Raya Sakan

July 17, 2017

Assalamualaikum, hai semua! Minggu nie minggu terakhir kita sambut bulan Syawal kan. InsyaAllah hujung minggu nie kami sekeluarga rancang nak buat sambutan raya sikit kat rumah kami. Tahun nie Kak Sue raya sakan sebab Adik ada kat rumah. Tahun lepas memang tak sempat sangat nak beraya sebab Adik dah mula sekolah awal. Tahun nie Alhamdullilah, Adik cuti panjang jadi dapat lah beraya sakan.. ehehe.. Kadang tu bila kurang anak seorang mulalah teringat bila kita ke jamuan raya atau kita yang buat jamuan raya teringat makanan kesukaan anak kita tu kan.. terus jadi tak ada mood nak kemana-mana atau nak masak buat jamuan makan..



Raya Sakan Tahun Nie

Lepas ja kami balik dari kampung Abang Man hari tu rasanya setiap minggu Kak Sue terima undangan rumah terbuka dari kawan Kak Sue dan Abang Man. Mana yang sempat tu kami cuba lah memenuhi undangan, mana tak sempat kami mohon maaf.. raya sakan lah tahun nie.. Cuma tak seronoknya Kakak dan Abang tak berapa sihat la pula kena demam campak. Kesian pula anak Ibu dua orang nie.. terpaksa lah kurantin depa takut berjangkit kat orang lain kan. Nie rasanya dah semakin baik dah, tinggal sikit lagi dah nak baik..

Sebenarnya kan tujuan utama kita beraya tu bukan lah semata nak menjamu selera. Dengan adanya rumah terbuka nie dapat kita bertanya khabar dan mengeratkan lagi silaturahim yang sedia ada kan. Terima kasih ya pada yang sudi menjemput kami, lain kali jemput lagi tau. Selamat berumah terbuka hujung minggu nie ya.. papai!


You Might Also Like

11 ulasan

  1. Alhamdulillah.. mama pun puas Hati Raya tahun ni

    ReplyDelete
  2. Syukur dapat raya tahun ni kan kak sue.. moga tahun depan kita dapat beraya lagi..insyaallah.. selamat hari raya kka sue

    ReplyDelete
  3. takpe kak sue, raya setahun sekali.. raya pose la setahun sekali... ekeke..

    ReplyDelete
  4. Rayakan sebulan, ritu miza ke rawang tak sempat nak roger kak su.

    ReplyDelete
  5. Betul betul raya sakan nih..takpe raya kan sebulan..selagi belum habis rsya kita pulun raya sana sini

    ReplyDelete
  6. memang sakan beraya tu Sue..hehe

    ReplyDelete
  7. Semoga cepat sembuh kakak dan abg.
    Seronok ye kak sue dpt raya sakan. Sekali setahun kan :)

    ReplyDelete
  8. Seronoknyaaa...SA dah cakap kat Cik Abg..dia macam ok jer kak Sue....

    ReplyDelete
  9. Selamat Hari Raya Kak Su =)

    ReplyDelete

Terima kasih sudi singgah dan komen.. datang lagi ya ❤

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di skabdy@yahoo.com

[PENAFIAN] www.shuhaidakabdy.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.