Majlis Sambutan Raya dan Doa Selamat

Assalamualaikum, hai semua! Baru Kak Sue ada masa sikit nak intai kat sini, busy betul sepanjang minggu lepas. Tahun nie memang kami plan nak buat majlis sambutan hari raya dan doa selamat sikit. Tahun nie juga Adik, anak bongsu Kak Sue memang ada kat rumah. Jadi tak ada rasa mood down bila nak buat majilis sambutan hari raya dan doa selamat nie.. kalau tak bila masak makanan yang Adik suka dah tangkap syahdu.. huhuhu.. Mood semua down rumah terus tertutup, malas nak buka.. hehehe..


majlis sambutan raya dan doa selamat
Majlis sambutan raya dan doa selamat

Sambutan Raya dan Doa Selamat

Alhamdullilah, walau tahun nie ramai peniaga termasuk Kak Sue dan Abang Man sendiri agak slow dari segi jualan di Pasar Ramadhan tapi untuk order Kelapa Laut order tak putus-putus macam tahun sebelumnya. Bagi meraikan kesyukuran rezeki yang Allah beri kami sekeluarga pun sepakat nak buat majlis sambutan raya dan doa selamat sikit-sikit. Bukan apa kadang dalam rezeki kita tu, ada rezeki orang lain kan.. Dapat menjamu selera, mengeratkan silaturahim dan mengembirakan hati tetamu pun dapat pahala, bertambah-tambah rezeki kita nanti.. InsyaAllah.. jangan takut memberi ya..


majlis sambutan raya dan doa selamat
Majlis sambutan raya dan doa selamat

majlis sambutan raya dan doa selamat
Majlis sambutan raya dan doa selamat

majlis sambutan raya dan doa selamat
Majlis sambutan raya dan doa selamat
Tahun nie agak meriah walaupun kami plan majlis serba ringkas sebab kami menjemput tetamu istimewa yang pernah kami jemput sebelum nie dari Rumah Anak Yatim As Syakur dan kawan-kawan sekolah Adik dari Madrasah Tahfiz Darul Zikri, Bandar Tasik Puteri, Rawang. Bukan lah niat nak menunjuk cuma nak kongsi kegembiraan. Jangan tak tahu ada tetamu dan kawan-kawan bertanya macam mana nak buat majlis macam nie dengan menjemput tetamu-tetamu istimewa nie, kan kita pun dapat tumpang pahala dengan berkongsi benda yang buahkan pahala dan manfaat pada orang lain..


Untuk tetamu istimewa dari Rumah Anak yatim As Syakur, Abang Man dah susun aktiviti bermotor bersama anak-anak yatim dengan kawan-kawan Abang Man. Terima kasih dengan kerjasama dan sumbangan duit raya dari Stone RiderGombak Motocycel Group dan Portmotor & The Gang. Semoga kalian sentiasa dimurahkan rezeki dan dipermudahkan urusan. Untuk info kawan-kawan Abang Man nie memang selalubuat aktiviti amal macam nie tau..

majlis sambutan raya dan doa selamat
Majlis sambutan raya dan doa selamat
majlis sambutan raya dan doa selamat
Majlis sambutan raya dan doa selamat - gambar kredit to Yusry

Tahun nie agak ramai juga kawan-kawan yang datang, ditambahkan Abang Man anjurkan mini reunion untuk kawan-kawan sekolah beliau juga. Tetamu datang tak putus-putus sampai ke malam juga lah. nasib lah ada adik-adik dan anak buah Kak Sue tolong sampai habis. Biasa lah bila buat sambutan majlis macam nie, kecil-kecil pun tumpo juga dua tiga hari keletihan. Dah la semua menu Mak Kak Sue masak sendiri, Sayur Goreng ja Kak Sue masak.. nak juga nama dalam list orang masak menu ya.. hahaha! 

Sambal Goreng Jawa dan kuih muih semua Kak Sue tempah ja.. senang! Kalau semua nak buat memang tak menag tangan kan. Terima kasih juga pada owner Sambal Goreng Jawa sedekahkan Kerabu dan juga owner Satay yang sedekahkan satay dan nasi impit untuk tetamu istimewa kami. Tak lupa pada Ijat Nasi Lemak yang sedekah kan beras dan nasi. Semoga korang sentiasa dimurahkan rezeki juga ya..

majlis sambutan raya dan doa selamat
Majlis sambutan raya dan doa selamat
majlis sambutan raya dan doa selamat
Majlis sambutan raya dan doa selamat

majlis sambutan raya dan doa selamat
Majlis sambutan raya dan doa selamat

Majlis sambutan raya dan doa selamat

majlis sambutan raya dan doa selamat
Majlis sambutan raya dan doa selamat

majlis sambutan raya dan doa selamat
Majlis sambutan raya dan doa selamat

majlis sambutan raya dan doa selamat
Majlis sambutan raya dan doa selamat

majlis sambutan raya dan doa selamat
Majlis sambutan raya dan doa selamat - Gambar kredit to Blogger Ana Jingga

majlis sambutan raya dan doa selamat
Majlis sambutan raya dan doa selamat - Gambar kredit to blogger My

majlis sambutan raya dan doa selamat
Majlis sambutan raya dan doa selamat - my dear sibling
Kak Sue dan keluarga mohon maaf andai ada kekurangan dalam majlis sederhana kami, maaf andai ada nama yang kami terlepas menjemput, maaf andai tak sempat menjawab panggilan, whatapps dan mesej di handphone. memang tahun nie masa sangat ketat ketika majis berlangsung. Terima kasih ya pada keluarga dan kawan-kawan yang sudi datang ke majlis yang tak seberapa nie. Apapun sehingga kita berjumpa lagi pada majlis sambutan raya tahun depan, semoga ada rezeki lagi untuk kita semua ya.. aamiin ya rabb..

Post a Comment

10 Comments

  1. alhamdulillah..rezeki kongsi sama-sama..:)

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah selesai sudah. Tetamu VVIP dituntut dalam islam untuk meraikan mereka. Semoga kak su sekeluarga dimurahkan rezeki insyAllah taun depan miza datang.

    ReplyDelete
  3. Tak leh lupa keenakkan Laksa kak sue buat...

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah..kami pun kalau buat apa2 panggil anak2 yatim juga. Moga akk d murahkan rezeki selalu

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah kak Sue, Moga Kak Sue diberikan ganjaran setimpal...

    ReplyDelete
  6. wah meriah sangat kak!

    ReplyDelete
  7. Meriah nye kak sue. Maaf xdpt hadir sbb adik pun buat open house masa yg sama. Ana doakan semoga murah rezeki kak sue sekeluarga. Amin.

    ReplyDelete
  8. alhamdulillah... meriah dan moga dimurahkan rezekinya...

    ReplyDelete
  9. masyaallah makanan2 tu menarik2 selera ni..sedapnya

    alhamdulillah lancar semuanya...agak besar jugak majlis ni

    ReplyDelete
  10. Allahuakbar.. Allahamdulilah bagi-bagi rezeki Allah. makan semua sedap2 kak sue

    ReplyDelete

Terima kasih sudi singgah dan komen, InsyaAllah nanti Kak Sue balas kunjungan semula ❤️