Cerita Bunga Kantan

July 19, 2017

Assalamualaikum, hai semua! Kali nie Kak Sue nak sembang cerita bunga kantan. Bukan ada cerita menarik apapun. Cuma macam biasa setiap tahun bila ada sambutan raya ja harga terus naik mendadak. Ya lah, selalunya menu utama sambutan raya selain lemang, ketupat dan rendang mesti nak ada menu tambahan kan. Selalunya menu tambahan kami baik kat rumah Kak Sue atau rumah Mak Laksa Batu Kurau lah. Bila nak masak laksa harus lah ada bunga kantan kan, tak ada tak sedap dan wangi kuah laksa kita. Jadi nak tak nak memang kena beli juga lah..


cerita bunga kantan

Cerita Bunga Kantan

Tahun nie cerita bunga kantan lain sikit.. ehehe. Tahun nie giliran beraya di rumah mertua. Petang terakhir kita puasa tu Abang Man dah siap minta kat jiran sekampung simpankan bunga kantan untuk kuah laksa. Kebetulan sambil hantar juadah kat rumah jiran tu, jadi terus Abang Man minta nak beli. Alhamdulliah banyak juga lah dapat, dan nak jadi rezeki kami jiran sekampung Abang Man sedekahkan aja pada kami. Jimat dah kan kat situ, kalau nak beli tak tau lah pula berapa harganya tahun nie.. Selesai dah bab kuah laksa kat kampung Abang Man..

Giliran rumah Kak Sue pula, kebetulan nak jadi rezeki kami lagi. Sebelah pagi setiap hari ada peniaga yang jual ulaman depan sekolah menengah Bandar Tasik Puteri nie. Kata Abang Man banyak juga lah bunga kantan, harga pun boleh tahan lah murah. Sebatang RM1 katanya, okaylah kalau nak bandingkan harga Kak Sue tengok di tempat lain tiga batang RM13.. mak hai, tercekik bunga kantan rasanya.. hahaha! Terus Abang Man tempah siap-siap, sebab lagi beberapa hari kami nak buat sambutan raya dan doa selamat kat rumah kami. Antara menu wajib kalau ada sambutan raya, makan-makan, sambutan hari jadi dan doa selamat macam nie menunya tetap Laksa Batu Kurau lah..

Tahun nie memang rezeki nak dapat bunga kantan dengan harga murah, Alhamdullilah. Tahun sebelum nie ada yang sebatang RM5 atau RM7.. Nak tak nak memang nak kena beli juga sikit kan. Rasa tak lengkap kalau buat kuah laksa tak ada bunga kantan nie tau.. Dua tiga hari nie memang dah sibuk buat persiapan sikit-sikit sebab masak sendiri-sendiri aja kan.. Harap majlis berjalan lancar nanti.. aamiin ya rabb.. Papai!


You Might Also Like

10 ulasan

  1. Mahalnya 3 batang rm13..menangis nak makan laksa macam ni...hehe

    ReplyDelete
  2. Tak sabar nak rasa laksa batu kurau kak Sue Sabtu ni....

    ReplyDelete
  3. Baru buat laksa haritu masa raya. Takde bunga kantan ini kira tak lengkap hidup. hahah

    ReplyDelete
  4. Bau bunga kantan ni je pun dah membuka selera kak. Dalam laksa atau pun nasi kerabu. :)

    ReplyDelete
  5. Laksa batu kurau, bila nak merasa ne. Bila duduk pekan ne semua kena beli mahal ke murah nak makan punya pasal

    ReplyDelete
  6. hee~ mahal la kak.. kat bukit jalil RM 3.00 sebatang.. sedeh jadik nye..

    ReplyDelete
  7. sue memang suka bunga kantan ,bukan je buh dalam laksa,buh dalam nasi goreng nasi kerabu,asam pedas,Alhamdulillah umah mak eddy ada selalunya walau tak banyak tapi selalu berebut ngan abg ipar hehehheh dia pun hantu bunga kantan kikiki

    ReplyDelete
  8. satu ketika dulu pernah harga naik melambung... memang terkejut sangat2

    ReplyDelete

Terima kasih sudi singgah dan komen.. datang lagi ya ❤

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di skabdy@yahoo.com

[PENAFIAN] www.shuhaidakabdy.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.