Gaya Baru Soho Kak Sue

July 18, 2017

Assalamualaikum, hai semua! Baru-baru Kak Sue tambah gaya baru Soho Kak Sue. Ya lah rasanya dah berapa tahun asyik gaya yang sama ja kan, jadi tahun nie Kak Sue ubah gaya baru soho Kak Sue pada gaya yang lebih simple dan ceria. Rasanya korang tahu kan Soho tu apa.. Soho tu small office atau house office. Kira kita buat kerja atau bekerja dari rumah gitu kan. Kak Sue sebenarnya pun tak tahu juga maksudnya memula macam biasa google lah jawabnya, ehehe.. Dan sebelum nie Kak Sue dah pernah sembang benda yang sama kat sini masa memula aktif balik ber blog..

gaya baru soho kak sue

Gaya Baru Soho Kak Sue

Kali nie gaya baru Soho Kak Sue kalau boleh Kak Sue nak lebihkan warna putih, sebab putih nampak bersih dan menarik pada mata Kak Sue. Langkah pertama Kak Sue beli meja tulis warna putih dari Ikea. Itupun Kak Sue nampak blogger Eni yang kongsikan di facebook beliau. Terbekenan pula, jadi lelaju Kak Sue ajak Abang Man cari kat Ikea. Besar juga meja, memang puashati. Ada lebih banyak ruang..

Buat permulaan nie Kak Sue kemaskan mana yang patut dulu. Mungkin dalam dua,tiga hari nak tambah lagi sikit kat kawasan Soho Kak Sue nie bagi lebih menarik dan kemas. Kak Sue tambah juga gambar dan 'board' dari Ikea kalau tak silap sebab ada juga yang Kak Sue beli dari Kaison. Senang kan nak letak nota penting di depan meja Kak Sue nie, kalau lupa juga tak tahu lah..

Nanti bila dah siap semuanya Kak Sue kongsikan kat sini ya. Mana tahu boleh beri ilham pada korang juga nak tambah atau ubah gaya baru soho korang juga kan. Tak perlu barang mahal pun, janji kita pandai nak susun atur macam mana kan. Jumpa lagi nanti, papai!

You Might Also Like

10 ulasan

  1. Simple but nice akak...sedap mata memandang...yg penting seronok nak buat kerja =)

    ReplyDelete
  2. Tempat baru, mood pun baru kan kak sue...

    ReplyDelete
  3. Wah syoknya ada SOHO. Lagi semangat berblog ;)

    ReplyDelete
  4. Kalau macam ni baru tenang nak curah idea kan kak sue...

    ReplyDelete
  5. Nampak kemas Kak Su. Cantik....

    ReplyDelete
  6. Wahhh lagi bersemangat lah nk berblog lepas ni kak. Ana pun teringin nak ada SOHo juga tp tak terbuat2 lagi. Hehe

    ReplyDelete
  7. Saya je tak de SOHO lagi..hehe. tunggu anak besar (alasan..)

    ReplyDelete
  8. kemasnya kak, saya punya table maciam maciam. kena kemas balik dah ni gamaknya.

    ReplyDelete
  9. hehehe tertanya- tanye jugak soho tu ape.. rupenye ruang kerja ye..

    ReplyDelete
  10. best ada soho sndri ni.. semangt pun pun bkobar2 kan

    ReplyDelete

Terima kasih sudi singgah dan komen.. datang lagi ya ❤

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di skabdy@yahoo.com

[PENAFIAN] www.shuhaidakabdy.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.