak tau nak makan apa, sebab tak ada selera atau jemu dengan menu yang sama kan. Tambah baru ja kita semua habis meraikan sambutan raya.Tahu aja lah menu raya, daging dan ayam kadang naik jemu juga. Ini dah cuaca panas pula kan, jadi tak ada selera nak makan. Nasib lah ada Ikan Pekasam penambah selera kami hari nie. Kak Sue dan Abang Man memang peminat masakan kampung. Nie ada lagi sikit stok ikan perkasam yang Tok Pah bawa dari Batu Kurau. Goreng, letak bawang dan cili padi makan dengan nasi panas memang lauk penambah selera.. bertambah-tambah makan Abang Man hari nie..


penambah selera,ikan pekasam
Ikan Pekasam penambah selera

Ikan Pekasam Penambah Selera

Ikan Pekasam memang antara menu penambah selera kami. Sentiasa ada stok di rumah nie. Kalau tak dari Batu Kurau dari Kampung Tanjung Keramat, kampung Abang Man. Stok terbaru nie Tok Pah bawa dari Batu Kurau makcik Kak Sue yang buat tau. Ikan Tengas comel-comel kecik aja.. baki stok untuk jamuan hari raya hari tu kat rumah Kak Sue masih ada lagi. Rasanya boleh dua, tiga kali goreng lagi nie..
Kalau rajin nak buat sendiri pun boleh, senang dah ada stok kat rumah kan. Bebila rasa nak makan terus aja ambil dari peti ais. Kakak anak dara Kak Sue memula tak berapa suka, bila suruh rasa kata sedap pula. Bertambah makan.. ehehe.. belum cuba, belum tau kan.. Lepas nie bertambah geng makan Ikan Perkasam lah kat rumah nie..

Nanti lah bila senang Kak Sue tanya Tok Pah macam mana cara nak buat Ikan Pekasam. Kak Sue rasa senang aja, bahan pun tak banyak. Rasanya ikan, beras dan beberapa bahan lagi kut. Ikan pun sedap kita guna Ikan Lanpam atau Ikan tengas tapi tau aja lah ikan darat bukan selalu ada, mahal pula tu..huhuhu.. nanti dah tahu cara nak buat Kak Sue kongsikan kat sini ya, papai!

You Might Also Like

9 ulasan

  1. Macam sedap je kak su. Boleh pack tak? Hantar kat sini. hehe

    ReplyDelete
  2. Suka ikn pekasam..tp saya sorang je yg mkn kt rmah ni

    ReplyDelete
  3. Sedap.. jue kena kurangkan sbb allergic

    ReplyDelete
  4. Memang bertambah bila makan dengan nasi panas kan

    ReplyDelete
  5. dugaan btl masuk blogg kak sue.. sedap iakn pekasam ni pernah kawan dri kedah kasi... smpai hari ni tringt2

    ReplyDelete
  6. Memang punca makan nasi berpinggan2 ni kak. Kecur air liur.

    ReplyDelete
  7. Sedapnya especially bila digoreng dgn bawang Dan cili.. terangkan..

    ReplyDelete
  8. Tak pernah lagi makan ikan pekasam.. dengar2 sedap.. betul ke?

    ReplyDelete

Terima kasih sudi singgah dan komen.. datang lagi ya ❤

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di skabdy@yahoo.com

[PENAFIAN] www.shuhaidakabdy.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.